Islam Tulin Dan Baka

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Islam Tulin Dan Baka as PDF for free.

More details

  • Words: 21,614
  • Pages: 47
ISLAM TULIN DAN ISLAM BAKA (ISLAM KETURUNAN) Orang-orang yang beriman ialah mereka yang menyungguhkan dan yang membenarkan akan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah yang membawa manusia dari kegelapan kepada nur, dari kafir kepada Islam dan dari syirik kepada tauhid serta barang yang dibawa dan disampaikan baginda itu adalah dari Allah. Dan mereka ini juga mengamalkan apa jua dari sunnah baginda s.a.w. sepenuhnya pada diri , keluarga dan masyarakat sekadar kemampuan mereka pada zahir dan batin. Inilah dia dari golongan yang sebenarnya; dan mereka ini juga yang berhubung kembali dengan Rasulullah s.a.w. melalui guru-guru yang muktabar salasilahnya. Firman Allah:

Maksudnya:

Hanyasanya orang-orang beriman itu, ialah mereka yang percaya kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak pula ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta mereka dan diri mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hujurat:15)

Kaum Mukminin yang benar-benar beriman itu hanyalah mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Percaya kepada Allah dan RasulNya. 2. Tidak terdapat di dalam hati mereka perasaan ragu-ragu dan syak wasangka, tidak bergoncang imannya, bahkan tetap teguh di dalam satu keadaan. 3. Berjihad, iaitu berjuang pada jalan Allah dan mencari keredhaanNya, dengan membelanjakan harta yang disayanginya dan mengorbankan nyawa yang dikasihinya. Mereka itulah orang-orang yang tulen imannya, dan benar kalau menuturkan kata, “Kami beriman”. Bukanlah seperti setengah sikap orang-orang Melayu hari ini yang berkata, “Kami telah beriman” hanya di mulut sahaja, kerana mereka menjadi Islam hanyalah secara kebetulan emak dan bapa mereka orang Islam – mungkin juga Islam keturunan. Satu kenyataan palsu yang perlu dibuang ialah perkataan yang terbit dari orang-orang Melayu yang jahil iaitu: “melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu”. Jika demikian apalah salahnya pula orang Arab berkata: “Arab itu Islam dan Islam itu Arab”. Sedangkan di dunia Arab hari ini ramai dikalangan mereka terdiri dari orang-orang Yahudi, orang Nasrani, orang Kristian seperti di Lebanon. Dan bagaimana pula sekiranya orang Pakistan atau orang Cina yang Muslim mengatakan perkataan yang sama. Kalau demikianlah keadaannya bukanlah Islam itu untuk semua bangsa, tetapi hanyalah dikhususkan untuk sekian-kian bangsa sahajalah! Demikianlah singkatnya ilmu mereka terhadap Islam. Islam bukanlah diturunkan hanya untuk orang-orang Melayu atau orang-orang Arab sahaja, tetapi ia diturunkan kepada sesiapa jua dari mana-mana bangsa dan keturunan yang mahu mengucap dua kalimah syahadah, membenarkan Rasulullah s.a.w. serta barang yang dibawanya dan mengamalkan segala Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. di dirinya zahir dan batin di bawah bimbingan guru mursyid dan bukan dibimbing oleh akal fikirannya sendiri atau di bawah

telunjuk wali (penolong) syaitan. Timbulnya keraguan dan kejahilan di diri mereka itu adalah disebabkan oleh sangkaan mereka bahawa mereka telahpun menjadi Islam sejak kecil lagi. Sangkaan mereka itu adalah berdasarkan semasa kecil lagi mereka telah disuruh menghadiri majlis-majlis pengajian Al-Quran dan fardu ain. Sebenarnya, tujuan mereka dihantar ke majlis tersebut adalah untuk mempersiapkan diri apabila sampai umur akil baligh mereka akan dipertanggungjawabkan dengan segala hukum Islam setelah mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu menerima secara rasmi daripada guru mursyid. Inilah sangkaan mereka yang salah, tambahan pula sangkaan mereka itu hanya berdasarkan hukum akal mereka sendiri sahaja tanpa ada nas yang mengukuhkannya. Inilah dia golongan yang mengaku beriman dengan Nabi s.a.w. tetapi tidak mentashdidkan kebenaran baginda, yakni tashdid mereka semata-mata hanyalah percaya dengan lidah terhadap Nabi s.a.w. dengan keyakinan yang datang dari dirinya sendiri atau dengan mendengar ceramah-ceramah (bukan Mengaji) atau mendapat cerita buku secara sambil lewa sahaja. Sekiranya ditanya kepada mereka bagaimana keadaan diri Nabi yang menjadi utusan Allah itu dan bagaimanakah pula jalan hidup baginda sebagai seorang utusan Allah? Mereka hanya menjawab dengan jalan yang mudah sahaja tanpa menampakkan keyakinan terhadap Rasul itu. Tanda keimanan itu dapat dinilai dari ‘komitmen’ mereka terhadap sunnah baginda sendiri. Maka golongan ini, Islam mereka hanyalah Islam zahiriah semata-mata. Sungguhpun mereka juga sembahyang, puasa, zakat dan haji serta mengamalkan suruhan Tuhan yang lain, tetapi kerana mereka itu tidak bersungguh-sungguh membenarkan kerasulan Nabi s.a.w., maka mengikut qaul yang sahih daripada ulamak muhaqqiqin mereka adalah golongan yang sesat jua kerana tidak tepat iktiqad mereka. Kaum Yang Mengikut Amalan Orang-Orang Tua Mereka. Firman Allah:

Maksudnya:

Apabila dikatakan orang kepada mereka: “Ikutlah perintah diturunkan Allah!” Maka jawab mereka: “Bahkan kami mengikut apa-apa yang kami peroleh dari orang tua-tua kami. Sekalipun bapa-bapa mereka tidak memikirkan sesuatu dan tidak mendapat petunjuk (jahil). (Al-Baqaroh:170)

Apabila diseru kepada mereka, yakni golongan-golongan yang masih belum menerima dua kalimah syahadah yang wajib atas diri mereka untuk membuktikan keIslaman mereka, ikutlah perintah yang diturunkan Allah melalui RasulNya yang mulia supaya kamu beriman dan menyembahNya serta membenarkan dan mengikuti segala barang yang dibawa oleh RasulNya itu, dan meninggalkan segala amalan-amalan yang diperolehi dari orang-orang tua mereka, iaitu dengan menerima kembali akan dua kalimah syahadah dengan diikrarkan dan # ditashdidkannya akan ketuhanan Allah s.w.t. dan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. apabila sampai peringkat akil baligh dengan meniatkannya fardhu sekali seumur hidupnya daripada mualim-mualim atau guru-guru pewaris Nabi. Lalu mereka menjawab: “Bahkan kami mengikut apa-apa yang kami perolehi daripada orang tua-tua kami”.

Inilah rupa keengganan mereka yang keras hati tidak mahu menyambut seruan Tuhan supaya mengikut akan NabiNya, lalu mereka berasa puas dan bangga dengan mewarisi amalan-amalan dari datuk nenek mereka meskipun mereka sendiri tidak berapa mengetahui tentang hal tersebut. Kedegilan mereka ini ketara kerana mereka telah dididik sejak dari kecil lagi dalam mentaati adat istiadat keagamaan turun-temurun di dalam kehidupan mereka. Sesetengahnya begitu bangga dengan keturunan mereka, ilmu datuk nenek mereka dan yang seumpamanya. Islam pada mereka cukup dengan apa yang sedia ada. Buat apa perlu bersusah payah mengucap syahadah lagi, sedangkan datuk nenek kami telah lama menjadi Islam. Allah mengeji pekerti mereka dengan firman-Nya: (Hairan sungguh, adakah begitu gayanya, mereka masih mengikut bapa-bapa mereka), sekalipun bapa-bapa mereka itu jahil (dalam hal agama – sesetengahnya hanya tahu secara lebih kurang sahaja dan sesetengahnya tidak layak langsung dipanggil orang Islam (penuh dengan maksiat dan perjudian) dan setengah yang lain pula hanya tahu tentang hal-hal keduniaan sahaja – itupun masih kuat mendakwa mereka itu orang Islam kerana nama mereka juga Islam) dan tidak pula mereka itu mendapat petunjuk ke jalan yang benar. Bukanlah salah Tuhan tidak menunjukkan jalan kebenaran kepada mereka tetapi mereka sendiri yang menolak jalan kebenaran itu. Allah menyuruh mereka mengikuti segala apa yang diturunkanNya melalui NabiNya tetapi mereka menolak dan mereka lebih senang lagi mengikut petunjuk hawa nafsu mereka yang dipimpin oleh syaitan, sedangkan Allah telah berpesan syaitan itu adalah sebesar-besar musuh kepada umat manusia dan patut dijauhi. Lihatlah akan kedegilan mereka yang tidak mahu menerima seruan Nabi s.a.w.. Mereka tetap juga berkeras dengan mempercayai amalan orang tua-tua mereka. Kata mereka amalan yang mereka pegang sekarang ini adalah terdapat di dalam Islam. Adakah dengan mencampur-adukkan amalan kuno jahiliah dengan amalan yang terdapat di dalam Islam dikatakan itu Islam dan sunnah Nabi s.a.w.? Sekiranya ada, tentulah ada Allah menyatakannya di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.! Tambahan pula keadaan hidup mereka itu yang masih diselubungi dengan kehidupan jahiliah dengan sendirinya menafikan pegangan Islam itu pada mereka. Adalah suatu yang mustahil untuk mencampurkan diantara yang haq dengan yang batil! Seruan Rasulullah s.a.w. tetap bergema sepanjang zaman kepada umatnya agar kembali mentauhidkan Allah s.w.t. dengan meninggalkan segala perkara-perkara syirik. Mengikut Jejak Langkah (Bertaqlid) Firman Allah:

Maksudnya:

Sebaliknya mereka berkata: “Sesunguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama. Dan sesungguhnya kami – lantaran mengikut jejak langkah mereka – menjadi orang yang mendapat petunjuk”. (Az-Zukhruf:22)

Sebenarnya mereka tidak berdaya mengadakan bukti, baik secara akal mahupun naqli (pengambilan dari kitab) yang diturunkan dari langit untuk membuktikan yang amalan mereka lakukan itu adalah benar mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh agamanya.

Sebaliknya mereka menyatakan hanyalah perbuatan yang mereka ada-adakan hanyalah bertaqlid atau meniru-niru buta kepada perbuatan nenek moyang mereka yang begitu mempercayai kuasa jin (Tok nenek/saka baka serta banyak lagi perkara-perkara khurafat) yang boleh membinasakan mereka sekiranya mereka ingkar; dan kononnya mereka adalah di pihak yang benar lantaran mengikuti jejak langkah nenek moyang mereka, sehingga mendapat pula petunjuk. Dengan demikian kononnya perbuatan mereka tidak salah. Sesetengah dari masyarakat Melayu hari ini masih bertahan dengan amalan-amalan turun-temurun datuk nenek mereka. Ada diantaranya sering berjumpa dengan ruh datuk nenek (sebenarnya jin yang menyerupai) mereka samada dalam mimpi atau secara berhadapan. Maka datuk-nenek ini berpesan supaya menjaga amalan-amalan yang ditinggalkan pada anak cucunya kerana katanya amalan inilah yang benar. Bila anak cucunya mengamalkan upacaraupacara yang ditinggalkan itu, selamatlah mereka dari terkena sebarang bala (yang kata mereka tidak boleh cuai), tetapi sekiranya mereka tinggalkan maka datanglah berbagai-bagai bencana di dalam kehidupan mereka, seperti diganggu di dalam tidur dengan mimpi yang berbagai rupa macam orang yang sudah mati datang kepada mereka, nampak binatangbinatang buas seperti anjing, ular, babi dan sebagainya, berniaga tak mahu menjadi, anak dara tidak laku (ada sial), suka berkelahi sesama adik beradik dan juga dengan orang lain, hati sentiasa tidak tenteram, suasana rumahtangga tidak harmoni, bila buat ibadat rasa sukar dan lain-lain gangguan dan bencana lagi. Bila kejadian begini menimpa mereka, lalu merekapun berasa yakin akan kebenaran amalan datuk nenek mereka lantas merekapun menghidupkannya semula. Dengan serta-merta hilang segala masalah mereka dan mereka pun tetaplah berpegang teguh di atas amalan mereka itu meskipun mereka tidak dapat membuktikan kebenarannya berdasarkan nas-nas daripada Al-Quran dan Al-Hadis. Apabila diri dan jiwa mereka telah dipengaruhi oleh kuasa (sebenarnya hasutan) dari jin dan syaitan, maka sukarlah bagi mereka menerima petunjuk yang dibawa oleh penyeru-penyeru agama (mubaligh dan para da’i yang menyambung tugas rasul), meskipun seruan yang diserukan itu adalah dari langit yang diwahyukan kepada Nabi s.a.w., kerana mereka itu bersifat sombong bodoh (kerana jahil) ia tidak ada niat untuk menerimanya (kerana termakan hasutan dan dirasuk syaitan). Firman Allah:

Maksudnya:

(Rasul itu) berkata: “Apakah (kamu akan mengikuti) sekalipun aku adalah orang yang membawa agama untuk kamu itu lebih nyata memberi petunjuk dari apa yang telah kamu dapati dari nenek moyang kamu?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami mengingkari agama yang kamu diutus, untuk menyampaikannya”. (Az-Zukhruf:24)

Allah menggambarkan tentang kisah rasul yang menyeru kepada kaumnya dan berkata: “Adakah kamu akan menganut juga meniru-niru buta agama nenek moyang kamu, walaupun aku telah membawakan agama yang lebih nyata membawa petunjuk kepada kamu

dari agama nenek moyang kamu itu? (Begitulah juga terjadi ke atas sesetengah orang Melayu hari ini yang ingkar dan degil yang mempertahankan Islam baka yang mereka amalkan sekarang ini)”. Maka jawab mereka: “Kami tetap juga berpegang dengan agama (amalan) nenek moyang kami walaupun agama yang engkau bawa itu lebih nyata memberi petunjuk”. Ini menunjukkan bahawa mereka tetap berdegil walaupun mereka tahu agama yang dibawa oleh para rasul itu lebih benar, mereka tidak juga mahu mengikutnya, disebabkan buruknya niat dan adanya sifat sombong dan bongkak mereka terhadap perkara yang benar dan baik. Keadaan ini sama sahaja apa yang berlaku di dalam masyarakat Melayu, pun banyak terdapat tentangan-tentangan terhadap suruhan supaya mereka meninggalkan amalan nenek moyang mereka dan kembali kepada Islam sebenarnya mentauhidkan Allah pada Af’alNya, SifatNya dan ZatNya di dirinya serentak zahir dan batin pada semua masa, semua waktu dan semua keadaan supaya jadilah mereka itu umat yang benar-benar beriman walaupun sedikit. Petunjuk-petunjuk di atas telah jelas menerangkan tentang salahnya jalan-jalan yang diambil dan diikuti oleh orang-orang yang mahu beragama. Dengan sebab itulah di dalam perkara keagamaan seseorang itu perlu bersikap positif dan jangan terlalu taksub dengan amalan pegangannya kerana mungkin salah, tambahan pula apabila dikemukakan bukti-bukti yang jelas dari suara wahyu dari langit, apakah mesti ditolak juga dengan sebab telah terikat dengan amalan-amalan bapa-bapa mereka (meskipun bapa mereka itu sesat). Ingatlah firman Allah yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim dan kaumnya:

Maksudnya:

Dia berkata: “Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu di dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Anbiya:54)

Itulah jawapan Nabi Ibrahim mendedahkan betapa buruknya pekerti mereka. Dan jawapan itu juga merupakan cacian dan celaan kepada mereka disebabkan perbuatan yang mereka lakukan. Jelasnya bahawa orang-orang yang menjadi pak turut dan meniru-niru buta itu terang sekali dalam kesesatan. Mereka tidak ada tempat bersandar, kecuali mengikuti kemahuan nafsunya dan acuman syaitan. Meskipun Rasulullah telah wafat tetapi sunnahnya tidak turut wafat malahan bergerak terus dengan megahnya disambung oleh para pejuang mujahid baginda yang mewarisi pusakanya itu sehingga ke hari kiamat. Allah akan terus membantu untuk menentukan perjalanan agama yang diredhaiNya itu tetap berkembang ke dalam jiwa mereka-mereka yang mahu menerimanya. Bagi hati yang menolak akan kebenarannya lalu Allah gantikan dengan syaitan dan syaitan manusia sebagai penolong dan pemimpin mereka supaya mereka terus tersesat kerana keingkaran mereka itu. Firman Allah:

Maksudnya:

Ikutlah Allah dan ikutlah Rasulullah. (Muhammad:33 * )

Orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang mengikut perintah Allah dan suruhan RasulNya. Mereka beriman dengan apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. tanpa banyak soal jawab. Sedangkan mereka yang tidak mahu beriman itu cuba membawa hujahhujah mereka untuk tidak melakukan segala suruhan-suruhan itu. Bermula dari sini lahirlah gejala-gejala melawan sunnah Nabi s.a.w. dengan mereka pula mengada-adakan sunnah baru mereka yang mereka sukai dan yang mereka warisi dari bapa-bapa mereka. Maka lahirlah ‘sunnah’ baru dalam masyarakat Melayu Islam yang merosakkan agama itu sendiri yang telah direka oleh syaitan-syaitan jin dan manusia. Dengan bertopengkan nama Islam dan budaya Islam, mereka menyebarkan dan mempertahankan amalan jahiliah mereka di dalam kehidupan mereka. Beberapa Pembahagian Islam Baka. Kelompok-kelompok orang-orang yang mengaku Islam ini (orang Melayu) dapatlah dikategorikan dalam beberapa kategori: 1. Ada yang beragama Islam kerana keturunan dan tradisi. Mereka menurut dengan fanatik apa saja yang diterima dari orang tua atau nenek moyang mereka sebagai tradisi (adat istiadat). Kerana tradisi, sesuatu soal dipertahankan secara membabi buta, sekalipun rentak-rentaknya itu berlawanan dengan Al-Kitab dan Sunnah Rasulullah. Jadi mutu atau nilai Islam mereka hanyalah berupa mutu Islam tradisi, bukan lagi iman kepada Allah dan mentaati Rasul. Pada beberapa tempat tradisi itu dijiwai lagi oleh jiwa legenda dan ceritacerita keramat. Maka mutunya adalah campuran cerita Israilliyat, animisme, kepercayaan hindu (saka baka/ tok nenek) dan pertapaan serta yang seumpamanya. Dan dengan sendirinya tentulah telah tercemar Islam itu dan sudah tidak murni lagi. 2. Ada yang beragama Islam hanya ketika aqiqah, upacara kahwin dan kematian. Di luar daripada itu mereka sudah tidak lagi berkenalan dengan agamanya. Jadilah keadaan mereka itu sama saja dengan orang-orang kafir seperti Kristian dan Khatolik. 3. Ada yang beragama hanya kerana terpaksa ikut-ikutan untuk mengambil pengaruh, terutamanya bagi mereka yang ingin bercita-cita menjadi pemimpin masyarakat ataupun negara, sedangkan hati dan keyakinannya telah dikuasai oleh jiwa materialisme. Dengan begitu mereka menjalankan peranan munafik (berpura-pura), menipu massa dan diri sendiri. 4. Ada yang beragama Islam dengan pengertian bahawa agama ialah hubungan dengan ghaib sahaja. Jadi dalam faham mereka agama tidak usah turut dalam urusan hidup, dalam urusan ekonomi (kata mereka orang Melayu tidak akan maju kalu ikut ekonomi Islam), dalam masyarakat dan dalam tata-hidup. Kalau kita lihat dalam Ensiklopedia-ensiklopedia Barat, memang tertulis, “Agama mengurus hal-hal peribadatan yang berkaitan dengan yang ghaib”. Rupa-rupanya pendapat-pendapat Barat inilah yang mereka ambil jadi

panduan. Dalam hal ini mereka juga telah mendekati faham Kristian yang berkata, “Berikanlah yang bahagian Allah kepada Allah, dan apa yang bahagian Kaisar kepada Kaisar”. Menurut faham ini hubungan dengan Allah hanya hubungan kebatinan dan hubungan akhirat. Adapun untuk kehidupan di dunia, agama tak usah turut-turut atau Allah usah ikut-ikut mengatur dunia. Agama cukuplah dalam alam malakut sahaja. Faham inilah yang dinamakan faham Sekular. Sungguh amat sesat pengertian itu, kerana Islam yang sebenarnya berupa “organisasi hidup” yang datang dari suara wahyu dibawa oleh Muhammad, yang mengeluarkan manusia dari kegelapan (kebodohan, jahiliah dan keaniayaan) kepada kehidupan yang terang cemerlang dan kebahagian di dunia dan akhirat. Maka ia menimbulkan kudrat-kudrat yang ada di dalam diri manusia, ruhaniah dan jasmaniah, mengatur ruhani dan jasmani peribadi, mengatur masyarakat dan mengatur kekuatan yang semuanya dijiwai oleh keimanan kepada Allah dan RasulNya. 5. Ada yang beragama Islam dalam apa yang disukainya saja dan membelakangi Islam dalam bidang-bidang yang berlawanan dengan keinginan nafsu dan hawanya. Jadilah mereka iman dengan setengah Kitab dan kafir dengan setengah lagi. 6. Ada lagi yang beragama Islam, tetapi diubahnya tujuan akidah dan hukum Islam dengan alasan-alasan darurat yang dibuat-buat. Mereka berbuat demikian kerana keuntungan harta benda dan duniawi. Dengan begitu ayat Allah telah terjual. Akidah telah tergadai, hukum Allah sudah diputar belitkan, jiwa jihad telah musnah, jiwa “Lamalluq” (menjilat) jadi subur. Insan-insan seperti ini mengemukakan agama dengan lisannya dan dalam praktik agama itu dihancur leburkannya. Benarlah kata Imam Ghazali: “Akan datang suatu zaman. Tidak ada yang tinggal lagi dari Islam kecuali namanya. Tidak ada yang tinggal lagi dari Al-Quran kecuali lukisan lahirnya. Masjid mereka ramai tetapi isinya sudah binasa, tidak sesuai dengan Allah lagi. Ulamaknya sudah menjadi ulamak jahat, mereka jadi penyebar fitnah dan fitnah itu akan kembali merosak ulamak itu sendiri”. Inilah dia jenis-jenis Islam baka yang dapat dilihat di depan mata kepala kita pada hari ini, mungkin kita salah seorang daripada mereka. Ayuh! Buktikanlah kita bukan sebahagian daripada mereka. Sebenarnya kalau kita memberi penilaian atas umat Islam sekarang, dibandingkan dengan umat di zaman Nabi (umat bermula) akan sukarlah bagi kita menetapkan nilai umat ini sebab lebih dekat kepada kekafiran (sebahagian daripadanya telahpun jatuh kafir, hanya tinggal nama lagi saja yang Islam) daripada kepada Islam. Jalan hanya satu lagi, iaitu kembali semula kepada kalimah yang agung iaitu kalimah syahadah, dengan berhubung semula dengan Rasulullah s.a.w., mengambilnya sebagai guru agung pada ruhani dan jasmani. Disamping itu jadikanlah kembali umat ini (umat yang ada hubungan dengan Rasulullah) mempunyai mutu yang murni, dan perbanyakkanlah fi-ah-fiah yang nilai mutu kejiwaan dan gerak langkah kehidupannya meneladani umat bermutu di bawah pimpinan Rasulullah dan di bawah naungan bendera Al-Quran. Mulailah dari “fi-ahfiah qaliilah” (golongan sedikit, yang mempunyai mutu). Firman Allah:

