Proposal Cendawan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proposal Cendawan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,274
  • Pages: 31
RINGKASAN EKSEKUTIF



Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladang cendawan. Walaupun teknik penanamannya telah berjaya dicuba di Malaysia sejak tahun 1934, tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap.



Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telingan kera dan juga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang sesuai ditanam di Malaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara komersial kecuali cendawan jerami padi.



Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialah kedapatan benih yang baik, pengurusan ladang yang kurang baik, penerimaan produk, ketahanan produk, persaingan, harga media dan harga jualan yang tinggi



Pada keseluruhannya perusahaan benih dan ladang cendawan merupakan perusahaan yang berdaya maju. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu perusahaan bergantung rapat dengan lokasi, cara pengurusan, dan juga cara mempromosi produk.

1.0 PENGENALAN Bidang pertanian merupakan satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan dalam menjana ekonomi negara. Sebagai menyahut seruan kerajaan, saya telah bersepakat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu kerjaya. Walaupun saya mempunyai kelulusan sehingga ijazah dalam bidang kejuruteraan, ianya tidak menghalang saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Walaupun sesuatu yang baru, ianya tidak akan melunturkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini. Ramai graduan seperti saya telah berjaya dalam bidang pertanian. Untuk itu, saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan. Ini adalah kerana, masih tiada pengusaha yang menceburkan diri dalam bidang ini secara besar – besaran khususnya di negeri Terengganu. Antara lima jenis cendawan yang biasa diusahakan, cendawan tiram kelabu adalah menjadi pilihan saya. Ini adalah disebabkan cendawan tersebut rasanya sedap berbanding dengan cendawan-cendawan lain yang seharga dengannya. Selain itu, pengguna juga kurang meminati cendawan tiram putih kerana mengandungi terlampau banyak air dan terlalu lembik apabila dimasak. Cendawan telinga kera pula tiada mempunyai rasa dan hanya terasa kenyal sewaktu dimakan. Di samping itu, saya lebih suka mengusahakan cendawan tiram kelabu berbanding dengan cendawan tiram putih kerana cendawan tiram kelabu tahan lebih lama sedikit. Walaupun kadar pengeluaran hasil cendawan telinga kera tinggi berbanding dengan cendawan tiram putih dan tiram kelabu, tetapi saya kurang berminat untuk mengusakannya kerana permintaan terhadap cendawan tersebut adalah terlalu sedikit.

1.1 Tujuan Projek Untuk projek penanaman cendawan ini, ianya mempunyai beberapa tujuan. Antara tujuan utama projek ini ialah: a) Menyahut seruan kerajaan untuk memajukan bidang pertanian b) Menjadikan bidang pertanian sebagai sumber utama pendapatan c) Menghasilkan cendawan secara besar- besaran bagi tujuan pemasaran d) Mendapatkan cendawan yang segar hasil usaha sendiri e) Memastikan cendawan yang dihasilkan bermutu tinggi.

1.2 Lokosi Tanaman Sebagai permulaan melaksanakan projek ini, saya telah memilih kawasan sekitar rumah iaitu di Kampung Paloh untuk membina bangsal cendawan. Pemilihan lokasi ini adalah berdasarkan kepada kos yang terlibat. Pembinaan sesebuah bangsal memerlukan kos yang tinggi. Justeru itu, saya menggunakan kayu dan tanah yang sedia ada bagi mengurangkan kos yang terlibat. Ini merupakan faktor utama pemilihan tapak tersebut. Pada peringkat permulaan, saya telah memilih kawasan bawah rumah bagi tanaman projek cendawan ini. Oleh kerana keadaan rumah ini sangat tinggi, maka ianya sangat sesuai digunakan. Sebagai contoh, seorang pengusaha cendawan disekitar Kuantan, Pahang telah berjaya dalam bidang ini walaupun menggunakan rumah tumpangan yang telah lama ditinggalkan. Lokasi bukanlah sesuatu yang penting dalam bidang pertanian tapi kesungguhan yang akan menjamin kejayaan seseorang.

