Hikayat Cendawan Putih

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Cendawan Putih as PDF for free.

More details

  • Words: 1,331
  • Pages: 9
ASSIGNMENT INDIVIDU KARYA KLASIK (HIKAYAT CENDAWAN PUTIH) FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 DISEDIAKAN OLEH : NAMA:UMI SALIHA BINTI ONN NO. MATRIK: JEA 080153 SESI: SEM 1 (2008/2009) AKADEMI: PENGAJIAN MELAYU NAMA PENSYARAH: PROF. DR.AMRAN MUHAMMAD

PENGENALAN Hikayat Cendawan Putih adalah sebuah hikayat yang menceritakan tentang Raden Kesuma Ningrat yang dibuang kedalam hutan semenjak kecil bersama dengan ibunya. disebabkan oleh penipuan yang dilakukan oleh abang tirinya iaitu Raden Kesuma Wati. Raden Kesuma Ningrat menyamar sebagai Cendawan Putih dan telah dijadikan anak angkat oleh Raja Tanjung Pura dan dia membantu ayah angkatnya mengalahkan Raja Dewa Samsul yang ingin menakluki negeri yang diperintah oleh Raja Tanjung Pura. Dalam perjalanan pulang untuk menemui bondanya, Raden Kesuma Ningrat bertemu dengan Puteri Ratna Sari dan membawanya pulang. Sebagai seorang adik dan anak yang baik Cendawan Putih membantu abang tirinya mencari telur burung merpati putih untuk mengubati penyakit ayahandanya. Disebabkan oleh perasaan dengki, abang tirinya telah menolaknya ke laut setelah mendapatkan telur tersebut dari Cendawan Putih. Namun akhirnya Cendawan Putih sendiri membantu abang tirnya yang tertawan dan anak cendawan putih pula telah berjuang mendapatkan kembali takhta nendanya.

(1)

CONTOH TEKS HIKAYAT CENDAWAN PUTIH

“Sebermula maka tersebutlah perkataan Raden Kesuma Ningrat selama ia di dalam hutan dengan bondanya itu, maka tuan puteri pun fikir dengan tangisnya terkenangkan kepada bahagian tinggal dihutan itu. Jikalau demikian aku duduk pada tempat ini jika ada orang bertitah sela kepada akun nescaya matilah aku dibunuhnya, jikalau demikian baikalah aku lari pada tempat ini. Maka tuan puteri pun berjalanlah dua beranak. Kirakira ada dua puluh hari dan dua puluh malam perjalanan jauhnya maka ia pun bertemu dengan seekor gajah putih bergadingkan emas. Maka kata gajah itu, “Ya tuanku puteri indera maya, hendak kemana tuan hamba ini?” maka sahut tuan puteri, “hai gajah putih, aku ini mencari tempat diam yang patut,” Maka kata gajah putih,”Jikalau demikian naiklah tuanku di belakang hamba, boleh hantarkan ke padang Telaga Naga. Setelah itu maka naiklah tuan puteri ke atas belakang gajah putih itu, lalu berjalan. Tiada berapa lamanya di jalan maka ia pun sampailah di atas gunung Padang Telaga Naga. Maka kata gajah putih “disinilah tuanku tempat yang patut” . Maka kata tuan puteri,”Baiklah gajah putih.”Maka tuan puteri pun turunlah dari atas gajah putih itu. Maka duduklah tuan puteri diatas batu putih itu, terlalu permailah rupanya dan dinaungi oleh pohon naga sari sedang berkembang serta dengan rompak daunnya seperti paying rama-rama kuning dilihat orang, maka gunung itu pun bercahaya-cahaya seperti cahaya bulan rupanya. Setelah ada berapa lamanya tuan puteri diam diatas gunung itu maka raden kesuma ningrat hendak menyusu maka susu tuan puteri pun tiada keluar airnya. Maka tuan puteri