Maksudnya:

Telah berulang-ulang terjadi umat yang sedikit tapi bermutu dapat mengalahkan umat yang banyak dengan izin Allah. (Al-Baqoroh:249)

Golongan Yang Mempertahankan Islam Baka & Kesannya. Mengapakah golongan-golongan ini kebal dalam mempertahankan Islam keturunan mereka, sedangkan telah terang terbukti iaitu Islam keturunan itu bukan sebahagian daripada Islam. Sepertimana bapanya guru, anaknya juga secara otomatik menjadi guru; ini tidak semestinya berlaku kerana tidak siapapun yang mau menerimanya. Jika anak itu juga mahu menjadi guru ia perlu memanjat ke pusat pengajian tinggi selama beberapa tahun bagi diijazahkan dengan sijil perguruan untuk mengesahkan kerjayanya itu. Tidak salah jika si anak itu masih mahu menjadi guru, tetapi adalah guru yang tidak mendapat tauliah dan juga tidak ada ganjaran yang akan diperolehinya dari majikannya atau pemerintahnya. Jika majikan atau pemerintah sendiri tidak mahu mengiktiraf guru-guru yang tidak bertauliah atau berijazah (ada sijil), tentulah mereka enggan memberi sebarang bentuk ganjaran atau jaminan kepada guru tersebut. Jadi sia-sialah guru itu menjalankan tugasnya meskipun ia seorang yang baik, jujur dan amanah! Ada satu lagi contoh: Ah Seng seorang anak orang kafir yang hidup sekampung dengan Ali di sebuah kampung Melayu. Ah Seng dan keluarganya fasih berbahasa Melayu. Semasa di sekolah Ah Seng sama-sama belajar dengan Ali di sekolah Melayu sehinggalah ke sekolah menengah. Oleh kerana terlalu lama bercampur dengan orang-orang Melayu terutamanya Ali, segala apa yang diajar oleh guru termasuklah ustaz kesemuanya dapat difahami oleh Ah Seng sehinggalah kepada perkara-perkara agama, hatta mengucap sekalipun. Apabila ditanya kepada Ah Seng soal-soal agama, Ah Seng seperti juga Ali akan menjawabnya dengan tepat. Cuma yang berbeza Ali dengan Ah Seng ialah Ali menambah pengetahuan agamanya melalui ustaz-ustaz di kampung. Suatu hari Ah Seng meminta izin daripada Ali untuk bersama-sama pergi ke masjid. Lalu Ali membenarkannya. Maka ikutlah Ah Seng ke masjid. Sampai di masjid Ah Seng mengikut Ali mengambil wuduk lalu masuk ke masjid. Oleh kerana Ah Seng dikenali di kampung itu seorang anak Cina, lalu orang-orang masjidpun menghalaunya dengan alasan ia bukan orang Islam. Tetapi kalau dinilai dengan pengetahuan agama Islam pengetahuan mereka berdua hampir saja sama, entah-entah pengetahuan Ah Seng lebih baik lagi dari

pengetahuan budak-budak kampungnya (budak Melayu) yang tidak bersembahyang itu! Soalnya mengapakah Ah Seng dihalau sedangkan Ali tidak? Sekiranya dinilai dari sudut pengetahuan diantara Ah Seng dengan Ali hampir sama cuma kelebihan terdapat pada Ali kerana ia anak orang Melayu. Tetapi dari sudut pemelukan agama Islam kedua-duanya sama kerana Ali juga tidak pernah menerima bai'ah atau ucapan dua kalimah syahadah (Syahadah wajib) dari gurunya apakala sampai ia pada akil baligh, cuma ia hanya mempelajari sahaja tentang agama Islam. Tentulah tidak sama mempelajari dengan menerima bai'ah tersebut. Begitu juga dengan Ah Seng, dia juga turut sama mempelajari sebagaimana Ali. (Di sisi Allah tidak ada perbezaan diantara orang Melayu dengan orang Cina sebab Islam bukan untuk orang Melayu sahaja – cuma yang berbeza ialah orang yang bersyahadah dengan orang yang tidak bersyahadah pada sisi Allah). Jika demikian kedudukannya sama sajalah Ali dengan Ah Seng. Kalau Ali boleh mempelajari agama Islam tanpa diikuti dengan bai'ah maka tidaklah salah Ah Seng juga mempelajarinya. Dan Ah Seng tak sepatutnya dihalau keluar dari masjid. Kalau Ah Seng dihalau keluar patut sangatlah Ali juga turut dihalau keluar bersama-sama. Ah Seng dihalau keluar kerana ia anak seorang Cina dan Ali patut dihalau keluar kerana ia anak seorang Melayu yang menjadi penganut Islam baka yang tidak diiktiraf agama Islam. Tetapi kerana masyarakat telah lali dan peka dengan Islam baka kerana kata mereka itulah Islam yang sebenarnya, maka mereka bermati-matian mempertahankan di atas dasar “Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu” (Konsep Jahiliah Assobiyyah). Di atas dasar kejahilan itulah ramai orang yang mengunjungi masjid itu tetapi tidak ramai yang benar-benar kenal akan masjid, melainkan yang mereka sebutkan hanyalah keindahan masjid itu sahaja yang dibina dengan belanja yang mahal; tetapi fungsi masjid itu hilang di dalam kejahilan dan kesombongan manusia itu. Satu lagi contoh; Ada dua orang kawan iaitu Ahmad dan Osman. Mereka ingin makan buah mangga Pak Hassan. Ahmad berkawan baik dengan Pak Hassan sementara Osman tidak kenal Pak Hassan. Senanglah bagi Ahmad mendapatkan buah mangga tersebut dan dimakanlah sepuas-puasnya setelah diberi izin oleh Pak Hassan. Tetapi Osman oleh kerana ia juga teringin hendak makan, maka iapun datanglah sebelah malamnya lalu mencuri buah mangga tersebut tanpa pengetahuan Pak Hassan dan dimakanlah sepuas-puasnya hingga kenyang. Iktibar dari contoh ini ialah kedua-duanya makan buah mangga Pak Hassan pada satu pokok yang sama dengan rasanya manis dan masam yang sama. Tetapi yang membezakan diantara keduanya ialah Ahmad makan dengan minta izin dari Pak Hasan dengan cara yang halal sementara Osman makan dengan cara mencuri, dan Osman seorang pencuri dan makan cara haram. Makan tetap sama iaitu makan mangga tetapi hakikatnya berlainan cara. Satu cara Allah redha dan satu lagi Allah tak redha. Kesimpulan Kesimpulan dari contoh-contoh di atas dapatlah difahamkan bahawa tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu barulah boleh dilakukan. Begitulah juga dengan agama Islam, ianya perlulah diterima akan ucapan dua kalimah syahadah terlebih dahulu sebagai tanda dirinya Islam dari guru-guru yang salasilahnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. supaya si penerima tadi mendapat restu dan mendapat keredhaan dari Rasulullah s.a.w. kerana agama Islam itu Allah turunkan (berikan) kepada baginda s.a.w. Maka perlu sangatlah seseorang itu berhubung kembali dengan tuannya yang sebenarnya supaya amalannya kelak tidak terjadi sebagaimana Si Osman yang mencuri buah mangga Pak Hassan itu.

Kepada orang-orang Islam yang ingin berkahwin mereka terpaksa terlebih dulu berjumpa dengan Tok Kadi untuk di akad nikah bersama dengan wali perempuan dan dua orang saksi yang adil, sebagaimana firman Tuhan: Maksudnya:

Dan persaksilah dengan dua orang yang adil. (At-Talaq:2)

Sekiranya saksi yang dibawa itu saksi yang fasiq maka pernikahan itu tidak sah, begitu juga dengan wali nikah itu, sekiranya wali itu juga fasiq nikah itu tidak sah! Makna fasiq juga dengan itu ialah berkekalan dalam melakukan dosa yang besar termasuk tidak mengetahui akan makna dua kalimah syahadah dan rukun-rukunnya serta perkara yang berhubung dengan syahadah. Apakah boleh seseorang itu tidak mahu untuk dinikahi? Ia membawa lari anak dara orang lalu mereka tidur dan duduk bersama-sama hingga mendapat anak. Kaedah mendapat anak itu sama sahaja tetapi yang menjadi salah ialah ia tidak ada akad nikah untuk mendapat pengesahan di sisi hukum Islam. Maka anak yang lahir itu adalah anak zina atau anak haram. Dan Allah tidak akan menerima perbuatannya itu sebagai perbuatan yang halal yang boleh diberi ganjaran tetapi perbuatan itu akan dinilai dengan perbuatan yang haram yang balasannya siksa jua. Jadi anak yang dilahirkan itu adalah anak yang tidak boleh dibina kepada bin (bapa haram) yakni tidak berbapa! Begitulah juga dengan urusan jual beli wajib terlebih dahulu di akad belian barang tersebut kerana jika tiada akad maka tiada sah pembelian tersebut dan jadi haram. Dan kanakkanak yang belum akil baligh itu tiada sah dalam jual beli tersebut. Demikianlah di dalam agama Islam urusan nikah kahwin dan jual beli adalah hanya sebahagian daripada agama Islam, tetapi ianya juga perlu kepada pengesahan iaitu mesti disertai dengan aqad – ijab dan qabul – apatah pula yang berhubungan dengan induknya iaitu agama Islam sendiri. Sekiranya nikah dan jual beli yang sebahagian daripada agama Islam itu pun perlukan ijab dan qabul kerana ianya lebih besar ertinya dari nikah dan jual beli itu. Sekiranya ia ingin juga menjadikan dirinya orang Islam maka ia akan jadilah seperti orang yang kahwin tanpa di ijab qabul kerana tiada wali dan saksi baginya untuk menyatakan keislamannya itu dan hasil daripada amalannya itu seperti mendapat anak diluar nikah, seperti debu ditiup angin. Sia-sialah amalan Islam baka mereka. Natijahnya Islam yang ada itu adalah semata-mata zahir yang tidak disertai dengan iman yang sebenarnya dan syahadah yang ada pada diri mereka itu adalah syahadah palsu. Sekarang benda yang palsu itu zahirnya saja nampak indah seperti kaca yang disangka berlian meskipun orang lebih sukakan kaca dari berlian itu. Kisah Arab Badwi (Dusun) Firman Allah: Maksudnya:

Kata orang-orang Arab Badwi (dusun) itu: “Kami telah beriman”, katakanlah (ya Muhammad) kamu belum lagi beriman, tetapi kamu katakanlah “Kami hanya Islam (menyerah sahaja) kerana iman itu belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Dan sekiranya kamu mentaati Allah dan RasulNya (sebenar-benar patuh), Allah tidak mengurangi sedikitpun (pahala) amalan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. (Al-Hujurat:14)

Allah menerangkan di sini perangai orang-orang Arab Dusun yang lemah imannya, lantaran itu mereka melahirkan keislamannya hanya tunduk sahaja, tidak perlu berjihad, tidak melawan perang (sebab takut mati – sebab sayangkan harta, tanah dan anak isteri mereka), supaya hidup mereka aman dan inginkan harta rampasan perang – tidak perlu bersusah payah di medan juang, sedangkan hati mereka jauh daripada jauh daripada beriman. Itulah sebabnya Allah mencela mereka menyatakan apa yang orang-orang Badwi itu katakan, iaitu: Kami telah beriman. Mafhum firman Allah: Kami percaya kepada Allah dan RasulNya, bahawa syariat yang dibawa oleh Rasul adalah benar dan kami mematuhi perintahNya. Pengakuan mereka itu telah ditolak oleh Allah dengan menyuruh RasulNya menyatakan: “Kamu belum beriman”. Yakni iman itu pekerjaan hati, iaitu mengaku dan membenarkan di dalam hati wujudnya Allah disertai dengan rasa tenteram – sedang kamu belum lagi beriman dengan keadaan sedemikian. Tetapi kamu katakanlah: Kami hanya Islam (menyerah sahaja). Yakni: Buktinya, kamu merasa telah memberi nikmat (pertolongan) kepada rasul lantaran kamu masuk Islam dan tidak memeranginya. Tetapi kamu katakanlah: “Kerana Iman itu telah tunduk kepada mu dengan masuknya kami dalam Islam, itulah sahaja. Kami tidak akan berperang bersama kamu dan tidak pula membantu musuh untuk memerangimu”. Seterusnya Allah menyatakan: “Kerana iman itu belum lagi masuk ke dalam hati kamu”, Yakni: “Katakanlah lagi, kami hanya masuk Islam sahaja”. Kerana Iman itu belum masuk ke dalam hati kamu disebabkan apa yang ada di dalam hati tidak sama dengan apa yang dituturkan oleh lidah kamu dan tidak kelihatan syariat Islam itu diamalkan berterangterangan maka ruhani tidak merasakan pengajaran Islam yang sebenarnya dan tidak pula terdapat pimpinan. Dalam hubungan ini Az-Zajjaj berkata: “Yang dikatakan Islam itu ialah mengisytiharkan diri untuk tunduk dan menerima pengajaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w.. Dengan demikian kehormatan darahnya terjamin dari ditumpahkan. Sekiranya perisytiharan itu pula disertakan dengan iktiqad dan kepercayaan dalam hati barulah dikatakan itu Iman dan orang yang mempunyainya dikatakan Mukmin. Maka mengisytiharkan diri untuk tunduk itulah yang memerlukan saksi tanda dirinya telah menerima Islam. Sekiranya tiada saksi yang menyaksikan dirinya itu Islam maka di akhirat kelak ia akan berseorangan tanpa ada orang yang membenarkan keIslamannya. Dan sekiranya kamu mentaati Allah dan RasulNya, Allah tidak mengurangi sedikitpun (pahala) dari amalan kamu. Yakni: Jika kamu benar-benar ikhlas di dalam beramal dan patuh pada jalan mentaati Allah dan RasulNya (sekiranya Rasul telah wafat, ikutilah ulamak-ulamak pewarisnya yang seumpama bintang yang dapat menunjukkan kamu jalan Islam yang benar), serta kamu tinggalkanlah pula perbuatan berpura-pura iaitu sifat orang munafik (hanya lidah mengaku Islam tetapi hati tidak – Islam pun hanya pada nama sebab ianya warisan turun-temurun dari datuk nenek mereka), nescaya Allah akan melipat-gandakan ganjaran dan pahala dari amalan yang kamu kerjakan, sehingga upahnya sedikitpun tidak ada yang kurang.

Untuk mendapatkan amal soleh yang benar-benar ikhlas bukanlah dengan hanya menyebutkan pada lidah: “Ini amal ikhlas dariku”. Tetapi hendaklah dengan mengikut ajaran Islam yang sebenarnya mengikut sunnah Nabi s.a.w. iaitu hendaklah berada di atas iktiqad yang tepat, syariat yang sahih dan ubudiyyah yang benar kepada Allah s.w.t. di atas Mazhab yang telah ditetapkan di dalam agama Islam. Dan ikhlas itu tidak akan terbit dari perkataan kerana tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan bagaimanakah bentuknya ikhlas itu, melainkan orang yang berkata itu dusta semata-mata. Jadi orang yang dirinya seumpama Arab Badwi itu tidaklah ada nilaiannya di sisi Allah kerana Islam mereka itu hanyalah pura-pura sahaja bukan terbitnya dari hati yang suci murni lagi nurani seumpama air mutlak. Islam baka dan Islam Arab Badwi itu sama sahaja kerana kelakuan mereka itu jauh daripada nilai tuntutan Islam sebenarnya kerana mereka takut untuk benar-benar mentaati Allah dan RasulNya. Tanda ketakutan mereka itu ialah sangat takut untuk mengeluarkan harta benda mereka dan mengorbankan tenaga dan jiwa mereka dalam berjihad di jalan Allah. Tetapi mereka berani dan tidak takut serta berasa senang hati membelanjakan masa, wang ringgit dan harta-benda mereka ke jalan keseronokan dunia dan memuaskan nafsu syahwat mereka dengan mengindahkan rumah mereka dan perhiasannya (yang setiap hari menghalau mereka daripadanya supaya pergi ke kubur – tapi mereka tidak dengar sebab mereka tuli), kenderaan-kenderaan mereka, saham-saham mereka, perniagaan-perniagaan mereka, gaji-gaji mereka dan sebagainya. Sementara itu pula orang yang beriman ialah mereka yang sanggup mengeluarkan atau membelanjakan harta dirinya (tenaga dan jiwanya) dan harta bendanya di jalan Allah dan tidak terasa rugi atau menyesal atau mengungkit-ungkit harta yang dikeluarkannya. Sekiranya ia memang benar-benar berhajat kepada Islam dan Iman tetapi takut untuk berkorban samalah keadaan dirinya dengan Islam baka dan Islam Arab Badwi tersebut. “Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang” Yakni: Oleh kerana manusia itu tidak luput dari silap dan tidak sunyi dari kesalahan – biarpun dia berusaha dan berijtihad untuk menghindarkannya, itulah sebabnya Allah bersifat Maha Pengampun, siapa yang mahu bertaubat dengan ikhlas, itu yang mahu membuka pintu hatinya menerima petunjuk Tuhan dan merelakan apa yang telah ditakdirkan ke atas dirinya serta berjanji tidak akan mengulang lagi kesalahannya itu, nescaya Allah akan menutup kesilapannya dan diampunkan kesalahannya. Tuhan pula penyayang, yakni kasihankan hamba-hambaNya yang telah bertaubat itu sehingga tidak jadi diseksaNya, sebaliknya diberiNya kemuliaan dan dihapuskan dosanya. Allah kasih kepada hamba-hambaNya yang sanggup kembali semula kepada Syahadah yang mulia dan agung itu dan berkekalan berada di bawah Panjinya, Panji Al-Quran dan Panji Al-Hadis Rasulullah s.a.w. Prasangka Arab Badwi terhadap Islam yang dianutinya Firman Allah: Maksudnya:

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan masuknya kamu ke dalam agama Islam. Sebaliknya Allah lah yang melimpahkan nikmat ke atas kamu dengan memberi kamu petunjuk kepada keimanan sekiranya kamu orang-orang yang benar”. (Al-Hujurat:17)

Orang-orang pedusunan itu mengira bahawa masuknya mereka ke dalam agama Islam sebagai satu pertolongan dari mereka yang patut dibayar upah – sebagai orang-orang yang tamakkan pembalasan. Maka inilah yang dimaksudkan dengan lafaz: Maksudnya:

“Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka”.

Yakni: Kerana mereka pernah mengatakan kepada rasul: “Kami datang ini ada membawa barang-barang bebanan dan anak-pinak, begitu juga kami tidak memerangi kamu sebagaimana si polan itu dan kaum si polan itu telah memerangi kamu”. Mereka ini merasa mereka telah memberi suatu sumbangan kepada rasul kerana mereka telah menjadi Islam (sedangkan hati mereka tidak) yang mana mereka ini perlu kepada balasan sesuatu iaitu daripada harta rampasan perang dan sebagainya, sebagai balasan pemelukan Islam mereka. Kemudian Allah s.w.t. menyuruh RasulNya mengatakan kepada mereka semasa mereka membuat umpatan lantaran mereka masuk Islam, dengan firman Allah : Maksudnya:

Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan masuknya kamu ke dalam agama Islam”.

Yakni: Jangan kamu mengira akan keislaman kamu yang kamu namakan sebagai suatu nikmat kepadaku. Sesungguhnya Islam itu suatu kurnia yang tidak perlu pemeluknya dimintakan upah apabila telah menikmatinya. Apabila seseorang itu Allah telah bukakan kepadanya jalan yang telah menjadikannya Islam maka ia adalah suatu kurnia Allah yang besar dan mestilah ia bersyukur di atas kurnia Allah itu dan seterusnya perlulah ia mempersiapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan keagamaan iaitu dengan mengikuti akan sunnah Nabi s.a.w. Maka apa jua jalan yang di bawa oleh Nabi s.a.w. dan yang diteruskan oleh pewarisnya hendaklah diikuti dan ditaati supaya tidak ditarik kembali oleh Allah Ta'ala. Perlulah ia menjadi seorang umat yang bersyukur dan bukan cuba mengingkari akan segala sunnah yang telah ditetapkan dengan mengikut pandangan dirinya sendiri atau mengambil suatu ‘sunnah baru’ mengikut fahaman-fahaman yang tidak diiktiraf oleh Islam. Itulah sebabnya Allah berfirman: Maksudnya:

Sebaliknya Allah lah yang melimpahkan nikmat ke atas kamu dengan memberi petunjuk kepada keimanan sekiranya kamu orang-orang yang benar.