1.3

Latar Belakang Pengusaha

KETUA PROJEK Mohd Lutfi Mohd Arshad 24 tahun 820412-11-5319 Ijazah Sarjana Muda Kej. Awam

OPERASI

PEMASARAN

PENYELIDIKAN

Mohd Sauti Mohd Arshad 31 tahun 750731-11-5163 SPM

Mohd Hilmi Mohd Arshad 34 tahun 720701-11-5501 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

Rahimah Aini Mohd Arshad 23 tahun 831109-11-5360 Ijazah Sarjana Muda Sains (kimia)

2.0

KAJIAN LITERATUR

Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih cendawan dan juga tanaman cendawan. Biasanya perusahaan tanaman cendawan dan benih cendawan di negara-negara maju seperti Jepun dan England dijalankan oleh pengusaha yang berasingan. Perusahaan benih cendawan biasanya diusahakan oleh pihak swasta ataupun persatuan peladang. Selain terlibat dengan pengeluaran benih, syarikatsyarikat tersebut juga terlibat dalam program penyelidikan untuk menghasilkan jenis cendawan yang baru. Syarikat tersebut juga menyediakan program-program latihan dan memberi khidmat nasihat kepada petani-petani. Di Malaysia, perusahaan benih cendawan diusahakan oleh pihak swasta.

2.1

Status Perusahaan Cendawan Cendawan ialah sajenis sayur-sayuran yang mengandungi zat makanan dan

vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain. Menurut ahli perubatan tradisional cina, cendawan dipercayai dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit saperti anemia (kekurangan

darah), kencing manis dan sengal-sengal sendi.

Cendawan jenis Ganoderma seperti G.applanatum, G.lucidum dan G.japonicum sering digunakan dalam perubatan cina. Cendawan-cendawan tersebut juga dikenali sebagai ‘Ling Zhi’ bagi orang cina. Perusahaan cendawan berdaya maju dan tidak memerlukan kawasan yang luas, tetapi memerlukan kemahiran teknik yang khusus. Bahan sampingan pertanian ataupun industri yang terdapat dengan murahnya boleh dijadikan substrat penanaman. Penggunaan bahan sampingan dapat menjimatkan kos pengeluaran penanaman cendawan di samping mengurangkan masalah pencemaran. Selepas penanaman cendawan, substrat tersebut boleh digunakan untuk membaiki struktur tanah dan boleh dijadikan sebagai makanan haiwan.

Kini terdapat tujuh jenis cendawan yang sesuai dengan ikilim di Malaysia iaitu cendawan abalon (Pleurotus cystidiosus), jerami padi (valvariella), telinga kera (Auricularia polytricha), tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju), tiram putih (Pleurotus florida), tiram kemerah-merahan (Pleurotus flabellatus), dan shiitake (Lentinus edones). Sejak kebelakangan ini, cendawan shiitake telah diusahakan di Cameron Highlands.

Suatu

masa

dahulu,

Penang

Development

Corporatiaon

telah

mengusahakan cendawan butang (Agaricus bisporus) di dalam peti sejuk, tetapi projek ini dihentikan kerana beberapa sebab.

2.2

Pengeluaran Cendawan Dunia Pada peringkat dunia, hanya 25 daripada 2000 spesis cendawan telah

dikenalpasti selamat dimakan. Tiga jenis cendawan utama yang diusahakan pada peringkat dunia ialah cendawan butang, shiitake dan jerami padi. Lebih 50% daripada cendawan butang dujial dalam betuk segar. Sebahagian besar cendawan shiitake dikeringkan manakala sebahagian besar cendawan jerami padi ditinkan. Cendawan butang mula di tanam pada tahun 1600. rekod pertama menunjukkan cendawan tersebut di tanam di Paris pada tahun 1650 dan merebak ke England pada pertengahan abad ke-18. Dari England, penanaman cendawan butang merebak ke Amerika Syarikat pada tahun 1965. Pada tahun 1890, perusahaan cendawan telah menjadi satu industri di Amerika Syarikat. Kejayaan ahli sains J.N.Constatin dan L.Matruchot dalam penyediaan benih cendawan yang ‘sterile’ (sterile mushroom spawn) pada tahun 1894 merupakan detik-detik yang penting dalam pembangunan perusahaan cendawan (Van Griensven 1987). Cendawan shiitake pula buat pertama kalinya ditanam pada tahun 1000-1100 manakala cendawan jerami padi pada tahun 1700 (Chang dan Miles 1987).

