Integrasi Wilayah.docx

  • Uploaded by: Anita Lau Wen Ping
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Integrasi Wilayah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,006
  • Pages: 4
Terdapat 6 bentuk integrasi yang wujud di negara kita . Antaranya ialah intergrasi wilayah. Malaysia

merupakan

sebuah

persekutuan

yang

mengandungi

14

negeri.Perkembangan sosio-ekonomi tiap-tiap negeri ini tidak seimbang dan setara di antara satu sama lain.Oleh yang demikian ,maka wujudlah keadaan di mana terdapatnya negeri-negeri maju dan negeri-negeri yang kurang maju di negara ini.Oleh itu ,strategi pembangunan untuk Integrasi wilayah adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah dalam negara ini.Struktur ini dilaksanakan atas asas keupayaan setiap wilayah atau negeri untuk menggerakkan pembangunan sektor pertanian dan perusahaan khususnya di negeri-negeri yang kurang maju.Integrasi wilayah ini sangat penting agar hilang rasa kebencian, cemburu antara satu sama lain dan wujudnya perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya.. Sebagai contoh, jurang dalam aspek pembangunan ekonomi dan kemudahan sosial. Jika di wilayah semenanjung terdapat kemudahan pendidikan tinggi maka di wilayah timur juga turut didirikan institusi tersebut seperti adanya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sabah dan Sarawak, Universiti Malaysia Sabah / Sarawak. Begitulah juga dalam aspek lain. Bentuk integrasi yang kedua ialah Integrasi ekonomi .Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kumpulan kaum menyertai semua bidang dan peringkat ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan proses ini melalui Dasar Ekonomi Baru(DEB).Dasar ini mengandungi dua matlamat utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di berbagai-bagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan.Kedua,hak milik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula

supaya

pada

tahun

1990

orang

Melayu

akan

dapat

memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hak milik tersebut.Untuk mencapai matlamat ini,penyusunan semula tenaga mengikut susunan kaum di negara ini adalah satu tindakan yang penting.Kepentingan ini amat perlu memandangkan proses penjajahan Inggeris telah mewujudkan perbezaan yang ketara dari segi penyertaaan kumpulan kaum majoriti di dalam berbagai-bagai sektor ekonomi di Malaysia..Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan taraf pembangunan ekonomi negara. Bentuk integrasi yang ketiga ialah integrasi kebudayaan. Hal ini perlu dilakukan kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik / kaum seperti Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lagi di Sabah dan Sarawak. Kaum Mijorriti ialah orang Melayu dan yang lain merupakan kaum minoriti. Intergrasi kebudayaan ini penting dalam usaha membentuk kebudayaan kebangsaan iaitu satu kebudayaan yang

diterima oleh semua kaum di Malaysia. Matlamat utamanya ialah perkongsian budaya yang sama dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kerajaan turut melaksanakan dasar kebudayaan kebangsaan sebagai platform kea rah tersebut. Seterusnya ialah intergrasi sosial. Integrasi ini merupakan satu langkah bagi mewujudkan satu kelompok atau komuniti yang terdapat pelbagai kaum dalam satu – satu kelompok masyarakat seperti dalam program/ projek perumahan, sukan, pendidikan dan kesihatan. Dalam proses pemilikan rumah,misalnya imbangan pemilikan rumah dalam kalangan berbagai kaum adalah penting.Ini kerana,sekiranya wujud sesuatu keadaan di mana kadar pemilikan perumahan dimonopoli oleh satusatu kaum tertentu sahaja,maka akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum-kaum yang lain.Ini akan merumitkan lagi proses perpaduan rakyat.Oleh itu,dalam program pembangunan perumahan adalah penting diwujudkan kadar pemilikan perumahan yang seimbang dalam kalangan kaum-kaum di negara ini.Sebagai contoh dalam projek perumahan, kerajaan telah memberi penetapan bahawa kawasan perumahan yang didirikan perlu dimiliki oleh pelbagai kaum mengikut peratusan yang tertentu. Harapan utama dalam hal ini, komunikasi antara kaum akan berlaku lantas mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Begitulah juga integrasi sosial dalam sukan. Kita tidak mahu sesuatu permainan itu dimonopoli oleh satu – satu kaum sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai kaum. Contohnya dalam permainan ping pong, bola keranjang dan bola tampar, dahulunya dikuasai oleh pemain berketurunan Cina namun kini sudah ada orang Melayu dan India mula menyertai permainan – permainan ini. Integrasi pendidikan merupakan salah satu bentuk integrasi yang sangat penting. Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani. Sistem pendidikan yang berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan , berhasrat untuk mewujudkan keselarasan dalam pendidikan. Sistem ini digubal supaya dasar-dasar dan programprogram pendidikan dan latihan yang diadakan di semua peringkat persekolahan,kolej dan universiti akan tertumpu kepada perpaduan.Ini kerana pendidikan merupakan proses penting bagi menyemai dan memupuk benih-benih perpaduan dalam kalangan generasi muda,di samping menjadi daya penggerak bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin.Di negara kita kini terdapat sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan namun dalam masa yang sama pengintegrasian pendidikan turut diwujudkan. Kerajaan juga turut melaksanakan memperkasakan sekolah kebangsaan yang merupakan satu tindakan untuk menggalakkan kaum lain menghantar anak –

anak ke sekolah kebangsaan. Apabila penyertaan pelbagai kaum dalam sekolah kebangsaan satu aliran,ini akan pasti memantapkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Seterusnya integrasi politik. Seperti juga negara-negara moden yang lain,Malaysia mempunyai berbagai-bagai kumpulan kaum yang berbeza dari segi agama,wilayah,pekerjaan

dan

kepentingan-kepentingan

lain.Oleh

itu

tugas

pentadbiran politik yang utama ialah untuk mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup aman dan makmur.Satu kaedah yang mana perpaduan politik negara dapat diwujudkan ialah menerusi konsensus atau persetujuan rakyat.Sistem pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali

supaya

rakyat

dapat

memilih

pemimpin-pemimpin

politik

pilihan

mereka.Pemimpin-pemimpin politik yang memerintah negara ini hendaklah sentiasa mengamalkan semangat perundingan dan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses pemerintahan negara.Ini dapat dibuktikan pada peringkat awal di mana parti-parti orang Melayu iaitu UMNO,parti-parti orang-orang Cina MCA dan parti orang-orang India MCA telah bergabung untuk melahirkan parti Perikatan. Gabungan ini telah dapat mewujudkan kerjasama antara tiga buah parti politik yang terbesar di negara ini.

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi

merupakan

suatu

amalan

yang

biasa

dijumpai

dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut: 

Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.



Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.



Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

Related Documents

Integrasi Ekonomi.docx
November 2019 31
Integrasi Nasional.docx
April 2020 23
Integrasi Panas.docx
November 2019 22
Integrasi Sosial.docx
June 2020 22
Integrasi Nasional.pptx
December 2019 25

More Documents from "Rifky Septianto"

Dasar.docx
May 2020 18
Doc1.docx
May 2020 13
Doc1.docx
May 2020 27
Integrasi Wilayah.docx
October 2019 32