Yakni: Sebaliknya Allah lah yang memberi nikmat kepada kamu, kerana kamu telah dikurniakan Iman dengan adanya taufiq dan hidayahNya kalau kamu benar-benar orang yang beriman. Dengan kenyataan ayat ini menunjukkan bahawa pengakuan mereka telah beriman itu adalah dusta. Mereka hanyalah Islam pada zahir tetapi tidak beriman. Pengakuan beriman ini sering kita dengar daripada orang-orang yang mengaku dirinya Islam tetapi perbuatan mereka langsung tidak layak dipanggil mereka itu Islam. Tuhan yang mereka sembah mereka tidak kenal, Rasulullah s.a.w. sebagai pembimbing ummah yang agung juga mereka tidak kenal sekenal-kenalnya; Jadi bagaimanakah mereka hendak mentaati kedua-duanya itu? Bila kejahilan dan kedunguan telah menguasai diri mereka, hilanglah pertimbangan mereka terhadap agama Islam yang mereka akui mentaatinya. Jadilah segala tindak-tanduk dan gelagat mereka itu bertentangan pengakuan lidah mereka terhadap Islam. Inilah yang dikatakan ‘cakap tak serupa bikin’ atau Islam baka kerana mereka hanya menjadi Islam pada beberapa tempat tertentu sahaja. Bila tiba bulan puasa mereka berpuasa tetapi cuma tidak makan dan tidak minum sahaja kerana nikmat puasa yang sebenarnya tidak

mahu dirasai. Oleh sebab itulah waktu siangnya mereka bercita-cita dengan bermacammacam jenis makanan kegemaran mereka, bukannya mereka bercita-cita untuk menambahkan amal ibadat mereka supaya bertambah kuat lagi Iman mereka! Bila tiba hari lebaran mempersiapkan pula rumah mereka dengan perhiasan-perhiasan yang indah-indah, kuih-muih yang berbagai jenis untuk memuaskan nafsu mereka yang tak puas-puas itu. Seolah-olah nafsu yang dididik dan dilatih pada bulan Ramadhan itu tidak mengaku kalah bahkan bertambah kuat dan ganas pula di waktu berbuka puasa dan pada menyambut hari raya. Sebenarnya hari raya itu adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang berjaya memerangi hawa nafsunya yang jahat itu daripada mencintai segala keghairahan duniawi. Dan merekalah yang sepatutnya menyambut hari raya itu kerana meraikan kemenangan mereka. Sebaliknya yang menyambut hari raya itu adalah terdiri dari orang-orang yang kalah berjuang di medan puasa, kalah ditewaskan oleh keinginan dan kehendak nafsu mereka sendiri. Harian sungguh dengan sikap orang-orang yang mengaku beriman itu, lain yang Allah suruh lain pula yang mereka buat. Dalam Al-Quran Allah menyebut tentang larangan melakukan pembaziran kerana membazir itu saudara syaitan, tetapi di bulan puasa syaitan telah ditambat daripada merasuk manusia, jadi yang membazir itu adalah saudaranya. Walaupun syaitan tidak ada di sepanjang bulan Ramadhan tetapi didikan dan tarbiah yang telah diberikannya cukup sebagai bekalan selama sebelas bulan kepada orang-orang beriman palsu dan dusta untuk mempraktikkannya di bulan Ramadhan. Demikianlah orang kalah menyambut dan meraikan hari perayaan yang bukan untuk mereka. Maka jadilah menyambut Syawal itu hanyalah semata-mata satu kebudayaan orang-orang Melayu Jahiliah yang dibangsakan kepada kebudayaan bangsa dan adat resam jua dan tidak kepada mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.. Begitu juga dengan akhlak dan adab mereka yang mengaku beriman jauh daripada adab kesopanan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda yang baik dari segi tingkah laku, perbuatan hati dan juga penjagaan dan pemeliharaan anggota diri mereka. Kita boleh bertanya kepada mereka yang mengaku beriman: Adakah mereka tahu adab-adab sebagai Muslim lagi Mukmin – adab dengan Allah, adab dengan Rasulullah, adab sesama Islam. Adab sesama makhluk dan adab beribadat? Maka kita akan mendengar berbagai-bagai jawapan dan alasan yang akan mereka berikan mengikut fahaman mereka. Tetapi tanyalah kepada mereka adab-adab semasa ‘dinner, tea-party, dressing (pakaian ala barat), ketika bersolek, mendandan rambut dan sebagainya, mereka akan menjawab dengan senang hati kerana mereka telah arif di dalam bidang tersebut. Adakah jahil terhadap Allah dan RasulNya dan arif serta bijak dalam mengikuti akhlak orang jahiliah itu dinamakan orang beriman? Bagi kaum wanita yang mengaku beriman pula menutup aurat merupakan musuh bagi mereka. Adakah ini benar? Pada mereka lebih selesa mendedahkan rambut mereka yang ikal mayang itu untuk ditonton oleh manusia ramai bagi menyatakan diri mereka itu cantik. Ada yang memberi alasan panas dan mengganggu pergerakan mereka, tidak moden atau ketinggalan zaman, malas dan sebagainya. Tetapi mereka ini sanggup pula memakai pakaian orang lelaki sehingga menjolok mata. Seluar di bawah dan di atas bertudung, ada yang berseluar dengan baju ketat dan berbagai bentuk pakaian lagi yang tidak seharusnya menjadi pakaian wanita beriman. Inilah diantara contoh kesan jahiliah moden yang telah meresap masuk ke dalam jiwa mereka-mereka yang mengaku Islam dengan lidah sahaja tanpa beriman dengan sebenarbenar keimanan. Sekiranya contoh-contoh di atas itu benar adakah Allah telah membenarkan atau menceritakannya di dalam Al-Quran atau Nabi s.a.w. ada mengkhabarkan di dalam Hadisnya? Apa yang Allah dan RasulNya khabarkan adalah yang bertentangan dengan apa

yang mereka lakukan itu kerana perintah yang diturunkan Allah itu kepada hambaNya itu adalah sebaik-baik petunjuk untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat. Apabila segala tindak-tanduk yang mereka lakukan itu bertentangan dengan AsSunnah jelaslah mereka itulah sebenarnya orang yang tidak beriman, kerana sekiranya mereka itu orang yang beriman tentulah mereka meyakini segala perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu benar, sedangkan mereka ini tidak – kerana mereka berani melanggar perintah Allah dan RasulNya. Sungguhlah benar mereka ini terdiri dari orang-orang yang hanya percaya kepada adanya hari pembalasan tetapi meraguinya. Sekiranya mereka yakin akan adanya hari pembalasan tersebut tentulah mereka tidak akan sanggup membelakangkan Allah dan RasulNya kerana takutkan siksaan dan azab Allah yang amat pedih itu. Dengan sebab mereka itu ingkar maka Allah terus menyesatkan mereka dari mendapat hidayah daripadaNya. Mereka berani mempertahankan segala tindakan yang mereka lakukan itu dengan alasan-alasan yang mereka rasa sesuai dengan keadaan diri mereka walaupun cara yang demikian itu membabi-buta dan bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah kesan daripada pendidikan Islam baka yang mereka terima sejak dari kecil lagi yang tidak mementingkan kekuatan keimanan tetapi lebih mementingkan ‘Kuasa Wang’ sebagi simfoni kehidupan masa kini yang serga canggih. Dari kecil lagi mereka dididik ke arah jalan kebendaan dan ibubapa mereka sering mengemukakan soalan, “Bila besar nanti kamu nak jadi apa?” Maka jawab si anak, “Saya nak jadi …(doktor/polis/cikgu dan sebagainya)”. Setelah besar maka jadilah anak itu doktor/ polis/ cikgu atau seumpamanya tetapi doktor yang tidak beriman, polis yang tak beriman, cikgu yang tidak beriman, kerana didikan yang mereka terima tidak menuju ke arah beriman tetapi lebih mementingkan profesyen masing-masing. Tetapi jarang pula kita mendengar tentang ada ibubapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi doktor yang beriman, polis yang beriman atau cikgu yang beriman. Pada mereka cukuplah sekiranya anak mereka itu mahu sembahyang, puasa dan berbuat ibadat yang lain seperti mereka juga. Itupun sudah Islam lagipun mereka itu sudahpun Islam sejak kecil lagi! Inilah bentuk kejahilan di dalam Islam baka yang telah menguasai dengan kuat di dalam diri mereka. Pada mereka hidup dalam keadaan demikian sudah mencukupi sebagai bekalan ke akhirat, tetapi mereka sepatutnya ingat amalan yang akan Allah terima ialah amalan yang tidak bersekutu denganNya – dan benar Islam serta Iman mereka mengikut seperti yang Allah dan RasulNya kehendaki, dan bukan sebarangan Islam atau Iman! Sepatutnya mereka bersyukur kepada kurnia Allah yang telah membuka jalan keislaman kepada mereka. Meskipun mereka dibesarkan dan dihidupkan di dalam keadaan Islam baka, tetapi hakikatnya Allah telahpun membuka kepada mereka jalan ke arah Islam melalui pintu taufiq dan hidayahNya. Cuma yang perlu dijaga dan perlu diperbetulkan ialah berhubung kembali dengan Rasulullah melalui pewarisnya untuk mentashihkan Islam dan Iman mereka agar segala amalan mereka diterima oleh Allah. Sekiranya mereka itu masih degil mempertahankan keislaman mereka itu adalah lebih baik orang kafir yang masuk Islam kerana mereka ada orang yang mengislamkan mereka sedangkan penganut Islam baka tidak pernah berbuat demikian. Jesteru itu sepatutnyalah mereka banyak bersyukur kepada Allah kerana sekiranya mereka masih kekal sedemikian mereka tidak akan merasa ‘sakinah’ (ketenangan) iaitulah Iman sepanjang hidup mereka. Kerana Mengikut Akal dan Nafsu Firman Allah:

Maksudnya:

Ataupun mereka diperintahkan oleh akal mereka, untuk mengucapkan (pendustaan) ini, ataukah mereka kaum yang melampaui batas. (At-Taurat:32*)

Apabila diseru dan diberi peringatan kepada mereka supaya mereka kembali semula kepada Islam yang sebenarnya iaitu dengan mengikuti As-Sunnah serta meninggalkan segala amalan jahiliah yang berhadap kepada taghut, maka kedengaranlah suara-suara sumbang datang dari mereka yang cuba mengaku beriman – mempertahankan amalan-amalan yang mereka lakukan sepertimana yang mereka terima dari bapa-bapa mereka dulu meskipun amalan-amalan itu bertentangan dengan As-Sunnah. Kemudian mereka menuduh dengan membabi-buta tanpa usul periksa orang yang menyeru kepada Ad-Din itulah yang sesat dan mengikut taghut sedangkan mereka itu betul. Mereka ini menuduh para penyeru kebenaran itu Inilah akibatnya apabila akal telah mengusai dan memerintah diri mereka. Mereka telah lupa kepada Rasul yang diutuskan untuk membimbing mereka keluar dari kegelapan zulmah kepada nur, tetapi lebih senang mengambil akal mereka sebagai tempat rujukan dan panduan serta menjadi hakim bagi mereka. Segala keputusan akal walaupun bertentangan dengan As-Sunnah tetap mereka gunakan kerana itu lebih senang bagi mereka menerimanya. Manakala mengikut As-Sunnah pula banyak halangan-halangan yang tidak sesuai dengan akal mereka. Jadilah mereka bertuhankan akal sendiri kerana mereka menolak setengahnya dan menerima setengahnya dari Al-Quran dan Al-Hadis mengikut kesesuaian akal mereka (yang nyata telah dikuasai oleh syaitan). Oleh yang demikian mereka bersubahat dengan akal untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah – iaitu kerana mempertikaikan apa yang dibawa oleh baginda dan meninggalkan sesetengah daripada sunnahnya. Pada mereka akallah sebaik-baik sandaran yang menunjukkan mereka jalan sebenarnya sehingga mereka telah terlupa perjanjian mereka dengan Allah s.w.t. semasa berada di alam arwah dulu: Kata Tuhan kepada semua ruh manusia: Adakah aku ini Tuhan kamu sekelian? Jawab sekelian ruh: Bahkan. Engkaulah Tuhan yang kami sembah. Kata Tuhan lagi: Aku akan jadikan bapamu Adam, langit dan bumi sebagai saksi di atas perjanjianmu ini dan Aku akan mengutuskan Rasul kepadamu supaya dapat diperingatkan kembali kepadamu akan perjanjian ini. Setelah dikirimkan ke dunia ramai manusia telah lupa perjanjian mereka dengan Allah lantaran terlalu asyik dan sibuk melayan nafsu dan syahwat mereka dengan keduniaan dan mengikut akal tanpa berlandaskan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis. Jadilah mereka itu ahli dunia kerana terlalu kuat berpegang dan kasih kepada dunia meskipun suatu hari nanti dunia akan meninggalkan mereka dan bukan mereka meninggalkan dunia. Firman Allah: Maksudnya:

Dan sesungguhnya sangat ramai orang tersesat mengikut kemahuan nafsu mereka dengan tiada berpengetahuan. (Al-An,am:119)

Banyak terdapat manusia yang menyesatkan orang lain kerana dipengaruhi oleh nafsu syahwatnya yang keji lagi rendah tanpa mengetahui baik buruk tutur kata dan tindakan yang mereka pakai untuk menyesatkan itu. Gerakan menyesatkan ini terang-terang menyalahi perintah dan larangan Allah serta terang-terang terpedaya oleh pujukan Iblis dan syaitan. Mereka yang terlibat dalam gerakan seperti ini kerana mereka tidak menerima sunnah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., kerana pada pandangan mereka sudah tidak sesuai

dengan manusia pada zaman moden sekarang ini. Dan banyak perkara di dalam Islam itu yang perlu dibuang seperti Al-Quran dan hukum-hukumnya banyak yang tidak sesuai di negara ini yang berbilang bangsa sedangkan di zaman Rasulullah ketika umat Islam baru mencapai lebih kurang 30 peratus, Rasulullah telahpun menegakkan hukum-hukum Islam. Ini ialah kerana pemimpinnya yang bertanggungjawab serta beriman kepada Allah, sedangkan di masa sekarang ini pemimpin yang ada adalah terdiri dari pemimpin Islam baka atau keturunan yang mana terlalu takut kepada hukum-hukum Al-Quran serta berani mempertikaikannya. Tetapi mereka pula redha dan kagum dengan hukum dan undang-undang ‘Taghut’ yang menyesatkan itu. Mereka sanggup mempraktikkan hukum taghut yang terhasil dari ciptaan otak manusia (yang kebanyakannya menguntungkan pemerintah dari sudut dunia), di atas muka bumi ini dengan mengenepikan hukum Tuhan – tetapi mereka hanya gunakan pada tempat-tempat yang tertentu sahaja umpamanya nikah-kahwin, berkhatan, kematian sementara di waktu yang lain umpama dibidang pentadbiran mereka menolaknya dengan alasan tidak sesuai. Kesesatan ini berlaku kerana kejahilan mereka sendiri dalam mempelajari akan AlQuran dan As-Sunnah. Tetapi * mereka telah dididik dan dihantar ke sekolah pendidikan ajaran taghut oleh bapa-bapa mereka (sedangkan pendidikan taghut ini mengenepikan soalsoal keruhanian), maka dengan demikian itu mereka lebih arif dan faham akan kaedah-kaedah dan undang-undang taghut serta cara hidup at-taghut yang bercampur dengan gaya hidup muslim. Apabila jiwa taghut telah mempengaruhi diri mereka (jiwa taghut = mengajar penganutnya bertuhankan akal dan nafsu serta kebendaan) adalah mustahil bagi mereka untuk mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup mereka. Ketika itu mereka akan mempengaruhi manusia lain agar menerima cara hidup ala-taghut dan hidup dengan bersandarkan hukum ciptaan taghut. Inilah dia kesan dari kejahilan mereka dari mengambil Allah sebagai wali (penolong). Firman Allah: Maksudnya:

Tak lain mereka itu hanyalah mengada-adakan bohong belaka.

Sikap Mereka Yang Degil Firman Allah: Maksudnya:

Dan kalau sekiranya Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka dan orang-orang mati bercakap-cakap dengan mereka dan Kami kumpulkan segala sesuatu di hadapan mereka, nescaya mereka juga tidak beriman. Melainkan jika dikehendaki Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Al-An’am: * )

Sikap orang-orang yang degil beriman itu, iaitu: Kalau umpamanya ditakdirkan permintaan mereka diluluskan Allah seperti menurunkan malaikat untuk menjadi saksi bahawa Muhammad s.a.w. itu benar-benar rasul, dan orang mati dapat bercakap-cakap dengan mereka untuk membuktikan kenabiannya, malah jika dikumpulkan segala sesuatu di hadapan mata mereka untuk tujuan yang sama, pasti mereka tidak juga mahu beriman. Firman Allah: Maksudnya:

Melainkan jika dikehendaki Allah.

Yakni: Kecualilah, umpamanya jika Allah menghendaki supaya orang-orang musyrik itu beriman maka barulah mereka mahu beriman. Selagi sikap sesetengah orang-orang Melayu tidak berubah – hanya berpura-pura sahaja kononnya mahu beriman – maka selama itulah mereka tidak akan ditakdirkan oleh Allah menjadi orang-orang yang beriman. Tentu sahaja Allah tidak mentakdirkan demikian, kerana yang demikian berlawanan dengan sunnatullah atau peraturanNya yang berlaku pada tabiat semulajadi manusia. Kalau tabiat semulajadi manusia yang memang bersedia menerima Iman, tetapi manusia itu sendiri merosakkan kelengkapannya maka sampai bila-bila masa pun dia tidak akan dapat menerima Iman, dan jika dipaksakan juga untuk menerimanya, ini bererti telah menyalahi peraturan Allah – sedangkan Allah tidak menghendaki peraturanNya diubahubah. Firmannya: Maksudnya:

Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Sebenarnya ramai diantara orang-orang Mukmin tidak tahu akan hakikat orang-orang yang degil (termasuk Islam baka) tidak mahu beriman walaupun didatangi bukti dan keterangan, kerana ramai diantara orang-orang Mukmin tadi masih lagi jahil tentang Sunnatullah yang berlaku atas hamba-hambaNya, baik ke atas orang perseorangan mahupun dalam kumpulan-kumpulan. Ada sesetengah orang-orang Mukmin hanyalah sekadar menjadi ‘muqalid’ kepada orang mukmin yang lain. Jadi keimanan mereka tersangat tipis bagi mengetahui akan sebabnya terjadi sunnatullah ke atas hambaNya itu. Sekiranya ‘Kalau Allah mahu’, Dia boleh meletakkan iman dalam hati setiap orang dengan tidak perlu lagi orang itu beramal dan berikhtiar, maka dengan sendirinya orang itu tidak berhajatkan kepada rasul sesuai sebagaimana kalau Allah mahu. Ini bererti telah menyalahi tabiat semulajadi manusia yang diwajibkan supaya beriman, sedang iman itu untuk mendapatkannya telah dipaksakan bukan dengan pilihan atau ikhtiarnya. Tetapi Allah tidak mahu melaksanakan sunnahNya (peraturanNya) berkeadaan seperti itu berdasarkan firmanNya: Maksudnya:

Tidak ada paksaan dalam beragama (Islam), telah ternyata (perbezaan) yang Iman daripada yang kufur.

