PENILAIAN PELAKSANAAN PROJEK RINTIS STANDARD PENDIDIKAN MARA (SPMa) Roselena Mansor Kolej Profesional Beranang
Abstrak Kajian ini adalah satu kajian tinjauan tentang pelaksanaan Standard Pendidikan MARA (SPMa) secara rintis di sepuluh buah Institusi Pendidikan dan Latihan MARA (IPMa). Projek rintis SPMa ini telah dilaksanakan pada April hingga Oktober 2008 lalu. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan projek rintis tersebut. Kerangka konseptual kajian menggunakan model penilaian Context-Input-Process-Product (CIPP) yang diperkenalkan oleh Daniel Stufflebeam pada tahun 1960an. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti pandangan warga institusi mengenai SPMa, keperluan institusi dalam melaksanakan SPMa, proses pelaksanaan SPMa dan kesan pelaksanaan SPMa terhadap institusi, profesion dan warga kerja institusi. Sampel kajian adalah daripada empat kumpulan warga IPMa iaitu Jawatankuasa Pelaksana SPMa Pusat (JPSP), staf akademik, staf sokongan dan pelajar. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik dan temu bual. Kajian ini menunjukkan bahawa SPMa mengandungi panduan bagi membantu pengurusan di IPMa. Penambahbaikan pengurusan IPMa dapat dicapai apabila semua warga kerja jelas dan faham mengenai pelaksanaan SPMa. SPMa memberi kesan yang positif kepada warga kerja IPMa, profesionalisme dan institusi. PENGENALAN Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil berat dalam memastikan semua institusi pendidikan di bawahnya mempunyai kualiti yang tinggi. Justeru, Standard Pendidikan MARA (SPMa) telah dibina untuk dijadikan sebagai dasar pengoperasian pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di semua Institusi Pendidikan MARA (IPMa) mulai tahun 2009. Bagi membantu perlaksanaan SPMa di IPMa, instrumen SPMa
61
turut disediakan untuk IPMa mengukur dan menilai kualiti pendidikan institusi masing-masing. SPMa adalah satu set petunjuk-petunjuk pematuhan standard kualiti pengurusan dan kepemimpinan pendidikan MARA yang telah ditetapkan untuk dijadikan pengukur perbandingan berasaskan skor bagi menentukan usaha-usaha peningkatan dan penambahbaikan (Unit Naziran dan Kualiti Pendidikan (UNQ) 2008). Instrumen SPMa mengandungi 37 aspek pendidikan yang dikelompokkan dalam enam domain atau standard utama. Setiap aspek mengandungi item-item dan pengguna instrumen perlu memasukkan skor pada item-item berkenaan. Terdapat 213 item dalam instrumen SPMa. Jumlah skor bagi aspek-aspek dalam semua domain akan memberi penarafan IPMa berkenaan sebagai Gemilang, Cemerlang, Baik, Sederhana atau Lemah. Bagi memastikan SPMa ini dapat dilaksanakan dengan berkesan di semua IPMa, sepuluh IPMa telah dipilih bagi melaksanakan SPMa ini secara rintis. Projek rintis SPMa ini adalah selama 7 bulan, bermula dari April hingga Oktober 2008. KUALITI DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN Untuk membangunkan modal insan berkualiti, pemupukan budaya kualiti secara dalaman perlu dalam sesebuah institusi pendidikan. Seperti yang dinyatakan oleh Abulhasan dan A. Khaliq (1996), kualiti tidak hanya diukur daripada output sahaja, tetapi kualiti harus bermula daripada pengeluar itu sendiri. Setiap individu dalam institusi berkenaan