CERAMAH PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS anjuran Maktab Perguruan Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak
Salam Perkenalan Salam Persahabatan MD AZIZ BIN HAJI LANI Pegawai Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran Melaka
TAJUK YANG DICADANGKAN Peranan pihak pengurusan sekolah dalam menangani isu pemulihan Isu dan cabaran/realiti pendidikan pemulihan di sekolah Pengalaman JPN Melaka dalam pemulihan khas
ISU-ISU PROGRAM PEMULIHAN KHAS
ISU-ISU PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH LAPORAN KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Projek dibiayai oleh UNICEF Januari 2002
Metodologi Kajian Kadar Jawapan Soal Selidik BIL SOAL SELIDIK DIHANTAR
BIL SOAL SELIDIK DIKEMBALIKAN (BERJAWAB)
Guru Besar
4000
Guru Pemulihan Khas
4000
KUMPULAN
%
BIL SOAL SELIDIK DIKEMBALIKAN (TIDAK BERJAWAB)*
%
3070
76.7
155
3.8
2937
73.4
200
5.0
Mengembalikan soal selidik tetapi tidak menjawab soalan kerana sekolah tidak melaksanakan/ elah berhenti melaksanakan program pemulihan khas kerana kekurangan guru dan sebabsebab lain. Sekolah tidak ada guru pemulihan pada masa soal selidik dihantar kerana GPK bersalin, telah bersara dan belum ada pengganti, berkursus dan tidak ada kelas-kelas pemulihan khas.
Metodologi Kajian Bilangan Sampel Kajian (Temu Bual) Berdasarkan – 5 buah sekolah rendah yang melaksanakan kelas pemulihan khas setiap negeri. Seorang pagawai dari Jabatan Pelajaran Negeri yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program pemulihan khas
KUMPULAN
BILANGAN
GURU BESAR
70 ORANG
GURU PEMULIHAN KHAS
70 ORANG
GURU ASAS (KELAS/MATA PELAJARAN)
340 ORANG
IBU BAPA MURID PEMULIHAN KHAS
220 ORANG
PEGAWAI JABATAN PELAJARAN NEGERI
14 ORANG
FAKTOR MURID A B
C D E
Murid kerap ponteng sekolah. Sikap negatif murid terhadap pelajaran – ada yang malas, tidak berminat belajar, kurang motivasi, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba. Murid yang bermasalah kesihatan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna. Murid cacat anggota/pekak dan bisu ditempatkan di kelas-kelas pemulihan khas. Murid terlalu lemah untuk menguasai pelajaran.
“Sebab kadang-kadang budak-budak ini tak buat kerja rumah. Kadang-kadang buat di sekolah, kadangkadang tiru kawan. Kadang-kadang saya beritahu siapa tak buat kerja rumah, cikgu tak bagi masuk kelas pada hari ini. Kena ugut. Kita beri latihan sama ada dia boleh buat atau tidak, tapi dia tak buat. Kadang-kadang latihan dalam kelaspun tak habis, tak siap’”
“Tidak ada alat-alat menulis seperti buku atau pun pensel – kalau diberi kerja rumah jangan harap dapat balik kerja rumah itu kerana habis hilang bahan sekolah itu. Kemahuan untuk belajar mereka memang tidak ada”. “Saya sukar membuat follow-up kerja-kerja mereka kerana buku selalu dihilangkan, kerja tidak pernah disiapkan dan alat tulis tak lengkap”.
“Budak pemulihan ini pun bermasalah kerana senang menghilangkan lembaran kerja yang diberi – diberi tetapi mereka buat roket. Mereka ini tidak mahu belajar, senang gaduh – sikap mereka kurang minat terhadap pelajaran”. “Murid tidak faham, murid tidak ada disiplin, murid suka main”. “Guru akan fed-up ajar murid yang degil. Murid ada inferiority complex – kalau dimarah tak datang sekolah”. “Ada yang betul-betul bermasalah, misalnya mereka malas dan terbiar – mak bapa mereka tidak mengambil berat tentang mereka”.
FAKTOR GURU A Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas. B Kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa. C GPK dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar. D Sikap negatif sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar murid-murid pemulihan khas. E Guru tidak mempunyai kemahiran/tiada latihan khusus disuruh mengajar.
Masalah yang pertama sekali ialah tidak faham dengan cara pengajaran pemulihan khas. Sebab saya tak ada pendedahan.