Iman itu bukanlah perkara semulajadi yang ada di dalam dada orang-orang Melayu sejak asal lagi. Iman itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa jua yang mahu kepadanya. Jangan ingat telah beriman walaupun ia seorang Islam keturunan. Iman itu adalah pakaian kemuliaan orang-orang Mukmin. Tidak semestinya seseorang itu telah beriman sekiranya ia mempercayai akan rukun Iman yang enam itu kerana mempercayai itu hanyalah baru lekat di bibir mulut sahaja. Iman itu datangnya ke dunia ini dagang sebagaimana juga Islam dan Ihsan. Oleh kerana Iman, Islam dan Ihsan itu adalah pakaian orang-orang Muslim lagi Mukmin, maka ia tidak boleh dipakai secara sembarangan kerana setiap yang diambil tanpa kebenaran terlebih dahulu itu dinamakan curi, rompak atau samun dan orang tersebut dipanggil pencuri atau perompak atau penyamun. Kalau perlukan kebenaran terlebih dulu tentulah ia ada tuannya. Maka siapakah tuannya? Iman, Islam dan Ihsan itu Allah amanahkan kepada junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. Maka bagindalah yang memiliki akan pakaian kemuliaan itu, dan barangsiapa dari mana-mana manusia yang berhajatkan akan pakaian itu perlulah berhubung dengan baginda s.a.w. bagi mendapatkannya. Apabila baginda memberinya dengan keredhaannya lalu Allah juga redha. Sekiranya Rasulullah telah wafat carilah pewaris baginda

daripada puak-puak ‘Allillah’ (bukan ulamak dunia yang memburu kekayaan) untuk berhubung semula bagi mendapatkan pakaian Iman, Islam dan Ihsan itu. Maka Iman, Islam dan Ihsan itu terkandung di dalam kalimah yang mulia iaitu Dua Kalimah Syahadah. Dan orang-orang yang mendapatkannya iaitu menerima semula kalimah tersebut melalui pewaris baginda yang diakuinya maka sahlah penerimaannya itu. Manakala yang tetap enggan dan berkeras di atas Islam bakanya maka ia telah mencuri hak Rasulullah yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. keatasnya. Begitulah degilnya sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah orang Melayu yang mengaku mereka itu beriman. Satu daripada sikap keterlaluan mereka seperti orang-orang musyrik di zaman Rasulullah itu ialah suka mencemuh dan merendah-rendahkan orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Paling mereka sukai ialah menuduh dengan membabi-buta tanpa ada alasan-alasan yang benar. Mereka ini sebenarnya terlalu iri hati dan cemburu serta mengikut hawa nafsunya dan tunduk kepada petunjuk syaitan terhadap orangorang yang mahu kembali beriman mengikut sunnah yang benar. Sekiranya benar Islam mereka dan benar Iman mereka tentulah mereka menjauhi semua ini. Inilah cara kehidupan mereka yang penuh dengan tipu helah, mereka mengada-adakan perkara yang tidak ada dengan membuat dusta kononnya apa yang mereka buat ini adalah sebahagian daripada Islam. Kasihkan dunia dan kemewahannya mereka kata itu ajaran Islam sebab kalau tak ada wang ibadat pun tak boleh buat! Tetapi apa yang diajarkan oleh Islam itu bukanlah tak boleh cari wang atau harta, tetapi manusia tidak digalakkan keterlaluan dalam mengejar dunia kerana ditakuti akan terjebak di dalamnya kerana godaan dunia itu terlalu hebat hingga boleh memusnahkan Iman mereka. Bahkan Islam menggalakkan umatnya mencari harta supaya dengan adanya sumber kewangan akan dapat ditegakkan semangat jihad yang jitu dengan bersendikan kekuatan Iman, Islam dan Ihsan yang dapat menggentarkan musuh-musuh Islam daripada mempermain-mainkan Islam dan umatnya. Tetapi lihatlah terjadi pada umat yang mengaku Islam pada hari ini, meskipun mereka ada wang dan harta tetapi mereka bakhil dalam membelanjakan ke jalan jihad dan mereka menjadi kaum kerabat Qarun yang tersangat sayangkan hartanya. Bahkan mereka sanggup memboroskan wang dan harta untuk jalan maksiat semata-mata hendakkan nama dan ‘glamor’. Tetapi sekiranya ada peminta sedekah datang mereka akan hanyalah mampu memberi sepuluh atau dua puluh sen sahaja, itupun penuh dengan sumpah-seranah. Inilah dia jenis golongan yang pura-pura mengaku beriman yang hidup penuh dengan pembohongan dan dusta semata-mata. Mereka inilah waris-waris syaitan yang terdiri dari puak-puak munafik! Firman Allah: Maksudnya:

Dan sekiranya engkau ikut kebanyakan manusia di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Tidak lain yang mengikut hanyalah persangkaan semata-mata, dan tak lain mereka hanyalah mengadaadakan dusta. (Ai-An’am: 116 * )

Kebanyakan daripada orang-orang yang mengaku Islam hari ini ramai yang jahil tentang agama yang dianutinya itu. Nama sahaja mereka itu orang Islam tetapi mereka sendiri tidak tahu apa itu Islam dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Bila terjadi demikian, dengan dikongkongi oleh sifat-sifat jahiliah maka segala tindakan yang mereka lakukan terbabas kerana mereka ini gemar mengikut kepada apa yang kebanyakan manusia buat meskipun kebanyakan orang itu juga jahil sepertimana mereka. Apabila timbul sesuatu hal di dalam masalah keagamaan mereka akan lebih tertarik mengikut pendapat ramai

daripada merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jiwa yang ada di dalam diri mereka (penganut Islam baka) adalah jiwa pengecut kerana mereka gentar menghadapi hakikat sebenar kehidupan mereka di atas muka bumi ini. Dengan sebab itu Allah memperingatkan kembali pada bahayanya jika mengikuti pendapat dan fikiran kebanyakan orang, yang bererti akan tersesat jauh dari jalan agama Allah sebab fikiran dan pendapat manusia itu semata-mata hasil rabaan, sangkaan dan perkiraan yang tak berdasarkan ilmu pengetahuan yang pasti. Di dalam hal ini apa yang berlaku terhadap orang-orang Melayu yang sesetengahnya masih kekal dan berada di dalam Islam baka, mereka akan menentang dengan lantang apabila diberitahu kepada mereka kedudukan mereka yang sebenarnya di dalam Islam. Mereka akan memberi alasan-alasan yang mereka fikirkan munasabah pada akal mereka untuk mempertahankan kedudukan Islam baka mereka sebagai Islam yang sebenarnya. Maka merekapun akan mencarilah pakar-pakar rujuk yang menggunakan akal dan pendapat untuk mendapatkan hujah bagi menegakkan keislaman mereka. Segala fikiran dan pendapat yang dikemukakan akan disandarkan kepada amalan-amalan bapa-bapa mereka dahulu kala untuk membuktikan keislaman mereka meskipun bapa-bapa mereka itu jahil dalam bidang keagamaan. Mereka akan berkata: “Kalau kami tidak benar Islam maka bapa-bapa kami dulu juga tidak Islam lah dan datuk nenek kami, sedangkan mereka juga orang yang berbuat amal ibadat kepada Tuhan?” Sebab itulah Allah berfirman: Tidak lain yang mereka ikut hanyalah persangkaan semata-mata. Mereka sebenarnya kurang jelas untuk memahami hakikat dan kebenaran agama mereka sendiri, hanya menganutnya secara sangka-sangka sahaja dan secara jahil sahaja. Bila mereka dilahirkan di dalam keluarga yang emak bapa mereka itu Islam (mungkin pada nama sahaja atau secara kebetulan) terus mereka mendakwa mereka juga adalah Islam – yakni Islam otomatik (yang tidak wujud di dalam agama Islam). Adakah ini benar seperti yang dikatakan oleh Al-Quran? Firman Allah: “Dan tidak lain mereka hanyalah mengada-adakan dusta”, oleh kerana tidak dapat membuktikan kebenaran agama yang mereka anuti dengan yakin dan berdasarkan ilmu pengetahuan (iaitu daripada Al-Quran dan AlHadis), maka yang dapat mereka kemukakan hanyalah mengada-adakan dusta semata-mata supaya diterima keislaman mereka. Firman Allah: Maksudnya:

Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih tahu akan orang tersesat dari jalanNya, dan juga Dia lebih tahu akan orang yang mendapat petunjuk. (Al-An’am:117)

Kerana itu kepercayaan kepada Allah (dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang cukup dan benar ambilannya di dalam bidang Fekah, Tauhid dan Tasauf) itu harus kuat, teguh jangan sampai dapat dipengaruhi oleh apa pun dan siapa pun. Jangan goyah dan jangan ragu sesungguhnya Al-Quran itu adalah sebesar-besar petunjuk yang memimpin manusia dari gelap kepada terang dan Muhammad itu adalah benar utusan Tuhan yang diutuskan Tuhan bersama Al-Quran untuk mengeluarkan manusia daripada syirik kepada tauhid. Dan bahawa yang mengetahui sungguh-sungguh siapakah yang benar terpimpin atau yang tersesat itu hanya Allah sendiri. Manusia terpengaruh oleh bayangan yang tidak diketahui hakikatnya. Dan manusia biasa menyangka bayangan yang terlihat olehnya disangkanya itulah hakikatnya bahkan tipuan semata-mata, oleh itu serahkan sahaja urusan mereka kepada Yang Maha Berkuasa, supaya masing-masing diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Mengikut Tradisi (Adat) Firman Allah: Maksudnya:

Dan apabila mereka melakukan perbuatan yang keji, mereka katakan: “Kami dapati bapa-bapa kami mengerjakan demikian. Dan Allah menyuruh mengerjakannya”. Katakanlah: “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh berbuat keji. Adakah patut kamu memperkatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?”. (Al-A’raf: 2 * )

Inilah kesan buruk akibat mentaati syaitan sehingga mereka lakukan apa sahaja kemahuan syaitan itu dengan membabi buta – walaupun untuk melakukan perkara keji dan sumbang. Pada mereka, meskipun orang memandang keji, tetapi mereka tidak kerana apa yang mereka lakukan itu adalah suatu tradisi turun-temurun yang mesti ditunaikan oleh mereka sebagai waris keluarga. Jika tidak ditunaikan mengikut adat, mereka akan menerima balanya. Mereka yang melakukan perkara tersebut jika ditegur atau dikritik kerana berbuat yang tidak sopan, maka mereka akan mempertahankannya dengan sekuat-kuatnya dan berusaha pula untuk membuat alasan-alasan, bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu kononnya sudah menjadi adat istiadat yang mereka pusakai dan mengikut tradisi yang telah berjalan lama, kerana nenek moyang mereka ada melakukannya. Di samping tidak segansegan pula mereka mengaku dengan berdusta kononnya kekejian yang mereka lakukan itu kerana mengikut perintah Tuhan. Maka kedua-dua alasan lapuk lagi karut ini jika dapat memenangi hati orang-orang yang lemah imannya, pastilah mereka akan menjadi mangsa dan korban pencabulannya. Di dalam masyarakat Melayu kuno (iaitu sebelum kedatangan Islam), mereka ketika itu terpengaruh dengan begitu kuat ajaran agama Budha Puja Dewa. Di dalam ajaran ini mereka menyembah dewa-dewa kayangan, yang mana agama ini bercampur dengan agama Budha yang kebanyakannya datang dari India. Sehingga hari ini kesan-kesan peninggalan agama tersebut masih jelas dapat dilihat di Pulau Bali, Indonesia, dengan sejarah candicandinya yang banyak dan terkenal, diantaranya Candi Borobudur. Serangan agama Budha Puja Dewa ini begitu ketara sehingga meliputi di kawasan Asia Tenggara iaitulah Thailand, Petani, Indonesia dan Tanah Melayu. Diantara kesan peninggalan mereka pada hari ini yang masih kekal ialah adat resam (yang bercampur aduk dengan Islam), pemakanan, pakaian, bahasa dan agama yang telah bercampur dengan Islam di dalam masyarakat Melayu moden. Di dalam hal beragama masih banyak lagi berlaku penyelewengan kepercayaan diantara Islam dan animisme, kepercayaan Hindu dan juga cerita-cerita Israiliyat. Contoh-contoh tersebut jelas berlaku seperti adat persandingan yang asalnya dari pemujaan Dewa Hindu yang bernama Rama dan Sita (tetapi ditukar dengan persandingan), persiapan pelamin mengikut tempat bersemayam dewa hindu yang siap dengan kain kuning dan sebagainya, adat menyambut bayi, melenggang perut, menepung tawar – bagi pengantin, pulih rumah dan seumpamanya, masuk rumah baru, jamu tok nenek ataupun saka-baka (keturunan) – yang mereka percaya ruh tok nenek mereka akan mengganggu mereka sekiranya mereka tidak menjamu makan seperti ayam panggang, pulut kuning, kambing hitam, kuih dan sebagainya. Maka inilah yang dimaksudkan dengan perkataan fahisat (沊£•) iaitu dengan perbuatan syirik, atau maksiat yang besar dosanya, atau perkara-perkara sumbang

termasuklah diantaranya seperti contoh-contoh yang tersebut di atas. Sungguh menghairankan perkara-perkara yang sesat seperti ini begitu mendapat tempat di hati orang-orang Melayu yang mengaku beriman, sedangkan ianya langsung tidak terdapat di dalam Sunnatullah atau Sunnah Rasulullah s.a.w. Maka perbuatan tersebut telah dicela dan dikeji oleh Allah di dalam ayat ini. Alasan yang mereka katakan: Maksudnya:

Kami dapati bapa-bapa kami mengerjakan demikian, dan Allah menyuruh mengerjakannya.

Kedua-dua alasan tersebut adalah karut. Mengapa mereka mesti menjadi pak turut, dengan membuta tuli melakukan perkara yang keji dan sumbang itu? Dan alangkah beraninya mereka berdusta dengan mengatakan perbuatan mereka itu mengikut perintah Allah. Allah menolak alasan tersebut dengan menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menafikannya. Katakanlah: “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh berbuat keji!” Serta mencela: “Adakah patut kamu memperkatakan terhadap Allah apa yang tiada kamu ketahui. Iaitu dengan mengadakan dusta?”. Demikianlah juga apa yang terjadi di dalam masyarakat Melayu pada hari ini. Banyak adat-istiadat yang masih kekal di dalam kehidupan mereka seharian tidak mereka cuba pisahkan. Apa yang jelas terhadap suasana ini ialah kejahilan mereka terhadap agama yang mereka anuti sekarang ini. Kalau sekiranya benar mereka itu penganut agama Islam, masakan mereka sanggup terus menerus hidup di dalam adat jahiliah yang nyata terang-terang bertentangan dengan Islam? Sebab itulah dikatakan mereka ini hanya menganut Islam keturunan ini secara membabi buta sahaja tanpa ada usaha untuk mempelajari serta memperbaikinya. Bila Islam hanya bertakhta di bibir mulut sahaja bukanlah dia orang Islam yang beriman tetapi mereka itu adalah terdiri dari puak-puak munafik. Kisah Jin Menyesatkan Manusia dan Manusia Yang Bergembira Bersama Jin Firman Allah: Maksudnya:

Dan pada suatu hari Allah menghidupkan mereka semua (seraya bertitah) “Hai sekelian jin! Sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia”. Dan menjawablah kawan-kawan mereka dari kalangan manusia: “Ya Tuhan kami! Sebahagian kami telah bersukaria dengan sebahagian yang lain. Dan kami telah sampai kepada tempoh yang engkau tetapkan untuk kami”. Allah pun bertitah: “Neraka itu tempat tinggal kamu dengan berkekalan di dalamnya, kecuali apa yang Allah kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Mengetahui. (Al-An’am:128)

“Dan pada suatu hari Allah menghidupkan mereka semua”. Ini adalah suatu peringatan kepada semua manusia dan jin, bahawa suatu hari manti iaitu hari yang sangat penting bagi mereka yang dinamakan hari akhirat di mana sekelian makhluk Allah akan dihidupkan dari kubur masing-masing, kemudian dihimpunkan di padang Mahsyar, untuk dibicarakan di hadapan Allah Rabbul Jalil hakim Yang Maha Adil mengenai amalan-amalan yang telah mereka kerjakan di atas dunia dulu.

Selepas itu Allah bertitah: “(Allah bertitah) Hai sekelian jin! Sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia”. Setelah berada di dalam mahkamah pengadilan di akhirat nanti dan sampai kepada gilirannya, para jin pun didakwa, bahawa mereka adalah bersalah, kerana telah banyak menyesatkan bangsa manusia dengan godaan-godaan yang dilakukan ke atas mereka, sedang bangsa manusia pula, dengan secara kebetulan memang mahu dirinya digoda; serta pula menyembah, berlindung dan taat menurut kamu. Kerana itulah Allah berfirman di dalam surah Yasin, ayat 60-68 maksudnya: “Tidakkah Aku (Allah) telah memerintahkan kepada kamu, hai anak cucu Adam! Iaitu janganlah kamu memuja syaitan (dengan mengikuti ajarannya)! Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata. Dan hendaklah kamu menyembah Aku (Allah)! Itulah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sejumlah besar daripada kamu, maka tiadakah kamu berakal (untuk memikirkannya)?”. Allah mencela anak cucu Adam yang mengikut akan ajakan-ajakan syaitan yang menyesatkan itu kerana Allah telah melarang daripada mengikuti ajakan mereka itu. Jelasnya kedua-dua pihak akan menghadapi tuduhan yang sama, iaitu satu dari pihak syaitan dan jin dituduh menyesatkan, dan yang satu pihak pula dari keturunan anak Adam dituduh redha disesatkan. Perintah Allah kepada anak cucu Adam ialah supaya menyembah Allah dan jangan bersekutu di dalam penyembahan mereka dengan menyembah syaitan dan jin (iaitu dengan mengikuti langkah mereka). Inilah sebenarnya jalan yang diredhai Allah yang dibawa oleh RasulNya iaitu jalan keselamatan dan kesejahteraan. Sekiranya kamu orang-orang yang berakal yang dapat membezakan diantara yang haq dengan yang batil nescaya selamatlah kamu di dunia dan di akhirat. Firman Allah: Dan menjawablah kawan-kawan mereka dari kalangan manusia: Ya Tuhan Kami! Sebahagian kami telah bersukaria dengan sebahagian yang lain. Apabila mereka menghadapi tuduhan bersalah dari Tuhan, maka menjawablah orangorang yang menjadi rakan jin itu, bahawa mereka mengaku ada bersukaria bersama-sama dengan jin, sebagaimana jin turut bersukaria semasa menggoda manusia supaya melakukan kesalahan-kesalahan dan memuaskan kemahuan nafsu dan syahwat mereka. Juga orang-orang itu mengaku telah patut mengikuti kemahuan syaitan, yang menyebabkan mereka dapat menikmati kelazatan dan keseronokan dunia. Ini bererti bahawa tiap-tiap manusia tidak luput dari godaan syaitan dari bangsa jin, yang membisikkan kepadanya akan keindahan-keindahan perbuatan yang keji dan keseronokan semasa melakukan maksiat. Syaitan-syaitan ini setiap masa akan sentiasa mencari jalan untuk menggoda manusia agar turut sesat bersama-sama dengannya. Orangorang yang lemah imannya dan yang tidak mahu dirinya beriman adalah jenis golongan manusia yang paling banyak menjadi mangsa pencabulannya. Oleh kerana mereka ini tidak berusaha untuk mengenal siapakah syaitan-syaitan itu dan juga pintu-pintu masuknya, maka merekalah yang paling mudah terpengaruh dan terpedaya oleh tipu helah syaitan yang licik

itu. Lagipun, bagi orang-orang yang tidak beriman dan yang lemah imannya untuk meninggalkan keseronokan dunia itu adalah sangat susah kerana syaitan itu begitu bijak dalam mengindahkan perkara-perkara yang keji yang dilarang Tuhan daripada melakukannya. Diantara sebab-sebab manusia diperdaya oleh syaitan itu ialah: 1. Jahil tentang Allah dan RasulNya. 2. Jahil tentang syaitan dan bala tenteranya serta pintu-pintu masuknya. 3. Jahil dalam mempelajari ilmu-ilmu agama – Fekah, Tauhid dan Tasauf. 4. Tidak bersedia membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah Allah. 5. Tidak mempunyai guru mursyid untuk membimbing ruhani dan jasmani ke hadrat Allah s.w.t. 6. Redha dirinya disesatkan oleh syaitan dan kuncu-kuncunya. Caranya Syaitan Merasuk dan Menggoda Manusia Syaitan dari bangsa jin ini adalah suatu makhluk dari jenis ruh yang jahat yang sentiasa mendampingi manusia. Perbandingan makhluk yang bernama syaitan ini tidaklah jauh bezanya dengan sejenis haiwan yang dikenal dalam ilmu ketabiban dengan nama bakteria atau kuman. Mengikut pendapat para tabib, bahawa seekor kuman halus yang membawa penyakit – dan hanya dapat dilihat dengan kanta pembesar (mikroskop) – bila masuk ke tubuh seseorang, kemudian kuman itu berkembang biak di sana dan dapat merosakkan bahagian anggota, nescaya orang itu akan jatuh sakit dan hidupnya akan merana. Jadi, kalau kuman diakui dapat meresap ke dalam jasmani manusia dan bekerja untuk membinasakan jasmaninya, maka syaitan pun demikian pula. Syaitan dapat meresap ke dalam rohani manusia serta menggodanya dengan pelbagai tipu daya, supaya hidupnya tersesat dan nasibnya celaka. Nyatalah bahawa syaitan itu jika ditinjau dari segi kesihatan ruh adalah sama dengan kuman jika ditinjau dari segi kesihatan tubuh kedua-duanya adalah musuh yang amat membahayakan. Mungkin bagi mereka yang berpendidikan moden mempunyai pandangan: Bahawa rasukan jin dan syaitan kepada seseorang yang menyebabkannya sakit dapat dianggap sebagai khurafat dan tahyul, padahal yang merasuk orang itu sebenarnya adalah kuman-kuman atau bakteria yang sedang bersarang dalam tubuhnya lalu mengganggu kesihatannya hingga dia jatuh sakit. Adanya perbezaan pandangan dalam soal ini, walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa jin dan syaitan itu sememangnya dapat mempengaruhi manusia – terutamanya dalam keruhanian – berdasarkan penjelasan-penjelasan yang banyak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dan dari perbezaan pandangan tadi, tidak pula menyekat seseorang untuk melanjutkan pengkajian dan penyiasatan secara ilmiah, kerana lapangan ilmu pengetahuan tersangat luas. Seterusnya pandangan yang berdasarkan ilmiah itu lambat-laun pasti akan menyokong kepada kebenaran Al-Quran. Al-Khanzin dalam menghuraikan ayat di atas telah menyebutkan, antara lainnya manusia bersukaria dengan jin itu ialah dalam pekerjaan mereka membuat telahan-telahan, sihir-sihir dan bertilik, serta memperolok kerja-kerja yang mereka ingini dengan memudahkan jalan untuk melaksanakannya. Adapun cara jin bersukaria dengan manusia pula ialah semasa manusia itu telah menjadi taat kepada jin dalam perkara kesesatan dan maksiat. Selanjutnya ayat tadi berbunyi: “Dan kami telah sampai kepada tempoh yang Engkau tetapkan”.

