Impak Kerosakan Akidah Di Malaysia

  • Uploaded by: sakinah hassan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Impak Kerosakan Akidah Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 3,464
  • Pages: 12
1.0

Pengenalan Aqidah merupakan maksud lain bagi iman dengan makna tasdiq(membenarkan)[1]. Tasdiq berlaku melalui i’tiqad dengan hati, berikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan perbuatan, segala ajran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.dari sisi Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ‘Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk.’ (riwayat Muslim) Jelaslah aqidah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar Muslim kerana di dalamnya terangkum asas kepercayaan berkaitan ketuhanan serta amalan ibadah yang perlu dilakukan sepanjang hidupnya di dunia ini. Menurut Abdul’al Salim Makram[2], perkataan ‘aqdun dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud. Maksud pertama ialah ‘janji yang kuat’ manakala maksud yang kedua ialah ‘sesuatu yang menguatkan serta mengukuhkan.’ Ulasnya lagi, aqidah mampu memelihara seseorang daripada kegagalan dan kehancuran kerana aqidah sesungguhnya merupakan benteng kepada iman. Takrifan remaja menurut Kamus Dewan Edisi Tiga ialah mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Remaja puteri atau remaja putera pula merujuk kepada gadis/pemuda yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi). Belia, dari perspektif Kamus Pelajar ialah orang yang sudah akil baligh tetapi belum tua lagi; orang muda; pemuda atau pemudi. Perlu difahami bahawa setiap fasa/zaman perkembangan manusia mempunyai ciri yang tersendiri dan perkembangan aspek tertentu seperti fizikal, mental, emosi dan rohani akan berlaku secara berterusan atau menjadi lebih serius apabila fasa perkembangan diri meningkat. Jika zaman kanak-kanak bercirikan pergantungan anak kepada ibu bapanya, maka zaman remaja pula bercirikan percarian jati diri. Dalam usia ini kebanyakan remaja tidak dapat membuat keputusan dengan tepat, mudah menerima perubahan dan pengaruh luar yang kebanyakan didorong pengaruh rakan sebaya dan keseronokan. Oleh sebab itulah, tugas memantau penyelewengan aqidah di kalangan remaja dan belia lebih rumit berbanding melakukannya terhadap orang dewasa. 2.0

Bermulanya aqidah dalam diri remaja/belia Faktor pendidikan yang diberi oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil akan menyumbang kepada pemahaman agama yang jelas. Masyarakat Melayu Islam majoritinya amat menekankan aspek pendidikan agama di dalam diri anak-anak mereka. Buktinya, kelas-kelas agama yang diwujudkan secara persendirian oleh individu yang prihatin dengan keperluan mempelajari agama sering mendapat sambutan dan jika diamati, kebanyakan pelajarnya terdiri daripada golongan kanak-kanak seawal umur 5 tahun. Selain mempelajari kaedah membaca Al-Quran, kanak-kanak ini turut diajar dengan ilmu agama yang lain seperti ilmu tauhid, fiqah, sirah dan tajwid. Perkembangan ilmu agama ini diteruskan dalam mata pelajaran Agama Islam yang wajib dipelajari di sekolah rendah dan menengah. Aqidah dalam diri remaja dan belia juga dikaitkan dengan faktor warisan dari ibu bapa. ‘Islam warisan’ atau ‘Islam keturunan’ ini sinonim dengan masyarakat Islam Melayu khususnya. Beruntunglah mereka yang lahir dalam keluarga Islam kerana pendidikan agama diajar secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan mereka sedari kecil.

