Maal Hijrah Menjana Kemajuan dan Tamadun Umat Islam
ِّحم َٰـنِ ٱلرّحِيم ۡ بِسۡمِ ٱلِ ٱلر Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad pada tahun 622 masihi. Awal muharram adalah awal tahun Hijrah,maka masyarakat Islam menyambut hari itu sebagai hari mengenangi peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah.Hijrah adalah besar ertinya dalam sejarah perkembangan dakwah Islamiah kerana di sanalah banyak pergorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah serta para Sahabat bagi memartabatkan islam di atas muka bumi ini,kerana dari tarikh itu dakwah Islam mula menempuh zaman baru dan mencapai kejayaan yang gemilang. Sekiranya kita perhatikan, sebelum hijrah umat Islam adalah merupakan beberapa kerat manusia yang ditindas dan diseksa oleh kaum Musryrikin,tetapi setelah hijrah kaum Muslimin telah mempunyai kedudukan yang kuat dan terbentuk sebuah masyarakat yang ada dengan peraturan, pimpinan dan matlamatnya yang tersendiri. Oleh itu peristiwa hijrah adalah dikenang oleh umat Islam tiap-tiap tahun untuk menjadi pengajaran dan mengingati segala tenaga yang telah dicurahkan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya sebagai Khalifah Allah di atas dunia ini bagi menegakkan Islam, dan kenangan itu timbullah kesedaran bahawa kemuliaan Islam dan wujudnya Negara Islam bukanlah didapati dengan percuma, malah dengan melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan tenaga.
وَٱلسّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلّذِينَ ٱتّبَعُوهُم ُٱلأ َۡنه َٰـر ۡ َحتَهَا ۡ َجرِى ت ۡ ُم جَن ّٰـتٍ۬ ت ۡ بِإِحۡسَـٰنٍ۬ رّضِىَ ٱلُّ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ ع َۡنهُ وَأَعَدّ لَه )١٠٠ ( ُخَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬اۚ َذٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيم
Maksudnya; “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (at-Taubah : 100)
MUHARRAM. MUHARRAM-
Manusia:khalifah di muka bumi, Untuknya akal dan rohani, Hidayah dalam kitab suci, Akal mengatasi nafsu haiwani, Ruhani mensuci memuliakan diri, Rahmat Allah pada insani, Atas segala kejahatan tidak terperi, Mari tegakkan kebaikan yang murni.
ًَرضِ خَلِيفَ ۬ۖة ۡ ٱلأ ۡ لٌ فِى ۬ ِوَإِذۡ قَالَ رَبّكَ ل ِۡلمَل َٰٓـٕٮِكَةِ إِنّى جَاع Di dalam Hijrah manusia yang teragung yang disentiasa dikenang oleh semua umat Islam ialah tentang peribadi Rasulullah itu sendiri. Semua umat mestilah mengetahui tentang Rasulullah dan cuba mengamalkan sunnah baginda sebagaimana firman Allah;
َٱلأَخِر ۡ ََوم ۡ َٱلي ۡ َرجُواْ ٱلَّ و ۡ سنَ ۬ةٌ لّمَن كَانَ ي َ َُسوَةٌ ح ۡ ُم فِى رَسُولِ ٱلِّ أ ۡ َد كَانَ لَك ۡ لّق ٢١( )وَذَكَرَ ٱلَّ َكثِي ۬رًا Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzab : 21)
Muhammad ) صـــلى ال عليـــه و ســـلمbahasa Arab: محممممد, juga dikenal sebagai Mohammad, Mohammed, dan kadang-kadang oleh orientalis Mahomet, Mahomed( adalah pembawa ajaran Islam, dan diyakini oleh umat Muslim sebagai nabi Allah )Rasul( yang terakhir. Menurut biografi tradisional Muslimnya )dalam bahasa Arab disebut sirah(, ia lahir sekitar tahun 570, diperkirakan 20 April 570 di Mekkah )atau "Makkah"(, Hampir semua ahli hadits dan sejarawan sepakat bahwa Muhammad lahir di bulan Rabiulawal, iaitu pada hari Isnin 12 Rabiulawal dan wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 632 M, di Madinah. Kedua kota tersebut terletak di daerah Hejaz )Arab Saudi saat ini(. "Muhammad" dalam bahasa Arab berarti "dia yang terpuji". Muslim mempercayai bahwa ajaran Islam yang dibawa oleh Muhammad adalah penyempurnaan dari agama-agama yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya. Mereka memanggilnya
dengan gelar Rasulullah )(رسول ال, dan menambahkan kalimat sallallaahu alayhi wasallam )صلى ال عليه و سلم, yang berarti "semoga Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan kepadanya"; sering disingkat "s.a.w" atau "S.A.W"( setelah namanya. Selain itu Al-Qur'an dalam Surah As-Saff )QS 61:6( menyebut Muhammad dengan nama "Ahmad" )(أحممد, yang dalam bahasa Arab juga berarti "terpuji".