(2)

pun menangis melihat anaknya menangis hendak menyusu itu seraya katanya, “ Apalah daya bonda kerana anakku sudah empat puluh hari dan empat puluh malam tiada minum, dimanakan ada air susu bonda”. Maka Raden Kesuma Ningrat pun menangis terguling-guling di atas batu putih itu. Maka dengan ditakdirkan Allah s.w.t maka keluarlah air dari dalam batu itu seperti meleleh dan sungai rupanya. Maka tuan puteri pun khairanlah kebesaran tuhan seru sekalian alam atas hambanya, maka diminum air itu sepuas-puas hatinya. Setelah di minumnya maka Raden Kesuma Ningrat pun diberinya air susu oleh bondanya, maka dengan ditakdirkan oleh Allah s.w.t , maka Raden Kesuma Ningrat pun besarlah . Maka ia pun bermain-main di dalam hutan gunung itu, sehari-hari bermain panah, pergi mencari kijang dan menjangan. Demikianlah pekerjaan Raden Kesuma Ningrat di dalam hutan itu ada berapa lamanya.”

(3)

Hikayat Cendawan Putih merupakan salah satu cerita sastera melayu yang boleh dikategorikan sebagai cerita lipur lara. Hikayat ini turut mempunyai unsur falsafahnya yang tersendiri. Falsafah ialah suatu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran umum dan asas. Istilah falsafah berasal dari perkataan yunani iaitu “philosophia” yang membawa maksud cinta akan kebijaksanaan. Lipur lara telah didefinisikan oleh A.H. Krappe (1965) sebagai sebuah cerita yang bersambungan, tertentu panjangnya, secara praktikal di sampaikan dalam bentuk prosa, bernada serius pada keseluruhannya, di selitkan dengan unsur-unsur lucu, berpusat kepada watak wira dan wirawati, yang daif pada permulaan cerita, setelah mengalami satu siri pengembaraan di mana unsur-unsur luar biasa memainkan peranan, dan akhirnya tercapai cita-cita serta hidup bahagia buat selama- lamanya. Menerusi cerita ini kita dapat mengetahui bahawa cerita ini terdapat elemen kasih sayang, hasad dengki dan sebagainya. Dari sudut falsafah pula cerita ini boleh dikatakan diperolehi melalui salah satu saluran ilmu iaitu melalui intuisi atau ilham. Intuisi atau ilham ialah unsur rohaniah yang bertempat di hati yang dapat menanggapi dan mengerti secara terus dan spontan makna sesuatu perkara melalui kemeresapan ke dalam hati yang tidak boleh di perolehi melalui fikiran dan akalnya. Intuisi terbahagi kepada dua tahap iaitu intuisi pada tahap kesedaran manusia biasa yang berkaitan dengan pengertian tentang kejadian alam tabii ini.Namun intuisi pada peringkat rendah ini hanya membawa pengertian kepada satu juzuk atau serpihan daripada realiti atau alam kewujudan bukan keseluruhannya.Intuisi yang kedua pula ialah

(4)

intuisi pada tahap manusia istimewa iaitu merupakan kesedaran dan pemahaman tentang alam dan kewujudan yang tinggi yang merentasi alam zahiriah. Sebagai contoh melalui cerita hikayat cendawan putih ini terdapat banyak cerita yang tidak berlandaskan realiti kehidupan ataupun boleh dikatakan mempunyai cerita yang tidak logik. Sebagai contoh air yang keluar dari batu putih setelah Raden Kesuma Ningrat berguling- guling di atasnya.Selain itu kisah Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang mati dibunuh oleh Raden Kesuma Wati dan dihidupkan semula oleh Singa Pahlawan Berma menunjukkan bahawa hikayat ini dipengaruhi oleh imaginasi atau fantasi pengarangnya. Sekiranya hikayat ini di lihat melalui pandangan hidup yang realiti hal ini tidak boleh diterima akal kerana orang yang mati tidak akan hidup semula. Melalui ajaran agama islam pula, hanya Allah yang boleh menghidupkan dan mematikan makhluk ciptaannya. Kekuasaan Allah adalah satu realiti dalam konsep ilmu dan pendidikan islam iaitu realiti yang mutlak ialah allah adalah tuhan seru sekalian alam.Kemudian ada pula realiti malaikat, alam imaginasi pertengahan (alam khayal), alam jin dan manusia, dan akhirnya alam tabii. Berdasarkan epistemologi melayu melalui pendekatan etnografi iaitu menganalisis dan menubuhkan konsep ilmu pengetahuan yang di tanggapi dan dipegang oleh orang melayu seperti yang terkandung dalam khazanah kesusasteraan bertulis dan lisan, prosa dan puisi, pantun, syair, peribahasa, mentera, cerita rakyat dan pelbagai bentuk kepustakaan melayu. Dalam kajian demikian usaha penilaian dan pengesahan tidak terlibat, iaitu ciri-ciri kebenaran, kepalsuan, kesahihan dan keabsahan tidak penting dan