3.0 Fenomena kerosakan aqidah yang berlaku dalam kalangan remaja/belia di Malaysia Tanpa disedari, ilmu agama yang dididik dalam jiwa anak-anak semasa masih kecil mudah hilang secara perlahan-lahan. Lihat saja golongan remaja dan belia sekarang. Golongan ini dari peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti turut terlibat dalam gejala sosial yang serius. Masalah ini seringkali dikupas di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen tetapi kupasannya tidak mendalam. Jika ditelusuri, pokok permasalahan ini bukan hanya melibatkan institusi-institusi kekeluargaan, pendidikan, kerajaan atau undangundang tetapi persoalan aqidah dalam diri individu terbabit yang perlu dipersoalkan. Masakan pegangan aqidah yang mantap mampu diterobos oleh gangguan-gangguan luar yang bersifat duniawi dan semestinya melalaikan. Riddah (murtad) merupakan ‘bench mark’ kepada keruntuhan aqidah paling serius yang boleh berlaku dalam kalangan umat Islam keseluruhannya. Isu ini kerap dibincangkan dalam masyarakat umum apatah lagi golongan ilmuan beberapa waktu yang lalu. Kes Lina Joy[3] serta beberapa lagi individu lain seperti Natrah[4] dan Aisyah Bukhari pernah menggemparkan masyarakat Islam. Persoalan murtad adalah persoalan yang penting diketahui oleh semua umat Islam kerana rentetan daripada peristiwa ini, kehidupan dan masa depan umat Islam akan turut sama terlibat. Budaya hedonisma (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup) kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja dan belia. Pemikiran dan tindakan mereka akan dipengaruhi dan hasilnya, lahirlah golongan yang hidup seakan bertuhankan dunia dan nafsu. Program-program berbentuk ilmiah dan akademik kurang mendapat sambutan. Sebaliknya, program-program sukan, permainan dan hiburan menjadi pilihan. Lihat sahaja perbezaan bilangan dan golongan penonton yang hadir untuk rancangan Akademi Al-Quran berbanding rancangan hiburan Geng Starz. Situasi ini pernah dikupas dalam majalah Mastika. Sekitar tahun 2000-an negara pernah dikejutkan dengan pendedahan oleh media masa tentang segelintir peminat fanatik musik Black Metal ini yang terlalu taksub apabila mereka melakukan perbuatan seperti memijak Al Quran. Jelas sekali perbuatan mereka ini menghina agama dan memesongkan aqidah. Kumpulan kecil Black Metal yang ekstrim ini bukan hanya menghina agama Islam, malah mereka ini menghina semua agama samawi, dimana ada yang memakai salib dengan diterbalikkan, dan mereka memuja syaitan. Pemesongan aqidah turut berlaku dalam kumpulan kecil yang menggelarkan diri mereka kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Kandungan ajaran JIT juga mirip kepada Black Metal menghina kitab suci al-Quran yang menjadi amalan asas kepada setiap ahli yang menyertai kumpulan itu. 4.0 Kesan Umum Akibat Kepincangan Aqidah dalam kalangan remaja/belia 4.0.1 Implikasi terbesar yang terkesan akibat kerosakan aqidah ialah terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal imannya. Menurut Haji Abdul Hadi Awang, perkara ini boleh berlaku melalui cara-cara berikut: 1. Mengingkari sifat Rububiyyah atau mencelanya. Al-Quran telah menjelaskan tauhid Rubbiyyah dalam empat perkara iaitu segala bentuk pujian hanya layak ditujukan kepada Allah, pernyembahan termasuk segala bentuk ibadah yang dikerjakan hanya untuk Allah, iman dan keyakinan serta berserah sepenuhnya hanya kepada Allah dan Dialah satu-satunya yang mempunyai sifat-sifat Agung dan Asmaul Husna[5]. 2. Mengingkari atau mencela Asma’Allah dan sifat-sifatNya.