Selanjutnya orang-orang yang menjadi rakan jin itu mengatakan pula, bahawa mereka sekarang ini tidak dapat bersukaria lagi bersama jin itu kerana masa bersukaria telah habis tempohnya dengan datangnya hari Ba’ath. Mereka telah menyatakan ini dengan perasaan menyesal, malah mengakui pula akan kesalahan mereka, sambil menunggu apakah hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Allah ke atas mereka. Allah pun bertitah: “Neraka itulah tempat tinggal kamu dengan berkekalan di dalamnya, kecuali apa yang Allah kehendaki”. Setelah nyata bahawa mereka benar-benar bersalah, maka Allah jatuhkan hukuman dengan memasukkan mereka ke dalam api neraka, iaitu tempat penyeksaan yang kekal bagi mereka untuk tinggal di sana. Kecuali jika Allah menghendaki supaya mereka kemudian dikeluarkan dari neraka itu barulah mereka dapat terlepas dari siksaan dan hukuman, jika tidak, maka tetaplah neraka itu menjadi tempat tinggal mereka selama-lamanya. Allah sahajalah yang mempunyai kekuasaan penuh untuk membuat hukuman dan keputusan. Dan Dia pulalah yang dapat mengubah sesuatu hukuman dan keputusan. “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Mengetahui”. Dialah lebih tahu apa yang patut dilakukanNya tentang balasan pahala dan siksa yang akan dikenakanNya ke atas hambaNya, sedang manusia tidak akan sampai pengetahuannya kepada perkara itu. Jin dan Syaitan Melihat Manusia Firman Allah: Maksudnya:

Sesungguhnya syaitan dan kaumnya itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. (Al-A’raf:27)

Allah memperingatkan manusia supaya lebih berhati-hati dan berjaga-jaga lagi terhadap musuh yang tiada kelihatan daripada musuh yang kelihatan kerana musuh yang ghaib ini sangat merbahaya. Kedatangannya adalah tanpa diundang dan bila-bila masa sahaja ia sudah berada di sisi kita. Ia boleh dan mampu membinasakan kita dari sudut mana yang ia kehendaki tidak kita walau waktu apa sekalipun. Jadi manusia memerlukan persiapan dan pertahanan yang benar-benar kukuh dan kuat untuk mempertahankan diri dari dicabul oleh syaitan-syaitan ini. Mana-mana manusia yang tidak mempunyai pertahanan yang kuat akan mudah dicerobohi oleh syaitan-syaitan ini dan jadilah orang itu umpama kerbau yang dicucuk hidungnya, ke mana saja dan apa saja yang disuruh oleh syaitan itu maka dengan senang sahaja ia mengerjakannya, manakala apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya ia ingkari. Para ulamak mengatakan: Syaitan dan kaumnya daripada bangsa jin semuanya dapat melihat manusia kerana manusia itu jisimnya kasar, sedang manusia itu pula tidak dapat melihat syaitan kerana jisim mereka halus dan tidak pula ada warna. Mereka diumpamakan seperti angin. Kita mengetahui angin dan dapat menentukannya, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Begitulah halnya syaitan dan jin itu, manusia tidak dapat melihat bagaimana bentuknya yang asal, tetapi manusia dapat melihat kalau syaitan dan jin itu menjelma berupa manusia, atau haiwan ataupun benda-benda seperti yang pernah dilihat orang. Para ulamak juga mengatakan: Bahawasanya Allah menjadikan suatu jenis pancaindera dalam mata jin, yang dengannya jin itu dapat melihat manusia, sedang dalam mata manusia pula Allah tidak menjadikan yang seperti itu pula, maka tidak dapatlah manusia

melihat jin, melainkan kepada orang-orang yang mendapat kurnia Allah. Adapun jin pula sesama jin dapat melihat antara satu sama lain, kerana Allah memperkuatkan sinaran mata masing-masing. Kalaulah misalnya mata manusia itu dilengkapkan dengan tenaga dan kekuatan seperti yang terdapat pada mata jin nescaya dapatlah manusia melihat jin, tetapi Allah tidak menjadikan yang demikian itu. Dalam hal ini Ibnu Abbas mengatakan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda : Maksudnya:

Sesungguhnya syaitan itu menyerap ke dalam anak Adam melalui saluran darahnya. Dan dada anak Adam itu menjadi tempat tinggal mereka. Melainkan orang yang dipeliharakan Allah (tidak dapat dimasuki).

Ini seperti yang difirmankan oleh Allah: Yang membisikkan fikiran jahat di dalam dada (hati) manusia. FirmanNya lagi: Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan syaitan itu pemimpin bagi mereka yang tidak beriman. Demikianlah keadaannya orang-orang yang tidak beriman amatlah mudah terpengaruh oleh pujukan syaitan, kerana tidak persiapan dirinya untuk menetang dan melawannya. Malahan dijadikannya pemimpin kerana dapat mengusainya. Apatah pula darah yang mengalir di dalam tubuhnya bukanlah darah zuriat Islam tulen tetapi hanyalah Islam baka semata-mata. Alangkah baiknya sekiranya darah yang mengalir itu adalah darah yang samasama telah menerima dan mengucapkan akan syahadatain yang mulia itu serentak dengan lidah, tentulah darah itu darah yang terpelihara dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan dan kaumnya. Sekiranya darah yang mengalir itu menerima akan Iman, Islam dan Ihsan mengikut jalan sebenarnya, akan gementar dan goncanglah syaitan-syaitan dan kuncukuncunya untuk tinggal di dalam dada mat Islam tulen itu. Maka inilah dia orang-orang yang dipelihara Allah daripada gangguan syaitan-syaitan dan jin-jin iaitulah dari orang-orang yang lidah mereka, segala urat, segala tulang, segala sendi, segala daging, segala darah, segala angin, segala ain, segala kulit, segala bulu dan segala roma serta ruh mereka yang benar-benar beriman dan taqwa kepada Allah, yang telah menerima serta memperbaharui semula akan syahadahnya melalui tangan para pewaris Rasulullah s.a.w. serta memandang ke tempat asalnya di alam arwah; sepertimana yang sekelian ruh telah berjanji setia dengan Allah dengan mengaku ketuhanan Allah s.w.t. semasa Allah mengambil penyaksian ke atas sekelian ruh dengan katanya: “Bukankah Aku Tuhan Kamu?” Mereka (sekelian ruh) menjawab: “Bahkan! Kami mempersaksikan”. Dengan sebab perjanjian inilah apakala manusia itu dihantar ke muka bumi ini mereka perlu kembali memperbaharui akan syahadah mereka sebagai memperingati perjanjian mereka dengan Tuhan dulu. Sekiranya mereka itu enggan memperbaharui semula akan perjanjian tersebut jadilah Islam yang mereka dakwa-dakwakan mereka itu Islam sebenarnya hanyalah Islam Ciplak atau Islam keturunan/baka. Lazimnya kerja-kerja syaitan ialah mempertakuti akan manusia ramai dengan mengatakan menerima Islam apa lagi sedangkan emak bapa kamu telah Islam, kamu tak perlu lagi terima Islam. Kemudian katanya lagi: Orang yang menyeru itu sebenarnya membawa agama baru lagi telah sesat, cuba lihat emak bapa dan datuk-nenek kamu tak payah terima syahadah pun cukup dengan emak bapa mereka Islam, Islam juga. Lalu mereka pun mendengar nasihat dan tipu helah syaitan itu, sedangkan mereka

tidak sedar bahawa syaitan itu adalah sebesar-besar musuh yang nyata bagi manusia. Di dalam hal ini tidak ada siapa yang merugi melainkan orang-orang yang ingkar dan mengikut langkah-langkah syaitan, mereka itulah yang akan menyesal sesesal-sesalnya kelak. Larangan Memuja Syaitan Firman Allah: Maksudnya:

Bukankah Aku (Allah) telah memberi janji kepada kamu hai anak-anak Adam supaya jangan memuja syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu menjadi musuh yang berterang-terangan. Dan hendaklah kamu menyembah Aku (Allah), inilah yang lurus”. (Yasin:60-61)

Semasa mereka kepiluan lantaran merasakan kepahitan hidup di dalam mereka Allah menempelak: “Bukankah Aku (Allah) telah memberi janji kepadamu hai anak Adam?” Yakni janji bersetia untuk mematuhi segala perintah Allah menerusi seruan para rasul yang disampaikan kepada mereka berupa suruhan dan tegahan. Adakah mereka tidak ingat kepada janji yang telah mereka ikrarkan dahulu semasa mereka masih di alam Adz-Dzar (nyawa-nyawa yang menjadi zuriat Nabi Adam a.s. Allah menanyakan (Bukankah Aku Tuhan Kamu?) Mereka menjawab (Bahkan! Kami mempersaksikan). Bukankah Allah telah berpesan dengan memberikan dalil-dalil mengenai alam keliling, membekalkan kamu akal untuk berfikir, mengutus para rasul dan menurunkan Kitab pemberi penerangan ke arah keselamatan dan kesejahteraan? Iaitu pesanan supaya jangan memuja syaitan dan menuruti kemahuannya kerana dia menggoda kamu supaya derhakai Allah. Bukankah Allah sudah memberi peringatan tetapi mengapa terus juga kamu memuja (iaitu taat dan ikut suruhan) syaitan. Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu menjadi musuh yang berterang-terangan menjadi musuh dari semenjak dia menggoda bapa kamu Adam sehingga terkeluar dari Syurga, dan sampai sekarang dialah juga yang akan menjerumuskan kamu ke dalam lembah kesengsaraan dan berakhir kamu jadi celaka. Sebaliknya hendaklah kamu menyembah Allah yakni mengEsakanNya serta taat kepadaNya dengan mentauhidkan Af’al, Sifat dan ZatNya pada semua tempat, semua waktu dan semua ketika tidak kira walau di mana kamu berada. Inilah satu-satunya jalan yang lurus yakni benar. Jalan yang menegah kamu dari memuja syaitan dan menyuruh kamu menyembah Allah yang bersifat Rahman (Pengasih). Tetapi sayang, kamu telah memilih jalan yang sesat dan celaka. Ingatlah firmanNya. Maksudnya:

Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sejumlah besar dari antara kamu, tidakkah kamu memikirkan?” (Yasin:62)

Bahawasanya pengaruh syaitan sangat kuat, sehingga banyak manusia yang lemah imannya iaitulah yang terdiri dari mereka yang jahil di dalam bidang keagamaan tetapi alim di dalam hal-hal keduniaan, telah diperdayakan dengan pelbagai tipu muslihat. Syaitan menjanjikan berbagai-bagai janji manis (yang sebenarnya palsu) serta menjadikan keburukan dunia itu dengan keindahan dan kesenangan bagi orang-orang yang mengambil syaitan sebagai penolongnya; sehingga mereka ini tersesat tidak mengaku adanya Tuhan (iaitu tidak

mahu taat kepada perintahNya). Sebaliknya mereka puja Tuhan yang lain, atau memilih ideologi yang tertentu, yang pada hakikatnya ideologi itulah sebagai Tuhannya untuk disembahnya. Sedangkan yang Allah sebutkan di dalam Al-Quran yang mulia hanya dua parti sahaja iaitu ‘Hizbullah – Parti Allah’ dan ‘Hizbussyaitan – Parti Syaitan’. Parti Allah – Iaitulah orang-orang yang berada di bawah pimpinan dan petunjuk Allah dengan mengambil Allah sebagai pemimpin mereka – Taat dan patuh di bawah pimpinan Rasulullah sebagai utusanNya dengan mengamalkan segala yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dari suara wahyu yang turun dari langit; mentauhidkan Allah pada Rububiyyah dan UluhiyyahNya serentak pada zahir dan batin pada semua tempat, semua waktu dan semua ketika. Serentak dengan itu menafikan Tuhan yang lain daripada Allah (iaitu Zat yang terkaya ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripadaNya dan berkehendak kepadaNya akan tiap-tiap barang yang lain daripadaNya), termasuklah dengan menyembah syaitan laknatullah. Maka orang yang mengikut parti Allah itulah ‘Hamba Allah”. Parti Syaitan – Iaitulah orang yang mengambil syaitan itu sebagai walinya (penolong dan pemimpin) dengan mengikuti langkah-langkah dan suruhan-suruhannya – mentaati fahaman-fahaman atau ideologi yang lain dari Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Termasuklah fahaman sekular (Britishme, Amerikaisme, Europianisme, Majusiisme dan lainlain fahaman yang ‘Anti Al-Quran dan Al-Hadis’), fahaman meterialisme iaitu fahaman kebendaan (fahaman bertuhankan kebendaan – harta, wang ringgit dan pangkat) dan beberapa lagi fahaman yang seumpama itu. Maka segala ideologi yang seumpama ini adalah berupa petunjuk daripada syaitan terhadap manusia-manusia yang rakus kepada dunia dan kemewahannya. Maka syaitan itu adalah tuhan bagi mereka-mereka yang menganut fahaman atau ideologi sesat lagi celaka ini. Dan mereka penganut-penganutnya pula adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang berpengaruh, mempunyai wang ringgit dan harta dipanggil “Bapa-bapa Syaitan”, sementara yang kurang memiliki seperti bapa-bapa mereka itu pula dipanggil “Kuncu-kuncu Syaitan”. Parti inilah yang menjadi musuh utama kepada parti Allah. Dengan demikian itulah Allah telah berfirman: Maksudnya:

Dan siapa tidak mempedulikan pengajaran Tuhan yang Pengasih, Kami (Allah) akan sediakan baginya syaitan, dialah yang menemaninya. (Az-Zukhruf:36)

Bahawa sesiapa yang berjaya mendapat harta kekayaan dunia dengan kemegahan pangkat jadilah ia seperti orang yang rabun malam – bahasa arabnya “Al-A’masy”. Maksudnya Allah menyatakan sesiapa yang tidak memperdulikan pengajaran Tuhan yang Pengasih adalah laksana orang yang rabun. Sebenarnya dia tidak rabun, hanya berlaku cuai dan pura-pura buta, seolah-olah tidak nampak melihat kebenaran pengajaran Al-Quran. Maka orang yang berpaling yakni kufur lantaran membutakan matanya dengan mencuaikan pengajaran Al-Quran, sebaliknya bertungkus-lumus mengejar kelazatan dunia dan keseronokan nafsu syahwat, dia akan didampingi oleh syaitan bangsa manusia dan jin sebagai teman dan sahabat karibnya. Sedang syaitan itu digesa pula supaya mengacau dan menyesatkannya dari jalan agama Allah yang sebenarnya. Diibaratkan orang-orang yang rabun malam itu samalah seperti anggota badan yang kotor dan berkudis dan berbau busuk, akan dikerumuni oleh lalat dan langau dan ulat yang sememangnya binatang-binatang ini suka kepada kotoran, yang menjadikannya menghidap penyakit yang membawa celaka. Maka samalah kejadiannya dengan syaitan yang mengerumuni untuk menghasutnya lantaran ia menghidap penyakit yang membutakan mata

hatinya dari melihat Al-Quran, kitab yang mengandungi hukum-hukum yang dapat menolak pengaruh jahat yang menyesatkan manusia dari agama. Sesungguhnya orang-orang ini adalah mereka itu terdapat penyakit di dalam hatinya. Maka penyakit di dalam hati itu adalah umpama bangkai yang tersangat busuk baunya. Jadi ia adalah tempat kegemaran bagi syaitan-syaitan untuk mendatangi dan mencabulnya sehingga orang itu telah ternoda oleh syaitan itu. Oleh kerana ia telah berasa lazat hasil dari pencabulan tersebut, maka berterusanlah ia minta selalu dinodai dan ia redha dengan keadaannya itu, celakalah ia! Oleh kerana hidung batinnya telah tersumbat oleh bau busuk bangkai penyakit itu, tidaklah ia terhidu lagi akan bau wangi yang mewangikan Al-Quran, jadilah ia orang yang tersisih jauh dari rahmat Allah dan dari masyarakat yang beriman lantaran bau busuk bangkai yang ada padanya itu. Firman Allah: Maksudnya:

Dan sesungguhnya para syaitan tersebut sememangnya akan menghalanghalangi mereka dari (mengikuti) jalan yang benar dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk. (Az-Zukhruf:37 * )

Allah menguatkan pernyataanNya, bahawa syaitan pasti kerjanya suka menghalanghalangi orang-orang kufur lagi tersesat itu dari mengikut jalan Allah, iaitu jalan yang haq dan benar, sedangkan mereka pula menyangkakan pada khayalan mereka terpandu ke jalan yang benar walhal mereka sudah pun tersesat jauh dari jalan yang sebenarnya. Oleh kerana orangorang yang tersesat ini sudahpun termakan pujuk rayu dari syaitan adalah sukar untuk menyeru mereka kembali kepada Ad-Din, bahkan apabila dinyatakan kepada mereka jalan mereka itu telah tersesat, maka mereka akan menafikannya dengan sekeras-kerasnya bersamasama dengan hujah-hujah dan tohmahan-tohmahan kepada orang-orang yang menyeru mereka itu, kerana mereka mengira-ngira merekalah sebenarnya yang berada di jalan yang benar bukan pendakwah-pendakwah itu. Begitulah keadaannya jiwa orang-orang yang telah tersesat, mereka akan tetap mempertahankan pegangan mereka meskipun mereka dihujah dengan berbagai dalil dan nas Al-Quran dan Hadis yang membuktikan mereka itu tersesat. Kata mereka: “Bagaimanakah kamu mengatakan kami tersesat, sedangkan kami pun terdiri dari orang-orang yang sembahyang seperti kamu juga?” Sedangkan mereka sembahyang hanyalah sebagai hiasan luaran sahaja untuk menunjukkan mereka juga orang Muslim. Tetapi mereka sembahyang tidak dengan keikhlasan kepada Allah melainkan kerana hendak mendapatkan pujian dan sanjungan serta pengaruh politik dan belas kasihan orang lain. Golongan Yang Mempermainkan Agama Firman Allah : Maksudnya : Iaitu orang-orang yang menjadikan agamanya permainan dan senda gurau kerana mereka tertipu oleh kehidupan dalam dunia. ( Al-A’ raf : 51 ) Diantara sifat-sifat orang yang kufur itu ialah mereka yang mempermain-mainkan agama Islam dan mempersendakannya. Kata Ibnu Abbas: Iaitu orang yang suka mengejek,

kerana bila diseru supaya beriman dan menjalankan perintah Allah dicemuhkannya orang yang menyeru mereka itu yang bererti pula telah mencemuh Allah s.w.t. Sesungguhnya di dalam masyarakat Melayu moden hari ini, perubahan sikap sangat ketara di dalam kehidupan beragama akibat kesan penghidupan yang serba moden dan canggih dalam pelbagai sudut. Dunia orang-orang Melayu hari ini dihujani dengan berbagai bentuk peralatan canggih (material) yang mengubah gaya hidup masyarakat daripada tradisi kepada kehidupan ala kebaratan samada di bidang sains & teknologi, kebudayaan, pelajaran, ekonomi, sosio-ekomoni dan sebagainya. Dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini ramai daripada orang-orang Melayu yang mengaku beragama Islam turut terjebak dalam arus kebangkitan zaman. Sesetengahnya telah lupa yang mereka ini hidup hanya sementara sahaja dan akan pulang ke tempat asal tidak lama lagi. Asal kehidupan kebanyakan orang-orang Melayu bukanlah dari golongan yang hidup senang dan kaya raya, tetapi ramai yang kehidupannya susah. Setelah berlaku zaman peralihan, ramai dari anak-anak orang Melayu telah mula mengorak langkah ke alam kemewahan dan kesenangan seperti yang kita lihat pada hari ini. Mereka mengharungi kehidupan itu dengan mengikut cara hidup ala barat yang banyak menekan kepada kepentingan material sehingga melupakan kepentingan ‘spritual’ (keruhanian). Maka oleh kerana ramai yang mendapat pendidikan kebaratan, gaya hidup mereka juga tentulah mengikut sebagaimana pendidikan yang mereka perolehi. Akibat dari ketidakseimbangan pendidikan jasmani dan ruhani yang mereka terima jadilah arah hidup itu berat sebelah yang lebih mementingkan kebendaan. Sungguhpun demikian, tidak semua yang terikut-ikut dengan gaya hidup ‘taghut` itu kerana masih ada yang ingin mengekalkan kehidupan sederhana dalam kehidupan beragama. Golongangolongan ini masih sedar dan insaf betapa pentingnya hidup beragama yang dapat memelihara kesopanan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Buktinya, berapa ramaikah orang Melayu hari ini yang sanggup menghidupkan suasana keislaman baik di dalam rumahtangga mahupun di luar rumah? Mereka yang benar-benar insaf inilah berusaha menyeru kembali manusia-manusia Melayu yang telah terlajak ke hadapan dalam mencorak kehidupan mereka. Sungguhpun demikian, pekerjaan sukarela ini pun mendapat tentangan bertubi-tubi dari mereka yang mengaku beriman. Pada mereka orang-orang yang menyeru ke jalan kebaikan ini seolah-olah menjadi musuh dan pengacau dalam kehidupan mereka. Mereka ini tidak gemar apabila di tegur atau di ajak ke arah kebaikan dan mereka sering berkata: “Tidak payah mengajar kami kerana kami juga orang Islam dan tahu apa yang sepatutnya perlu di buat”, tetapi sebenarnya mereka tidak berbuat seperti apa yang mereka cakapkan. Golongan yang di katakan mempermain-mainkan agama ialah mereka yang apabila diajak atau di seru kepada kebaikan yakni untuk masuk ke dalam Islam sepenuhnya, mereka mentertawakan dan mempermainkan, seperti firman tuhan : Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya. ( Al-Baqoroh:208 * ) Seruan tersebut ialah sebagai menerima perintah tuhan untuk mengamalkan segala yang diperintah dan yang telah ditetapkan di dalam syariat agama Islam. Dengan sebab tuhan menyeru dengan firmanNya “Hai orang-orang yang beriman” – maknanya hanyalah mereka yang benar-benar percaya dan yakin kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja yang akan (sanggup) melaksanakan segala tuntutan agama tersebut, sedangkan mereka yang tidak (atau separuh) percaya atau yakin dengan Nabi Muhammad s.a.w. serta barang yang dibawanya sudah tentu tidak akan bersungguh di dalam hal yang tertentu sahaja umpamanya sembahyang, puasa