2.3

Khasiat Pemakanan Cendawan (100gram) Pecahan Zat Makanan Tenaga Air Protin Lemak Karbohidrat Serat Kalsium Fosforus Zat Besi Natrium Kalium Vitamin B1 Vitamin B2 Niasin Vitamin C

Kandungan 37 kcal 89.2 gm 3.6 gm 0.7 gm 4.1 gm 1.8 gm 2 mg 88 mg 1 mg 6 mg 195 mg 0.03 mg 0.45 mg 1.9 mg 9.4 mg

3.0 METHODOLOGI Perlaksanaan projek ini dijalankan dengan menggunakan tenaga manusia semaksima yang mungkin bagi mengurangkan kos yang terlibat. Ini adalah kerana saya mempunyai sumber kewangan yang terhad dan kos untuk membeli mesin juga

adalah sangat tinggi. Untuk peringkat permulaan, saya terpaksa melakukan semua kerja secara manual tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang pendek sementara memperolehi kewangan yang cukup untuk membeli mesin. Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor persekitaran yang penting seperti jenis substrat, suhu, kelembapan, cahaya dan pengudaraan. Berikut merupakan cara kerja bermula dari awal sehinggalah cendawan dapat dituai: 1. Pembinaan Rumah Cendawan •

Pembinaan rumah cendawan yang baru dan spesifik tidak diperlukan. Adalah lebih ekonomik jika menggunakan ruangruang yang sedia ada dan hanya menambah rak-rak dan dibuat sedikit pengubahsuaian seperti memasang jaring di dinding untuk mengelakkan serangan perosak dan memasang paip air supaya mudah membuat penyiraman.



Bahan-bahan yang baru juga tidak diperlukan, memadai dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan bahan-bahan yang sedia ada.



Namun demikian,

untuk

menjamin

kelembapan

rumah

cendawan, daun nipah boleh digunakan untuk atap dan dinding. •

Tali digunakan sebagai tempat untuk meletakan beg cendawan. Tali digunakan sebagai menggantikan rak. Penggunaan tali boleh memaksimumkan beg cendawan untuk setiap bangsal.

2. Penyediaan Beg Media Cendawan Beg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat maisilium cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu getah, dedak halus, kapur pertanian (CaCO3) dan air. Peralatan yang

digunakan ialah beg plastik ( saiz 6 inci x 12 inci, tahan panas), leher dan penutup beg, kapas, dan penyodok kecil. Cara-cara penyediaan beg cendawan adalah seperti berikut. •

Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaulk pada kadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.



Air disiram sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal.



Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam beg plastik dan hentak dengan tangan sehingga padat.



Leher dan tutup dipasang ( penutup disumbat dengan sedikit kapas)



Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis habuk kayu yang telah dibancuh.

3. Pengukusan Beg Media Cendawan Selepas peyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu supaya tidak berlaku pencemaran. Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram, set dapur gas, pelapik dan penutup tong drum ( besen alumunium). Cara-cara untuk pengukusan beg media cendawan adalah seperti berikut: •

Pelapik diletakkan setinggi 12 cm kedalam tong drum



Air diisikan ke dalam tong dram sama paras dengan tinggi pelapik



Beg-beg media cendawan disusun secara menegak kedalam tong dram dan tutup rapat dengan besen alluminium.



Kukus selama 6 jam



Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram dan disejukkan selama 1 malam.

4. Penyuntikan benih Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan benih dilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih yng dijalankan di dalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran. Bahan / peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan, pencungkil besi, lilin, marker pen dan mancis api. Cara-cara menyuntik benih adalah seperti berikut. •

Benih yang baik dipilih iaitu yang berwarna putih bersih



Pencungkil besi dipanaskan (layur) di atas api untuk membunuh semua organisma yang boleh menyebabkan pencemaran.



Benih cendawan di hancurkan dengan pencungkil yang telah dilayur.