mesti memastikan setiap input dan proses itu berkualiti, bagi mendapatkan output yang berkualiti. Menurut penulis juga, kualiti tidak boleh dicapai melalui penyeliaan, sebaliknya kualiti perlu dirancang, dikawal dan diperbaiki secara berterusan. Pandangan ini adalah selari dengan OECD (2004) iaitu sebarang sistem kawalan kualiti akan gagal jika tidak mendapat komitmen yang sepenuhnya daripada institusi berkenaan untuk memberi perkhidmatan pada tahap tertinggi yang mungkin. Kualiti pendidikan bergantung kepada kualiti proses pengajaran dan pembelajaran, kemudahan-kemudahan pendidikan dan infrastruktur yang disediakan, kurikulum yang baik dan pelaksanaan yang efektif (Thete 2003). Industri sebagai pelanggan utama kepada institusi pendidikan, 62
akan lebih berminat kepada institusi yang mempunyai reputasi tinggi dan yang mengeluarkan graduan yang berkualiti (Sahney et al. 2003). Menurut Seyfarth (2002), institusi pendidikan yang berkualiti mempunyai pengurusan pendidikan dan pengajaran yang efektif. Kriteria-kriteria bagi pengurusan yang efektif ialah pengurusan berasaskan pengajaran, penambahbaikan institusi, iklim organisasi yang positif, pengurusan personel yang efektif, pengurusan kemudahan dan operasi fiskal yang efektif, pengurusan pelajar yang positif dan hubungan komuniti yang baik. Kriteria-kriteria bagi pengajaran yang efektif pula ialah pengetahuan mengenai subjek yang diajar, persediaan dan perancangan pengajaran, pelaksanaan dan pengurusan pengajaran, penilaian pelajar dan persekitaran bilik kuliah. SPMa mengandungi kriteria-kriteria pendidikan berkualiti seperti yang dinyatakan oleh Seyfarth (2002) dan Thete (2003). Oleh itu, bagi memastikan SPMa dapat dilaksanakan dengan berkesan, semua warga IPMa perlu jelas dengan objektif SPMa dan komited untuk mencapai objektif tersebut. Pelaksanaan SPMa secara rintis di sepuluh buah IPMa adalah satu langkah yang baik bagi mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan tersebut di samping menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen SPMa. Persoalannya bagaimanakah UNQ dapat memastikan SPMa ini dilaksanakan dengan jayanya oleh semua IPMa? PERSOALAN SPMa Oleh itu, untuk memastikan SPMa berjaya dilaksanakan, penilaian pelaksanaan rintis SPMa ini perlu dilakukan bagi mendapat maklumat mengenai pelaksanaan rintis SPMa di sepuluh pusat IPMa dan seterusnya membantu UNQ dan IPMa membuat perancangan bagi pelaksanaan SPMa sepenuhnya nanti. Seperti yang dinyatakan oleh Patton (1986), penilaian program adalah satu kaedah yang sistematik bagi mendapatkan maklumat mengenai aktiviti dan hasil program bagi mengelakkan ketidakpastian, meningkatkan kecekapan dan membuat keputusan mengenai pelaksanaan dan kesan program. Kerangka Konseptual Kajian Penilaian pelaksanaan rintis SPMa ini adalah menggunakan model CIPP (context, input, process, product) yang diperkenalkan oleh Daniel 63
Stufflebeam pada tahun 1960an. Menurut Stufflebeam et al. (1971), penilaian berdasarkan CIPP ini membantu menjawab empat persoalan yang berikut: i. ii. iii. iv.
Apakah yang perlu dilakukan? Bagaimanakah untuk melakukannya? Adakah program dilaksanakan seperti yang dirancang? Adakah program tersebut berjaya?