Terdapat dua cara mengkafirkan sifat Allah dan Asma’Nya iaitu kafir nafi dan kafir ithbat. Kufur nafi ialah menafikan sifat-sifat Allah seperti menafikan ilmuNya, qudratNya atau sifatsifat lain yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Kafir ithbat ialah menetapkan pelbagai sifat kekurangan atau sifat mustahil bagi Allah sedangkan Allah s.w.t dan RasulNya telah menafikan sifat itu. Contohnya menyatakan Allah s.w.t mempunyai anak, isteri atau sekutu dan sebagainya. 3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah. Tauhid Uluhiyyah adalah iktikad secara putus bahawa Allah s.w.t adalah Ilahul Haqq(yang berhak disembah) dan tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu, tauhid Uluhiyyah jelas ditegakkan di atas prinsip ‘ibadat secara ikhlas kepada Allah satu-satunya’ , baik dalam batinnya mahupun dalam lahirnya, dan tidak menjadikan sesuatu ibadat untuk tujuan selain Allah s.w.t. 4. Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w. atau kerasulannya. Maksudnya di sini ialah perkataan atau perbuatan i’tiqad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi Rasul s.a.w. dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti syurga, neraka dan perkara-perkara ghaib yang lain. Selain itu, Al-Quran juga tidak boleh diingkari kerana Al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dari sisi Allah s.w.t.

4.0.2 Tiada batasan atau perbezaaan antara norma-norma kehidupan beragama Islam dengan agama kaum kafir. Tingkah-laku dalam pergaulan dan adab berpakaian adalah perkara yang sering ditonjolkan atau mudah dilihat di mata umum. Budaya berfesyen ala Barat yang kononnya ‘up to date’ mudah mempengaruhi minda remaja yang bersifat ingin mencuba. Malang sekali, maruah agama turut digadaikan bersama-sama maruah diri. Kerosakan aqidah boleh menyebabkan tiada had yang ditetapkan sedangkan Islam adalah panduan hidup yang menyeluruh. 4.0.3 Sekularisma (dokrin/pendirian yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia) mula berleluasa. Pendidikan agama Islam yang dipelajari di sekolah tidak menjamin pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian. Hasilnya, wujudlah situasi di mana pelajar Islam memakai seluar pendek ketika bersukan, menyarung jersi sukan dengan lambang salib dan seribu satu perbuatan lain yang bersifat sekular tetapi tidak tertonjol dan tidak diperhalusi akibat daripada perlakuan tersebut. 5.0 Faktor kepincangan aqidah dalam kalangan remaja/belia 5.0.1 Sistem pendidikan yang tidak memberi kesan kepada jiwa. Sekularisma dalam sistem pendidikan di Malaysia merupakan perkara yang kurang disedari oleh semua. Pada masa sekarang, pendidikan berunsur ilmu logik seperti sains amat ditekankan dan penguasaan pelajar ke atas subjek tersebut boleh dibanggakan tetapi apakah kayu pengukur sebenar yang digunapakai untuk menilai tahap pemahaman pelajar? Tidak ada gunanya jika ilmu dinilai hanya pada sekeping kertas peperiksaan atau sekeping surat tawaran bekerja dalam bidang yang dipelajari dahulu tetapi penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian tidak ada. Sepatutnya, ilmu yang dipelajari merupakan mangkin untuk mengenal Pencipta yang mencipta ilmu tersebut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ilmu dipelajari untuk kepuasan fizikal dan bukannya jiwa. Rujuk juga 2.0 Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Telah Disekularkan?[6]