Mulut beg media cendawan dibuka dan benih cendawan dimasukkan anggaran satu sudu besar.



Penutup mulut beg media cendawan dilayur dan leher beg media cendawan dipasang kembali.



Tarikh benih disuntik dicatat pada beg cendawan



Beg media cendawan diperam selama 50 – 60 hari sehingga maisilium cendawan memenuhi beg.

5. Penjagaan Beg Cendawan •

Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan di suatu ruangan khas untuk proses pemeraman sebelum dialih ke rak tali.



Keadaan suhu antara 28 C – 32 C adalah sesuai bagi pertumbuhan maisilium semasa pemeraman.



Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan cendawan ialah 30 C – 32 C.



Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan yang diperlukan, rumah cendawan disiram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Siraman dilakukan ke arah dinding, lantai, beg media cendawan dan juga bumbung rumah cendawan.



Beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg yang berwarna merah jingga, hitam, kuning kehijauan serta beg yang telah dimasuki oleh serangga dan berulat dimasukkan ke dalam plastik sampah dibuang atau dimusnahkan.



Beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik dikeluarkan dari rumah cendawan. Beg-beg ini boleh dikitar semula sebagai baja kompos tanaman.



Persekitaran rumah cendawan dibersihkan dari rumpai dan sampah sarap.



Banyakkan menanam pokok-pokok rendang di sekeliling rumah cendawan untuk mendapatkan suasana redup dan suhu yang rendah.



Pengudaraan yang baik diperlukan untuk pertumbuhan cendawan yang subur.



Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang lemah dan serata. Pancaran cahaya matahari yang terus kedalam rumah cendawan akan membantutkan pertumbuhan cendawan.

6. Memungut Hasil. Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45 – 60 hari, kerja yang selanjutnya ialah memungut hasil. Cara-cara memungut hasil adalah seperti berikut: •

Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan, pindahkan dan susun beg secara rebah di atas rak tali di dalam rumah cendawan. Suhu yang sesuai di dalam rumah cendawan ialah 30 C – 32 C.



Mulut beg media cendawan dibuka dan hasil pertama akan keluar dalam masa 3 – 5 hari setelah dibuka.



Iar disembur di dinding, lantai dan badan beg-beg media cendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.



Cendawan yang telah berkembang dipungut sebelum bahagian tepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah.



Mulut beg media cendawan ditutup kembali dan direhatkan selama 7 – 10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaran hasil berikutnya.

Kutipan hasil pertama cendawan ialah di antara 50 – 60 hari selepas menuntik benih. Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10 – 14 hari beg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh mencapai jumlah sebanyak 60 – 80 g/beg dan satu beg media cendawan boleh memberikan 5 – 6 kali kutipan hasil untuk selama 3 – 4 bulan. Cendawan yang telah dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5 C – 10 C selama 3 – 4 hari.

7. Pengawalan Perosak dan Penyakit. •

Sekiranya beg-beg media cendawan dikukus dengan cukup iaitu sekurang-kurangnya 7 jam dengan menggunakan tong dram, segala perosak dan penyebab penyakit didalam beg akan mati dan musnah.



Keadaan rumah cendawan yang sentiasa bersih dan cukup pengudaraan boleh mengurangkan serangan perosak dan kejadian penyakit.



Penyakit yang disebabkan oleh kulat Neurospora sp. yang berwarna merah jingga biasanya menyerang di peringkat awal. Jika ini berlaku, beg-beg yang yang diserang dimasukkan ke dalam plastik dan dimusnahkan. Rak rak kosong dan ruangruang di dalam rumah cendawan disembur dengan larutan Dettol 10% atau klorok.



Sekiranya terdapat serangan kulat lain, beg-beg akan berwarna kehijauan, kekuningan atau kehitaman. Beg-beg tersebut dimasukkan kedalam plastik dan dibuang atau dimusnahkan.



Serangan bakteria boleh dikenalpasti apabila batang dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Untuk mengelakkan penyakit ini, rumpun cendawan segera dicabut dan ditutup serta direhatkan. Siraman air akan dikurangkan dan sistem pengudaraan dalam rumah cendawan dibaiki.



Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling dinding rumah cendawan supaya rumah cendawan kalis serangga. Jika terdapat ulat di dalam beg media cendawan, beg-beg tersebut dikukus selama 1-2 jam dan dimusnahkan.



Jika terdapat tanda-tanda serangan tikus, lipas dan semut, racun yang berbentuk umpan atau perangkap digunakan. Dengan ini, pencemaran racun tidak akan berlaku ke atas cendawan.

3.1 Carta Alir Gerak Kerja Projek

PERANCANGAN

PENYEDIAAN KAWASAN

PENANAMAN

PENJAGAAN / PENYELENGGARAAN

PENUAIAN

PEMBUNGKUSAN

PEMASARAN

4.0 PERINGKAT PERLAKSANAAN PROJEK

Sebagai peringkat permulaan, saya telah menanam kira – kira 15000 beg cendawan. Walaupun hasil pertama kami tidak begitu banyak, tetapi permintaan adalah amat memberangsangkan. Daripada tinjauan yang dibuat, permintaan adalah melebihi 50kg sehari. Namun demikian, hasil yang kami perolehi hanya sekitar 10 15kg sehari. Justeru itu, saya merancang untuk menambah kira- kira 15 000 beg cendawan dalam masa yang terdekat dan mensasarkan untuk memenuhi ruang yang ada iaitu kira-kira 30 000 beg menjelang Mac 2007 bagi memenuhi permintaan pelanggan.

4.1 Laporan Projek Berikut merupakan projek yang telah berjalan setakat ini. Rumah 1 Keluasan rumah cendawan

:

10 kaki x 25 kaki

Tinggi

:

10 kaki

Rak

:

Besi

Kapasiti Kapasiti sekarang

:

6000 bantal

:

6000 bantal

Keluasan rumah cendawan

:

20 kaki x 20 kaki

Tinggi

:

10 kaki

Rak

:

Besi

Rumah 2

Kapasiti Kapasiti sekarang

: :

9000 bantal

9000 bantal

Anggaran Perbelanjaan Penanaman Cendawan Tiram ( 15000 beg )

1. Modal Tetap a) Bangsal Cendawan •

ruang penyediaan



rak Besi

-

RM 1840 -

RM

4350 ----------RM 6190 b) Peralatan •

4 dapur

-

RM

-

RM

-

RM

-

RM

-

RM

200 •

4 tong drum 100



2 tong gas dan kepala 220



2 gelung paip getah 60



2 keping papan lapis 30

------------RM

610

2. Modal Berubah •

Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen -

RM 2000



Dedak halus 1000 kg @ 60 sen

-

RM

600 •

1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen

-

RM



Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00

-

RM

1080

20



Tutup, leher 15000 set @ 10 sen -

RM 1500



Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50

-

RM

-

RM

-

RM

1350 •

Penggunaan air 6 bulan 250



Pelbagai 750

------------RM 7550 Anggaran Hasil Pulangan •

Purata hasil / beg



15000 beg x 150 gram

-

2250 kg



Harga pasaran

-

RM

-

RM

-

150 gram

10 •

2250kg x RM 10.00 22500



Pendapatan kasar hasil cendawan -

RM 22500



Modal berubah

-

RM

7550 ------------pendapatan bersih / musim

RM 14950

4.2 Pemerhatian Sepanjang projek ini dilakukan, pelbagai pemerhatian dari semua aspek dilakukan bagi menjamin keberkesanan dan kelancaran kerja serta hasil yang akan diperoleh pada masa akan datang. Berikut merupakan aspek yang penting sepanjang tempoh projek ini berjalan: •

Penyediaan dan pemeraman

 Rumah cendawan -

Pada peringkat permulaan, keadaan rumah cendawan hendaklah gelap sedikit sementara pada peringkat penuaian, keaadaan rumah perlulah cerah tetapi jangan biarkan cahaya matahari terus mengenai beg cendawan. Ini adalah kerana misilium akan cepat bergerak dalam keadaan gelap. -

Suhu didalam rumah cendawan hendaklah sentiasa sejuk yang bertujuan untuk mempercepatkan misilium bergerak disamping hasil yang banyak berbanding dengan suhu biasa. Kandungan kelembapan yang paling sesuai untuk rumah cendawan ialah 80%.

