1
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SOALAN TUGASAN Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Ahli-ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba mencari kaitannya dengan factor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitaran. Ada di antara pengkaji sering mempersoalkan sama ada baka atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia (nature versus nuture) Sebagai salah seorang pengkaji, anda dikehendaki menyediakan satu laporan kajian mengenai, “Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia?” Pengenalan Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai pengertian dan penjelasan yang hampir sama. Walau bagaimanapun dari segi pemahaman dan pengkajian dalam bidang psikologi kedua-duanya membawa makna yang berlainan. Perkembangan menjelaskan maksud aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku dari peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat individu tersebut. Proses pertumbuhan pula menjelaskan perubahan individu secara kuantitatif. Perubahan ini merangkumi tiga aspek, iaitu jasmani, mental, sosial dan emosi. Keempat-empat aspek ini memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan manusia. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia terbahagi kepada dua, iaitu faktor baka dan persekitaran. Di permulaan laporan kajian ini saya akan menjelaskan peranan kedua-dua faktor ini dalam mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Faktor Baka Faktor baka ialah faktor pewarisan yang diperturunkan oleh ibu bapa melalui pencantuman kromosom sel sperma dan ovum. Baka akan menentukan saiz badan, kecerdasan, sesetengah penyakit seseorang individu dan temperamen (trait sahsiah).
KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
2
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Baka Menentukan Jantina dan Ciri-ciri Fizikal Jantina dan sifat-sifat fizikal diwarisi semasa percantuman kromosom. daripada 23 pasangan kromosom ini, terdapat sepasang kromosom yang menentukan jantina. Kromosom lelaki X dan Y, sementara kromosom perempuan ialah X dan X. sekiranya kromosom X (lelaki) bercantum dengan kromosom X (perempuan), maka ianya menjadi XX iaitu jantina bayi adalah perempuan. Tetapi jika kromosom Y (lelaki) bercantum dengan kromosom X (perempuan), keadaan nya menjadi XY dimana jantina bayi nanti adalah lelaki. Di sini jelas menunjukkan bahawa penentu jantina adalah dari kromosom dalam sel benih. Individu juga mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapa seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut dan temperamen (Buss dan Plomin dalam Borich dan Tombari,1997). Kajian ini mendapati kanak-kanak kembar seuri, dipelihara oleh keluarga yang berasingan, mempunyai banyak persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsuaian berbandingan dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan dan pertumbuhan manusia. Kecacatan Mental Hasil daripada kajian juga menunjukkan kecacatan mental adalah diwarisi. contohnya penyakit TaySachs yang dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa. Individu yang menghidap penyakit Tay-Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun. “Down syndrome” atau sindrom anak monggoloid adalah disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis (Lefrancois,1999). Kanak-kanak sindrom down ini biasanya terencat akal. Phenylketonuria (PKU) adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Penghidap PKU ini, tidak ada enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan phenylalanine kepada bahan protein yang berguna untuk tubuhnya atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakkan pada sistem saraf dan kecacatan mental. Sahsiah Sahsiah juga didapati diwarisi dari ibu bapa melalui baka. Helen Bee (1995) mengatakan temperamen diwarisi daripada ibu bapa dan kekal sepanjang hayat indiviu. Kajian Loehlin, 1992 dan Plomin,1994 (dalam Shaffer,1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti merupakan pewarisan
KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
3
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
baka. Contohnya, personaliti ekstrovert, iaitu seseorang yang suka bersosial dan selalu gembira; ekstrovert, individu yang pemalu, menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan orang ramai. Temperamen pula mempengaruhi individu bertindak balas terhadap persekitarannya dan masyarakat dan persekitaran pula bertindak balas terhadap individu tersebut. Maksudnya terdapat tindak balas dua hala. contohnya, kanak-kanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman,1997). Kecerdasan Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan, Alfred Binet(1857 – 1911), Theodore simon(1873 – 1961) dan Guilford percaya kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich dan tombari,1997). Kajian Plomin, 1990 (dalam Shaffer,1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian persaudaraan. Persamaan IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain-lain bentuk persaudaraan. Faktor Persekitaran Faktor persekitaran merujuk kepada faktor di sekeliling, iaitu faktor kebakaan yang mempengaruhinya termasuklah makanan, rakan sebaya, guru, media elektronik seperti internet, media massa dan juga bahan bacaan. Faktor Persekitaran Lebih Mempengaruhi Perkembangan dan Pertumbuhan Manusia Berdasarkan bahan-bahan rujukan yang telah saya perolehi sama ada dalam bentuk jurnal, buku, artikel atau bahan
dari internet, nampaknya faktor persekitaran adalah lebih cenderung
mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Ini adalah kerana keadaan perubahan yang sentiasa berlaku di muka bumi ini baik dari segi keadaan sosioekonomi, pertambahan penduduk, ciptaan-ciptaan yang dihasilkan oleh manusia malahan iklim persekitaran di bumi juga penyumbang kepada pengaruh perubahan pada seseorang individu. Seterusnya adalah penjelasan-penjelasan tentang mengapa faktor persekitaran dikatakan lebih banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan pada manusia. Hasil dapatan ini adalah berdasarkan kajian-kajian yang dibuat oleh ahli-ahli psikologi yang membuat kajian tentang perkembangan dan pertumbuhan manusia.
KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
4
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Kesan Persekitaran ke Atas Perkembangan Manusia Pra-Lahir Menurut Krause (1984) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) persekitaran yang sihat untuk janin akan terhasil apabila ibu mengambil makanan seimbang untuk dirinya, bebas daripada penyakit dan mematuhi arahan doktor. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persekitaran pra-lahir. Antaranya adalah seperti umur ibu bapa, pemakanan ibu, merokok,keadaan emosi ibu, agen-agen Teratogenik, dadah dan arak. Umur Ibu Bapa Menurut Kessner (1973) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) umur seseorang ibu semasa mengandung ada hubungan dengan risiko kematian janin. Oleh itu semakin muda umur seseorang ibu tersebut, semakin lebih berisiko atau cenderung ia mengalami keguguran, anak yang tidak cukup bulan atau kematian anak. Justeru itu ibu yang berumur antara 20 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh tahap kesihatan ibu yang baik pada tahap umur sedemikian. Jika ibu terlalu muda, sistem peranakan mungkin tidak begitu matang, anak kadang-kadang rendah berat badan, mengalami kecacatan fizikal dan saraf serta mungkin terencat akal berbanding dengan ibu yang berumur lebih 20 tahun. Manakala ibu yang berumur lebih 40 tahun pula berkemungkinan wujudnya keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada bayi mengalami masalah Down-Syndrome dan mempunyai risiko keguguran. Pemakanan Ibu Pengambilan makanan yang tidak baik juga mempengaruhi perkembangan janin dengan cara menyalurkan makanan yang tidak berzat kepadanya dan secara tidak langsung mempengaruhi janin dengan cara mengurangkan daya tahan ibu terhadap penyakit. Ibu yang kurang vitamin, garam galian dan protein akan memberi kesan terhadap bayi di dalam kandungan seperti anak mungkin menjadi cacat..Menurut Guttmacher (1973) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) corak pemakanan ibu yang buruk bukan sahaja menyebabkan kesihatan ibu menjadi lemah malah bayi juga mengalami kekurangan vitamin C dan D, tulang lembut, fizikal yang lemah, keguguran dan bayi mati, serta mental bayi menjadi abnormal. Merokok Tabiat merokok ternyata membahayakan kesihatan bagi ibu hamil. Terdapat kajian menunjukkan bahawa kerencatan pembesaran berlaku apabila ibu hamil yang merokok melebihi lima batang dalam sehari. Selalunya ibu yang mrokok semasa hamil juga berisiko melahirkan bayi yang rendah berat KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
5
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
badan, keguguran atau meninggal dunia. Menurut Stjernfeldt (1986) dalam Jas Laile Suzana Jaafaar (2002) mendapati kanak-kanak yang menpunyai ibu yang merokok melebihi sepuluh batang rokok sehari mempunyai 50% risiko mengalami penyakit barah semasa zaman kanak-kanak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu tersebut menyalurkan oksigen yang bercampur gas, tar dan nikotin kepada janin berbanding ibu yang tidak merokok dapat menyalurkan oksigen sepenuhnya kepada janin mereka. Dadah dan arak Kesan dadah terhadap janin adalah bergantung kepada jenis dadah, kuantiti dan tempoh usia kehamilan ketika dadah diambil. Sekiranya ibu diberi ubat pelali dalam kadar yang banyak, risiko bayi yang bakal dilahirkan akan mengalami kerosakan otak adalah tinggi. Bagi ibu yang minum arak semasa hamil pula, anak yang bakal lahir akan mengalami fetal alcohol syndrome iaitu jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi dengan betul, hiperaktif dan sawan. Bayi juga bersaiz kecil, ringan berat badan, rendah IQ, terencat akal, mengalami masalah pembelajaran dan system saraf yang kurang baik. Menurut Rosset (1980) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) bayi yang lahir juga mengalami masalah tingkah laku irritable, kurang tidur, sukar diberi makan dan sering muntah. Kanak-kanak ini juga akan mengalami masalah bahasa dan pergerakan motor serta sukar menumpukan perhatian semasa berada di sekolah. Keadaan Emosi Ibu Tekanan yang kronik yang dialami oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan pralahir. Menurut Thompson dan Grusec (1970) dalam Jas Laile Suzana Jaafar (2002) mendapati bahawa ibu yang mengalami tekanan semasa hamil akan menghasilkan anak-anak yang beremosi. Selain dari itu aktiviti janin juga akan meningkat secara mendadak bagi ibu yang mengalami tekanan emosi. Bayi yang dilahirkan juga akan mengalami masalah pemakanan dan penghadaman. Terdapat juga sesetengah kajian mengatakan keadaan emosi ibu yang tertekan sebelum dan semasa mengandung akan menyebabkan kesukaran semasa mengandung dan bersalin seperti melahirkan kandungan yang tidak cukup bulan, bayi rendah berat badan dan sukar bernafas. Penyakit Ibu Terdapat dua keadaan penyakit yang memberi kesan kepada perkembangan fetus dan membawa bahaya iaitu kencing manis dan ketidaksuaian faktor Rh. Penyakit kencing manis ibu boleh mengakibatkan keguguran, ataupun bayi terlalu berat dan gemuk serta menghidapi masalah fizikal dan saraf. Faktor Rh terhasil setelah kewujudan protein dalam sel darah merah. Apabila darah fetus mengandungi protein Rh dan tidak dalam darah ibunya ketidaksesuaian berlaku. Jikalau darah Rh KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
6
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
positif fetus mengalir masuk ke dalam darah Rh negatif ibu, sistem ibu akan mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang darah fetus. Akibatnya bayi akan mendapat penyakit kuning, lahir tidak cukup bulan dan mengalami kecacatan otak. Penyakit berjangkit seperti rubella juga berbahaya kepada perkembangan fetus. Jikalau ibu mengidap penyakit rubella semasa tiga bulan pertama penghamilan, akibatnya anak yang dilahirkan mati, atau buta, pekak, cacat otak atau mengalami kecacatan jantung. Penyakit kelamin seperti sifilis adalah merbahaya selepas fetus terbentuk, terutama empat bulan kehamilan dan seterusnya. Kecacatan yang berlaku keatas bayi ialah mata yang menyebabkan buta dan sakit kulit. Penyakit AIDS juga merupakan gejala yang serius dalam kematian kanak-kanak di antara umur satu hingga lima bulan. Kebanyakan bayi yang lahir oleh ibu yang berpenyakit AIDS menunjukkan tanda-tanda AIDS, dan akan menghidapi HIV apabila berumur lima belas bulan. Agen-agen Teratogenik Teratogen ialah bahan-bahan persekitaran yang menyebabkan kod-kod genetik berubah dan menyebabkan keabnormalan. Ianya seperti suntikan rubella yang boleh menyebabkan buta, pekak dan kerencatan mental kepada kanak-kanak. Tempoh lapan minggu yang pertama merupakan satu masa yang paling kritikal bagi bayi yang di dalam kandungan. FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI MANUSIA SELEPAS LAHIR Sebagaimana nasihat-nasihat yang diberikan oleh para doktor dan jururawat, faktor pemakanan perlu dititikberatkan dalam persekitaran kehidupan kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagi bagi menjamin perkembangan yang sempurna. Susu ibu amat berkhasiat untuk bayi. Seterusnya, bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan seimbang amat diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu, malah ia juga dapat melindungi mereka daripada berbagai-bagai penyakit (Ashford,J.B.,1997). Keluarga Keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga. Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian darah, mereka mempunyai pertalian emosi dan sosial kerana KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