5.0.2 Sistem keluarga Islam tidak dipraktikkan. Sedar ataupun tidak, budaya barat semakin diserap masuk ke dalam sesebuah institusi kekeluargaan. ‘Trend’ menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita sedangkan wajarkah kita memperlakukan mereka yang melahirkan dan membesarkan kita sedemikian rupa?. Lebih menyayat hati terdapat kes ibu membunuh anaknya sendiri dan tidak kurang hebatnya apabila ada anak yang membunuh ibu bapanya sendiri. Ke manakah pergi nilai-nilai kekeluargaan serta pengamalan nilai murni dalam institusi keluarga tersebut?. Sekiranya sistem keluarga Islam dipraktikkan, kepercayaan aqidah dalam diri ahli keluarga dapat disuntik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Maka lahirlah individu cemerlang dari institusi kekeluargaan Islam yang menekankan sikap saling menghormati, menyayangi, melindungi dan mempercayai antara satu sama lain. 5.0.3 Pengaruh media massa . Kerosakan aqidah kian meruncing dengan pengaruh media masa dan media cetak yang kerap kali menyogok unsur hiburan yang melampau. Penonton pula didapati rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja dan belia yang mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan budaya kuning. Rancangan hiburan sudah menjadi tarikan utama untuk menarik lebih ramai penonton. 5.0.4 Makanan yang membinasakan aqidah. Makanan yang halal dan baik(halalan thoiyyiba) boleh memberi kesan kepada jasmani dan rohani seseorang. Selain itu, keberkatan dalam pemakanan akan menyebabkan badan mampu melakukan aktiviti fizikal manakala dari sudut ruhaniahnya, pemikiran, jiwa dan akhlak yang sepadan dengan fizikal akan terbina. Produk makanan yang tidak baik boleh melemahkan umat Islam secara umumnya kerana proses penghasilan tidak mengikut piawaian Islam. Hasilnya, wujudlah golongan yang cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat serta hati menjadi gelap dan sukar dididik. 6.0 Langkah Penyelesaian. 6.0.1 Bincangkan Islam melalui pengajaran moden Ilmu Islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu lain. Seorang pendidik yang beragama Islam haruslah pandai dan mampu menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu aqidah Islam, tidak sepertimana yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ini. Al-Quran seharusnya dijadikan sumber rujukan utama kerana di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang tidak ada dalam kitab suci yang lain. Melalui penggunaan kaedah pengajaran moden yang digunapakai pada zaman ini, ilmu aqidah dapat disampaikan secara langsung dan pendekatan saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik minat pelajar untuk mengkajinya. Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi sumber rujukan utama bagi bidang-bidang sosial lain seperti perundangan, ekonomi dan sistem bermasyarakat. Di sini juga ingin penulis tekankan bahawa setiap ‘cikgu’ atau ‘guru’ Muslim adalah ustaz(guru lelaki) dan ustazah(guru perempuan) secara tidak langsung. Seharusnya peranan ‘cikgu’ atau ‘guru’ tidak dibezakan dengan ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ walaupun bahasa asal perkataan-perkataan ini adalah berbeza. Islam itu perlu berada di mana-mana, pada ‘cikgu’, ‘guru’, ‘ustaz’, ‘ustazah’ selagimana mereka ini adalah Muslim. 6.0.2

Menanamkan aqidah dalam diri anak-anak

Pengabdian diri kepada Allah s.w.t. adalah tugas utama manusia di muka bumi ini. Bagi memahami peri-pentingnya tugas ini, konsep aqidah harus disemai sejak dari kecil lagi. Mungkin ada yang bertanya pada usia berapakah anak sesuai diajari ilmu aqidah atau ketuhanan. Menurut Drs. Syahrin Nasution [7], sejak anak itu pandai bercakap(lebih kurang umur dua tahun), ibu bapa sudah boleh mengajar mereka mengucapkan kalimah-kalimah seperti berikut: • Bismillah - sebelum makan, minum dan membuat kerja-kerja lain. • Alhamdulillah - selesai makan atau minum. • Astagfirullah - ketika terlanjur membuat kesalahan. • Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa mengkagumkan. • InsyaAllah - ketika berjanji dengan orang lain. • Subhanallah - ketika melihat keindahan alam. Walaupun anak-anak tidak memahami maksud ucapan-ucapan tersebut, jiwa dan fikiran sudah dilatih untuk mengenal kata-kata tauhid. Selain itu, anak-anak juga boleh juga diajarkan Asmaul-Husna serta pengertiannya disertakan contoh-contoh yang mudah difahami, sesuai dengan peringkat usia mereka. Proses pembelajaran ilmu tauhid ini kemudiannya diteruskan dengan mempelajari Al-Quran, menghafaz surah pendek, menghafal hadis-hadis pendek dan nama para nabi dan malaikat serta membawa mereka menghadiri syarahan agama (sebagai pendedahan awal walaupun mereka tidak memahami). Pastinya, ibu bapa terlebih dahulu wajib mengetahui keyakinan yang betul dan perbuatan-perbuatan syirik, kekufuran dan kemunafikan. Jika mereka sendiri tidak tahu yang mana keyakinan yang betul dan mana yang syirik, sudah tentu anak-anak tidak akan dapat diajari dengan akidah tauhid. 6.0.3 Menyemai kefahaman aqidah secara tidak langsung. Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan membuat perkaitan antara aktiviti harian dengan ilmu aqidah. Misalnya: • setiap kali makan bersama tanamkan dalam jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah s.w.t., • apabila melihat bencana yang berlaku di luar negara di kaca televisyen, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t. di akhirat nanti lebih berat, • semasa memakai kasut, ajarkan supaya memulakan dengan kaki kanan kerana mengikut sunnah Nabi. Sedikit kesempatan yang ada di rumah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk melakukan pendidikan secara tidak langsung ini. Semoga amalan aqidah yang disuburkan di rumah dan dalam didikan keluarga yang kecil boleh memandu anak-anak ini hingga mereka dewasa.