ِى ٓ َر َيمَ ي َٰـ ٓبَن ۡ ٱبنُ م ۡ وَإِذۡ قَالَ عِيسَى إِسۡ َر ٲءِيلَ إِنّى رَسُولُ ٱلِّ إِل َۡيكُم َعدِى ۡ ِن ب ۢ لٍ ي َۡأتِى م ۬ مّصَدّقً۬ا لّمَا ب َۡينَ يَدَىّ ِمنَ ٱلتّوۡرَٰٮةِ وَمُ َبشّرَۢا بِرَسُو ( ٌن ۬ ِح ۬رٌ مّبِي ۡ ِٱلبَيّنَـٰتِ قَالُواْ هَـٰذَا س ۡ ٱسمُهُ ۥۤ أَحۡمَ ۖدُ فَلَمّا ج َٓاءَهُم ب ۡ ٦) Maksudnya:” Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keteranganketerangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata! (Surah asSaff : 6)
Michael H. Hart, dalam bukunya The 100, menetapkan Muhammad sebagai tokoh paling berpengaruh sepanjang sejarah manusia. Menurut Hart, Muhammad adalah satu-satunya orang yang berhasil meraih keberhasilan luar biasa baik dalam hal agama maupun hal duniawi. Dia memimpin bangsa yang awalnya terbelakang dan terpecah belah, menjadi bangsa maju yang bahkan sanggup mengalahkan pasukan Romawi di medan pertempuran. Silsilah Muhammad dari kedua orang tuanya kembali ke Kilab bin Murrah bin Ka'b bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr )Quraish( bin Malik bin an-Nadr )Qais( bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah )Amir( bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma`ad bin Adnan. Dimana Adnan merupakan keturunan laki-laki ke tujuh dari Ismail bin Ibrahim, yaitu keturunan Sam bin Nuh.[ Para penulis sirah )biografi( Muhammad pada umumnya sepakat bahwa ia lahir di Tahun Gajah, yaitu tahun 570 M. Muhammad lahir di kota Mekkah, di bagian Selatan Jazirah Arab, suatu tempat yang ketika itu merupakan daerah paling terbelakang di dunia, jauh dari pusat perdagangan, seni, maupun ilmu pengetahuan. Ayahnya, Abdullah, meninggal dalam perjalanan dagang di Yatsrib, ketika Muhammad masih dalam kandungan. Ia meninggalkan harta lima ekor unta, sekawanan biri-biri dan seorang budak perempuan bernama Ummu Aiman yang kemudian mengasuh Nabi.