(5)

di utamakan. Apa yang penting ialah penganalisisan dan penghuraian konsep ilmu pengetahuan masyarakat melayu seperti yang di jelmakan oleh bentuk-bentuk pengucapan dan pengungkapan melayu itu. Selain itu dalam hikayat ini juga ada menyatakan bahawa Ayahanda kepada Raden Kesuma Ningrat dan Raden Kesuma Wati telah jatuh sakit dan diramalkan akan sembuh dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang di telinga naga di atas gunung Meraksa Dewa. Secara rasional hal ini menunjukkan cerita ini tidak berlandaskan realiti kerana wujudnya unsur-unsur dongeng. Dongeng boleh didefinisikan sebagai cerita rekaan yang mengkhayalkan. Cerita- cerita dongeng banyak terdapat di dalam ceritacerita hikayat seperti hikayat awang suluh merah muda yang pada kebiasaannya menunjukkan kekuasaan aneh yang di miliki oleh seseorang wira. Hikayat cendawan putih banyak menggunakan imaginasi atau melalui daya pengamatan dan penglihatan yang menyebabkan sesuatu benda atau peristiwa dongeng atau metos dirasakan benar-benar berlaku.Meskipun pada hakikat sebenar cerita-cerita yang berunsur metos atau dongeng hanya dijadikan sebagai suatu hiburan atau sekadar untuk menjadikan sesebuah cerita itu menjadi lebih menarik. Sekiranya hikayat ini menggunakan garis panduan agama islam maka unsur-unsur yang akan dinyatakan adalah berdasarkan ajaran dan kepercayaan yang berlandaskan syariah islam.

(6)

PENUTUP Hikayat Cendawan Putih jelas menunjukkan tentang ciri-ciri sebagai sebuah cerita lipur lara melayu. Ceritanya penuh dengan unsure-unsur pengembaraan, kesaktian yang luar biasa dan unsur-unsur lucu. Hikayat ini turut dipengaruhi oleh unsur-unsur agama islam dan hindu. Hikayat ini juga memberi pangajaran yang berguna kepada pembaca contohnya perasaan hasad dengki tidak akan memberi kebaikan kepada sesiapa. Perkara-perkara yang negatif harus di elakkan supaya manusia dapat terus hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.

(7)

BIBLIOGRAFI •

AWANG SARIYAN 2007, FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.



HASHIM HAJI MUSA 2001, FALSAFAH, LOGIK, TEORI NILAI DAN ETIKA MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.



WAHYUNAH ABD GHANI 2005, HIKAYAT CENDAWAN PUTIH,KL, DBP.



HTTP://MS.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/FALSAFAH



HTTP://EN.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/FALSAFAH

Related Documents

Hikayat Cendawan Putih
October 2019 28
Kursus Cendawan
December 2019 26
Hikayat
June 2020 38
Hikayat
June 2020 32
Proposal Cendawan
November 2019 23
Bawang Putih
June 2020 32

More Documents from "EdyIrianto"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40