7
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat. Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan mempunyai self-esteem yang tinggi. Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang anak. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2002:149), ada empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang memberi kesan kepada perkembangan identiti seseorang. Antaranya ialah minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang bersikap autokratik akan melahirkan anak-anak yang pasif, takut dan menarik diri. Kanak-kanak ini akan membesar menjadi individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh kanak-kanak menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan. Ibu bapa yang sentiasa menemani anak-anak mereka dalam segala aktiviti pula besar kemungkinan akan membentuk kanakkanak yang sukar berdikari. Dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980) dalam Rahil & Habibah (2002:150), kualiti perhubungan antara remaja dan ibu bapa mempengaruhi perkembangan identiti. Jikalau keadaan dan limitasi ibu bapa itu menghalang mereka melakukan segala-galanya, maka remaja itu akan menghadapi masalah dalam pencapaian identiti. Saiz keluarga pula mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak dari saiz keluarga yang kecil lazimnya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna berbanding kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang ramai. Jika segala permintaan kanak-kanak sentiasa dipenuhi oleh ibu bapa tanpa memikirkan keperluannya, mungkin boleh menyebabkan mereka bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Bagi seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang bercerai-berai pula, mereka akan sentiasa bergelut dengan perasaan marah dan akan menyalahkan diri sendiri dan sukar mencapai harapan yang realistik tentang perhubungan dengan orang lain (Rahil & Habibah, 2002:151).
Rakan Sebaya Rakan sebaya adalah faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan individu terutama ketika zaman remaja. Menurut Tang Chee Yee (1990:35),rakan sebaya ialah karib, klik,gang yang KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
8
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
mempengaruhi perkembangan sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup. Lazimnya rakan sebaya mempunyai usia, cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Kanak-kanak belajar bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima oleh ahli-ahli kumpulan sebaya. Perkembangan kognitif mereka pula akan bercambah kerana terlibat dalam perbincangan dan perdebatan dengan rakan sebaya mereka. Kanak-kanak juga akan mempelajari sikap yang diamalkan oleh rakan sebaya mereka. Contohya; sekiranya rakan tersebut menunjukkan sikap yang positif terhadap pelajaran maka mereka akan cenderung terhadap pelajaran tetapi malangnya jika rakan mereka bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanakkanak ini juga akan turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengarhi kanak-kanak turut bertingkahlaku sedemikian kerana mereka takut disingkir. Kajian tentang perhubngan rakan sebaya menunjukkan satu trend terhadap saling sokong-menyokong melalui ketaatan dan kemesraan (Douvan dan Gold (1966) dalam Rahil dan Habibah ,2002:152). Kumpulan sebaya ini juga ialah nadi bagi remaja. Kualiti peribadi membuatkan remaja menjadi popular di kalangan mereka. Mereka ini akan ceria, bertenaga, baik budi, mempunyai humor, berinisiatif, mempunyai desakan dan idea bernas (Conger, 1977 dalam Rahil & Habbah, 2002:154), manakala remaja yang terasing di kalangan rakan sebaya mempunyai ciri-ciri bertentangan dengan remaja popular.