Konteks
Input
Proses
Produk
Rajah 1: Kerangka Konseptual Penilaian Pelaksanaan Rintis SPMa
Fokus kajian adalah untuk mendapatkan maklumat daripada sepuluh pusat rintis SPMa mengenai pelaksanaan SPMa di pusat masingmasing dalam empat aspek utama iaitu pandangan pusat mengenai SPMa (context), keperluan pusat bagi melaksanakan SPMa (input), pelaksanaan SPMa di pusat (process) dan kesan pelaksanaan SPMa (product). Huraian seperti yang berikut: Konteks
Input
Proses
Produk
Pandangan pusat rintis mengenai : i. Sumbangan terhadap diri, warga pusat dan institusi ii. Kandungan iii. Kefahaman Penilaian keperluan pusat rintis mengenai : i. Keperluan bengkel SPMa ii. Penggunaan dokumen SPMa iii. Pertanggungjawaban Penilaian pelaksanaan SPMa di pusat rintis dari segi mengikut perancangan atau tidak. Jika perubahan perancangan pelaksanaan dilakukan, sebab atau keperluan perubahan perlu dikenal pasti. Penilaian ialah perkara seperti yang berikut: i. Pelantikan Jawatankuasa Pelaksana SPMa Peringkat Pusat (JPSP) ii. Kaedah memberi kefahaman SPMa iii. Perancangan JPSP dan Perubahan Perancangan Yang Dilakukan iv. Pelaksanaan Penilaian Kendiri Awalan (PKA) v. Perancangan Pelan Tindakan Penambahbaikan (PTP) vi. Pelaksanaan Penilaian Kendiri Akhiran (PKH) Penilaian mengenai kesan atau impak pelaksanaan SPMa terhadap pusat rintis terhadap Individu, Profesion dan Institusi
64
METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat daripada ramai responden. Pengumpulan data melalui temu bual dan penyemakan dokumen pula dilakukan bagi tujuan menyokong dapatan soal selidik. Pengumpulan data dilaksanakan di semua pusat rintis dan ditadbir oleh pihak UNQ dan wakil JPSI. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS secara deskriptif. Data temu bual dan semakan dokumen dianalisis dengan mengkategorikannya kepada tematema. Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian adalah warga sepuluh pusat rintis IPMa. Bagi pengumpulan data secara soal selidik, pensampelan rawak berstrata dilakukan bagi sampel staf akademik,staf sokongan dan pelajar. Sampel bagi JPSP adalah bilangan sedia ada ahli JPSP pusat berkenaan. Bagi pengumpulan data secara kualitatif pula, pensampelan secara bertujuan dilakukan bagi pemilihan staf sokongan, staf akademik dan pelajar. Bagi sampel JPSP pula, temu bual secara Focus Group dilakukan. Bilangan sampel adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1: Jadual 1: Pensampelan sepuluh pusat rintis IPMa bagi soal selidik IPMa
JPSP
Sokongan
Akademik
Pelajar
KM Banting
7
14
21
28
KPM Seri Iskandar
8
-
15
-
IKM Lumut
Tiada Sampel
IKM TASYA
10
11
22
35
KKTM Pasir Mas
6
16
30
49
MRSM Langkawi
10
13
25
46
MRSM Beseri
7
-
-
-
PGM Jitra
6
-
5
32
PGM Tanjung Agas
7
-
-
50
PGM Setiu
5
3
2
20
66
57
120
260
JUMLAH
65
Instrumen Kajian Soal selidik digunakan bagi pengumpulan data secara kuantitatif. Protokol temu bual dan semakan dokumen disediakan bagi pengumpulan data secara kualitatif. Soal selidik terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian A bagi mendapatkan maklumat demografi responden, Bahagian B mengandungi item-item bagi domain konteks, Bahagian C mengandungi item-item bagi domain input, Bahagian D mengandungi item-item bagi domain proses dan Bahagian E mengandungi item-item bagi domain produk. Skala Likert 1 hingga 5 digunakan bagi item-item dalam Bahagian B, C dan E. Item-item bagi Bahagian D pula menggunakan skala nominal dan soalan terbuka bagi responden JPSP. Set soal selidik yang berasingan disediakan bagi setiap kumpulan sasaran. Soal selidik menggunakan skala Likert yang mempunyai nilai 1 hingga 5 iaitu: 1
2
3
4
5
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju
Skala interpretasi min yang digunakan bagi menilai persepsi JPSP, staf akademik, staf sokongan dan pelajar terhadap SPMa adalah: Min
Interpretasi
3.68 - 5.00
Baik
2.34 - 3.67
Sederhana
1.00 - 2.33
Lemah
Protokol temu bual adalah dalam bentuk separa berstruktur, manakala protokol semakan dokumen adalah secara berstruktur. Kebolehpercayaan Kaji Selidik Alpha Cronbach digunakan bagi menguji kebolehpercayaan setiap konstruk dalam instrumen. Hasil analisis kebolehpercayaan kaji selidik adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. 66
Jadual 2: Kebolehpercayaan konstruk-konstruk kaji selidik Konstruk
Responden
JPSP
Konteks
Input
Proses
Produk
Bil. Item
10
10
10
13
Alpha
0.75
0.83
0.82
0.89
Bil. Item
10
9
9
8
Alpha
0.91
0.86
0.79
0.90
Bil. Item
10
9
9
8
Alpha
0.90
0.90
0.86
0.89
Bil. Item
3
3
3
3
Alpha
0.81
0.69
0.69
0.71
Cronbach Staf Akademik Staf Sokongan
Pelajar
Cronbach
Cronbach
Cronbach
Kebolehpercayaan instrumen kaji selidik bagi konstruk-kontruk berkenaan menepati nilai alpha yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1990) iaitu sekurang-kurangnya 0.60. DAPATAN KAJIAN Pandangan JPSP, staf sokongan, staf akademik dan pelajar mengenai SPMa i.