Pada saat Muhammad berusia enam tahun, ibunya Aminah binti Wahab mengajaknya ke Yatsrib )Madinah( untuk mengunjungi keluarganya serta mengunjungi makam ayahnya. Namun dalam perjalanan pulang, ibunya jatuh sakit. Setelah beberapa hari, Aminah meninggal dunia di Abwa' yang terletak tidak jauh dari Yatsrib, dan dikuburkan di sana. Setelah ibunya meninggal, Muhammad dijaga oleh datuknya, 'Abd al-Muththalib. Setelah datuknya meninggal, ia dijaga oleh pamannya, Abu Thalib. Ketika inilah ia diminta menggembala kambing-kambingnya disekitar Mekkah dan kerap menemani pamannya dalam urusan dagangnya ke negeri Syam )Syria, Lebanon,Jordan dan Palestina(. Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Saidina Ali untuk menggantikan tempat tidur baginda. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi. Allah Berfirman;
ُوَإِذۡ يَمۡكُرُ بِكَ ٱلّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثۡبِتُوكَ أَوۡ يَقۡتُلُوكَ أَوۡ يُخۡرِجُوكَۚ وَيَمۡكُرُونَ وَيَمۡكُر ٣٠ ( َٱلمَـٰڪِرِين ۡ ُلُّ وَٱلُّ خ َۡير ۖ )ٱ Maksudnya :”Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.” (Al-Anfal:30)
Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka, pembela dan pelindung Nabi. Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Abu Bakar dalam gua Thur, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Allah memuji Saidina Abu Bakar sebagaimana firmanNya;
إِلّ تَنصُرُوهُ فَقَدۡ نَصَرَهُ ٱلُّ إِذۡ أَخۡرَجَهُ ٱلّذِينَ ڪَفَرُواْ ثَانِىَ ٱثۡن َۡينِ إِذۡ هُمَا فِى ُّٱلۡغَارِ إِذۡ يَقُولُ لِصَـٰحِبِهِۦ لَ تَحۡزَنۡ إِنّ ٱلَّ مَعَن َۖا فَأَنزَلَ ٱل
ْۥ بِجُنُودٍ۬ لّمۡ تَرَوۡهَا وَجَعَلَ ڪَلِمَةَ ٱلّذِينَ ڪَفَرُوا ُسَڪِينَتَهُ ۥ عَلَيۡهِ وَأَيّ َده ٤٠ ( ٌٱلع ُۡليَاۗ وَٱلُّ عَزِيزٌ حَكِيم ۡ َ)ٱلسّفۡلَىٰۗ وَڪَلِ َمةُ ٱلِّ هِى Maksudnya : “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah : 40)
Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur, kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar kepada nama Madinah. Rasulullah juga membina serta mengasaskan Masjid yang pertama di dalam Islam sebelum tiba di kota Madinah dan diberi nama Masjid Quba sebagaimana firman Allah,
لٌ يُحِبّونَ أَن ۬ َومٍ أَحَقّ أَن تَقُومَ فِي ۚهِ فِيهِ رِجَا ۡ ِن أَوّلِ ي ۡ َى م ٰ َسجِدٌ ُأسّسَ عَلَى ٱلت ّۡقو ۡ لّم ١٠٨ ( َٱلمُطّهّرِين ۡ ّ)يَتَطَهّرُواْۚ وَٱلُّ يُحِب Maksudnya: “…, kerana sesungguhnya masjid (Quba` yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah Taubah : 108)
َ ّّن أَس س ۡ ِضوَٲنٍ خ َۡيرٌ أَم م ۡ َى تَقۡوَىٰ ِمنَ ٱلِّ وَر ٰ ۥ عَل ُأَفَمَنۡ أَسّسَ بُنۡيَـٰنَه ۡ َى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ۬ فَٱنۡہَارَ بِهِۦ فِى نَارِ جَهَنّ ۗمَ وَٱلُّ لَ يَہدِى ٰ بُنۡيَـٰ َنهُ ۥ عَل )١٠٩ ( َٱلۡقَوۡمَ ٱلظّـٰلِمِين
Maksudnya :”Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim. “ (at-Taubah109)
Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Saidina Abu Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini. Syariat Islam menyatakan bahawa sistem kalendar Islam adalah berdasarkan kalendar Hijriyah. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang termaktub dalam surat at-Taubah ayat 36 yang bermaksud :
َ ََومَ خَل ق ۡ ٱثنَا عَشَرَ شَۡہ ۬رًا فِى ڪِتَـٰبِ ٱلِّ ي ۡ ِّإِنّ عِدّةَ ٱلشّہُورِ عِندَ ٱل َّظلِمُواْ فِيہِن ۡ ٱلقَيّ ۚمُ فَلَ ت ۡ ُٱلسّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُ ۬ۚمٌ َذٲلِكَ ٱلدّين َُواْ أَنّ ٱلَّ مَع ٓ َٱعلَم ۡ ُم ڪ َٓافّ ۬ۚةً و ۡ ُشرِڪِينَ ك َٓافّ ۬ةً ڪَمَا يُق َٰـتِلُونَك ۡ ُم وَق َٰـتِلُواْ ٱلۡم ۚۡ أَنفُسَڪ )٣٦ ( َٱلمُتّقِين ۡ
Maksudnya : “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas
bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulanbulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.” (at-Taubah : 36)
Firman Allah tersebut dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Bakrah yang bermaksud : Waktu telah kembali kepada keadaannya semula pada saat Allah s.w.t. menciptakan langit dan bumi. )Satu( tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. )Riwayat Bukhari(. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan sahabatsahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijriyah. Oleh itu, penggunaan Takwim Hijriyah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula sejak tahun ke 17 Hijriyah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini, diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang bermula pada tanggal 2 Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba pada tanggal 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Jika dihitungkan kembali, maka 1 Muharam bagi tahun pertama Hijriyah atau tarikh 1 Muharam 0001 didapati jatuh pada 16 Julai 622 Masihi iaitu pada hari Jumaat berdasarkan kiraan rukyah. Wajar disingkap untuk pengetahuan ramai bahawa sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab tidak mempunyai satu sistem kalendar yang tersendiri. Sebaliknya tahun-tahun bagi takwim mereka berasaskan sesuatu peristiwa penting yang berlaku seperti Tahun Gajah, Tahun Banjir di Mekah, Tahun Pembinaan Semula Kaabah dan sebagainya. Namun demikian, dari segi nama bulan dalam tahun Hijriyah, dunia Arab sudah mengenal nama-nama bulan seperti Muharam, Syawal, Safar dan sebagainya. Dengan kedatangan Islam, beberapa bulan telah dinyatakan di dalam kitab suci al-Quran sebagai bulan yang lebih mulia. Sistem perkiraan Takwim Hijriyah ini berdasarkan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Sementara itu, permulaan hari dalam Islam pula dikira dari masa terbenamnya matahari pada hari tersebut. Sistem Kalendar Islam yang mengandungi 12 bulan ini merupakan ketentuan Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya di atas. Dalam pada itu, sistem kalendar yang menambah bulan sehingga menjadi 13 bulan seperti yang berlaku pada kalendar kaum lain, diharamkan oleh Allah s.w.t., sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Sesungguhnya mengundurkan atau menambah bulan adalah tambahan dalam kekufuran. )AtTaubah ; 37( Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga menentukan bahawa umat Islam harus mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun, bukan berdasarkan peredaran matahari. Ini jelas daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa setiap bulan mengandungi sama ada 29 atau 30 hari. Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga bersabda bahawa umat Islam wajib memulakan ibadah puasa Ramadan apabila anak bulan kelihatan. Oleh kerana itu juga Umar
al-Khattab mengasaskan kalendar Hijrah berdasarkan pergerakan bulan, bukan matahari. Jika diimbas kembali peristiwa hijrah Nabi s.a.w., ternyata bahawa hijrah yang dilakukan baginda amat besar ertinya di dalam sejarah perkembangan dakwah Islamiah. Ini kerana bertitik tolak dari tarikh tersebut, dakwah Islam mula menempuh zaman baru dan mula mencapai kejayaan yang gemilang. Jika sebelum hijrah, umat Islam merupakan golongan yang ditindas dan diseksa oleh kaum musyrikin di Mekah, akan tetapi selepas berhijrah ke Madinah, kaum Muslimin mempunyai kedudukan yang kuat dengan terbentuknya sebuah negara Islam yang menjadi asas kekuatan dan perkembangan Islam seterusnya.