Sekolah Sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti seseorang kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah menerusi aktiviti akademik, aktiviti gerak kerja kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. Selain itu, mereka didedahkan kepada guru yang sentiasa menekankan pencapaian akademik, motivasi untuk belajar penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan serta sikap terhadap tanggungjawab, kepimpinan, dan autoriti. Kajian mendapati bahawa remaja mempunyai pola identifikasi yang kukuh dengan ibu bapa, guru, nilai sekolah dan rakan sebaya adalah berkait rapat dengan pencapaian akademik (Rahil & Habibah, 2002:155). Perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang pula boleh dipengaruhi oleh kedudukan tempat mereka bersekolah sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Kekurangan kemudahan di sekolah luar bandar seperti elektrik, komputer, internet, perpustakaan yang lengkap dan seumpamanya akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
9
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
sekolah, bilangan pelajar di dalam kelas dan keupayaan guru pula akan memberikan kesan yang berbeza terhadap perkembangan pembelajaran pelajar. Contohnya, jika bilangan ahli di dalam sesebuah kelas adalah kecil, maka guru akan mudah berinteraksi dengan lebih kerap serta memberi layanan yang sempurna terhadap pelajar. Jadi, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan berbanding pelajar yang belajar di dalam kelas yang terlalu ramai. Perbezaan kelas sosial kanak-kanak juga akan mempengaruhi corak pergaulan dan sikap kanak-kanak di sekolah. Falsafah hidup yang mereka anuti turut mempengaruhi falsafah sekolah, pengetua serta guru. Pembelajaran pelajar pula akan dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Bagi sekolah yang hanya mengutamakan akademik, akan menghasilkan pelajar-pelajar yang kurang berminat dalam sukan dan permainan. Persekitaran Tempat Tinggal Persekitaran tempat tinggal individu juga akan mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Contohnya, seseorang yang tinggal di desa lazimnya masih tebal mengamalkan nilai-nilai tempatan kerana pergerakan mereka dikawal oleh norma masyarakat setempat berbanding di bandaraya yang besar, mereka akan lebih mementingkan diri sendiri dan terpengaruh dengan budaya pelbagai kerana tingkah laku mereka tidak dihiraukan oleh masyarakat sekeliling yang bersikap individualistik. Interaksi sosial penting kerana ia mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang yang membawa kepada perbezaan manusia (Rahil & Habibah, 2001:104)
Sebaran Am Selain daripada faktor-faktor di atas, semua jenis sebaran am juga memberi ruang persekitaran yang mengakibatkan perkembangan seseorang. Sebaran am seperti surat khabar, radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar dan seumpamanya akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan, persepsi, dan sikap seseorang terhadap isu-isu semasa (Ee Ah Meng, 1996). Sebagai contoh,iklan-iklan yang dipamerkan menerusi alat-alat sebaran am telah banyak mempengaruhi pengguna sama ada ke jalan positif atau negatif, manakala drama-drama di televisyen pula telah banyak mengajar penonton dan menjadi tauladan dan tak kurang juga mempengaruhi penonton ke jalan negatif. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Bloom berpendapat bahawa kepelbagaian rangsangan adalah ramuan paling penting dalam perkembangan intelek ke peringkat optimum (Rahil & Habibah, 2001:154). Pusat Ibadat Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum yang bebas mengamalkan agama masing-masing. KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
10
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Jadi pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil di satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah dan cara hidup seseorang. Pembentukan nilai-nilai murni yang disemaikan akan mendidik jiwa penganutnya bersifat taat kepada perintah Tuhan serta berbaik-baik sesama manusia. Pemimpin Akhir sekali, pemimpin di sesebuah negara, negeri dan organisasi-organisasi tertentu juga akan menjadi latar persekitaran yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan penduduk di satu-satu tempat. Ini boleh kita lihat dari segi idea, budaya, corak ekonomi, politik dan ideologi. Pandangan serta falsafah hidup penduduk berkenaan juga turut akan dipengaruhinya. Contohnya, pemimpin Jepun berjaya membudayakan masyarakatnya agar tekun bekerja, menepati masa dan membuat reka cipta dan inovasi pada zaman kebangkitan semula setelah