7.0 Penutup Secara keseluruhannya, semua pihak mesti mengambil bahagian dalam mengatasi permasalahan keruntuhan aqidah umat Islam ini dari sekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan secara individu sehinggalah usaha yang dilakukan secara berjamaah (berkumpulan) . Ingin juga ditekankan bahawa bukan golongan remaja dan belia sahaja yang terlibat kerana usaha yang besar bermula dari langkah awal dan pastinya bermula dengan jiwa yang besar dalam ruang lingkup kehidupan yang berbeza, sebagai seorang anak, mahasiswa, golongan bekerjaya, ilmuan, ibu, bapa dan sebagainya. Aqidah atau iman di dalam diri sentiasa perlu dibajai, dijaga dan dipagar agar diri tidak terjerumus ke lembah-

lembah kehinaan mahupun dikuasai oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat Islam. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : ‘Terdapat segolongan manusia yang mentaai perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain yang melanggari batasan-batasan Allah. Perumpamaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan menduduki bahagian atas dan satu golongan lagi menduduki bahagian perut kapal tersebut. Apabila golongan yang berda di dalam perut kapal memerlukan air mereka meyuruh golongan yang di atas mengambilkanya untuk mereka sehinggalah mereka berkata : Adakah patut kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapati air yang banyak dengan melibangi bahagian bawah kapal ini. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini mereka akan karam kesemuanya.’ (riwayat Al-Bukhary dan At-Tarmidzi) Wallahu’alam.

Syahadah? •

Melihat kebesaran ALLAH ○ “Yang disaksikan oleh al-Muqarrabun (malaikat)..” (Al-Mutaffifin:21)



Mengaku sebagai saksi ○ “Dan hendaklah kamu adakan dua saksi yang adil dari kamu..” (At-Talaq:2)



Sumpah ○ “Apabila orang2 munafiq datang kepadamu, mereka berkata (“tash hadu”, i.e sumpah)…” (Al-Munafiqun)

Syahadah yang sempurna •

Pengakuan bahawa tidak ada tuhan yang disembah kecuali ALLAH dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab



Hendaklah diucapkan dengan lidah



Hendaklah pengakuan itu dengan tegas serta tidak boleh berubah atau ragu2.

Hakikat Syahadah •

Sumber sistem hidup



Menepati fitrah kejadian alam



Membentuk tamaddun



Membentuk jatidiri

Batal Syahadah 1. Bergantung kpd selain ALLAH 2. Ingkar nikmat ALLAH 3. Berkhidmat dengan tujuan selain ALLAH 4. Membuat undang2 menurut kemahuan manusia 5. Mentaati selain ALLAH 6. Menjalankan hukum selain hukum ALLAH