Permulaan Kalendar Islam Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak memiliki kalendar yang khusus untuk digunakan bersama. Walaubagaimanapun semua mereka mengira setahun itu dengan 12 bulan. Di samping tidak memiliki kalendar yang khusus, mereka juga menamakan 12 bulan itu dengan nama-nama yang berbeza antara satu dengan yang lain. Orang-orang Arab menghitung bulan-bulan dalam setahun berdasarkan peristiwa-peristiwa masyhur yang berlaku di dalam sejarah mereka seperti Tahun Gajah ()عام الفيــل, Peperangan al-Fijar ()وحرب الفجار, tarikh pembinaan semula kaabah dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan tabiat Arab dahulu yang sentiasa mengembara dan tidak menetap disesuatu tempat, barangkali juga disebabkan banyak berlaku peperangan dan perbalahan sesama mereka antara kabilah-kabilah yang berbagai-bagai. Disamping mereka tidak pernah berhimpun untuk sesuatu peristiwa yang sama sebagai memulakan satu tarikh yang sama untuk mereka. Dalam keadaan sedemikian, orang-orang Arab bersepakat memuliakan 4 bulan yang sama dalam setahun. Bulan-bulan tersebut ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Mereka mengharamkan peperang dan pencerobohan dilakukan di dalamnya. Walaubagaimanapun mereka tidak sunyi dari melakukan tipudaya/muslihat dengan menggunakan Nizom al-Nasi’ ( )نظام النســيءdengan mengawal dan melewatkan bulan-bulan yang haram ini sesuka hati mereka. Mereka berterusan dalam keadaan begitu sehingga datangnya Islam dan mengharamkannya, firman Allah swt: )maksudnya(”Sesungguhnya )al-Nasi’ - ( النســيءmengundur-ngundurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-ngundurkan itu, mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah…” )al-Taubah:37(
Selepas datangnya Islam, orang-orang Arab dan Umat Islam kekal beberapa tempoh dalam keadaan sedemikian )tidak ada kalendar yang khusus(. Mereka menetapkan tarikh dengan peristiwa-peristiwa yang penting. Keadaan ini berterusan sehinggalah selepas berlakunya peristiwa hijrah al-Rasul saw ke Madinah al-Munawwarah, dalam bentuk tidak diberikan tarikh-tarikh dalam bentuk bilangan dalam setiap tahun, sebaliknya hanya diberikan namanama peristiwa penting yang berlaku di dalamnya, maka 10 tahun selepas hijrahnya Nabi saw ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda diberikan namanama seperti berikut. 1. Tahun pertama )hijrah( dikenali sebagai al-Izn ()الذن 2. Tahun kedua )hijrah( dikenali sebagai al-Amr ()المر 3. Tahun ketiga dikenali sebagai al-Tamhish )(التمحيص 4. Tahun keempat dikenali sebagai al-Turfiah )(الترفئة 5. Tahun kelima dikenali sebagai al-Zalzal ()الزلزال 6. Tahun keenam dikenali sebagai al-Isti’nas ()الستئناس 7. Tahun ketujuh sebagai al-Istighlab ()الستغلب 8. Tahun kelapan sebagai al-Istiwa’ ()الستواء 9. Tahun kesembilan sebagai al-Bara-ah ()البراءة 10. Tahun kesepuluh sebagai al-Wada’ ()الوداع Keadaan ini berterusan sehinggalah dizaman pemerintahan ‘Umar Ibn al-Khattab r.a. timbullah keperluan bagi sebuah negara Islam yang luas empayarnya untuk memiliki kalendar yang khusus. Selepas perbincangan dan musyawarah bersama pembesar-pembesar sahabat, mereka semua )para sahabat Nabi saw( bersepakat untuk menjadikan hijrah Nabi saw sebagai permulaan bagi kalendar islam. Ini kerana peristiwa hijrah itu berperanan besar memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, ia juga merupakan permulaan bagi daulah islamiyyah. Mereka juga bersepakat menjadikan awal muharram )permulaan bulan Muharram( tahun hijrahnya Rasulullah saw sebagai permulaan kalendar islam, kerana bulan muharram merupakan bulan yang paling masyhur dalam bulanbulan yang haram dan kedudukan yang pertama dalam pengiraan dan dalam bulan itu juga umat Islam selesai daripada menunaikan ibadat haji. )sumber:islamonline(