-

Keadaan rumah yang bersih juga akan mempengaruhi hasil cendawan. Untuk kutipan hasil pertama biasanya adalah sama tetapi untuk pengeluaran seterusnya, keadaan yang bersih akan menjamin kuantiti cendawan yang banyak.

 Media -

Kandungan air yang banyak biasanya akan melambatkan proses pergerakan misilium manakala air yang sedikit menyebabkan pergerakan misilium yang cepat tetapi risiko kerosakan adalah tinggi dan hasilnya juga adalah sedikit.

-

Kandungan dedak juga akan mempengaruhi pergerakan misilium. Dedak yang banyak akan mempercepatkan pertumbuhan misilium tetapi risiko untuk menerima jangkitan kulat lain adalah tinggi. Antara kulat yang biasa menyerang ialah kulat hitam, merah dan kuning.

-

Kepadatan media cendawan juga mempengaruhi pertumbuhan misilium. Media yang terlalu padat akan melambatkan pertumbuhan misilium. Kepadatan yang sederhana adalah yang paling sesuai.

 Benih

-

Benih memainkan peranan yang paling penting dalam perkembangan misilim dan juga kadar pengeluaran hasil. Benih yang baik akan menjamin mutu dan hasil pengeluaran setiap beg cendawan disamping mempengaruhi pertumbuhan misilium. Benih yang terlalu matang dan terlalu muda tidak sesuia digunakan. Biasanya tiada pertumbuhan misilium sekiranya benih terlalu matang. Masa yang paling sesuai untuk benih ialah dalam lingkungan sebulan selepas waktu matang.

 Cuaca -

Cuaca sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil cendawan. Biasanya cendawan akan keluar dalam kuantiti yang banyak semasa musim hujan. Masalah akan timbul pada musim panas kerana pertumbuhan cendawan sering terbantut. Lantai rumah cendawan hendaklah disiram 2-3 sekali bagi mengurangkan masalah ini.



Hasil

 Waktu buka -

Tempoh yang paling sesuai untuk membuka media cendawan untuk kali pertama ialah kira-kira 70 hari dari tarikh benih disuntik. Pada masa ini, misilium adalah benar-benar matang dan biasanya kertas punutup beg cendawan akan pecah dan cendawan akan keluar dengan sendirinya. Untuk tuaian hasil kedua dan seterusnya, beg cendawan boleh dibuka kira-kira 10-14 hari selapas tuaian hasil sebelumnya.

 Tuai -

Kebiasaannya, cendawan akan dapat dituai selepas 5-7 hari beg cendawan dibuka. Tetapi ianya tidak menentu kerana

pertumbuhan cendawan sentiasa bergantung pada keadaan cuaca dan sekeliling.  Pemasaran -

Untuk menjamin kualiti, cendawan yang telah dituai seharusnya dipasarkan dengan segera. Ini adalah kerana cendawan merupakan sejenis tumbuhan yang tidak tahan lama selepas dipetik. Cendawan akan biasanya akan dapat bertahan selama 5-7 hari didalam peti dan hanya 1-2 hari dalam keadaan biasa.



Pasaran  Pada masa sekarang, permintaan terhadap cendawan akan sentiasa meningkat. Daripada pemerhatian yang dibuat, terdapat banyak kedai-kedai makan baru yang tumbug seperti cendawan selepas hujan. Kebanyakan kedai-kedai tersebut adalah berasaskan makanan ala Thai dimana cendawan merupakan antara keperluan untuk masakan tersebut. Tidak mustahil permintaan terhadap cendawan segar akan sentiasa meningkat.



Potensi  Potensi terhadap cendawan adalah begitu besar. Dalam zaman kemajuan teknologi sekarang, pelbagai makanan mungkin dapat dihasilkan daripada cendawan. Seperti yang kita lihat sekarang. Pelbagai makanan yang berasaskan cendawan dapat dihasilkan seperti nugget cendawan, bebola cendawan, kerepek cendawan dan lain-lain. Tidak mustahil pada suatu hari nanti kami akan mampu untuk membuat jus cendawan.