Saya tidak pernah dapat pendedahan tentang teknik dan kaedah yang sesuai mengajar kelas pemulihan. Saya rasa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku, buktinya dari segi pencapaian muridmurid masih lemah, keputusan D dan E sahaja.
Ada murid yang mempunyai masalah fizikal tetapi mereka dimasukkan dalam kelas pemulihan khas. Sepatutnya mereka perlukan pendidikan khas, di tempat lain. Tapi parents tak tahu. –
Buku panduan . . . Tidak faham mengikut pengajaran…..….. mengikut buku ini kerana tidak ada pendedahan.
KURANG KERJASAMA DARI GURU-GURU ASAS
Guru yang lain tidak faham pemulihan, bila dipulangkan ke kelas. Mereka hendakkan murid pemulihan pandai sepertimana murid-murid lain di kelas biasa. Guru-guru kelas selalu ‘complain’ murid yang mengikuti pemulihan tidak pandai. Mereka harapkan murid-murid ini perfect.
Guru tahun 1 tidak memulihkan murid yang lemah. Mereka seronok dengan budak yang pandai sahaja. Tiada peruntukan masa untuk mereka yang tertinggal. Tahap 1, khususnya tahun 1, bila kekurangan mereka tidak ditangani, maka ia akan bertimbun tambah dan akhirnya mereka betul-betul ketinggalan.
SIKAP PENTADBIR SEKOLAH Sikap GB tidak mengamalkan dasar pendemokrasian pendidikan seperti yang dinyatakan oleh seorang GB: ‘mana yang lebih penting…..murid pemulihan khas yang sedikit atau murid biasa yang banyak?’ – JPN Walaupun sekolah ada kelas pemulihan, ramai GB juga tidak membantu slow learners. Sikap GB mesti diubah. Guru bermasalah jiwa dijadikan guru pemulihan khas. - JPN
Ada Guru Besar yang tutup kelas pemulihan khas. Guru ini kemudiannya disuruh menjadi guru kelas atau relief teacher -JPN
BAHAN BANTU MENGAJAR A B C D
Sekolah sukar mendapatkan BBM yang sesuai dan terkini. BBM/bahan rujukan sukar /kurang di pasaran. BBM yang berbentuk media elektronik tidak dibekalkan walaupun sangat diperlukan. Tiada buku teks yan g sesuai untuk kegunaan guru dan murid pemulihan khas.
PERUNTUKAN KEWANGAN A B C
Tiada bantuan kewangan untuk menyediakan bilik dan peralatan yang sesuai bagi murid-murid pemulihan khas. Tiada peruntukan kewangan untuk menyediakan/membeli BBM dan bahan-bahan rujukan untuk GPK. Tiada peruntukan khas untuk memberi latihan kepada GPK/Guru-guru lain.
KEMUDAHAN FIZIKAL A
B
Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalu kecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas di bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai. Kekurangan peralatan/perabut di bilik pemulihan seperti rak dan almari.
Saya tidak diberikan tempat khas. Kelas pemulihan diadakan di pusat sumber dan terpaksa berebut dengan guru lain . Kalau bilik digunakan, kelas terpaksa dibatalkan. – GPK Tiada bilik khas – berpindah randah. Bilik pemulihan khas ialah bilik setor yang terletak di bangunan lama. Kami tak dapat susun alat dan kerusi meja dengan baik – terdapat banyak anak-anai. Bilik stor ini panas, udara nak keluar pun susah.
Masalah tiada bilik – kelas dijalankan di kantin, di pondok rehat, tiada meja …. Bilik pemulihan – tidak sesuai. Perlu bilik yang lebih besar. Bilik sekarang ni udara nak mengalir pun susah. Bilik tidak sesuai, kadang-kadang digunakan oleh jururawat pergigian, kadang-kadang sampai sebulan tak ada kelas pemulihan khas kerana bilik digunakan.
FAKTORT IBU BAPA/PENJAGA A B C
Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Ibu bapa tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah. Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak.
BILANGAN MURID PEMULIHAN KHAS YANG RAMAI A
Bilangan murid yang memerlukan pemulihan khas agak ramai berbanding dengan seorang guru pemulihan khas.
B
Sukar melaksanakan program pemulihan khas dengan berkesan kerana bilangan murid pemulihan khas yang ramai.