Perlu diambil perhatian hijrah bukanlah berlaku pada hari pertama dalam bulan muaharram ini, sebaliknya hijrah bermula di penghujung bulan Safar dan Nabi saw sampai di Madinah pada 12 Rabi’ulawwal. Bulan Muharram adalah tempoh keazaman untuk melakukan hijrah, dimana bai’ah )janji taat setia( berlaku di dalam bulan Zulhijjah dan ia dikira sebagai muqaddimah hijrah, dan anak bulan yang berikutnya selepas Zulhijjah ialah anak bulan Muharram dan ketika itulah bermulanya azam untuk melakukan hijrah. Inilah kesesuaian/munasabah menjadikan Muharram itu sebagai titik permulaan hijrah dan pengiraan kalendar Islam. Kalendar hijrah dimulakan pada tahun ke-16 hijrah, dkatakan juga mula digunakan pada tahun 17 hijrah di zaman pemerintahan ‘Umar ibn al-Khattab r.a. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan ‘Umar r.a. memulakan pengiraan kalendar Islam, antaranya riwayat daripada al-Sya’bi tentang peristiwa Abu Musa menulis surat kepada ‘Umar, dimana beliau telah menerima beberapa pucuk surat daripada ‘Umar yang tidak mempunyai tarikh, sehingga beliau tidak mengetahui bilakah surat itu diutuskan kepadanya. Lalu ‘Umar r.a. menghimpunkan para sahabat Nabi saw untuk membincangan tentang permulaan kalendar Islam. Sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalender Islam sempena pengutusan Nabi saw. Sebahagian yang lain mengatakan kita mulakan dengan )tahun( hijrah. Lalu Umar r.a. berkata: “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kiralah darinya.” Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 17 hijrah. )fath al-Bari, 7/376) Setelah mereka bersetuju untuk memulakan pengiraan kalender Islam pada tahun hijrah, sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalendar dengan bulan Ramadhan, lalu ‘Umar r.a. berkata: “Bahkan mulakan dengan Muharram, kerana ketika itu manusia selesai dari menunaikan haji.” lalu mereka semua bersetuju. Di dalam riwayat yang lain menyatakan yang mencadangkan pengiraan bermula dengan tahun hijrah itu ialah ‘Ali r.a. lalu dipersetujui oleh Saidina ‘Umar Terdapat juga riwayat daripada daripada Ibn Sirin yang menyebut suatu hari seorang lelaki dari Yaman sampai di Madinah menceritakan dia melihat di Yaman sesuatu yang dinamakan al-Tarikh, mereka menulisnya daripada tahun demikian dan bulan demikian, lalu ‘Umar menghimpunkan manusia untuk membuat perkara yang sama. Kata sebahagian orang, mulakan dengan hari maulid Nabi saw, berkata yang lain: mulakan dengan pengutusan baginda saw, berkata yang lain mulakan daripada hijrah, berkata yang lain lagi mulakan dengan kewafatan baginda saw. Lalu ‘Umar berkata: Kita mulakan mengira dari keluarnya baginda dari Mekah ke Madinah.” Kemudian dikatakan kepada ‘Umar: “Bulan apa kita hendak mulakan?” Sebahagian orang berpendapat dimulakan dengan bulan Rejab, sebahagian yang lain bulan Ramadhan, lalu Uthman berkata: Kita mulakan dengan bulan Muharram, kerana ianya bulan haram, dan ianya awal tahun dan pulangnya orang ramai dari menunakan haji.” Kata Ibn Sirin peristiwa
itu berlaku pada tahun 17 hijrah - dikatakan juga pada 16 hijrah - dalam bulan Rabiulawwal. )Sila rujuk Fath al-Bari, 7/376-377(
Hari Asyura Di dalam bulan Muharram ada satu hari yang sangat besar kelebihannya iaitu hari Asyura. Ia merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura )atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh(. Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram, di antaranya: • • • • • • • •
Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Adam a.s. dicipta. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
• • • • • • • • • • • • • •
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Adakah kita Memahami Konsep Hijrah Ini? Selamat menyambut Awal Muharram 1430.Tahun baru Hijrah datang lagi memperingatkan kita bahawa perjalanan di dunia semakin jauh dan kita semakin dekat dengan'ajal'-saat untuk menemui Allah.Usia kita makin kurang dan makin sedikit.Bukan bertambah dan tidak pula makin banyak seperti yang di katakan orang. Jangan lupa dan lalai, bahawa satu saat berlalu,satu saat kita makin hampir kepada kematian. Satu hari yang berlalu,kita makin dekat satu hari dengan kubur.Kini satu tahun berlalu, maka satu tahun pula dipotong dari usia kita yang telah ditetapkan. Kalau usia berkurangan,bagaimana pula dengan amalan? Adakah bertambah? Makin taatkah kita? makin baikkah kita? Makin cintakah pada Allah Nabi dan Agamanya? Ingat! harta, pangkat dan dunia akan kita tinggalkan.Jangan sampai kasih dan sayang kita pada akhirat berkurangan! Rugi! itulah kerugian paling besar!