Pandangan JPSP mengenai SPMa Secara keseluruhannya, JPSP berpendapat bahawa SPMa adalah baik (min=4.36). Kandungan SPMa mencakupi keseluruhan aspek pengurusan pendidikan (min=4.05), mengandungi panduan untuk menguruskan pusat (min=4.47), membantu mengukur dan menilai kualiti pendidikan pusat (min=4.35) dan membantu pusat membuat penambahbaikan pengurusan pendidikan (min=4.77). Dalam temu bual, JPSP menyatakan perkara yang berikut:
67
•
•
•
•
•
Sejak 3 bulan dilaksanakan, pengurusan lebih mudah dan tersusun kerana mempunyai panduan untuk mengawal pelatih dan guru. Pada peringkat awal didapati agak sukar untuk dilaksanakan dan berlaku pertambahan kerja. Namun setelah dilaksanakan, SPMa dilihat sebagai garis panduan keseragaman pengurusan kerja dan penambahbaikan. Perubahan kepada keceriaan: institusi lebih ceria, ada pertandingan keceriaan, 5S diamalkan, dan mewujudkan laman web. Sambutan hari lahir juga diadakan kini. Baik dan perlu dimurnikan. Perlu ambil kira perbezaan antara BPLM dan BPLK. Item adalah sesuai untuk BPLM. Penilaian kendiri bagus tetapi banyak pendokumentasian yang perlu dibuat ditambah dengan ISO dan 5S. Oleh itu elok disatukan supaya memudahkan kerja.
Walau bagaimanapun, JPSP bimbang jika SPMa dijadikan sebagai satu pertandingan dan melibatkan banyak pendokumentasian. Instrumen SPMa perlu dimurnikan agar IPMa lebih jelas dan memahami maksud bagi setiap item dalam instrumen (min=3.68). ii.
Pandangan staf sokongan mengenai SPMa Keseluruhannya SPMa menurut staf sokongan adalah baik (min=3.91). SPMa menjadikan urusan pentadbiran lebih teratur (min=4.09) dan membantu meningkatkan prestasi kerja ke tahap yang lebih baik (min=4.07).
iii.
Pandangan staf akademik mengenai SPMa SPMa pada pandangan staf akademik adalah baik (min=3.88). SPMa membantu memantapkan profesionalisme (min=4.05) dan menambah baik tugas guru (min=4.02). Walau bagaimanapun, instrumen SPMa perlu diperbaiki agar lebih jelas dan mudah difahami (min=3.40). Dalam temu bual, guru menyatakan:
68
•
•
•
iv.
SPMa membantu guru yang baru dan juga yang lama dalam proses persedian, pelaksanaan dan menilai semula aktiviti - aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajar tertarik akan pelaksanaan SPMa di institusi dan berharap program/aktiviti kolej dapat dirancang dengan lebih strategik dengan adanya SPMa. Item-item yang terkandung dalam Instrumen SPMa adalah sesuai mengikut keperluan dan boleh diselaraskan di semua GIATMARA.
