Bercerita Dari Al-Quran : HIJRAH NABI MUHAMAD S.A.W KE MADINAH Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan Hijrah itu persaudaraan Hijrah membentuk perpaduan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Pada hari ini saya akan bercerita sebuah kisah yang bertajuk hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Nabi Muhammad SAW telah menyebarkan agama islam selama 13 tahun di kota Mekah. Malangnya penduduk Mekah bukan sahaja tidak menerima islam malah menentangnya. Berbagai bentuk penyiksaan dilakukan keatas mereka .Ada yang dihempap dengan batu,diseret ditengah panas padang pasir dan bermacam-macam lagi supaya mereka kembali kepada ajaran nenek moyang mereka. Orang islam sudah tidak tahan lagi dengan semua siksaan itu lalu mula berpindah ke Madinah dengan keizinan nabi Muhammad SAW. Rakan-rakan yang dikasihi, Ekoran dari peristiwa perpindahan orang islam ke Madinah, orang Quraisy berpakat untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W. “Kamu tahu tak ramai pengikut Muhammad telah berpindah ke Yathrib.” “Ya,aku ada terdengar juga,baru-baru ini ada beberapa orang Yathrib datang berjumpa Muhammad.Mesti mereka menjanjikan perlindungan kepada pengikut Muhammad” “Ini tak boleh jadi,kalau dibiarkan habislah kemasyhuran berhala kita.Kita mesti halang mereka.” “Apa kata kita bunuh sahaja Muhammad.Kalau Muhammad mati, mereka sudah tiada ketua.” Surah Al Anfal ayat 30 Mereka memikirkan tipu daya,dan Allah membalas tipu daya itu dan Allah sebaik-baik membalas tipu daya. Pada satu malam, nabi Muhammad meminta Ali tidur di atas katilnya dengan memakai selimut.Baginda berbuat demikian untuk mengelirukan orang-orang Quraisy. Ketika itu ,di luar rumah baginda empat puluh orang pemuda upahan telah mengepung rumah baginda .Mereka diarahkan untuk membunuh nabi Muhammad SAW. Di tengah keheningan malam,baginda keluar dengan membaca surah Yasin ayat 9,
Dengan izin Allah pemuda upahan itu tertidur dan nabi Muhammad SAW dapat melepaskan diri .
Kawan-kawan sekelian, Rasulullah meneruskan perjalanan bersama Abu Bakar menuju ke Gua Tsur dan bersembunyi di dalamnya. Apabila waktu subuh menjelang,pemuda upahan yang mengepung rumah nabi terjaga daripada tidur.Mereka memecah masuk ke dalam rumah dan menuju kepada seseorang yang sedang tidur, lalu membuka selimutnya. Alangkah terperanjatnya mereka kerana orang yang disangkakan nabi itu rupa-rupanya Ali bin Abi Talib. Pembesar Quraisy mengarahkan pemuda-pemuda upahan itu supaya segera mengejar baginda.”cepat, pergi kejar Muhammad,dalam tempoh yang singkat ini tidak mungkin Muhammad terlepas jauh,!.”Tanpa membuang masa mereka berkejar dengan kuda ke gua Tsur. Agak lama juga mereka berlegar-legar di puncak berhampiran pintu gua yang sempit itu,tetapi mereka tidak tergerak untuk menjenguk ke dalam gua itu.Mereka beranggapan mustahil ada orang masuk ke dalamnya kerana melihat sarang labah-labah dan ada seekor burung bersarang di pintu gua itu. Abu Bakar kian cemas kalau-kalau musuh yang berada di luar itu dapat mengesan mereka.Baginda menenangkan hati Abu Bakar”Wahai sahabatku yang setia ,usahlah bimbang dan risau kerana Allah bersama kita”. Akhirnya pemuda upahan itu meninggalkan tempat tersebut. Guru-guru dan rakan-rakan , Setelah tiga hari bersembunyi di dalam gua,maka pada malam keempat rasulullah meninggalkan Gua Tsur menuju ke Yathrib. Setelah melalui perjalanan yang penuh cabaran ,akhirnya baginda sampai ke kota madinah.baginda disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah.
Maka bermulalah episod kehidupan yang penuh dengan cahaya kegemilangan islam.Begitulah indahnya perjalanan peristiwa penghijrahan nabi.Jadikan ia sebagai pengalaman dan pengorbanan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAJUK SYAIR : SAAT KEMATIAN SUSUNAN : PN. ZAINAB MOHD IKHWAN Jantung berdegup sangatlah kencang, Saat menanti malaikat datang, Aku menggigil dalam ketakutan, Gelap pekat di pandangan. Lemah jemari nafas terhenti, Tidak tergambar sakitnya mati, Bila I’zrail datang memanggil, Seluruh tubuh akan menggigil. Jasad terbujur di pembaringan, Terbujur badan dan kedinginan, Datang masanya insafi diri, Selimut putih pembalut badan. Ajal yang datang di muka pintu, Tiada siapa memberitahu, Tiada siapa dapat hindari, Tiada siapa terkecuali. Kematian ini bukan khayalan, Tetapi ia sebenar kejadian, Hanya kain putih membalut tubuh, Kaku jasad ku di dalam keranda kayu. Tujuh langkah pun baru berlalu, Seutas talqin bernada syahdu, Tenang dan damai di pusaraku, Nisan batu menjadi tugu. Ku merintih, aku menangis, Ku meratap, aku mengharap, Ku meminta di hidupkan semula, Agar dapatku kembali ke dunia nyata. Namun, selamat tinggal pada semua, Berpisah kita selamanya, Kita tak sama nasib di sana, Baikkah atau sebaliknya, Berpisah kita selamanya, Yang tinggal hanya kenangan, Di iringi doa dan airmata, Yang pergi tak
احمد سيف الدهام بن حسميل شهينور الزراعي بن جمل الدين شهر الشزوان بن أريل فاضيلة شهرالنيظام بن ساليم محمد فائز بن حوسني محمد حاميزن بن عبدالرازق محمد حذيق بن مد ناظيم محمد شهريزل بن داؤت