negaranya mengalami kehancuran akibat dibom musuh. Maka sehingga kini, rakyatnya berkembang dari segi sahsiah dan intelek, menjadi orang yang bersikap seperti mana budaya yang telah diterapkan itu. Implikasinya, mereka berjaya mewujudkan negara yang berkembangan maju dan kaya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran amat memberi implikasi kepada perkembangan manusia. Kebolehan mengutip, memproses dan menyimpan maklumat dari persekitaran kehidupan mereka dikenali pula sebagai perkembangan kognitif. Menurut Jean Piaget dalam Tang Chee Yee (1990:36), setiap individu memungut dan memproses maklumat dengan cara kualitatif yang berbeza bergantung kepada pengalaman persekitaran masing-masing. Bloom dalam Rahil dan Habibah (2001:154) pula mendapati pengalaman masa lalu dalam situasi pembelajaran adalah faktor persekitaran yang penting dalam perkembangan intelek. Seseorang yang belajar menguasai sesuatu masalah boleh memindahkan pengetahuan ini kepada masalah-masalah lain yang dihadapi. Beliau juga mengatakan bahawa tiga pembolehubah persekitaran yang penting dalam perkembangan kebolehan intelek seseorang sejak dari awal kanak-kanak ialah banyaknya rangsangan yang diterima untuk perkembangan lisan, banyaknya kemesraan dan ganjaran yang diterima oleh seseorang kerana pencapaian lisan-taakulan dan banyaknya galakan yang diterima oleh seseorang untuk interaksi aktif dengan masalah, penerokaan persekitaran dan pembelajaran kemahiran baru. Urbanisasi Penumpuan kehidupan di kawasan bandar berlaku kerana peluang pekerjaan dan kemudahan yang lebih baik ada di bandar. Urbanisasi ditakrifkan sebagai pengubahan atau perubahan keadaan sesuatu tempat atau daerah menjadi bandar atau kawasan perbandaran (Kamus Dewan, 1994). Menurut kajian Sharon, menjelang tahun 2025, 61% daripada populasi penduduk dunia akan berhijrah dan menetap di KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
11
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
kawasan bandar. Ini akan menyebabkan kadar kemiskinan meningkat kerana wujud persaingan akibat dari kepadatan penduduk di kawasan bandar (Sharon & Christine, 1994 :154). Tidak semestinya semua keluarga yang berpindah ke bandar menikmati kehidupan yang mereka harapkan. Mereka yang gagal mendapat pekerjaan dan pendapatan yang cukup perlu terus bekerja lebih masa di bandar. Biasanya ibu-bapa sibuk bekerja di bandar. Hubungan berkualiti di antara ibu bapa dan anak-anak semakin kurang. Ini melunturkan kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dan pengawasan rapi daripada ibu bapa sering terpedaya dengan galakan kawan-kawan. Ramai anak muda menjadi mangsa kemewahan hidup di bandar (Mohamad Hussain, 1985: 25 ). Pada mulanya sebagai alternatif kepada kasih sayang ibu-bapa mereka, anak-anak ini keluar dari rumah dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan di pusat-pusat hiburan, disko dan pub, pusat permainan video, pusat snuker yang boleh didapati dengan mudah di kawasan bandar-bandar. Pusat-pusat hiburan dan pusat- pusat perjudian telah terbukti bersarangnya maksiat dan ada korelasi positif dengan gejala keruntuhan akhlak remaja di negara ini ( Tamadun, 1998: 22 ). Perubahan Nilai Nilai adalah satu perasaan yang ikhlas dan dalam mengenai kehidupan, kepercayaan, cita-cita dan harapan seorang individu (Prescott, 1957: 412). Nilai ditakrifkan bukan sahaja bermaksud keinginan dan impian tetapi ianya adalah kepercayaaan seseorang individu. Bila nilai berubah, ianya dapat memberi kesan kepada kesihatan mental indidvidu. Sebagai contoh, apabila nilai-nilai tradisi yang menjadi pegangan dan panduan masyarakat telah runtuh, seseorang individu akan menjadi bingung untuk memilih perkara-perkara yang memberi kebaikan dan seterusnya mempertahankan pilihan tersebut (Maslow, 1964: 8-9). Keadaan ini banyak berlaku dikalangan remaja. Akibatnya mereka tidak dapat membuat keputusan, sama ada untuk memenuhi nilai yang mereka pegang atau nilai masyarakat dan keluarga Seseorang individu tidak dapat menempatkan dirinya dalam masyarakat sekiranya tidak mempunyai nilai yang sama dengan apa yang dipegang oleh masyarakat tersebut (Arbukle, 1970: 78). Perubahan nilai yang tidak memenuhi tuntutan masyarakat dan keluarga akan melahirkan ketidaksefahaman. Setiap pihak cuba mempertahankan nilai yang dipercayai sehingga mewujudkan suatu suasana tegang. Sebagai contoh, bagi golongan tua, perbuatan melepak yang dilakukan oleh remaja adalah tidak baik dan tidak manis dipandang masyarakat tetapi bagi golongan remaja, perbuatan melepak tidak menyalahi nilai yang mereka pegang.