Pandangan pelajar mengenai SPMa Keseluruhannya pelajar menerima baik SPMa (min=4.33) kerana SPMa membantu memperbaik kualiti pengurusan pendidikan IPMa (min=4.35).
Keperluan JPSP, staf sokongan, staf akademik dan pelajar bagi melaksanakan SPMa i.
Keperluan JPSP bagi melaksanakan SPMa JPSP pusat rintis mempunyai input yang baik (min=4.28) bagi melaksanakan SPMa. JPSP berperanan membuat perancangan pelaksanaan SPMa di pusat (min=4.48). Walaupun bengkel 3 hari untuk JPSP di Penang membantu mereka melaksanakan SPMa (min=4.09), pengisian bengkel tersebut perlu dilihat semula bagi memastikan semua peserta jelas dengan matlamat dan proses pelaksanaan SPMa. Dalam temu bual yang dijalankan, JPSP menyatakan: • • •
JPSP termasuk Pengawal Mengawal Pusat mesti menghadiri bengkel; Sesi kefahaman domain perlu lebih panjang dan diperincikan; Perlu ada sesi mock pengiraan skor. Sesi pengiraan skor ini perlu lebih lama masanya;
69
•
ii.
Bengkel perlu diadakan bagi semua warga MRSM supaya mendapat pendedahan yang sama dan kefahaman yang selaras dengan kehendak pusat.
Keperluan staf sokongan bagi melaksanakan SPMa Kajian mendapati tahap input staf sokongan untuk melaksanakan SPMa adalah sederhana (min=3.57). Staf sokongan tidak begitu jelas dengan objektif SPMa (min=3.26) dan bengkel perlu diadakan bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai SPMa (min=4.44). Walau bagaimanapun, mereka tiada masalah untuk memberi kerjasama untuk melaksanakan SPMa di pusat mereka (min=3.72; min=3.79). Temu bual yang dijalankan mendapati rata-rata kebanyakan pusat rintis tidak memberi penerangan kepada staf sokongan kecuali 3 pusat iaitu GM Jitra, GM Tanjung Agas dan GM Setiu. Antara pandangan staf sokongan adalah seperti yang berikut: •
• • • iii.
Pihak pengurusan perlu berbincang dengan staf tentang program supaya mereka tahu proses di bahagian lain. Perlu wujudkan komunikasi baik antara satu sama lain. Perlu kefahaman terperinci mengenai item-item dalam Instrumen SPMa. Maklumat tentang SPMa perlu disebarkan kepada staf sokongan Pusat memerlukan kakitangan khas untuk perpustakaan.
Keperluan staf akademik bagi melaksanakan SPMa Keseluruhannya, tahap input staf akademik untuk melaksanakan SPMa adalah sederhana (min=3.44). Bengkel pelaksanaan SPMa perlu diadakan bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai SPMa (min=4.36). Tahap penglibatan staf akademik dalam membuat perancangan pelaksanaan SPMa di pusat adalah sederhana (min=2.95). Tahap bagi aspek-aspek pertanggungjawaban staf akademik yang lain juga adalah sederhana dalam pelaksanaan SPMa. 70
Temu bual yang dijalankan mendapati kebanyakan pusat rintis telah memberi penerangan kepada staf akademik mengenai SPMa. Walau bagaimanapun, penerangan terperinci mengenai SPMa adalah perlu bagi memastikan objektif SPMa tercapai dan secara tidak langsung mereka akan turut merasakan kepentingan peranan dan sumbangan mereka bagi menjaga kualiti pendidikan di pusat. Antara pandangan mereka: • • •
Perlu kefahaman terperinci mengenai item dalam Instrumen SPMa. Guru perlu bengkel untuk memahami dengan lebih jelas tentang SPMa. Staf akademik keliru dengan arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) [BPLK] berkaitan portfolio pengurusan fail pengajar.
