Muslim Rumahtangga

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Muslim Rumahtangga as PDF for free.

More details

  • Words: 1,149
  • Pages: 29
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan muslim(menyerah diri tunduk patuh pada ALLAH). (AaLi Imran : 102)

ISLAM DALAM SEMUA SUDUT • • • • • •

Islam dari sudut aqidah. Islam dari sudut ibadah. Islam dari sudut akhlak. Islam dari sudut keluarga. Islam dari sudut perjuangan. Islam dari sudut negara.

Menerima Islam memberikan kita kewajipan untuk memiliki satu risalah dalam hidup ini dgn cara hidup menurut risalah tersebut sehingga kita semua betul-betul menjadi Muslim baik dalam segi aqidah, ibadah, mahupun akhlaq. Dengan Pengakuan terhadap Islam bererti kita harus bekerja keras di lingkungan kita dalam semua lapisan, dari keluarga sampai negara, dan bahkan ke segenap ummat manusia karena Islam diturunkan kepada semua manusia.

Kita tidak cukup dgn hanya menyatakan saja bahwa kita menganut Islam dan mematuhinya tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling kita. Kita seharusnya memiliki rasa tanggungjawab kepada orang lain, menyeru dan menasihati mereka. Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yg tidur dan tidak mengambil berat urusan orangorang Islam maka dia bukan termasuk golongan mereka." (HR al-Baihaqi) Bertolak dari hal ini, kita memiliki tanggungjawab baru, iaitu tanggungjawab untuk: -menegakkan sebuah masyarakat Islam -menyampaikan Islam kepada masyarakat

Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya.

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah:

‫يَاأَيّهَا الّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُ ْم‬ ُ‫وَأَ ْهلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النّاسُ وَالْحِجَارَة‬ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahanbahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); (Al-Tahrim : Ayat 6)

Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumahtangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:

1. Saya mestilah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang solih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan.

2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda RasuluLlah s.a.w,

‫ثلثة حق على ال عونُهم الُمجاهد ف سبيل‬ ‫ال وا ًلَكَا تب الذي ير يد الداء والناكح‬ ‫الذي يريد العفاف‬

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).

3. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan. 4. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan.

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman; dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian) ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-

5. Saya mestilah menjauhkan diri dari melanggar perintah Allah & menjauhi kemurkaan Allah serta azabnya. Seperti sabda Rasulullah s.a.w: "Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana

hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tidak akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dengan tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkat kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkat kepada wanita itu bersamanya." (HR Abu Nuaim)

Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga Sebenarnya setelah memilih bagi mendapatkan isteri yang baik tidaklah bererti saya terlepas tanggungjawab terhadapnya setelah bernikah. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut ialah:

1. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan bergaul mesra untuk membina jam-batan saling mempercayai di antara saya dengannya 2. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan ditempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Hubungan saya dgn isteri seharusnya boleh mewujudkan kesamaan pemahaman. Pasangan Muslim seharus-nya spend time utk bersama-sama mem-baca, beribadah, mengurusi pekerjaan rumah tangga, dan bercengkrama (ber-senda gurau).

3. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram dan maksiat.

woww bestnya

Tanggungjawab Bersama Mendidik Anak-Anak Sesungguhnya, keberhasilan dalam memilih pasangan yg soleh dan pernikahan sesuai dgn Islam akan banyak menolong dalam usaha-usaha mendidik anak dgn tarbiyah Islamiyah yg diharapkan. Kegagalan dalam membina rumah tangga menurut cara yg Islami dan kesalahan memilih pasangan hidup boleh menyebabkan keruntuhan dan berlakunya keburukan yg menguasai keluarga secara keseluruhan.

Pertengkaran yg terjadi dalam kehidupan suami isteri secara langsung mempengaruhi pendidikan dan kejiwaan anak. Karena itu, tanggung jawab kita yg pertama dalam pendidikan anak-anak kita adalah membangunkan pernikahan yg Islami (seperti yg ditunjukkan oleh Islam). Pada hakikatnya hasil yg diharapkan dari terbinanya sebuah rumah tangga Islam adalah terwujudnya satu generasi yg soleh, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah;

DOA IBU ‫رَبّنَا هَبْ لَنَا ِم ْن أَزْوَاجِنَا وَ ذُرّيّاتِنَا‬ ‫قُرّ َة أَعْيُ ٍن وَاجْ َعلْنَا ِللْمُتّقِ ْي َن إِمَامًا‬

WAHAI TUHAN KAMI , KURNIAKANLAH BUAT KAMI PASANGAN HIDUP KAMI DAN ZURIAT KAMI SEBAGAI PENENANG JIWA / PENYEJUK MATA DAN JADIKANLAH KAMI PEMIMPIN BAGI ORANG – ORANG YANG BERTAQWA . SELAMAT TINGGAL IBU KU.

AL FURQAN : 74

Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tak berdosa). Bila anak kita mendapat tarbiyah yg baik dia akan menjadi anak yangg soleh. Namun bila anak dibesarkan di tengah-tengah ibu bapa yg sering bertengkar atau ibu bapa yg lari dari landasan Islam, anak itu akan demikian juga. Rasulullah SAW telah bersabda: "Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah, adalah ibu bapaknya yg menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi."(HR Bukhari dan Muslim).

Oleh karena itu, Islam sangat menekankan (dgn sangat serius) tentang pendidikan atau tarbiyah anak sehingga anak-anak kita memperolehi pendidikan yg baik. Islam mengharapkan agar segala norma dan suasana diciptakan utk melaksanakan tarbiyah yg baik itu.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Tiada pemberian seorang bapak terhadap anak-anaknya yg lebih baik daripada (pendidikan) yg baik dan adab yg mulia." (HR At-Tirmidzy) "Berlaku baiklah terhadap anak-anakmu dan ajarkanlah mereka adab yg baik" (HR Ibn Majah) "Bila seorang meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: amal jariah, ilmu yg bermanfaat, dan anak yg soleh yg berdoa untuknya." (HR Muslim)

Related Documents