Kalau sayang akhirat, apa tandanya? Sanggupkah kita korbankan dunia yang fana ini untuk akhirat yang kekal?Kalau sanggup,tinggalkanlah kejahatan dan lakukanlah kebaikan.Tinggalkanlah tempat jahat dan carilah kawan yang baik. Bagaimana untuk mengenal baik dan jahat? Ilmu agama! Dengan ilmu agama kita kenal baik dan buruk.Berdampinglah dengan ulama'yang jujur dengan ilmu mereka.Ulama'yang berani berkata benar-menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram. Dalam sejarah ramai ulama'yang telah ditangkap dan dipenjara malah diseksa oleh pemerintah zamannya.Mengapa?Kerana mereka berkata benar.Imam-imam yang empat )Hambali,Syafei,Maliki dan Hanafi(pun tidak terkecuali.Diseytiap zaman akan ada ulama'yang berani walaupun bilangannya tidak ramai. Mereka dihukumtapi ingat!Mereka itulah yang telah dan akan menyelamatkan orang lain dari kemurkaan Allah.Selagi ada orang yang yang mengajak kepada kebaikan maka selagi itulahbala Allah tidak turun.Tapi jika sudah tidak ada orang yang melakukan tugas amar maaruf nahi mungkaritu…maka pasti Allah akan turunkan bala. Kebaikan itu bukan hanya solat,puasa,zakat dan haji…tetapi segala termasuk kebenaran,kejujuran,keadilan dan lain-lain.Kemungkaran pula bukan hanya arak,zina,judi…tetapi termasuk rasuah,penipuan kezaliman dan lain-lain.Banyak yang sembahyang,puasa dan haji tapi rasuah dan makan benda-benda haram. Ramai orang tidak berzina membuat fitnah, sedangkan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!Jangankanbuat fitnah,dengar pun haram apalagi percaya dan membantu orang lain menyebarkannya. Ramai juga orang yang tidak buat zalim tapi membantu orang lain membuat zalim.Itupun sama hukumnya.Malah kalau berdiam diri melihat kezaliman pun dikira telah melakukan kezaliman. Sempena Muharram ini, marilah bermuhasabah dan mengukur diri…sejauh mana kita telah melaksanakan tugas khlifah di muka bumi ini.Ingat! Hidup ini singkat, semua akan berangkat menuju akhirat! Yang tua persiapkan Diri untuk mati, yang muda buat persiapan untuk mentadbir negeri. Tiada yang kekal abadi. Kita kembalikan keamanan,kebenaran dan keadilan.Kita hapuskan kesengsaraan,kebatilan dan kezaliman berpandukan Hidayah Tuhan Rabbul Jalil.
Kesimpulan Peristiwa Hijrah Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa
risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya. Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang jahil sertarakus mengikut hawa nafsu. Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’Ra’d;
ِّۗۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱل ُلَهُ ۥ ُمعَقّبَـٰتٌ۬ مّنۢ ب َۡينِ يَد َۡيهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَه َُو ۬ءًا فَل ٓ َو ۬مٍ س ۡ ّى يُغَيّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱلُّ بِق ٰ َومٍ حَت ۡ إِنّ ٱلَّ لَ يُغَيّرُ مَا بِق )١١ ( ٍمَ َر ّد لَهُ ۥۚ وَمَا لَهُم مّن دُونِهِۦ مِن وَال Maksudnya : “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. ( ar- Ra’d : 11)
Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan. Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi serta berusaha mencontohi baginda dari segenap aspek kehidupan duni a dan akhirat, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilih dan berjaya..InsyaAllah, sebagimana firman Allah Taala dalam surah ali-Imran;
ُ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبّونَ ٱلَّ فَٱتّبِعُونِى يُحۡبِبۡ ُكمُ ٱلُّ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُو َبكُمۡۗ وَٱ ّل ّّواْ فَإِنّ ٱلَّ لَ يُحِب ۡ لَ فَإِن تَوَل ۖ ُل أَطِيعُواْ ٱلَّ وَٱلرّسُو ۡ ) ق٣١ ( ٌ۬غَفُو ۬رٌ رّحِيم ٣٢ ( َ(ٱلۡكَـٰفِرِين Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31) Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.” (ali-Imran : 32)