iv. Keperluan pelajar bagi melaksanakan SPMa Pelajar mempunyai input yang baik mengenai SPMa (min=3.80) dan tiada masalah untuk memberi kerjasama bagi menjayakan SPMa di pusat (min=4.40). Walau bagaimanapun, pelajar tidak begitu jelas dengan objektif pelaksanaan SPMa di pusat (min=3.47). Temu bual yang dijalankan mendapati hanya 3 pusat rintis memberi penerangan kepada pelajar mengenai SPMa. Sebuah pusat rintis berpendapat pelajar tidak perlu diberi penerangan mengenai SPMa kerana tidak mahu pelajar memantau pengurusan pusat. Walau bagaimanapun, pelajar diharapkan akan menerima impak yang positif daripada pelaksanaan SPMa di pusat. Pandangan ini berbeza dengan sebuah pusat rintis lain yang sentiasa memberi peringatan mengenai pelaksanaan SPMa seperti yang berikut: a. b. c.
Melalui satu sesi taklimat khas; Pada setiap kali perhimpunan pagi oleh Pengurus; dan Sebelum sesi kelas bermula oleh Tenaga Pengajar
71
Kesannya menurut pusat berkenaan, pelajar gembira dengan perubahan yang berlaku di dalam kelas dan di pusat berkenaan. Pelaksanaan SPMa di pusat rintis i.
Pandangan JPSP mengenai pelaksanaan SPMa Kajian menunjukkan bahawa hampir semua pusat rintis telah membentuk JPSP di pusat masing-masing (98.5%), memberi kefahaman mengenai SPMa kepada JPSP (97%) dan telah membuat perancangan pelaksanaan JPSP (97%) di pusat mereka. Pemilihan sampel bagi penilaian individu juga telah dibuat secara rawak berstrata (97%) dan skor telah dirumuskan dalam jadual rumusan skor SPMa (97%). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pusat rintis yang mempunyai masalah dalam memberi kefahaman mengenai SPMa kepada warga pusat (18.2%), membuat penilaian kendiri awalan (10.6%) dan merangka pelan tindakan penambahbaikan pusat (12.1%).
ii.
Pandangan staf sokongan mengenai pelaksanaan SPMa Kebanyakan staf sokongan mengetahui mengenai pembentukan JPSP di institusi mereka (84.2%) tetapi tidak jelas mengenai penilaian kendiri awalan (71.9%) dan penilaian kendiri akhiran (71.9%) yang dilakukan oleh institusi.
iii.
Pandangan staf akademik mengenai pelaksanaan SPMa Kajian ini mendapati ramai staf akademik (91.7%) mengetahui mengenai pembentukan JPSP di institusi mereka. Walau bagaimanapun, lebih daripada separuh staf akademik tidak jelas mengenai penilaian kendiri awalan (62.5%), perancangan pelan tindakan penambahbaikan (56.7%) dan tidak jelas mengenai penilaian kendiri akhiran (52.5%) yang dilakukan oleh institusi mereka.
72
iv.
Pandangan pelajar mengenai pelaksanaan SPMa Ramai pelajar (75.4%) melihat perubahan yang positif terhadap proses pengurusan pendidikan di institusi mereka, walaupun hanya hampir separuh sahaja pelajar (46.9%) diberi penerangan mengenai tujuan SPMa.
Kesan pelaksanaan SPMa di sepuluh pusat rintis i.
Kesan pelaksanaan SPMa terhadap institusi Keseluruhannya, kesan pelaksanaan SPMa menurut JPSP adalah baik (min=4.20) iaitu SPMa berjaya menambah baik pengurusan pusat (min=4.26) dan menjadikan pengurusan pusat lebih berkualiti (min=4.37).
ii.
Kesan pelaksanaan SPMa terhadap staf sokongan SPMa memberi kesan yang baik terhadap staf sokongan (min=4.08). Instrumen SPMa membantu staf sokongan mengukur (min=4.18) dan menilai tugas mereka (min=4.24) serta meningkatkan keyakinan diri mereka dalam melaksanakan tugas di institusi (min=4.18).
iii.
Kesan pelaksanaan SPMa terhadap staf akademik SPMa memberi kesan yang baik (min=3.93) terhadap staf akademik. Instrumen SPMa membantu staf akademik mengukur (min=4.00) dan menilai pencapaian tugas (min=3.89) serta memantapkan profesionalisme mereka (min=3.98).
iv.
