seterika Disediakan oleh: Nurul Sakinah binti Hassan RBT 1
Prinsip kerja seterika adalah mengubah tenaga elektrik menjadi tenaga haba melalui elemen pemanas dimana haba yang dihasilkan dikumpulkan oleh besi pengumpul haba yang kemudian melalui gosokan diteruskan pada objek yang akan diseterika.
Dalam seterika elektrik, unsur pemanasnya dililitkan di atas
sekeping mika yang rata dan dikepitkan di antara dua kepingan mika yang nipis. Kepingan mika di bawah dipasang kepada sekeping plat besi yang tebal yang disadur dengan kromium. Kepingan mika yang di sebelah atas ditebatkan dengan asbestos. Apabila arus elektrik mengalir melalui unsur pemanas, hampir semua tenaga haba yang dihasilkan mengalir ke plat besi supaya ia mencapai suhu yang tinggi dan haba disebarkan ke atas satu permukaan yang sekata.
a. Elemen panas b. Besi pengumpul panas c. Besi pemberat d. Tutup dan pemegang seterika e. Terminal dan kabel penghubung f. Pengatur panas (untuk seterika otomatis) g. Pompa air (untuk seterika dengan uap air)
Eleman haba Besi Pengumpul haba
Besi pengumpul haba atau yang sekaligus sebagai bahagian dasar/alas dari seterika, berbentuk plate yang dilapisi bahan anti karat dan anti lengket, dan bahagian ini harus selalu bersih karena langsung dengan objek yang diseterika (pakaian).
Pada seterika yang lama, dilengkapi dengan besi
pemberat, karena daya rata-rata seterika elektrik 350 watt, sedang objek/bahan yang diseterika kebanyakan dari jenis kotan, yang pelicinannya memerlukan tekanan yang cukup kuat. Seterika elektrik model yang lebih baru, tidak lagi dilengkapi dengan besi pemberat, dengan alasan bahwa objek/bahan yang diseterika sudah banyak bahan dari jenis sintetis dan lebih lembut
Tutup seterika gunanya untuk melindungi
bahagian dalam seterika yang dialiri arus elektrik terhadap sentuhan pemakaiannya, dan juga berfungsi agar panas tidak menyebar langsung ke udara bebas.
Sedangkan pemegang seterika biasanya
dari bahan yang tidak mengalirkan panas dan juga tidak mengalirkan arus elektrik. Untuk itu bahagian ini biasanya terbuat dari kayu, ebonit atau karat.
Asbestos dan kepingan mika yang berada di bahagian
atas berfungsi sebagai penebat supaya sedikit sahaja haba yang hilang ke bahagian atas.
Badan atau rangka seterika elektrik itu perlu
ditebat dengan sempurna dengan menggunakan penebat supaya haba yang dihasilkan oleh unsur pemanas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Seterika elektrik stim mempunyai binaan asas yang hampir
sama dengan seterika elektrik biasa. Perbezaannya ialah, seterika elektrik stim boleh dimasukkan air yang akan dipanaskan dan menjadi stim. Apabila pakaian digosok, kita tidak perlu menekan dengan kuat kerana stim yang dikeluarkan akan meratakan pakaian yang digosok dengan lebih mudah.