4.3

Pemasaran

Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pemasaran merupakan aspek yang terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Tanpa pemasaran yang berkesan, sesuatu perniagaan pasti akan mengalami masalah sekaligus akan memusnahkan impian untuk maju dalam perniagaan. Justeru itu, sebelum menceburkan diri dalam tanaman cendawan ini, tinjauan terhadap permintaan terlebih dahulu dilakukan. Cendawan mudah rosak, oleh itu, sistem pemasaran yang cekap diperlukan. Terdapat dua saluran utama pemasaran cendawan segar yang selalu digunakan untuk pemasaran cendawan segar tropika iaitu secara terus ataupun melalui orang tengah. Berikut merupakan hasil tinjauan awal saya terhadap permintaan cendawan tiram kelabu sekitar Kuala Terengganu untuk satu hari. •

Pasaraya

:

±10kg



Kedai makan

:

±15kg



Pemborong

:

±30kg



Pasar

:

±15kg



Terus kepada pengguna

:

±20kg

Oleh kerana pengeluaran cendawan tiram kelabu adalah tidak menentu dan sentiasa berubah-rubah mengikut cuaca selain hasil yang agak sedikit, maka kami terlebih dahulu mensasarkan untuk menjual produk kami terus kepada pengguna. 4.4

Masalah –masalah Yang Dihadapi •

Benih Benih cendawan amat sukar didapati. Tempahan biasanya dibuat melalui Pejabat Pertanian dan selalunya memakan masa yang lama untuk diperolehi. Selain itu, benih cendawan tidak tahan lama iaitu kira-kira sebulan sahaja selepas waktu matang.



Kerosakan Terdapat kerosakan pada media cendawan yang disebabkan oleh pelbagai punca. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan pada media

cendawan adalah disebabkan persekitaran, kerosakan benih, kebocoran plastik dan kecuaian semasa mengukus dan menyuntik benih. •

Persaingan Kemasukan cendawan dari Thailand yang mengenakan harga yang sangat murah iaitu antara RM3 – RM4 pada harga borong sedangkan harga yang kami jual adalah sekitar RM10 sekilogram



Penyediaan Masa untuk membungkus dan memadat media cendawan memerlukan masa yang lama untuk disiapkan dengan menggunakan cara manual



Hasil Hasil cendawan yang tidak menentu yang sentiasa bergantung kepada cuaca menyukarkan untuk menghantar hasil secara tetap.



Penerimaan produk Oleh kerana cendawan tempatan merupakan satu produk yang baru dikalangan masyarakat Malaysia, terutamanya bagi orang melayu dan india, maka penerimaan produk menjadi satu masalah. Ramai antara pengguna tempatan tidak tahu cara memasak cendawan dan belum mencuba memakan cendawan. Masih ramai pengguna yang masih ragu-ragu tentang keselamatan cendawan tempatan untuk dimakan.

5.0 PERINGKAT PERANCANGAN Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat, hasil yang hanya diperolehi daripada beg cendawan yang ada hanyalah sekitar 10kg sahaja sehari. Oleh yang demikian, kami dalam proses menambah 15 000 beg cendawan lagi menjelang September 2006. Kami mensasarkan untuk terus menambah beg cendawan selagi terdapat permintaan yang tinggi dari pengguna. Berikut merupakan anggaran kos bagi 15000 beg cendawan menjelang Mac 2007. 1. Modal Tetap

a) Bangsal Cendawan •

1 ruang penyediaan 12 kaki x 40 kaki



Bangsal besi boleh pindah



Rak Besi

-

RM 5650 -

RM

4120 ----------RM 9770 2. Modal Berubah •

Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen -

RM 2000



Dedak halus 1000 kg @ 60 sen

-

RM

600 •

1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen

-

RM



Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00

-

RM

20

1080 •

Tutup, leher 15000 set @ 10 sen -

RM 1500



Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50

-

RM

-

RM

-

RM

1350 •

Penggunaan air 6 bulan 250



Pelbagai 750

------------RM 7550

Anggaran Hasil Pulangan



Purata hasil / beg



15000 beg x 150 gram

-

2250 kg



Harga pasaran

-

RM

-

RM

-

150 gram

10 •

2250kg x RM 10.00 22500



Pendapatan kasar hasil cendawan -

RM 22500



Modal berubah

-

RM

7550 ------------pendapatan bersih / musim

RM 14950

Bagi mencapai hasrat ini, beberapa peralatan sangat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan mempercepatkan kerja. Antara barang keperluan yang penting adalah: 1. Rumah cendawan (RM 10000)

