Gurindam 12

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gurindam 12 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,961
  • Pages: 15
Falsafah Dan Logikal melayu Akademi Pengajian Melayu JXEA 1104 Tajuk: Falsafah Dalam Karya Melayu Klasik. (Falsafah Dalam Gurindam 12) Nama: Siti Nur Anis Bt. Muhammad Apandi No. Matrik: JEA 080133 Pensyarah:Prof. Dr. Amran b. Mohammad

FALSAFAH DAN LOGIKAL FALSAFAH DALAM KARYA MELAYU KLASIK (GURINDAM 12)

Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan dalam bukunya yang bertajuk Falsafah dan Logikal Melayu (2007: 1) dari sudut etimologi, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani atau Greek yang mana philo bermaksud cinta dan Sophia bermaksud hikmah. Falsafah dapat diertikan sebagai hasrat atau keinginan yang bersungguhsungguh untuk mendapatkan kebenaran yang sejati serta menghayati kebenaran tersebut. Menurut Dr. Hashim bin haji Musa dalam bukunya yang bertajuk Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu (2001 : 1 “falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan/ pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daropada semua aspek alam wujud/ semesta” Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah dapat ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi yang menjadi dasar ilmu- ilmu lain. Erti falsafah dari sudut praktis pula ialah “alam berfikif atau fikiran secara mendalam tentang hakikat segala sesuatu”.

Untuk melaksanakan tugasan bagi mengkaji falsafah yang tersirat dalam karya melayu klasik, pengkaji memilih Gurindam 12 sebagai objektif utama kajian. Maksud gurindam ialah nasihat dan kebenaran. Jika diteliti isinya, gurindam itu dekay benar kepada pepatah dan peribahasa. Gurindam biasanya terjadi dari sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Mengikut Raja Ali Haji, “adapun erti gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak pada akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataanya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab”.

Falsafah yang terdapat disebalik gurindam 12 ialah nilai tanggunjawab seseorang umat manusia dalam melaksanakan kewajipan kepada penciptanya. Sebagai umat islam, seseorang individu itu perlu melaksanakan kewajipan yang diperintahkan sebagai seorang muslim untuk membuktikan kepatuhannya terhadap perintah yang diberikan oleh ALLAH s.w.t. Tanggunjawab yang dimaksudkan ialah seperti melaksanakan apa yang terkandung dalam rukun islam dan rukun iman dengan penuh rasa ketakwaan. Melaksanakan tanggujawab kepada- NYA juga merupakan satu landasan untuk mendapatkan kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Kesempurnaan hidup di dunia dari sudut jasmani dan rohani amat penting untuk mendapatkan ketenangan hidup yang hakiki di dunia dan di akhirat kelak. Sebagai contoh : Barang siapa meniggalkan sembahyang Seperti rumah tiada bertiang.

Maksud rangkap gurindam tersebut ialah sesiapa yang yang meniggalkan sembahyang, amalan lain yang yang dikerjakannya tiada bernilai kerana sembahyang merupakan tiang agama.

Sifat keperihatinan dalam menjaga pancaindera yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t turut menjadi falsafah dalam kajian teks Gurindam 12. Menjaga anggota pancaindera yang dianugerahkan daripada perkara- pekara negatif adalah merupakan satu kewajipan yang dipertanggunjawabkan kepada umat manusia kerana pancaindera merupakan satu amanah yang terlalu berharga daripada ILAHI kepada setiap individu. Dengan penjagaan anggota pancaindera daripada perkara mungkar atau negatif seperti, berzina, mengumpat atau menabur fitnah dan sebagainya turut membuktikan tahap keimanan dan ketakwaan seseoarang itu kepada ILAHI. Penggunaan pancaindera di atas landasan yang betul akan memberi pulangan kebaikan kepada individu itu seperti akan memperolehi keberkatan daripada ALLAH s.w.t, dan juga akan dipandang mulia oleh masyarakat serta terhindar daripada dosa- dosa kecil atau besar. Sebagai contohnya ialah : Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi.

Rangkap gurindam tersebut menjelaskan bahawa setiap manusia perlu mengetahui dengan lebih jelas setiap tindak tanduk yang dilakukan samaada memberi kebaikan atau keburukan kepada diri sendiri dan orang di sekeliling.

Gurindam 12 turut menyajikan falsafah tentang nilai budi dan akhlak mulia dalam kehidupan. Nilai budi yang ditakrifkan dalam masyarakat melayu ialah nilai budi berbahasa, nilai budi dalam tindakan dan tingkah laku dalam hidup bermasyarakat. Nilainilai murni seperti ini sudah sebati dengan hidup masyarakat melayu kerana nilai- nilai ini akan diterapkan dalam diri setiap individu sejak mereka kecil lagi. Masyarakat boleh mengenali sikap atau tingkah laku dan juga latar belakang sesebuah keluarga melalui nilai budi yang ditonjolkan oleh seseorang individu itu. Hal ini kerana ketinggian niali budi dalam diri setiap individu akan mencerminkan tahap didikan agama yang diberikan disamping ilmu yang ada pada mereka dan status kehidupan mereka dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, seseorang individu itu perlu sentiasa menonjolkan nilai budi yang tinggi untuk tidak mendatangkan aib kepada diri sendiri, ahli keluarga dan seterusnya masyarakat. Contoh kepentingan nilai budi dalam kehidupan ialah : Jika hendak mengenal orang yang mulia, Lihatlah kepada kelakuannya. Di sini jelas menunjukkan nilai budi seseorang akan mempengaruhi corak kehidupan dan harga diri mereka dimata masyarakat dan turut nenggambarkan keperibadian seseorang individu itu.