zakat, haji, kematian, aqiqah, korban, khatan (itupun mereka lakukan hanya mengikut tradisi dan bukan dengan kefahaman yang sebenarnya) sementara di dalam hal-hal lain mereka tidak percaya dengan apa yang suruh oleh Baginda s.a.w. lalu mereka rasa lebih sedap lagi mengikut gaya ala – Amerika atau gaya barat kerana lebih sesuai dengan jiwa mereka . Oleh yang demikian apabila mereka tidak mengamalkan sepenuhnya aturcara hidup sebagai seorang Islam sebenarnya, mereka bukanlah orang-orang yang sebenarnya beriman tetapi sekadar mengikut tradisi datuk nenek mereka dalam beragama. Mereka tidak ambil berat dalam soal-soal keagamaan malah selalu mempertikaikan apa yang di buat oleh orangorang yang beriman – sering dituduhnya puak-puak mubaligh itu sesat dalam beramal, membawa ajaran baru, tidak ada dalam sunnah – sedangkan mereka juga turut dipertikaikan percakapan mereka kerana menuduh sebarangan tanpa soal selidik yang terperinci kerana kebanyakan dari orang-orang jenis ini diri mereka sendiri tidak tahu di dalam bidang keagamaan. Sesetengahnya mendapat pendidikan sekular tetapi berani mempertikaikan halhal keagamaan (kadang-kadang baca fatihah pun tidak betul, itu pun masih berlagak pandai dan tak sedar diri). Tetapi bagi mereka iaitu puak-puak sesat yakni puak-puak yang telah dididik dengan gaya hidup bertuhankan material atau kebendaan, mereka berasa senang dengan amalan mereka itu (meskipun mencampur-adukkan Islam dan kafir) dan mereka rasakan merekalah golongan Islam yang sebenarnya. Sementara yang kuat dan gemar kepada mengamalkan dan mempraktikkan Islam dituduhnya ekstrem atau fanatik agama. Apa yang mereka hendak atau diterima mereka ialah mempraktikkan cara hidup cara mereka iaitu Islam moden (yang di moden atau yang disesuaikan mengikut kefahaman otak dan hawa nafsu mereka) yang dicampurkan amalan Islam dengan kafir, sepertimana yang telah berlaku kepada orang-orang Kristian dan Nasrani yang telah mengubah kitab mereka supaya sesuai dengan kehendak nafsu mereka. Jadi kesan yang tidak dididik dengan Tauhid yang berteraskan syahadatain akan mengakibatkan jiwa orang-orang Melayu kebanyakan hari ini menjadi semakin punah dan dayus, menyisih jauh dari garisan-garisan keimanan yang hakiki. Hasil dari tarbiah sekularisme akan lahirlah ‘puak-puak pembunuh’ agama mereka sendiri dari kalangan Melayu sendiri. Mereka inilah yang menjadi ‘Mastermind’ dalam merancang menghapuskan agama yang mendapat keredaan Allah. Mereka mengubah dan meminda agama agar sealiran dengan jiwa taghut mereka. Jadilah kepada mereka agama itu seolah-olah barang permainan yang boleh di buat sesuka hatinya. Sekiranya ada orang-orang yang menentang perbuatan mereka ini mereka akan menyerangnya dengan berbagai-bagai kecaman dan tuduhan yang membabi-buta sehingga hati mereka berasa puas. Maka digunakanlah puak-puak ‘ulama suk’ sebagai umpan mereka bagi mengelirukan masyarakat yang juga kebanyakannya jahil seperti mereka. Maka mengembeklah kambing-ambing hitam ini ke sana ke mari untuk membenarkan kerja jahat mereka. Sabda Nabi s.a.w. : Maksudnya : Kelak akan datang suatu masa, di mana orang yang sabar berpegang teguh pada agamanya, seperti mereka memegang bara api”. ( Riwayat Termizi ) Rasulullah menjelaskan akan datangnya suatu masa, di mana orang-orang Islam, mengalami suatu dilema (keadaan serba salah), kerana pada masa itu orang-orang Islam, dikepung (dikelilingi) oleh budaya yang bertentangan dengan syariat Islam. Kalau umat Islam (khasnya orang Melayu di sini) mengikuti budaya tersebut, bererti mereka telah meninggalkan syariat Islam. Memang jelas telah ramai lihat dewasa kini yang

semakin jauh dan mula meninggalkan syariat Islam kerana terlalu asyik dengan dunia dan penipuannya yang dihias begitu indah oleh syaitan-syaitan bangsa manusia dan bangsa jin. Syariat Islam itu kata sesetengah dari mereka, “Kalau rasa awak hendak buat boleh buat dan tiada paksaan”. Begitulah lantangnya mereka bercakap seperti mereka itu tidak beragama dan tidak beriman. Pada mereka ‘enjoy’ dulu, besok dah tua nak masuk kubur atau dah pencen barulah bertaubat (itupun kalau sempat). Dan kalau mereka berpegang teguh pada syariat Islam, mereka akan mendapat ancaman dan kecaman; dikatakannya kolot, ketinggalan zaman, kekampungan, tak ikut zaman, nak tunjuk alim sangatlah dan bermacam-macam tuduhan melulu yang lain lagi. Kesemuanya itu sebagai serangan membenci agama Allah dan mencacinya kerana orangorang yang mendakwa beriman itu kepada mereka-mereka yang berpegang kepada Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. Juga sifat orang-orang yang kufur itu: “Mereka tertipu oleh kehidupan dalam dunia”. Orang-orang kufur yang mempermain-mainkan agama ini sebenarnya mereka terdiri dari orang-orang yang sedang menikmati kesenangan hidup dan kemewahan dunia, mereka lupa kepada tugas mereka untuk beriman, dan lalai daripada beramal untuk akhirat. Mereka telah tertipu dan dilalaikan oleh impian yang indah-indah dengan mengharapkan umur panjang, murah rezeki, pangkat besar, kedudukan tinggi, berpengaruh, segala kemahuan syahwatnya dan keinginan nafsunya semuanya tercapai. Bila impiannya itu kebetulan menjadi kenyataan, jadilah ia sebagai dinding yang menyekat mereka dari mendekati agama, bahkan menjadi jauh lalu tenggelamlah mereka ke dalam lautan kelazatan dunia yang palsu itu. Kebetulan ajal pun datang dengan tiba-tiba dan dengan tidak semena-mena, sehingga mereka pun tidak dapat diselamatkan lagi. Lihatlah betapa jelasnya kesan daripada meninggalkan pegangan yang kukuh terhadap syahadatain. Apabila jiwa itu tidak dimulai dengan syahadatain iaitu menerimanya setelah sampai umur akil baligh supaya kehidupannya disinari dengan cahaya yang penuh dengan kemuliaan itu, maka jiwa itu akan menjadi pudar dan layu umpama pokok yang mati yang tidak mendapat air sehingga tidaklah tampak padanya akan kemuliaan itu lagi. Jadilah hidupnya itu hambar di bawah bayangan kegelapan zulmah yang hanya tahu berhadap kepada dunia yang penuh dengan penipuan itu. Bermula dari saat itu kehidupannya akan tersorot mengikut kehidupan jahiliah iaitu ‘jahiliah moden’ sebagaimana kaum musyrikin di zaman permulaan Islam dahulu. Kehidupan jahiliah ini akan sering berulang-ulang sebagaimana kehidupan dan kepercayaan kaum Arab Badwi yang mempercayai hukum adat mereka itu lebih baik dari hukum Tuhan. Istilah ‘jahiliah’ bukanlah bererti mereka dahulu kala tidak mengenal akan peradaban dan kebudayaan ataupun makan orang atau bodoh dan sebagainya tetapi maksud sebenar ialah tidak mahu mengenal dan mengambil Al-Quran itu sebagai petunjuk dan tidak mahu mengaku Allah itu sebagai Tuhan yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya dan Muhammad s.a.w. itu adalah benar utusan Allah yang membawa wahyu dari langit. Maka orang-orang yang bersikap beginilah yang dipanggil ‘jahiliah’ tidak kira samada kaya atau orang yang banyak ilmu dunia atau banyak harta; selagi mereka itu tidak mahu tunduk kepada hukum-hukum Allah maka selama itulah mereka berkekalan di dalam kehidupan jahiliah atau lebih tepat lagi dipanggil ‘jahiliah moden’. Jangan sangka orang-orang zaman dahulu sahaja layak dipanggil jahiliah tetapi masyarakat Melayu hari ini pun ramai yang layak dipanggil orang-orang jahiliah – kerana mereka itu tidak kenal Islam agama yang mereka dakwa mereka menganutinya (tetapi mereka hanya kenal Islam sebagaimana bapa-bapa mereka kenal), jahiliah kerana mereka itu tidak kenal Al-Quran sebagai petunjuk yang sebaik-baiknya yang

menjadi ‘Iman’ mereka, jahiliah kerana mereka tidak kenal Allah Tuhan yang mereka kata mereka menyembahnya, jahiliah kerana mereka tidak mengenal akan Rasulullah s.a.w. yang mereka dakwa mereka mengikut ajarannya serta menjadi umat baginya serta juga jahiliah kerana mereka tidak kenal dan tahu mengapa mereka dihidupkan di atas muka bumi ini? Orang-orang jahiliah ini ialah mereka yang lebih mengenal dunia daripada Allah dan hukum-hukumnya serta mahir di dalam mentadbirnya. Bagaimanakah Allah tidak memanggil mereka ini dengan kata jahiliah kerana mereka itu begitu bodoh dan bebal mengasihi barang yang Allah cerca iaitu dunia dan kehidupannya, sedangkan barang yang Allah janjikan iaitu kehidupan yang berkekalan di akhirat (hidup bahagia) tidak mereka mahu mempercayainya serta mencercanya pula. Alangkah bodohnya orang yang mengaku mempunyai itulah mereka itu orang yang aman dan tenang di dunia yang fana ini. Dunia dan Permainannya Firman Allah: Maksudnya:

Hanyasanya kehidupan dunia itu ialah permainan dan senda gurau

Allah menggambarkan kehidupan di dunia yang akan fana ini kerana tidak kekal, tidak lain hanyalah permainan seolah-olah lapangan hidup itu digunakan untuk bermain, lantaran itulah minat bermain dibesar-besarkan walaupun memakan belanja yang sangat besar pula dan tidak sayang membuang wang yang banyak untuk permainan. Mula-mula yang menggemari itu ialah kanak-kanak, namun yang dewasa tidak ketinggalan menyertainya. Dunia ini umpama pentas sandiwara di mana pelakon-pelakonnya terdiri daripada dua jenis golongan manusia, satu yang mahu mengikut pengarah yang sebenarnya dengan mematuhi arahan-arahan dari skrip asalnya, dan yang satu lagi sering mengubah-ubah skrip asal serta tidak mematuhi arahan pengarah sehingga jadilah skrip itu tidak lagi original tetapi mengikut selera dan kemahuan pelakon itu. Maka pelakon yang pertama itu akan mendapat pujian dan ganjaran dari pengarahnya, dan pelakon yang kedua itu hanya mendapat kutukan dan cercaan dari pengarahnya serta tidak mendapat apa-apa ganjaran bahkan pembalasan yang buruk kerana kedegilan mereka itu. Mengapakah Allah mengatakan kehidupan dunia ini hanyalah permainan? Kerana yang suka bermain itu hanyalah kanak-kanak yang tidak berakal dan tidak tahu tentang lain dari itu. Setiap saat apa yang mereka cita-citakan ialah keseronokan untuk bermain, tidak kira apa jua jenis permainan sekalipun asalkan permainan itu dapat memuaskan hati mereka. Allah menggambarkan kepada orang-orang mukmin, iaitu orang-orang yang mengambil dunia ini sebagai permainan ialah orang-orang yang tidak berakal seperti kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa, kerana apabila orang itu asyik bermain ia akan lupa terhadap tujuan ia dihidupkan di atas muka bumi ini. Jadi dimanakah tempat berlakunya kebodohan itu, iaitulah pada jiwa mereka yang sejak kecil lagi telah didedahkan dengan permainan-permainan (keseronokan-keseronokan) oleh ibu-ibu dan bapa-bapa mereka dengan duniawi semata-mata – gaya hidup Melayu moden iaitu Melayu Amerika dan Melayu Eropah atau seumpamanya – dengan meninggalkan asas-asas dan keperluan akhirat yang berkekalan. Apabila dari kecil lagi anak-anak itu tidak dimasuki dengan jiwa syahadatain yang mengaku akan keesaan Allah s.w.t. supaya apabila besar kelak anak-anak itu akan menjadi manusia yang beriman, maka dengan mudahlah jiwa yang suci murni itu dicabuli oleh kesesatan yang dirancang oleh ibu-ibu dan bapa-bapanya. Sejak kecil lagi anak-anak itu dilatih dengan permainan keduniaan, maka apabila dewasa iapun akan meneruskan permainan-permainan yang telah diajarkan oleh kedua orang tuanya dan sekutunya. Maka

tercapailah hasrat kedua ibubapanya iaitu supaya anak-anak itu mengikut jejak langkah mereka meskipun itu terdiri dari orang-orang yang jahil seperti bapa-bapa mereka dahulu. Dan mengapakah pula Allah mengatakan iaitu memperingati manusia mukmin yang dunia ini hanya ‘senda gurauan’ sahaja? Kerana seolah-olah masa hidup yang sangat berharga di dunia itu dihabiskan hanya untuk bersenang-lenang. Apakala manusia telah asyik dengan kehidupan yang penuh dengan keseronokan langsunglah mereka terlupa akan tujuan mereka dihidupkan di muka bumi ini. Apa tidaknya, lihatlah dengan mata kepala sendiri akan kesenangan-kesenangan dan keseronokan yang terdapat di atas muka bumi ini, terlalu banyak, sangat mengasyikkan dan mengkhayalkan; semakin maju manusia semakin bertambahlah keseronokan yang didapati mereka. Sesungguhnya orang-orang yang mengambil dunia ini sebagai matlamat hidup mereka ternyata telah membuat pilihan yang salah kerana seringkali senda-gurau itu membawa kecelakaan dan padah yang buruk. Manusia yang akur dengan senda-gurau dunia ini akhirnya akan menjadi mangsa kerakusan senda-gurau sendiri. Mereka ini adalah seperti orang-orang yang menghisap candu penuh dengan khayalan palsu seolah-olah mereka berada di dalam alam kebenaran kerana ketika itu semuanya indah. Di zaman moden ini bukan lagi candu tetapi lebih hebat dari itu iaitu dadah; dan orang yang mengambil (menghisap) dadah ini akhirnya akan membunuh dirinya sendiri setelah dadah itu telah menguasai keseluruhan dirinya dan akan dicampakkan di tempat yang hina. Begitulah juga halnya dengan orangorang yang bersenda-gurau dengan kehidupan dunia ini, mereka juga suatu hari nanti akan ditinggalkan oleh senda-gurau itu, ketika itu tidak ada apa-apa yang boleh dibuat lagi kerana masa sudah terlambat. Hati manusia tidak akan puas selama-lamanya kerana dunia yang akan mereka kejar itu sentiasa berada dihadapan mereka dan mereka dibelakangnya. Setiap kali mereka merasa kesenangan dan keseronokan maka ada lagi satu keseronokan dihadapannya, jadi sampai bilabilapun keseronokan palsu dunia itu tidak akan habis, tetapi yang hancur berkecai nanti ialah dirinya sendiri. Bila maut mendatanginya ketika itu barulah ia nampak akan kepalsuan dunia akan keseronokan yang diburu-burunya selama ini semata-mata untuk memuaskan hawa dan nafsunya sahaja. Apakan daya masa sudah terlambat, maut tidak menunggu walau sesaatpun ……………...... Tujuan Allah s.w.t. menyebutkan ayat ini ialah untuk menganjurkan kepada hambahambaNya yang mukmin supaya menentang musuh mereka dengan membelanjakan harta pada jalan Allah dan berkorban nyawa memerangi orang-orang kufur – jangan leka bermainmain dan bersenda-gurau sahaja dengan meninggalkan berjihad pada jalan Allah. Sebab kesenangan dan keseronokan yang dirasai di dunia ini hanyalah sementara sahaja (tidak kekal) – sedangkan kehidupan di akhirat kekal selama-lamanya. Dan janganlah terlampau mencintai dunia dengan menikmati kemewahannya dan menuruti kehendak hawa nafsu yang menyebabkan jadi pengecut untuk berjuang lalu meninggalkan perang. Demikianlah riwayat ringkas kehidupan di dunia yang penuh dengan kepalsuan itu. Manusia yang buta, pekak dan bisu seringkali tertipu dan terpedaya oleh keindahannya itu. Mata yang tidak menerima syahadah itu akan buta terhadap kebenarannya, begitu juga dengan telinga yang pekak tidak akan mendengar kebenarannya, mulut yang bisu tidak akan dapat menyebut kebenarannya dan hati yang degil itu tidak akan dapat menerima kebenarannya. Golongan Yang Memecah-belahkan Agama Firman Allah:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belahkan agamanya sehingga mereka berpuak-puak, sedikitpun engkau tiada kena mengena dengan mereka. (Al-An’am:159)

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mengaku Islam iaitu yang terdiri daripada Ahli Bidaah (yang mengadakan perkara-perkara yang baru dalam agama), daripada Ahli Dholalah (puak-puak yang sesat) dan Ahli * Ahwa’ (puak-puak yang mengikut kehendak hawa nafsunya), yang mana mereka ini telah mendirikan puak-puak dalam Islam sehingga menyebabkan berpecahnya perpaduan umat Islam. Hal ini memang merupakan kenyataan dan benar-benar berlaku dalam kalangan umat Islam sejak dahulu lagi hingga sekarang ini. Bahkan sekarang ini semakin bertambah puak-puak pemecah agama ini kerana manusia semakin ramai, maka berbagai-bagai fahaman timbul dan masing-masing mempertahankan fahaman yang dianutinya. Dewasa kini manusia dihantui dengan berbagai aliran berkembang biak, sesetengahnya hasil dari pengajian otak mereka terhadap Al-Quran secara sendirian, sesetengah yang lain pula lahir hasil dari wirid-wirid amalan mereka yang mereka perolehi secara bertapa, suluk dan sebagainya yang dipandu dan dipimpin oleh jin dan syaitan, bahkan terlalu banyak aliran-aliran yang sesat lagi menyesatkan! Bagi menambahkan kusut lagi kekeliruan tersebut, orang-orang Islam kini dibimbangi pula dengan faham kebatinan yang mengaku mendapat jalan sampai kepada Tuhan dengan mudah tanpa bersusah payah. Oleh kerana ramai daripada orang yang malas untuk mengambil kaedah pembelajaran ilmu yang betul, maka amalan atau ilmu jenis ini menjadi buruan mereka. Jadi ramailah lahirnya tok-tok guru kebatinan ini – mereka ini menjadi sasaran peminat ‘malas’ kerana kononnya bijak dalam menghuraikan ilmu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat, sehingga dapat membuka hijab dapat bertemu dengan Tuhan di alam nyata ini dengan ‘Tahsinul Aqli’. Maka berebut-rebutlah anak-anak muridnya mendatangi rumah tok gurunya, yang tua datang bertongkat, yang sakit datang merangkak, yang muda datang menderam dengan egonya – mereka ini kononnya telah berjumpa jalan yang sebenarnya setelah lama mencari (entahlah apa bendanya yang dikatakan mencari itu) ilmu sebenarnya, maka bertemulah mereka dengan ilmu isi ini. Kata mereka ilmu syariat itu kulit dan ilmu hakikat ini ‘isi’. Maka tok-tok guru ini menggunakan kitab-kitab yang dikatakan muktabar sebagai topeng untuk menyatakan dan mempertahankan kebenaran ilmunya itu. Maka murid si bodoh an si jahil itupun dengan secepat kilat pun terpengaruh tanpa usul periksa lagi. Maka jangan harus ada orang mempertikaikannya, akan diserangnya orang itu demi untuk mempertahankan ilmu tok-tok gurunya itu. Sebenarnya manusia jenis ini tidak sedar mereka telah dipermainkan oleh syaitan jenis jin dan manusia. Dulu mereka jahil lagi bodoh di dalam hal-hal keagamaan, apabila mereka telah mendapat cahaya kesedaran, mereka dikejutkan pula dengan suatu cahaya lain yang pada sangkaan mereka itulah cahaya kebenaran yang sebenarnya. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku, ilmu yang ada pada mereka yang mereka perolehi dari cahaya kesedaran itu tidak cukup untuk menilai tentang kebenaran cahaya yang mereka lihat itu. Maka batin mereka masih buta untuk menembusi hijab zulmah untuk dapat membuat penilaian yang sebenarnya tentang kebenaran itu. Tetapi oleh kerana mereka ini dulupun degil dan sememangnya degil dan tolol, maka mereka susah mahu menerima nasihat dan teguran kerana kata mereka, mereka juga dapat membezakan diantara yang benar dengan yang batil. Inilah yang sungguh menghairankan kita, baru sehari dua belajar berenang sudah tidak mahu mendengar nasihat supaya jangan berenang di lautan dalam yang banyak jerung yang ganas dan merbahaya. Lazimnya latar belakang orang-orang jenis ini, mereka sebenarnya malas untuk memulakan pengajiannya dari bawah iaitu dengan mengaji asas-asas ilmu Tauhid, Fekah dan Tasauf. Lambat kata mereka. Maka jalan cepatnya ialah dengan mencari

tok guru hakikat – yang entah ia atau tidak betul hakikatnya. Maka mereka pun mulalah belayar di lautan dalam dengan memakai perahu upih (pelepah pinang) berdayungkan daun pinang – Kata mereka Allah Ta'ala menentukan segala-galanya. Sekiranya mereka karam di lautan itu adalah ketentuan Tuhan sejak azali lagi. Samalah keadaannya dengan bangau yang belayar di atas kerak nasi. Budak yang baru sekolah pun sudah boleh membuat keputusan tentang pelayaran mereka itu. Inilah akibat dari kejahilan orang-orang yang degil dan malas dalam mencari ilmu. Musuh mereka ialah orang-orang yang menentang pengajian mereka! Di samping itu ada lagi jenis-jenis kaum-kaum yang memecah-belahkan agama. Mereka ini terdiri dari pendakwah-pendakwah tepi jalan ataupun pendakwah hakikat yang hari ini jumlahnya agak ramai juga. Mereka terdidik setelah berjumpa dengan tok-tok guru sesat samada sesat dalam akidah, syariat dan ubudiyyahnya yang tidak tahu dari mana datangnya ilmunya itu. Mereka jenis ini ada yang tidak payah sembahyang kerana sembahyang itu kata mereka untuk orang syariat sahaja sedangkan mereka orang hakikat tak payah sembahyang cuma pakai niat sahaja. Yang peliknya kepada kita golongan yang celaka ini, pada sembahyang sahaja mereka orang hakikat, tetapi apabila waktu makan mereka bertukar menjadi babi dan anjing kerana terlalu lahapnya berjumpa makanan – mengapakah mereka tidak pakai niat sahaja seperti sembahyang tadi? Ini pun samalah yang terdiri dari jenis golongan orang yang malas untuk belajar ilmu tetapi mahu untungnya sahaja iaitu dapat jalan yang mudah lagi cepat. Inilah diantara contoh-contoh jenis manusia yang memecah-belahkan agama. Adalah terlalu banyak untuk dibentangkan di sini akan perihal itu. Keadaan ini terjadi adalah kerana kedegilan mereka sebagaimana degilnya kaum musyrikin Mekah terhadap agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w. dulu. Maka keadaan ini akan berterusan sehingga akhir zaman kerana selagi Iblis dan syaitan itu hidup selama itulah akan tetap wujudnya ilmu-ilmu sesat ini. Bahkan ini merupakan suatu ikhtiar kepada kaum Muslimin sekelian supaya berhati-hati dalam mencorak hidup beragamanya supaya jangan tersalah corak kerana akibatnya tersangatlah buruk. Kesemua daripada contoh-contoh di atas adalah berpunca dari kedegilan manusia yang enggan menerima semula syahadah yang dengannya dapat memelihara dirinya dari serangan syaitan-syaitan jin dan manusia. Apabila dirinya tidak ada pengawal, maka ia terdedah kepada serangan terbuka daripada sesiapa jua. Kadang-kadang ramai manusia tertanya-tanya kenapa dirinya sangat susat hendak menjadi baik? Manusia yang menjadi baik iaitu beriman ialah yang bersedia menerima semula dua kalimah syahadah dengan berhubung semula dengan Rasulullah s.a.w. supaya segala amalannya diredhai Allah kerana jalan pengambilannya yang menjadikan dirinya orang Muslim lagi Mukmin itu benar mengikut sebagaimana yang Allah dan RasulNya kehendaki. Mana ada orang yang hendak menjadi Islam tidak perlu mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu, kesemuanya ada bersyahadah melainkan orang-orang yang mengaku dirinya itu keturunan Islam baka yang tidak payah bersyahadah kerana ia telah bersyahadah sejak di dalam perut ibunya lagi, katanya, Walhal mengucap dua kalimah syahadah itu syarat untuk menjadi Islam bukanlah sejak dari dalam perut ibu lagi atau masih bayi atau masih kanakkanak yang belum sempurna akalnya, tetapi setelah akil baligh dengan dihubungkannya kembali melalui pewaris Nabi yang muktabar salasilahnya kerana Islam itu Allah turunkan melalui NabiNya yang mulia Muhammad s.a.w., maka untuk memiliki Islam itu juga perlulah dengan berhubung semula dengannya. Adalah tersangat salah mengatakan hendak menjadi Islam itu bukanlah susah sangat, mengucap cukuplah, sudahpun Islam. Samalah dengan mengatakan, carilah seorang perempuan yang berkenan di hati dan ucapkanlah kepadanya “Aku menikah dengan kamu atau aku terima nikah kamu”. Kalaulah yang berlaku demikian