7. Benci kepada ajaran Islam 8. Mencintai kehidupan dunia 9. Menghina ajaran Quran dan Sunnah 10. Menghalalkan perkara yang Haram 11. Tidak beriman kepada Quran dan Sunnah 12. Mengangkat orang Kafir atau Munafik sebagai pemimpin 13. Tidak beradab terhadap Rasulullah 14. Takut untuk menegakkan Tauhid, senang menegakkan Syirik 15. Mentafsirkan Quran dengan cara sendiri 16. Tidak mengenali ALLAH 17. Tidak mengenali Rasulullah 18. Mengkafirkan orang yang bersyahadah 19. Beribadah bukan kerana ALLAH 20. Berperasaan riya’

Kenali Perkara Merosakkan Akidah Jun 30, 2009

‫السلم عليكم ورحمة ال وبركاته‬ ،‫ والصلة والسلم على رسول ال وعلى آله وصحبه ومن واله‬،‫ والحدال‬،‫بسم ال‬ ‫أما بعد‬ Baru-baru ini dalam laman komuniti al-fikrah.net, satu topik berkenaan akidah telah dibincangkan iaitu topik bertajuk “Kerosakan akidah tak disedari dan terus ada dalam masyarakat”. Daripada perbincangan ini, disenaraikan antara ciri-ciri kerosakan akidah yang biasa wujud dalam masyarakat kita iaitu: •

Melakukan amalan yang termasuk menyembah/mengabdikan diri/menghambakan diri kepada selain Allah.



Menafikan sifat tersendiri bagi Allah.



Mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah.



Menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk.

Selain itu, terdapat perkara-perkara lain yang juga merosakkan akidah, namun jarang dilihat wujud dalam masyarakat kita contohnya tidak mentaati syariat Islam dengan berserta memperlekeh hukum-hukumnya atau mempermain-mainkan hukum-hukumnya, menafikan Nabi Muhammad ‫ صلى ال عليه وسلم‬adalah pesuruh Allah dan diutus sebagai nabi terakhir serta beberapa ciri lain. Untuk permulaan ini, adalah lebih baik saya berbicara mengenai apa yang ada dalam masyarakat kita. Di kesempatan lain, insyaAllah kita akan sentuh pula ciri-ciri yang lain itu.

Melakukan amalan yang termasuk diri/menghambakan diri kepada selain Allah

menyembah/mengabdikan

Tentu ramai yang faham apa yang dimaksudkan menyembah selain Allah. Tetapi, ramai juga yang tak tahu, sebenarnya ada perbuatan yang menghampiri kepada menyembah iaitu apabila kita menyeru sesuatu mahkluk kerana inginkan sesuatu daripadanya atau takut kepadanya.

Contoh yang masih ada dalam masyarakat kita ialah: bila masuk dalam hutan, disebut “Tok, cucu tumpang lalu.” Selain itu perbuatan memuja pantai apabila ingin menurunkan perahu baru, memuja keris dan sebagainya boleh mengundang perbuatan “menyeru” yang tidak sepatutnya.

Menafikan sifat tersendiri bagi Allah Perbuatan menafikan sifat tersendiri bagi Allah ialah menidakkan sifat agong bagi Allah yang tiada pada mahkluk. Contohnya: Pelaku maksiat mengatakan “Tak guna aku bertaubat, dosa banyak sangat, biarlah aku terus macam ni.” Orang yang memandang perlakuan pelacur mengatakan “Jangan pedulikan ‘anak-anak ayam’ tu, mereka dah confirm ahli neraka.” Dua contoh ini telah menidakkan sifat maha pengampunnya Allah.

Mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah Perbuatan ini adalah antara yang paling banyak terdapat di dalam masyarakat kita. Contohnya ialah: •

Nak kerja kerajaan kerana pendapatan terjamin. (Jaminan rezki hanya di tangan Allah)



Saya sembuh penyakit kerana ubat ini. (Sifat penyembuh adalah sifat Allah, sepatutnya dikatakan “Allah telah sembuhkan penyakit saya melalui ubat ini.”)



