DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010) Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen. Tempoh masa perlaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah dari tahun 2001-2010, iaitu selama 10 tahun. Dasar Wawasan Negara meliputi tempoh masa Rangka Rancangan Jangka Panjang ketiga (RRJP 3), iaitu dari tahun 2001 hingga 2010. Dasar ini memberikan tumpuan terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Dasar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran.
MATLAMAT UTAMA i.
Membina negara yang berdaya tahan
ii.
Mengekalkan usaha membasmi kemiskinan
iii.
Membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi.
iv. Ia dirangka bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan juga wilayah.