2. Mesin pembancuh (RM 8000)

3. Mesin Pengisi / pemadat (RM 35 000)

1 unit

4. Alat pengukus (RM 8000)

1 unit

Dengan terdapatnya keperluan seperti ini, saya yakin dapat menambah beg cendawan dari 200 beg kepada 1000 beg sehari. Sekiranya ini tercapai, hasrat untuk memasarkan cendawan melebihi 50kg sehari pasti akan tercapai. Diharapkan projek ini akan menerima bantuan sewajarnya bagi mencapai sasaran yang untuk memajukan bidang pertanian.

5.1

Sasaran Sasaran utama kami pada masa akan datang ialah dapat menguasai pasaran

cendawan tiram kelabu di seluruh Negeri Terengganu dimana rata-rata peniaga runcit dan pasaraya memperoleh cendawan dari Pahang. Disamping itu, kami akan berusaha untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai khasiat cendawan tiram kelabu memandangkan masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Dalam pada itu juga, kami akan sedaya upaya untuk mempromosikan cendawan goreng yang kini begitu popular di selatan tanah air Malaysia. Kami juga sedang berusaha untuk mengumpul seberapa banyak resipi yang yang berasaskan cendawan untuk diedarkan kepada pelanggan kami. Ini kerana ramai yang tidak mengetahui kaedah masakan yang sesuai bagi cendawan.

6.0 KESIMPULAN Pertanian merupakan satu bidang yang tidak asing bagi kita. Namun demikian, kita boleh lihat, hanya berapa orang sahaja yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang ini. Ramai golongan muda-mudi sekarang tidak berminat untuk menceburi diri dalam bidang ini. Sebagai contoh, ramai muda-mudi sekarang tidak bekerja malah graduan juga ramai yang tidak dapat bekerja. Mereka beranggapan bahawa bidang pertanian tidak sesuai dengan meraka yang mempunyai kelulusan dalam jurusan lain. Disini kami ingin buktikan bahawa graduan seperti kami mampu untuk menceburkan diri dalam bidang ini sehingga berjaya. Dengan kelulusan yang kami ada, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pertanian negara sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan pertanian. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan projek kami telah dianggap berjaya mencapai matlamat asalnya. Walaupun pada peringkat awal kami mempunyai banyak masalah dan kesukaran, namun dengan kerjasama dan kesepakatan yang kami ada, segala masalah dapat diatasi dengan berkesan. Tanpa bantuan pihak Jabatan Pertanian juga, amat sukar untuk kami berjaya. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan kami guna sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan harapan yang telah diberikan. Diharap juga, projek ini akan menjadi kerjaya utama kami untuik mencari sumber pendapatan.

7.0 CADANGAN Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh membantu dalam menjayakan projek tanaman cendawan saya. •

Jabatan pertanian seharusnya menyediakan kursus atau pendedahan yang lebih mendalam dalam teknik penanaman cendawan.



Penyelidikan yang berterusan hendaklah dilakukan bagi mencari formula terbaru untuk meningkatkan kadar keluaran cendawan untuk setiap musim.



Pihak yang terlibat seharusnya menyediakan bantuan kepada pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang betul-betul bersungguh dan gigih untuk memajukan industri ini.



Pihak Jabatan Pertanian juga seharusnya memantau setiap perjalanan projek bagi memberi keyakinan dan semangat kepada pengusaha.

Related Documents

Proposal Cendawan
November 2019 23
Kursus Cendawan
December 2019 26
Gigih Tanam Cendawan
October 2019 29
Hikayat Cendawan Putih
October 2019 28