Nak murah rezki, kena gantung ayat seribu dinar. (Ayat itu tidak memberi sebarang rezki, rezki datang dari Allah jua)



Isteri dia lebih tinggi daripada dia, murahlah rezkinya. (Ketinggian isterinya tak mempengaruhi rezki yang telah ditetapkan Allah sejak mereka di dalam rahim lagi.)

Menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk Perbuatan ini juga ada dilakukan di dalam masyarakat kita. Contoh perbuatan menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk ialah: •

Membuat maksiat di luar pengetahuan manusia, dan menganggap Allah tidak nampak perbuatannya. (Sedangkan Allah maha melihat dan maha mendengar)

Banyak lagi sebenarnya perkara yang kita perlu perhatikan di dalam diri kita, sama ada kita mensyirikkan Allah ataupun tidak. Jadi, janganlah jemu untuk menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu untuk mengenali akidah tauhid dan mengenali apa itu syirik.

KONSEP ASAS AQIDAH Perkara

TAUHID RUBUBIYAH

TAUHID ULUHIYYAH

Keterangan Keyakinan bahawa Allah SWT sebagai PENCIPTA, PEMILIK dan PENTADBIR seuruh alam ini. MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA tanpa ada satu kuasapun yang dapat menandinginya Keyakinan bahawa hanya ALLAH YANG MAHA ESA, yang hanya layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Hanya ALLAH tempat memohon pertolongan, doa dan

bertawakkal.

TAUHID ASMA' WA SIFAT

AN-NUBUWAH

AS-SAM'IYYAT

Keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang Indah dan Mulia (99 nama Allah@ Al-Asma Ul-Husna) dan mempunyai sifat-sifat yang sempurna (20 sifat wajib, 20 sifat Mustahil dan 1 sifat Harus). Perutusan para nabi dan rasul yang membawa risalah Allah untuk disampaikan kepada umat manusia. Perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia dan hanya diketahui melalui al-Quran dan Hadis spt dosa pahala, syurga neraka, azab kubur dsb

PERKARA-PERKARA LUAR BIASA Perkara

Keterangan

MUKJIZAT

Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebanaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka

Tongkat nabi Musa AS bertukar menjadi ular

KARAMAH

Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT

Maryam dianugerahkan Allah SWT hidangan dai langit.

MA'UNAH

Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa perlu mempelajarinya

Terlibat dalam kemalangan yang dahsyat, tetapi dirinya terselamat.

SIHIR

Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa dengan bantuan kuasa jahat seperti jin dan syaitan. Ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Ia juga dikenali sebagai ILMU HITAM

Seorang yang kebal @ tidak lut senjata

Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah sebagai rasul

seperti awan yang melindungi

IRHAS

Contoh

Rasulullah SAW

Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat dan derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi.

ISTIDRAJ

Firaun yang mengaku Tuhan, lalu Allah telah sihatkannya sepanjang hayat - tidak pernah sakit

PERBEZAAN DI ANTARA NABI DAN RASUL NABI

RASUL

Diberikan wahyu untuk dirinya

Diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada kaumnya

Bilangannya terlalu ramai (ada pendapat yang mengatakan seramai 124,000 orang)

Bilangannya 313 orang

Seorang nabi tidak semestinya seorang rasul

Seorang rasul adalah seorang nabi

Tiada kitab diturunkan kepadanya

Menerima kitab @ suhuf untuk disampaikan kepada kaumnya

Tidak wajib mengetahui nama dan bilangannya

Wajib mengetahui nama dan bilangan 25 orang rasul

KONSEP AKIDAH

Thursday, October 9, 2008 Posted by alongkushairi '22

Terdapat beberapa maklumat asas penting yang dapat diperolehi daripada konsep akidah. Antara maklumat tersebut ialah:

Panduan ini sangat penting seandainya anda ingin mengetahui maklumat-maklumat asas tentang konsep akidah.

Related Documents


More Documents from ""

Seterika
June 2020 6
June 2020 19
Fix Psi Klinis Kelompok 2
October 2019 30
Akb Kel 5 Revisi.doc
October 2019 28