Perbincangan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. Bile memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Jika dilihat dari segi ilmu perubatan(faktor genetic atau baka). Melalui keturunan,sifatsifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam susur jalur waris genetiknya. Seperti sifat panas baran, sawan atau gila yang disebabkan oleh ganguan jiwa kesan dari bawaan genetic DNA keturunan. Namun pengaruh faktor baka ini tidaklah sesuatu yang kritikal dan hanya dianggap sebagai faktor-faktor terpencil dalam psikologi perubatan moden. Dalam perkembangan peradaban ilmu masakini, semuanya mampu dikawal dengan kebijaksanaan akal. Ini semua berkisar tentang apa yang anda fikirkan tentang siapa anda yang sebenar!.?it is all about what you think you are? Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang cirri-ciri jika ingin memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunanya? Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam. Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor keturunan atau baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang, tetapi sejauh mana atau sekuat mana ia mempengaruhi bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri seseorang individu. Dalam proses inilah pengaruh persekitaran memainkan peranan terbesarnya dalam mempengaruhi perilaku, pewatakan dan peribadi seseorang individu. Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupanya, pengaruh keluarga dari segi gaya hidup seharian, didikan orang tua dan juga faktor rakan sebaya serta pengaruh media-media massa baik media cetak ataupun elektronik. Justeru dalam era globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran dalam perjalanan kehidupan individu, memberi impak terbesar dalam pewatakan individu dan sebagai pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa. -muizzMBV