itu terhadap anak perempuan kita yang dilakukan oleh seorang lelaki lain adakah kita dapat menerima keadaan atau kejadian tersebut sebagai benar? Dengan sebab itulah Allah memberitahu RasulNya yang baginda tidak ada kena mengena dan tidak bertanggungjawab terhadap orang-orang yang memecah-belahkan agama dengan mempercayai sebahagian dari perintahNya dan menafikan sebahagian yang lainnya; begitu jugalah dalam menjalankan sebahagian dari hukum-hukumnya sahaja. Maksud ayat ini sebelum turun ayat supaya perintah berjihad terhadap puak-puak yang memecah-belahkan agama ini. Jadi segala perbuatan umatnya tidak ada kena-mengena dengan baginda dan baginda tidak akan dipertanggungjawabkan di atas perkara-perkara itu. Dalam hubungan ini Nabi s.a.w. telah memperingatkan umatnya, janganlah berpuakpuak dan berpecah-belah. Baginda pernah meramalkan akan adanya perpecahan dalam kalangan umat Islam sehingga mereka menjadi beberapa puak, semuanya akan masuk neraka, kecuali satu puak sahaja yang tidak. Diantaranya baginda telah berpesan dan berwasiat kira-kira maksudnya: Saya berpesan agar kamu bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun yang memerintah kamu itu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa daripada kamu yang hidup selepasku, nescaya akan dilihatnya perselisihan yang banyak. Oleh sebab itu kamu hendaklah berpegang dengan sunnahku (perjalananku) dan perjalanan al-Khulafa ar-Rasyidin yang terpimpin, peganglah ia sekuat-kuatnya (jangan terlepas). Janganlah kamu buat perkara-perkara baru (dalam agama), kerana sesungguhnya tiap-tiap yang baru itu bidaah dan tiap-tiap bidaah itu sesat. (Abu Daud & Termizi) Golongan Yang Menjadikan Hawa Nafsunya Tuhannya Firman Allah: Maksudnya:

Tiadakah engkau perhatikan orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya? Adakah engkau yang akan menjadi penjaganya? (Al-Furqan:43 * )

Wahai manusia sekelian! Adakah tidak engkau perhatikan keadaannya orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya itu sebagai Tuhan yang mereka sembah? Lihatlah keadaan diri mereka yang degil dan ingkar kepada Allah kerana sanggup mempertuhankan hawa nafsu mereka sendiri dengan mengikuti dan mentaati apa saja kemahuan hawa nafsu mereka. Mereka menjadikan hawa nafsu sebagai pegangan keagamaan dalam kehidupan mereka seolah-olah hawa nafsu itulah Imam mereka; dan mereka mengenepikan Al-Quran yang membawa petunjuk dari Allah s.w.t. kerana mereka degil dari mendengar keteranganketerangan dan bukti yang terang lagi jelas yang dibawa oleh RasulNya. Hati mereka begitu benci bila mendengar suruhan dan tegahan yang datang daripada Al-Quran dan tersangat sukar bagi mereka menerimanya apatah pula dalam mengamalkannya. Justeru itulah arahan dan tegahan yang datang dari nafsu mereka itu selalunya bertentangan dengan apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya. Gaya hidup mereka yang bertuhankan hawa nafsu ini mudah sahaja. Mereka tidak perlu bersusah payah mengenal (dan mempelajari) akan Al-Quran dan isinya (sesetengahnya) sekadar tahu membaca sahaja semasa kecil sahaja, bila dewasa sudah tidak diperdulikan serta ilmu-ilmu yang berhubung dengannya yang memfardhukan ke atas dirinya untuk

dipelajarinya. Kerana kata mereka tidak cukup masa untuk mempelajarinya – sesetengahnya menolak terus mempelajarinya – “mana lagi nak cari makan, kalau tak ada duit nak mengaji apapun tak boleh masuk”, kata mereka. Lalu mereka jenis ini terus menyibukkan diri mereka mencari makan sahaja tanpa menoleh kepada jalan hidup beragama yang berpandukan AlQuran. Mereka amat terpesona dengan keindahan kebendaan dunia serta mengagungagungkannya dan bermegah-megah dengannya. Bila mereka bertemu sesama mereka kehendak itulah yang mereka sering perbualkan kerana menurut hawa nafsu mereka. Fasal bab agama tidak terlintas langsung di hati mereka. Kalau yang perempuan kepala mereka tidak bertudung (tetapi mereka kata iman bukan terletak pada tudung – satu tanda penolakan perintah Allah, sedangkan kalau aurat lahir tidak terjaga bagaimana pula hendak memelihara hatinya daripada maksiat batin – inilah percakapan wanita tak beriman), gemar mencerita hal-hal peribadi orang lain, suka berbincang tentang alat kosmetik jenis ternama samada lipstik, eye-shadow, bedak, pewangi badan, pewangi ketiak dan seumpamanya, tertarik dengan perabut-perabut rumah yang cantikcantik dan mahal-mahal termasuklah set-kerusi, pinggan mangkuk, langsir, almari dan katil (sedangkan mati nanti mereka hanya dikapankan dengan kain putih dan papan kayu sahaja) dan barang sebagainya, suka memakai pakaian jenis terbaru – bila pergi makan kenduri buat satu pasang baju, lain rumah kenduri lain pula baunya, itu belum termasuk lagi pada majlismajlis yang lain. Bila keluar kain fesyen baru dibeli pula kain itu kononnya minat fesyen. Bila dibukakan almari di rumahnya penuh dengan kain baju berbagai fesyen dan bukan dipakai pula semuanya itu, tetapi seronok kepada membazir. Untuk apakah dilakukan pembaziran tersebut? Kalau yang sudah bersuami apakah perlunya pakaian yang hebat-hebat itu? Adakah untuk tontonan suami atau untuk diperlihatkan kepada lelaki lain. Kalau untuk lelaki atau manusia lain buat apa suaminya itu yang menjadi seperti batang kayu, sehingga tak tahu menghalang langsung. Tak perlulah kepada suami kalau hendak tunjuk lawa sahaja. Buat suami jadi ‘dayus’ sahaja. Suami yang tanggung dosa sebab jahat si isteri. Allah jadikan sepasang suami-isteri supaya berkasihsayang sesama mereka dan bukan untuk tunjuk cantik dan lawa pada orang lain! Inilah yang dikatakan bertuhankan hawa nafsu kerana tidak mahu tunduk pada hukum Allah supaya memelihara aurat dan dirinya daripada jatuh ke dalam maksiat. Kalau sudah isteri dalam rumah bertuhankan hawa nafsunya dan bukan Allah, tidak ada gunalah suami yang kuat beribadat sekalipun kerana walaupun hidup sebumbung tetapi berlainan Tuhan, lainlah kalau kedua-duanya sama sahaja seperti kebanyakan orang Melayu hari ini. Bagi yang belum bersuami lagi hobinya tetap sama (kerana sama-sama perempuan). Membazir adalah minat mereka. Adakah kerana mereka ada banyak wang, mereka boleh memperlakukan sesuka hati mereka? Adakah dengan segulung ijazah atau diploma atau sijil mereka boleh berbangga yang mereka kaum perempuan yang bijak dan layak mendapat gaji yang tinggi kemudian berhak berbelanja sesuka hati kerana wang itu hasil titik peluh mereka sendiri? Inilah tanda perempuan yang bertuhankan hawa nafsu. Wahai kaum perempuan! Tidakkah engkau sedar bahawa pangkatmu, gaji besarmu, hartamu itu adalah ujian (istidraj) dari Allah, untuk menguji sejauh mana engkau mensyukuri akan nikmat-nikmatNya. Sekiranya demikian adakah pada orang-orang yang miskin dan susah itu Allah benci pada mereka? Tetapi sayang, kebanyakan kaum perempuan hari ini, apabila diberikan kesenangan oleh Allah ramai daripada mereka telah lupa diri mereka, seolah-olah mereka yang berkuasa melakukan sesuatu tentulah mereka tidak mati, tetapi mengapakah akhirnya mereka juga akan mati dan disumbatkan ke tempat yang hina di dalam kubur tempat yang tersangat gelap, tempat yang sangat mereka bencikan. Oleh yang demikian itu hawa nafsu bukan sebagai

Tuhan yang layak disembah kerana akhirnya ia akan sama-sama turut binasa bersama ‘maut’ sedangkan yang tidak binasa itu hanyalah Allah. Bagi kaum lelaki yang bertuhankan hawa nafsunya pula keadaan mereka pun hampir sama dengan kaum perempuan, Cuma di segi kebendaan agak berlainan sedikit. Mereka ini gemar kepada pangkat besar dan berasa bangga kerana ramai anak buahnya serta suka kepada dihormati; suka kepada bidang politik (Hizbus Syaitan) kerana ada cita-cita agar menjadi orang besar dan dengan itu memperoleh jalan mudah dalam mengumpulkan harta sebanyak mungkin; suka kepada mempunyai dan memiliki rumah-rumah yang besar dan indah sepadan dengan kedudukan mereka, lengkap dengan perhiasan-perhiasan yang indah-indah dengan dibantu oleh isterinya (sedangkan setiap hari rumah menghalau mereka daripadanya dan kubur memanggilnya tanpa henti – tetapi mereka tidak sedar kerana telinga mereka tuli dan hawa nafsunya tidak pernah menceritakan demikian itu); gemar kepada kenderaan-kenderaan mewah tanda kekayaan mereka; banyak saham-saham syer mereka dibursa-bursa saham; banyak syarikat-syarikat perkongsian mereka dengan pengeluaran berbagai barang – maka lahir sifat-sifat keangkuhan hasil dari bertuhankan hawa nafsu mereka sehingga mereka lupa tujuan mereka dihidupkan ke atas dunia ini hanya untuk Allah dan masa yang diberi kepada mereka terlalu singkat. Jika mereka mencari ilmu, mereka akan mencari ilmu cara mudah iaitu ilmu hakikat, yang kata mereka cepat sampai kepada Tuhan dan lagi mereka tidak punya cukup pula masanya untuk mempelajari ilmu-ilmu fadhu ain (tetapi buru harta duia cukup pula masanya, sungguh menghairankan) seolah-olahnya pada mereka bila mereka banyak harta, boleh pilih bidang ilmu sesuka hati sahaja. Disamping itu pula bagi yang gemar ke masjid pula hobi mereka ialah bercakap-cakap pasal dunia di dalam masjid – pasal harta, wang ringgit, perniagaan, mengumpat orang kerana berlainan faham politik (tetapi harus kata mereka mengumpat orang) dan berbagai-bagai kesalahan lain, sedangkan sembahyang mereka pun tidak betul hanya takat sekadar yang tahu itupun masa belajar sejak kecil-kecil dulu. Orang sembahyang dia pun sembahyang tetapi entah apa yang disembahyangkan dia sendiripun tidak tahu. Demikianlah diantara contoh-contoh orang-orang yang bertuhankan hawa nafsunya. Adalah tersangat banyak kalau hendak diceritakan di sini. Untuk memudahkan kefahaman kita tentang bagaimanakah sifatnya orang-orang tersebut adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Kasihkan dunia dan kesenangannya dan tidak suka kepada akhirat. Tidak gemar kepada ilmu Allah tetapi gemar kepada ilmu dunia(kebendaan) Tidak suka kepada hukum Al-Quran tetapi suka kepada hukum kafir (taghut) Tidak suka kepada orang yang beribadat (orang alim) tetapi suka kepada orang-orang dunia. Dicarinya orang alim ketika ada hajat, umpamanya untuk buat sembahyang hajat atau baca Yasin untuk melepaskan dirinya yang tersepit. 5. Berbuat ibadat kerana terpaksa seperti hendakkan pengaruh atau bantuan orang lain. 6. Tidak suka menghadiri majlis-majlis ilmu tetapi suka menghadiri majlis-majlis politik, dinner, sosial, sukan – termasuklah majlis-majlis yang bercampur lelaki dan perempuan. 7. Berasa susah hati kalau beribadat lama-lama tetapi sangat suka walau lama mana sekalipun sekiranya berada pada perkara-perkara maksiat, dan lain-lain lagi. Firman Allah Maksudnya:

Telah terhias manusia itu (dengan watak) menyukai nafsu syahwat (keinginan) kepada perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertimbuntimbun daripada jenis emas dan perak, kuda yang bagus-bagus, binatangbinatang ternak (seperti unta,lembu dan kambing) dan sawah ladang. Yang

demikian itu untuk kesukaan hidup di dunia. Tetapi di sisi Allah ada terdapat sebaik-baik tempat kembali (iaitu syurga). (Ali-Imran:14 * ) Manusia itu telah diciptakan oleh Allah mempunyai watak atau tabiat semulajadi menyukai nafsu syahwat kepada enam perkara yang disebutkan di dalam ayat ini. Segala kelazatan di dunia yang diciptakan Allah, dibolehkan hamba-hambaNya menyukainya untuk dikecap dan dinikmati oleh syahwatnya (keinginannya) dengan diberikanNya pula batasan halal haramnya. Supaya manusia itu selamat dalam menggunakan pemberian Allah itu ia hendaklah mempelajari dan mengetahui batasan-batasan yang dibolehkan ia menggunakan segala nikmat Allah itu agar ia tidak menyalah gunakannya. Dalam hidup beragama menjaga batasan halal dan haramnya sangatlah mustahak kerana segala nikmat-nikmat Allah itu tidaklah boleh digunakan sewenang-wenangnya mengikut hawa dan nafsu. Adapun enam perkara yang menjadi sumber syahwat (keinginan) setiap manusia itu : 1. Perempuan-perempuan : Nerakalah tempat idaman hati dan tumpuan mata, kerana kepada merekalah terletak ketenteraman jiwa. Ini dinyatakan dalam firman Tuhan : Dan diantara ayat (keterangan adanya Allah) dijadikan bagi kamu isteri yang sebangsa dengan kaumku supaya kamu diam bersama-sama dengannya serta menjadikan antara kamu kasih sayang dan cinta yang membawa rahmat. (Ar-Rum: 21) 2.

3.

4. 5. 6.

Anak-anak: Sama ada anak lelaki atau perempuan. Tetapi mendapat anak lelaki yang lebih diingini, kerana banyak kelebihan dari anak perempuan. Pertama, kerana dialah pokok yang asal yang dapat meneruskan keturunan – sedang anak perempuan hanyalah cabang yang akan menjadi orang lain. Kedua. Kerana menjadi harapan untuk menyokongnya pada hari tua. Ketiga, kerana diharapkan dapat mencapai kemuliaan yang tidak mudah dicapai oleh anak perempuan, disebabkan kebijaksanaan dalam lapangan ilmu pengetahuan, pekerjaan-pekerjaan, mengepalai pentadbiran atau mengetuai ketenteraan untuk mempertahankan negara dan memelihara keselamatannya. Harta benda yang bertimbun-timbun daripada jenis emas dan perak: Mencintai harta memang telah menjadi darah daging manusia. Dialah alat yang menyampaikan semua hajat, segala nikmat dan nafsu syahwat. Tetapi keinginan manusia rupanya tidak mengenal puas, tidak mahu berbatas dan berkemuncak. Setiap ia menikmati kelazatan, setiap itu pula ia minta tambahan. Dialah juga yang menjadi fitnah yang besar yang melalaikan manusia dari tanggungjawabnya terhadap tuhan, umat, tanahair, orang dipergaulinya, rumahtangga dan keluarganya bahkan terhadap dirinya sendiri – sehingga ada yang sanggup mencemar nama baiknya dan kehormatannya semata-mata kerana diperdayakan oleh harta. Kuda yang bagus: (zaman sekarang kenderaan-kenderaan) Dialah kegemaran para hartawan untuk diperadukan dan kemegahan yang setengahnya mencapai taraf kegilagilaan. Binatang ternak seperti unta, lembu dan kambing: Dialah harta penduduk-penduduk desa yang menjadi sumber kekayaan dan kemegahan mereka. Sawah ladang: Dialah teras harta milik penduduk kota dan desa yang manafaatnya lebih banyak dapat memenuhi hajat manusia berbanding dengan lain-lain perkara yang telah disebutkan dahulu. Kerana luas manafaatnya, kurang mendapat perhatian dan

tidak menjadi tumpuan syahwat (keinginan) – serupa dengan udara dan penerangan (cahaya) yang amat luas manafaatnya, tetapi tidak mendapat perhatian orang. Itulah sebabnya sawah ladang di sini, susunannya dalam ayat terletak paling akhir. Semua perkara yang disebutkan itu, adalah menjadi kesukaan hidup di dunia yang sekejap sahaja akan fana – tidak akan kekal, tetapi di sini ada tempat kembali yang sebaikbaiknya iaitu syurga yang akan kekal selama-lamanya. Oleh sebab itu hendaknya janganlah orang-orang mukmin terpedaya oleh syahwatnya dengan mementingkan kesukaan di dunia sahaja sehingga melalaikan kepentingan akhiratnya. Kalaupun hendak mengikut keinginan, ikutlah secara sederhana, dengan menjaga batas-batas yang ditentukan Allah supaya berbahagia di dunia dan di akhirat. Syahwat yang Allah kurniakan kepada manusia supaya dapat mengunakannya mengikut syariat yang telah ditetapkan demi kebaikan manusia itu sendiri. Dengan terkawalnya syahwat itu manusia itu akan sentiasa di dalam keselamatan serta dapat memelihara dirinya, keluarganya, hartanya, masyarakat dan juga negaranya. Ia akan menjadi sebaik-sebaik manusia di atas muka bumi ini apabila syahwatnya terpelihara. Manakala manusia yang jahil yang tidak dapat memelihara syahwatnya adalah seperti binatang-binatang ternak bahkan sesetengahnya lebih sesat lagi dari binatang ternak. Tidak hairanlah terhadap binatang ternak kerana mereka itu memang tiada berakal bagi membezakan yang haq dan yang batil. Tetapi bagi manusia yang Allah kurniakan akal padanya bagi membezakan diantara yang salah dengan yang benar pun tidak tahu berbuat demikian tentulah lebih sesat lagi dari lembu, kambing dan kerbau! Maka dengan itu tidak layaklah memanggil mereka yang taat pada hawa nafsu itu dengan nama manusia bahkan lebih sesuai gelaran yang diberi kepada mereka itu dengan nama binatang sahaja samada babi, anjing, lembu, keldai atau sebagainya – lihatlah apakah kegemaran hawa nafsunya yang menyukai sesuatu yang mirip kepada sifat-sifat binatang yang berkenaan. Samada ia suka atau tidak pada gelaran itu, itulah hakikatnya yang layak pada diri mana-mana manusia yang begitu taat dan patuh kepada hawa nafsunya sehingga mereka sanggup meninggalkan Allah dan RasulNya. Apabila tabiat manusia itu terlalu gelojoh memburu harta sehingga tiada masa baginya beribadat kepada Allah, maka ia mewarisi sifat babi, jadilah ia babi yang bertopengkan manusia. Apabila dalam mencari harta ia sering bergaduh dan berkelahi dengan manusia lain kerana cemburu dan dengki, maka ia mewarisi sifat-sifat anjing, jadi ia anjing yang bertopengkan manusia, sebahagian badannya ke atas anjing sebelah kakinya tetap manusia. Sekiranya Allah zahirkan rupa itu ke alam nyata ini tentulah semua manusia akan lari dari berkawan dengan mereka. Tetapi oleh kerana Allah ingin menguji manusia sejauh manakah manusia itu beriman dengan Allah, maka dibiarkanlah manusia itu supaya mencari dan meyakini sendiri keterangan-keterangan yang telah disampaikan melalui RasulNya yang mulia itu. Demikianlah keadaan-keadaan rupa (ruh) manusia itu berubah-ubah mengikut sifatsifat manakah yang ia ikuti. Manusia dijadikan dari sifat malaikat, syaitan dan binatang. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang mensucikan diri mereka dari sifat-sifat syaitan dan sifat-sifat binatang. Mereka bukan sahaja memiliki sifat-sifat malaikat seperti rukuk, sujud, solat, tasbih, zikir, taat dan patuh pada perintah Allah dan sebagainya malahan pangkat mereka itu lebih tinggi lagi daripada malaikat kerana mereka berjaya mengusai nafsu dan syahwat mereka. Manakala orang-orang yang taat kepada hawa nafsunya adalah mereka yang mewarisi sifat-sifat syaitan yang derhaka kepada Tuhan dan sifat-sifat binatang yang tidak berakal bagi memikirkan tentang baik dan buruk. Firman Allah:

Maksudnya:

Sesungguhnya sejahat-jahat binatang (yang melata di muka bumi) di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak lagi bisu yang tidak memikirkan. (Al-Anfal:22)

Allah membahasakan orang-orang yang sifatnya disebutkan dalam ayat ini dengan panggilan () * yang ertinya binatang-binatang yang melata di muka bumi, sebagai penghinaan kepada mereka. Mereka telah dibangsakanNya sebagai sejahat-jahat binatang yang melata di muka bumi pada sisi Allah dan di segi hukum yang ditentukanNya kepada mereka, kerana mereka itu pekak, bisu dan tidak memikirkannya. Sesungguhnya manusia itu dari segi jasmaninya sama sahaja dengan binatang, cuma yang membezakan diantara keduanya itu ialah manusia dikurniakan akal yang dapat membezakan diantara yang baik dengan yang buruk, sedangkan binatang tidak – namun demikian binatang juga mempunyai nafsu sebagaimana juga manusia samada nafsu makan, tidur, seks, tamak, dengki, khianat, sombong dan sebagainya. Demikianlah apabila manusia itu tidak tahu mempergunakan akalnya untuk bertindak melakukan sesuatu iaitu tanpa mengikut panduan agama jadilah ia seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Betapa tidak yang demikian? Kerana walaupun ada telinga, mereka tidak mahu mendengarkan apa yang dinamakan haq atau kebenaran, dan tidak mengambil iktibar daripada nasihat-nasihat yang baik lagi berguna, seolah-olahnya mereka itu pekak. Memang orang pekak tidak mendengar. Mereka menjadi pekak kerana telinga mereka telah dipenuhi oleh najis-najis zulmah bangsa dunia yang disumbat oleh syaitan-syaitan, syaitan bangsa jin dan manusia. Telinga mereka ini degil dari menerima nasihat supaya kembali beriman iaitu kembali semula kepada dua kalimah syahadah agar terang semula telinga mereka itu dari najis-najis kotoran zulmah. Walaupun ada mulut, mereka tidak mahu menuturkan perkara yang benar, yang seolah-olahnya mereka itu bisu. Bagaimanakah mereka mahu menuturkan perkara yang benar kerana mulut dan lidah mereka telah diasuh sejak kecil lagi supaya tidak menuturkan perkara yang hak; di samping lidah itu tidak diajar mengucap dua kalimah syahadah yang betul agar menjadi lidah dan mulut yang beriman. Dan walaupun berakal, mereka tidak mahu memikirkan perbezaan antara yang benar dengan yang salah dan antara yang baik dengan yang buruk, yang seolah-olahnya mereka tidak mempunyai akal. Bagaimanakah mereka boleh mempergunakan akal mereka sedangkan akal fikiran mereka sudah dirosak dan diracuni sejak kecil lagi dengan pendidikan taghut yang menolak Al-Quran dan Al-Hadis; ditambah pula dengan tidak diajarkan kepadanya dua kalimah syahadah yang mulia supaya bertambah teguh akalnya untuk menerima segala syariat-syariat Islam yang dibawa oleh rasul yang mulia itu. Dengan demikian apabila mereka tidak mendapat faedah dari pendengaran, pertuturan dan akal mereka, bererti mereka lebih jahat dan lebih celaka dari binatang-binatang yang melata di muka bumi ini! Golongan Yang Memungkiri Janji Firman Allah: Maksudnya:

Tiada kami dapati dari kebanyakan mereka yang teguh memegang janji bahkan kami dapati kebanyakannya adalah orang-orang yang fasiq (keluar dari ketaatan). (Al-A’raf:16 * )

Allah menceritakan bagaimana keadaannya umat yang lampau yang disebutkannya itu (untuk iktibar umat masa kini di mana keadaan yang sama mungkin berulang kembali bila mereka juga berlaku fasiq), kebanyakannya tidak teguh memegang janji, iaitu janji yang mereka ikrarkan kepada Tuhan semasa mereka masih dalam tulang sulbi Nabi * Adam lagi, kerana sekelian anak Adam waktu itu masing-masing diminta pengakuannya untuk bertuhankan Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah athar Ubayy ibn Kaab. “Allah mengumpulkan seluruh manusia, membariskan mereka di dalam kumpulankumpulan menurut puak-puak atau zaman-zaman tertentu dan memberikan mereka akal dan kebolehan untuk bercakap. Kemudian Allah mengambil perjanjian dari mereka dan membuat mereka mengakui persaksian terhadap diri mereka dan Allah bertanya: “Bukankah Aku ini Tuhan mu?” Mereka menjawab: “Benar, Engkau Tuhan Yang Maha Esa.” Kemudian Allah berfirman: “Aku akan menjadikan bumi dan langit dan bapamu Adam sebagai saksi di atas ucapan kamu semua semoga kamu tidak mengatakan di hari kiamat bahawa kamu tidak mempunyai pengetahuan berkenaan perkara ini. Jadi ingatlah bahawa tiada sesiapa yang berhak disembah melainkan Allah. Kamu tidak berhak mensyirikkan Aku dengan sesiapa. Aku akan mengutuskan rasul-rasulKu yang akan memperingatkan perjanjian kamu dengan Aku. Aku juga akan mengutuskan kitab-kitabKu kepada kamu”. Kepada firman Allah tersebut, semua manusia menjawab: “Kami bersaksi ke atas perkara ini. Engkaulah Tuhan kamu dan tidak ada Tuhan selain dari Allah”. Dari keterangan di atas jelaslah kepada manusia sekelian bahawa manusia itu tidak ada helah lagi bagi mereka untuk berdolak-dalik dengan Allah tentang perjanjian mereka yang mereka sengaja mahu berlaku ingkar dengan menafikan atau memungkiri janji yang telah mereka buat dengan Allah dulu. Mereka jenis inilah yang dikatakan Allah dengan kata orang yang fasiq iaitu orang-orang yang terkeluar daripada mentaati Allah, enggan mematuhi perintahNya, bahkan menderhakaiNya dengan merajalela. Perjanjian tersebut akan diulang semula apabila manusia itu dilahirkan ke muka bumi Tuhan setelah sampai umurnya akil baligh melalui ucapan dua kalimah syahadah daripada pewaris Nabi s.a.w. dengan memandang semula di tempat asal mulanya. Oleh kerana umat manusia hari ini terlalu jauh dengan Rasulullah s.a.w. maka yang # # @ mengambil tugas ini ialah para Ahlillah iaitu para ulamak yang menjadi pengganti (badal mutlaq, badal sementara dan orang-orang yang patut dan layak) Rasulullah sebagai tempat peyaksian talqin syahadah. * * * * * * * *** Apabila manusia itu enggan mengulangi semula perjanjiannya itu dengan berhubung semula dengan pewaris Nabi – sebagai pengganti Nabi membawa peringatan dari Allah tentang perjanjian mereka dahulu – maka jadilah mereka itu orang-orang yang menderhakai Allah meskipun mereka mengaku mereka itu orang-orang Islam (kerana mereka juga orang yang mengucap syahadah, kata mereka dan mereka juga telah Islam sejak kecil lagi yakni Islam baka atau Islam keturunan), sedangkan Islam itu bermula setelah seseorang itu mencapai umur akil baligh dan menerima dua kalimah syahadah dengan meniatkannya fadhu ke atas dirinya sekali seumur hidup. Apabila Allah mengatakan: “Aku akan mengutuskan rasul-rasulKu untuk memperingatkan perjanjian kamu dengan Aku dan juga mengutuskan kitab-kitab Ku kepada kamu”; ini bererti bahawa sesungguhnya manusia itu perlu berhubung kembali dengan Rasulullah s.a.w. sebagai tanda menerima peringatan yang telah mereka lakukan dulu

disamping mengikuti segala sunnahnya dan mematuhi segala suruhan dan tegahan yang ditarungkan Allah di dalam kitabNya yang mulia iaitu Al-Quran. Bila ada manusia yang mengejek-ejek akan kewajipan menerima semula perjanjian itu di alam nyata ini, tidak hairanlah kerana terdiri daripada kaum-kaum yang hatinya telah diselaputi oleh kekaratan zulmah kerana kefasikan mereka, meskipun mereka terdiri dari orang-orang melakukan sembahyang, puasa dan sebagainya daripada ibadat-ibadat lain. Fiman Allah: Maksudnya:

Bahkan engkau kehairanan (melihat perangai mereka) yang mengejek-ejek. Dan apabila mereka memperingatkan, tak mengikut nasihat. ( # As-Soffat:12-13)

Allah menjelaskan kepada Rasulullah s.a.w serta pewaris-pewarisnya: Tak payahlah engkau minta penjelasan dan tak berguna lagi engkau tanya kaum yang suka mempertikaikan keterangan yang telah jelas itu. Sebaliknya engkau akan berasa hairan apabila melihat perangai mereka yang buruk kerana mendustakan kewajipan menerima semula perjanjian itu. Malahan mereka mengejek-ejek engkau lantaran kehairanan melihat kedegilan mereka. Mereka akan mempertikaikan apa jua yang kamu bawa seolah-olah merekalah yang benar Islamnya sedangkan engkau meskipun membawa keterangan yang jelas tidak benar melainkan pendusta. Tanda kedegilan dan keingkaran mereka lagi ialah, apabila mereka diperingatkan dengan pengajaran dan keterangan yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, mereka tidak akan mengikut nasihat, kerana hati mereka telah tersemat dendam kesumat dan sikap permusuhan (akibat berlainan fahaman dsbnya) akibat telah dipenuhi dengan karat disebabkan dosa yang banyak mereka lakukan. Firman Allah: Maksudnya:

Apabila mereka melihat akan mukjizat, mereka perolok-olokkan. Dan mereka katakan: Ini tak lain hanyalah sihir yang terang. (As-Soffat:14-15)

Begitulah pula kalau mereka diperlihatkan mukjizat yakni perkara ajaib yang luar biasa (yang mencarik bagi adat), yang dibekalkan kepada rasul, sebagai keterangan dan bukti untuk membenarkan kerasulannya (keramat bagi para wali dan maunah bagi orang-orang soleh), mereka mentertawakan dan mempersendakan rasul-rasul dan wali-wali dan muslimmuslim tersebut dengan mengatakan: Apa yang dibawa oleh utusan-utusan tersebut sematamata sihir belaka (kerana mereka dengki akibat tidak memperolehinya), yang terang-terangan dapat mengelirukan dan menipu orang ramai. Sebenarnya mereka khuatir mereka diperdayakan sehingga mereka takut mereka tidak dapat lagi mengikut adat istiadat kebiasaan bapa-bapa mereka yang menjadi Islam secara turun-temurun (dan sesetengahnya ada yang memuja jin – saka baka). Maka merekapun menyeru dan memperingati kepada sahabat handai mereka supaya jaga-jaga terhadap utusan ini yang membawa ilmu dan ajaran baru, jangan sampai kamu dapat ditipunya. Sebaliknya hendaklah kamu kekal berada seperti mana asal kamu dulu Islam sejak kamu kecil lagi kerana bapa-bapa kamu pun telah Islam sejak turun-temurun lagi. Janganlah kamu tinggalkan ajaran tersebut dengan mengikuti ajaran yang baru datang ini yang mengajak kamu supaya Islam kembali.

Demikianlah seruan dan tentangan mereka kaum yang fasik yang mendakwa diri mereka telah Islam terhadap nasihat dan seruan supaya kembali semula kepada Islam yang hakiki seumpama Rasulullah s.a.w. Mereka akan mencari apa saja alasan untuk menolaknya meskipun penentangan itu kosong belaka. Firman Allah: Maksudnya:

Sesungguhnya apabila dikatakan kepada mereka “Bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” adalah mereka itu menyombong diri. (As-Soffat:35)

Mereka ini apabila diajak untuk membai'ah semula dengan ucapan “Lailahaillallah” iaitu kalimah tauhid dan berhubung semula dengan Rasulullah di alam Nur, mereka enggan mengucapkannya kerana kata mereka: Kami telahpun Islam sejak kecil lagi, seraya menyombong diri dengan penuh keangkuhan (seolah-olahnya mereka telah benar-benar Islam padahal ramai diantara mereka yang tidak mengenal apa itu ‘syahadah’ serta perkara-perkara yang berhubung dengannya) – tetapi sebenarnya keislaman mereka itu tidak ada buktinya untuk mengaku kebenarannya. Tanda keislaman itu bukanlah semata-mata melakukan sembahyang, puasa dan sebagainya, tetapi ialah Dua Kalimah Syahadah yang mereka pusakai daripada guru-guru (pewaris Nabi) yang berhubung salasilahnya sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w; mempusakainya pada lidah, anggota dan hati (ruhani dan jasmani), bukan mendakwa begitu sahaja Islamnya! Sebenarnya mereka berprasangka bahawa setelah nama mereka Islam dan diperanakkan di dalam keluarga Islam serta mengamalkan ibadat di dalam rukun Islam sahlah Islam mereka, tetapi sebenarnya mereka telah terpedaya dengan prasangka mereka itu. Syaitan telah mempermain-mainkan mereka supaya bersama-sama sesat dengannya. Golongan Yang Lebih Sesat Dari Binatang Ternak Firman Allah: Maksudnya:

Mereka mempunyai hati yang tidak dapat memahamkan dengannya dan mempunyai mata yang tak dapat melihat dengannya dan mempunyai telinga yang tidak dapat mendengar dengannya. Mereka itu adalah seperti bintang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang cuai. (Al-A’rof:179)

Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang mengurniakan kepada hambaNya akal dan hati yang nurani yang dengannya manusia itu dapat membezakan yang baik dengan yang jahat serta yang haq dengan yang batil. Perkara besar kurniaan Allah yang dapat membezakan manusia dengan haiwan itu ialah akal. Dari segi fizikal dan nafsunya manusia dan binatang hampir sama saja bahkan kadang-kadang manusia itu lebih buas lagi daripada binatang. Binatang apakala diperintah dan diarah oleh tuannya akan patuh pada perintah tersebut sedangkan manusia meskipun diperintah oleh tuannya Yang Maha Gagah itu sering melanggari perintahNya itu. Akibatnya manusia sering derhaka kepada Allah s.w.t. lantaran tidak tahu dan mahu menggunakan akal yang dikurniakan Allah kepadanya, sebaliknya manusia itu lebih gemar menjadi seperti binatang-binatang yang bertindak atas sesuatu tanpa perlu menggunakan akal tetapi hanyalah mengikut dorongan nafsu semata-mata.

Apabila manusia mula mengikut kelakuan binatang, maka jadilah mereka sebagai binatang-binatang tersebut. Sungguhpun nama mereka masih tetap nama manusia tetapi sifat mereka telah berubah menjadi sifat binatang pada zahirnya bahkan pada batinnya iaitu ruh mereka juga turut berubah bertukar rupa daripada ruh manusia yang penuh keelokan menjadi rupa binatang yang huduh. Rupa ruhnya itu tidak kekal pada sesuatu bentuk binatang saja bahkan sering berubah-ubah sebagaimana ia menuruti sifat-sifat binatang yang berlainan samada sifat kera atau babi atau anjing dan yang seumpamanya. Manusia jenis manakah yang sifatnya binatang tetapi bertopengkan manusia? “Mereka mempunyai hati yang tidak dapat memahamkan dengannya”. Mereka ada mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami keteranganketerangan Allah dan memikirkan kebaikan serta petunjuk yang ada di dalamnya seperti terutusnya Rasul dan kebenaran agama Islam yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat, yang membentuk suatu aturcara hidup yang begitu sempurna, aman dan damai, sebaliknya mereka berpaling dari kebenaran yang teramat terang lagi nyata itu lantaran kedegilan dan kebongkakan mereka dan enggan pula untuk menerimanya. Pada mereka apa yang perlu difahami hanyalah kepentingan hidup mereka di atas dunia yang fana ini yang nyata tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka. “Dan mempunyai mata yang tak dapat melihat dengannya”. Mereka dada mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. serta melihat kejadian dan keajaiban alam yang menandakan tentang keEsaan Allah dan kekuasaanNya di dalam mencipta dan mengatur alam sehingga semuanya berjalan dengan begitu sempurna dan teratur dengan tidak ada cacat dan celanya. Tetapi semuanya itu telah tidak menjadi perhatian, bahkan yang mereka lihat ialah perkaraperkara yang keji, kotor dan maksiat untuk memuaskan nafsu mereka. Mata mereka itu terlalu galak dan cepat apabila memandang perkara-perkara maksiat dan terlarang tetapi begitu bosan dan benci untuk melihat ayat-ayat Allah, wajah-wajah para alim ulamak yang menyebar dan yang membawa cahaya kebenaran Ilahiah. Hati mereka bergelora apabila mata terpandang sesuatu kesukaan mereka dari perkara-perkara permainan dunia seperti wanita, harta-benda, wang ringgit, kenderaan, sawah ladang dan yang seumpamanya. Sedangkan permainan tersebut hanyalah tipu-daya dunia semata-mata yang nyata palsu. “Dan mempunyai telinga yang tidak dapat mendengar dengannya”. Mereka ada mempunyai telinga, tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar keterangan-keterangan yang berharga dari kandungan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis, tidak untuk mendengar nasihat-nasihat yang baik daripada ulamak dan cerdik-pandai, dan tidak pula untuk mendengar pengajaran-pengajaran yang berguna bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Seolah-olah telinga itu pekak dan tuli terhadap perkara-perkara kebaikan. Nafsunya akan melonjak-lonjak kemarahan kepada telinga sekiranya ia mahu mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Lalu telinga itu pun sentiasalah bermusuhan dengan apa jua dari perkara-perkara kebaikan. Tetapi telinga itu begitu pantas dalam mendengar umpatanumpatan untuk disebarkan oleh mulut-mulut yang tidak beriman sehingga hati merasa puas kerana dapat mengumpat. Begitulah keadaannya telinga yang pekak, tuli lagi bodoh dan tak

beriman. Maka inilah dia rupa bentuk manusia yang tak beriman kerana mereka tidak memiliki telinga, mata dan hati yang benar-benar taat kepada Allah. Hati gunanya untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w., mata untuk melihat kejadian alam tanda keEsaan Tuhan sementara telinga untuk mendengar ayatayat Allah untuk menambahkan keyakinan terhadap Tuhan yang disembah. Tetapi bukanlah dipergunakan sebaliknya yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Apabila manusia tidak mempergunakan kurniaan Allah itu sebaik-baiknya, maka manusia itu adalah sama sahaja seperti binatang-binatang yang melata di atas muka bumi ini. Bahkan sesungguhnya adalah lebih sesat lagi daripada binatang-binatang kerana tersangat degil dan bebalnya daripada mahu mendengar dan mengikut titah perintah Allah yang Maha Agung. “Mereka itu adalah seperti binatang ternak”. Apakah yang menyebabkan Allah manusia dengan binatang ternak? Manusia adalah diumpamakan sebagai haiwan yang berkata-kata kerana manusia itu dikurniakan Allah akal yang membolehkan manusia itu berfikir dan berkata-kata dan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna hasil dari bantuan dan petunjuk akal. Sedangkan di segi nafsu manusia sama saja dengan binatang kerana masing-masing mempunyai nafsu yang serupa. Sekiranya manusia berhajat kepada makanan begitu juga dengan binatang, begitulah seterusnya tentang harta, seks, tamak, gelojoh, angkuh, bangga dan sebagainya. Manakala binatang ternak tidak mempunyai akal untuk berfikir dan tidak memahamkan sesuatu dengan sempurnanya. Nisbah manusia dengan binatang pada penglihatan dan pendengarannya adalah sama. Manusia dapat melihat, binatang pun dapat melihat. Manusia dapat mendengar, binatang pun dapat mendengar. Tetapi kelebihan manusia daripada binatang ialah terletak pada akal dan hatinya yang dapat memahamkan tentang perbezaan antara perkara yang haq dengan yang batil, yang baik dengan yang buruk, dan antara yang membawa manfaat dengan yang mendatangkan mudarat. Kalau seseorang manusia tidak dapat membezakan atau membandingkan antara kedua-dua perkara yang berlawanan itu, maka tidak ada ubahnya ia dengan binatang bahkan sama sahaja keduanya. “Bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang cuai”. Binatang juga masih faham akan sesetengah perkara yang membahayakan diri mereka seperti takut ditangkap oleh musuh, lalu mereka menjauhinya untuk keselamatan mereka meskipun mereka tidak berakal. Kijang, rusa, lembu, kambing sentiasa berhati-hati daripada ditangkap dan dimakan oleh Sang Harimau. Ayam dan itik peliharaan di rumah pun sentiasa menjauhi diri dari ditangkap oleh tuannya, apatah pula jinak-jinak merpati. Kesemuanya itu sentiasa memelihara diri mereka dari terperangkap oleh musuh-musuh mereka. Tetapi sekiranya ada perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepadanya lalu dihampirinya, umpamanya apabila untuk mendapatkan makanan atau diberi makan oleh tuannya. Tetapi bagi orang-orang yang kufur dan ingkar, mereka itu tetap tidak mahu memahaminya sungguhpun mereka itu mempunyai akal dan hati yang dikurniakan Allah yang melebihkan mereka dari binatang. Sikap mereka itu jelas menunjukkan mereka lebih sesat lagi dari binatang. Itulah perumpamaan orang-orang yang dibebani kewajipan syarak – sebagai sifatnya makhluk yang mesti tunduk – tetapi telah cuai, lalai dan mensia-siakan tugasnya. Begitulah jelasnya manusia yang dikuasai zulmah yang tidak ada cahaya padanya (cahaya Iman, Islam dan Ihsan) untuk membimbing sehingga ia sesat lebih dari binatang ternak dan akhirnya tempatnya di dalam neraka Jahaman jua.

Related Documents