SEBAHAGIAN BESAR TERCAPAI Matlamat program pemulihan khas sebahagian besarnya tercapai, kerana 50% daripada murid pemulihan khas telah bolah membaca, dan terdapat perubahan pada sikap dan telah mempunyai keyakinan diri. – GPK Sebahagian besar objektif tercapai. Daripada 93 orang murid, 50 orang telah dipulihkan. Mereka sekarang boleh membaca ayat-ayat mudah. Mereka boleh membuat ayat mudah dengan mengisi tempat kosong dan campur, tolak yang asas. - GPK
Sebahagian besar objektif pemulihan khas tercapai kerana ada murid pemulihan yang telah mendapat pangkat C dalam UPSR. Mereka menunjukkan perubahan sikap dan berminat belajar, lebih bersih, ada persaingan, ingin menonjol diri. Juga sudah boleh membaca dan menulis dengan baik. – GPK Sebahagian besar tercapai kerana daripada 30 orang murid Tahun 1 yang dikenalpasti pada bulan Julai 2000 untuk pemulihan, seramai 26 orang murid telah berjaya dipulihkan dan telah kembali ke kelas masing-masing. - GB
Anak saya sudah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak. Berminat membaca keratan akhbar yang dijumpai. – IB Sudah ada kejayaan dalam ujian bulanan. Rajin membuat kerja sekolah. Rajin berkemas. – IB Kadang-kadang anak bawa balik buku untuk dibaca di rumah. Ini berjayalah. Dulu ada bawa balik buku tapi tak baca. -IB
SEBAHAGIAN KECIL TERCAPAI Kurang tercapai… jika guru sentiasa bertukar. Guru pemulihan khas jangan diberi kelas lain, jangan ganti kelas. Berjaya sebab dari tak tahu kepada tahu. –GPK Sebahagian kecil tercapai kerana tidak menjalankan kelas pemulihan sebenar. –GPK
Sebahagian kecil yang menguasai 3M telah dipulangkan ke kelas biasa. Lepas iti mereka ini tertinggal di kelas sendiri. Kebanyakan guru kelas buat tak kisah. –GPK Kurang berjaya kerana guru kurang ambil berat. Patut ambil tahu, panggil ibu bapa. Sikap kurang tanggungjawab guru. Cikgu tulis di papan hitam, tak sempat salin….maka kerja tak buat. –IB Masalah mental dan kesihatan….tak boleh buat apa-apa. GPK Sekolah tidak menjalankan kelas pemulihan khas seperti yang diperlukan. -GA
Kegagalan saya rasa adalah disebabkan faktor diri murid sendiri. Program, pemulihan khas hanya boleh memberi kemahiran yang ‘basic’. Yang selanjutnya terpulang kepada murid itu sendiri. Ada murid yang tak boleh membaca selepas Tahun 6. –GA Kegagalan memang ada. Murid ini macam biasa sahaja, ‘they come and go just like that’.-GA
KEKERAPAN PENCERAPAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Tiada langsung pencerapan dilakukan oleh JPN, Nazir sepanjang 10 tahun saya mengajar ….. selain dari Guru Besar sendiri. Tiada pemantauan oleh pihak-pihak tertentu. Hasil penat tiada siapa yang melihat kecuali murid-murid pemulihan.
Guru pemulihan khas selalu tidak dipedulikan oleh pentadbir. Pentadbir lebih suka memantau kelas peperiksaan Tahun 6. Pegawai JPK, Guru Besar, guru penolong kanan, pegawai JPN, KPM tidak pernah memantau pengajaran guru pemulihan khas. –GPK Tidak ada pemantauan daripada mana-mana pihak, mereka tidak dapat membantu menyelesaikan masalah kita.
No time. Ada 308 buah sekolah di negeri ini dan hanya ada 2 pegawai sahaja. Pemantauan dilaksanakan mengikut kemampuan dari segi masa dan tenaga. – JPN Pegawai JPN datang sekali, bukan untuk mencerap sekadar menemubual untuk mendapat sedikit maklumat. –GPK Nazir ada datang tapi untuk mencerap guru lain. Mereka hanya singgah saja ke kelas ini. -GPK
Nazir – jarang datang, tapi ada juga. Tetapi tidak banyak feedback. Just take records. PPD – no. GB Penolong Kanan ada masuk kelas, ada berbincang dengan GPK. PPD dan Nazir ada membuat pemantauan. Mereka membantu guru-guru merancang aktiviti pemulihan, kaedah mengajar dan bahan-bahan bantuan mengajar yang patut digunakan. – GPK GB ada masuk ke kelas pemulihan, saya selalu berbincang kalau tidak dengan GB dengan guru Penolong kanan 1. Bincang tentang masalah budak pemulihan. Budak tak hadir. Mengapa? Nak buat macam mana? - GPK
TAM AT