Bila pertentangan nilai
berlaku alam keluarga, maka ianya menyebabkan perhubungan di antara ibu bapa dan anak menjadi keruh. Hidup berkeluarga
menjadi penghalang kepada pelakuan-pelakuan nilai yang dianuti / KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
12
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
dipercayai. Pada saat-saat hubungan keluarga menjadi renggang, banyak peranan institusi keluarga tidak berfungsi. Globalisasi Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyatuan atau penggabungan berbagai bangsa, ekonomi, politik dan sosio-budaya yang dikuasai oleh syarikat-syarikatmultinasional bagi mewujudkan satu keadaan di mana setiap negara di dunia ini tidak lagi mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi bebas dan terbuka lagi seragam budayanya (Sharon & Christine, 1994 : 153). Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap negara di dunia. Negara miskin pula menerima banyak kesan kerana terdedah kepada ancaman kemajuan teknologi, kesesakan, pencemaran dan pembuangan sisa toksik. Perkara ini terjadi kerana negara- negara ini tidak dapat mengawal perniagaan pasaran mereka kerana ianya telah dikuasai oleh pasaran dunia yang lebih mantap. Individu dan organisasi lebih kompetitif
sifatnya. Kemunculan budaya akibat
globalisasi yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar memudahkan penonton membeli barangan melalui internet. Rancangan-rancangan yang disiarkan lebih bercorak komersil dan intelektual. Ianya menyebabkan berlakunya perubahan nilai dan cara hidup masyarakat akibat dari pengaruh yang dibawa oleh media (Dahl, 1998:65). Hasil kajian Dahl menunjukkan bahawa bagi mengurangkan masalah sosial di dalam masyarakakt, tumpuan perlu dihala kepada institusi keluarga dengan tujuan untuk mencari punca dan faktor-faktor penggalak kepada permasalahan-permasalahan sosial terutama di kalangan anak-anak muda. Masalah dan cabaran dalam kehidupan berkeluarga akan terus berlalu, tetapi yang penting ialah keupayaan keluarga menghadapi cabaran-cabaran serta tekanan hidup tanpa menjejaskan keharmonian, kestabilan dan kebahagian hidup berkeluarga.
Kesimpulan / Penutup Di Malaysia, pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Untuk mencapai hasrat murni pendidikan tersebut, negara ini amat memerlukan generasi yang membangun dengan kepatuhan terhadap amalan-amalan agama seperti berpekerti KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
13
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
mulia, berhemah tinggi, berjiwa besar, bersemangat patriotik, berdaya saing, rasa cinta dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Dengan yang demikian, setiap generasi hari ini perlu memiliki mekanisma pertahanan diri (kekuatan dalaman/rohani) yang khusus, yang boleh dijadikan sebagai perisai untuk menangkis sebarang anasir yang akan merosakkan dan melemahkan rohani dan jasmani kita. Perkembangan dan pertumbuhan manusia adalah sebenarnya hanya sedikit sahaja yang masih dipengaruhi oleh faktor baka tetapi faktor persekitaran hampir mempengaruhi keseluruhan corak gaya hidup manusia hari ini.
Rujukan: HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN Ee Ah Meng, Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, 1995 (ms.48 – 64)
Mohd Fadzli Abu Bakar PERKEMBANGAN EMOSI WARISAN DAN PERSEKITARAN ... perkembangan emosi iaitu dari aspek pengaruh warisan dan persekitaran. .... Penerimaan manusia terhadap persekitaran adalah suatu kebolehan semula jadi ... eprints.utm.my/6302/1/bab_11.pdf Pengaruh Persekitaran dan Kemajuan terhadap Pembentukan Sahsiah Pelajar .... Peka terhadap jenis pemakanan dan perkembangan anak-anak; dan ... http://www.myais.fsktm.um.edu.my/4986/1/7.pdf Pendekatan Behaviorisme menekankan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan tingkah laku individu yang menggunakan elemen ganjaran dan pelaziman dalam ... www.toodoc.com/pengaruh-baka-terhadap-anak-ebook.html Nature and nurture 7 Jul 2009 ... Baka (nature) dan persekitaran (nurture) adalah faktorfaktor utama ... pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari ... www.pdfcoke.com/doc/17169404/Nature-and-nurture
Perkembangan kanak-kanak 27 Apr 2009 ... Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong .... 25 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak Pengaruh genetik ... KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)
14
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
www.pdfcoke.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak
LAMPIRAN: LIHAT SEBELAH
KAYA SAGIENG OUM KDP 14M AMBILAN JUN 2009 (KOHORT 7)