Oleh yang demikian, peristiwa hijrah perlu dikenang oleh umat Islam setiap tahun untuk menjadi pengajaran dan peringatan tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya menegakkan Islam. Mudah-mudahan dengan kenangan itu dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa kemuliaan Islam dan kewujudan negara Islam bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya ia perlu melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan tenaga dan jiwa raga. Sesungguhnya pengorbanan tinggi yang dimiliki dan diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. dan umat Islam pada zaman baginda merupakan bukti kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah s.w.t. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini. Di samping itu juga, perlulah diketahui bahawa pengertian hijrah bukan sahaja terbatas kepada pengertian perpindahan dari satu tempat atau negeri ke tempat yang lain, tetapi ia meliputi makna maknawi iaitu berpindah daripada sifat atau perbuatan yang kurang baik atau tidak baik kepada yang baik. Pengajaran daripada hijrah Nabi s.a.w di antaranya ialah kita perlu melakukan pengorbanan untuk membawa perubahan. Ini kerana tiada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan dalam kehidupan manusia. Ia meliputi perubahan daripada perkara yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Oleh yang demikian, setiap Muslim perlu memiliki semangat dan cita-cita untuk berubah dan berjaya dalam segenap lapangan kehidupan. Hijrah juga tidak akan terlaksana sepenuhnya tanpa gandingan iman dan jihad, tidak kira sama ada hijrah pada pengertian sebenar iaitu berpindah tempat ataupun hijrah hati dan jiwa daripada keburukan kepada kebaikan. Jika diperhatikan, al-Quran sendiri banyak menggandingkan antara kalimah hijrah dengan iman dan jihad. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 218;
ََرجُون ۡ إِنّ ٱلّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلّذِينَ هَاجَرُواْ وَج َٰـهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱلِّ أُوْل َٰٓـٕٮِكَ ي )٢١٨ ( ٌرَحۡمَتَ ٱلِّۚ وَٱلُّ غَفُو ۬رٌ رّحِي ۬م Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Baqarah : 218)
Berdasarkan ayat di atas, jelas kepada kita bahawa dalam setiap perjuangan, terdapat tiga unsur yang berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain iaitu iman, hijrah dan jihad. Tanpa keimanan yang teguh dan kecintaan seseorang hamba kepada Allah s.w.t. serta semangat jihad untuk berjuang dan berkorban apa sahaja, pasti hijrah tidak dapat dilakukan sebagaimana yang dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. Namun demikian, kita masih berpeluang melakukan hijrah secara peribadi iaitu hijrah hati dengan melangkah ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan serta kemungkaran. Hijrah daripada individu yang tidak bermutu kepada individu yang bermutu dari segi akidah, syariat dan akhlak. Kesedaran terhadap kepentingan sejarah Tahun Baru Hijrah dalam Islam harus dipupuk di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Ini kerana ia dapat dijadikan penggerak ke arah kecemerlangan. Dengan kesedaran tentang latar belakang sambutan tahun baru dalam Islam, umat Islam khususnya di negara ini dapat menjadikannya sebagai wadah untuk membina keazaman baru bagi menggiatkan usaha membina peribadi dan pencapaian yang cemerlang. Oleh yang demikian, sambutan terhadap Tahun Baru Hijrah harus diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat kita agar penyelewengan akidah dan kepincangan sosial dapat diperbetulkan dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi akan dapat didaulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya, sekiranya Islam itu hanyalah berkisar tentang ibadah sembahyang dan puasa, maka hijrah tidak akan berlaku kerana keduaduanya dapat dilakukan di dalam rumah masing-masing. Akan tetapi, oleh kerana agama Islam itu melibatkan pembetulan dan pengislahan, penyusunan semula masyarakat, sehingga ke peringkat mengerah bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan, maka wajarlah umat Islam menjadikan hijrah sebagai titik renungan agar Islam hari ini bertaraf sebagaimana yang pernah ditunjuk dan diajar oleh nabi kita melalui peristiwa hijrah tersebut. Justeru itu, sambutan Tahun Baru Hijrah seharusnya disambut dengan lebih meriah dan bermakna, khususnya di kalangan umat Islam.
ُرسَلِينَ ٱلم ۡ ٱلعِزّةِ عَمّا يَصِفُونَ َوسَل َٰـمٌ عَلَى ۡ سُبۡحَـٰنَ رَبّكَ رَبّ ۡ ٱلع َٰـلَمِينَ َمدُ لِّ رَبّ ۡ َٱلح ۡ و ۡ Wallahu’alam.