Kesan pelaksanaan SPMa terhadap pelajar Keseluruhannya, SPMa memberi kesan yang baik terhadap pelajar (min=4.11). Pelajar berpuas hati (min=4.23) dan seronok dengan pengajaran yang diterima (min=4.16) kerana pengurusan pendidikan bertambah baik dengan adanya SPMa (min=3.92).
73
PERBINCANGAN SPMa pada pandangan JPSP, staf sokongan, staf akademik dan pelajar adalah baik. SPMa membantu JPSP mentadbir urus institusi dan membuat penambahbaikan dalam pengurusan pendidikan. Staf sokongan dan staf akademik menerima baik pelaksanaan SPMa kerana SPMa membantu meningkatkan prestasi kerja mereka ke tahap yang lebih baik. Bagi pelajar pula, mereka berpendapat SPMa membantu memperbaik kualiti pengurusan pendidikan IPMa. Bagi melaksanakan SPMa, Pegawai Mengawal Pusat dan semua warga kerja IPMa perlu jelas dan faham mengenai SPMa. Bengkel SPMa perlu diadakan bagi memberi penerangan terperinci mengenai SPMa, terutama sekali instrumen SPMa. Kefahaman mengenai item-item dalam instrumen SPMa dapat membantu warga kerja IPMa membuat pengukuran dan penilaian aspek tugas mereka dengan betul. Warga kerja perlu dilibatkan bersama dalam membuat perancangan pelaksanaan SPMa, agar mereka jelas dengan peranan dan fungsi mereka dalam mewujudkan institusi berkualiti. Pelantikan JPSP dan pelan pelaksanaan SPMa yang mencakupi perancangan penilaian kendiri awalan, pelan tindakan penambahbaikan dan pelan penilaian kendiri akhiran perlu dihebahkan bagi memastikan semua warga kerja jelas akan tanggungjawab mereka di IPMa. Kesan pelaksanaan SPMa adalah baik kerana SPMa berjaya menambah baik pengurusan pendidikan IPMa, meningkatkan keyakinan diri dan prestasi warga kerja dan manakala pelajar pula, berasa seronok dan berpuas hati dengan pendidikan yang diterima di IPMa. KESIMPULAN Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa SPMa mengandungi panduan bagi membantu pengurusan pendidikan di IPMa. Pelaksana SPMa di institusi perlu jelas dan faham akan tujuan dan prosedur pelaksanaan SPMa. Pelaksana SPMa adalah warga kerja institusi, yang mencakupi pihak pengurusan institusi, staf sokongan dan staf akademik. Hanya apabila semua pihak jelas dengan peranan masing-masing, maka penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan di institusi dapat direalisasikan dengan mudah. Pelaksanaan 74
SPMa di pusat-pusat rintis ini memberi kesan yang positif terhadap warga kerja, profesionalisme dan institusi.
RUJUKAN
Abulhasan M. Sadeq & A. Khaliq Ahmad. 1996. Quality management: Islamic perspective. Kuala Lumpur: Leeds Publication. Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:DBP. OECD. 2004. Quality and recognition in higher education: The cross border challenge. CERI. Patton, M. 1986. Utilised focused evaluation. Newbury Park, CA: Sage. Sahney, S., Banwet, D. K. & Karunes, S. 2003. Enhancing quality in education: application of quality function deployment – an industry perspective. Work Study 52(6): 297-309. Seyfarth, J. T. 2002. Human resource management for effective schools. Ed. Ke-3. Masachusettes: Allyn & Bacon. Stufflebeam, D.L., Foley, W J., Gephart, W.J., Guba, E.G., Hammond, R.L., Merriman, H.O. & Provus, M. 1971. Educational evaluation and decision making. Itasca, Illinois:Peackock. Thete, A. R. 2003. Quality assurance mechanism. Dlm. Singh, R. K. (pnyt). Quality education: opportunities and challenges in the 21st century, hlm. 31-40. Delhi: Abijeet Publc. Unit Naziran dan Kualiti Pendidikan MARA. 2008. Instrumen Standard Pendidikan MARA. Ed. Mac. Kuala Lumpur.
75