Falsafah yang keseterusnya ialah tanggunjawab seseorang individu terhdap sesama insan. Setiap individu bukan sahaja mempunyai tanggunjawab kepada ILAHI tapi

turut mempunyai tanggunjawab kepada sesama insan. Tanggunjawab yang dimaksudakan itu adalah seperti tanggunjawab kepada ibu bapa, isteri atau suami, terhadap anak- anak dan juga masyarakat. Melaksanakan tanggunjawab terhadap sesama insan terutama terhadap kedua ibu bapa merupakan satu landasan untuk mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhrirat kelak. Hal ini kerana setiap manusia tidak akan wujud tanpa insan yang bergelar ibu dan bapa. Dalam agama islam meletakkan kedudukan ibu dan bapa di tempat yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila ada salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w bertanya kepada baginda tentang perkara yang paling disukai oleh ALLAH s.w.t. Maka Rasulullah s.a.w menjawab “ada tiga perkara yang disukai oleh ALLA s.w.t iaitu (1) Menjaga solat lima waktu sehari semalam (2) Berbakti kepada ibu dan bapa dan (3) Berjihad di jalan ALLA s.w.t. Di sini jelasalah kedudukan ibu bapa diletakkan di tempat yang tinggi kerana ALLA s.w.t mengangkat darjat ibu bapa sebelum berjihad di jalan ALLA s.w.t. Selain itu individu itu perlu menjaga keperluan mereka dengan insan yang lain di sekeliling mereka kerana keperluan batiniah tidak akan lengkap tanpa suami atau isteri, kepuasan hidup tidak akan dirasai tanpa mendengar gelak dan tawa anak- anak dan hidup akan sunyi tanpa celoteh kawan- kawan dan masyarakat. Oleh itu kita perlu memelihara dan mengharagai hubungan sesama insan tanpa perlu ada sikap sombong dan angkuh. Contoh yang dapat diambil berdasarkan falsafah tersssebut yang terkandung dalam Gurindam 12 ialah : Dengan bapa jangan durhaka, Supaya ALLAH tidak murka .

Dengan ibu hendaklah hormat

Supaya badab dapat selamat. Melalui contoh yang diberikan jelaslah terbukti bahawa keharmonian hidup berkeluarga amat dititiberatkan dalam islam dan juga masyarakat.

Jika diambil kira maksud falsafah yang dinyatakan dalam pengenalan diatas, sememangnya membuktikan masyarakat melayu juga mempunyai daya keintelektualan dan daya kreatif yang tinggi

dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau nasihat.

Sebagai contohnya masyarakat melayu menggunakan gurindam sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan peringatan kepada generasi yang akan datang. Dengan wujudnya falsafah dalam gurindam yang dicipta oleh masyarakat melayu akan dapat menghakis tanggapan yang mengatakan bahawa masyarakat melayu mempunyai daya pemikiran yang rendah.

Rujukan 1) Gurindam dalam Masyarakat Melayu oleh S. Takdir Alisiahbana. 2) Kamus Dewan Edisi Keempat. 3) Buku Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu oleh Hashim bin Hj. Musa, Ph.d 4) Buku Falsafah dan Logikal Melayu oleh Prof. Dr. Awang Sariyan. 5) http://id .wikipedia.org/wiki/Gurindam_12. 6) http://munuma.multiply.com/journal/item/50. 7) http://www.google.com/

Lampiran Gurindam 12 Gurindam I Ini gurindam pasal yang pertama: Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang ma'rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terpedaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia melarat.

Gurindam II Ini gurindam pasal yang kedua: Barang siapa mengenal yang tersebut, tahulah ia makna takut. Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua temasya. Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat. Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji.

Gurindam III Ini gurindam pasal yang ketiga: Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fi'il yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah ingat, di situlah banyak orang yang hilang semangat Hendaklah peliharakan kaki, daripada berjalan yang membawa rugi.

Gurindam IV Ini gurindam pasal yang keempat: Hati kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh. Apabila dengki sudah bertanah, datanglah daripadanya beberapa anak panah. Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, di situlah banyak orang yang tergelincir. Pekerjaan marah jangan dibela, nanti hilang akal di kepala. Jika sedikitpun berbuat bohong, boleh diumpamakan mulutnya itu pekong. Tanda orang yang amat celaka, aib dirinya tiada ia sangka. Bakhil jangan diberi singgah, itupun perampok yang amat gagah. Barang siapa yang sudah besar,

janganlah kelakuannya membuat kasar. Barang siapa perkataan kotor, mulutnya itu umpama ketur. Di mana tahu salah diri, jika tidak orang lain yang berperi.

Gurindam V Ini gurindam pasal yang kelima: Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa, Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam VI Ini gurindam pasal yang keenam: Cahari olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan obat. Cahari olehmu akan guru, yang boleh tahukan tiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, pilih segala orang yang setiawan. Cahari olehmu akan abdi, yang ada baik sedikit budi,

Gurindam VII Ini Gurindam pasal yang ketujuh: Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta. Apabila banyak berlebih-lebihan suka, itulah tanda hampir duka. Apabila kita kurang siasat, itulah tanda pekerjaan hendak sesat. Apabila anak tidak dilatih, jika besar bapanya letih. Apabila banyak mencela orang, itulah tanda dirinya kurang. Apabila orang yang banyak tidur, sia-sia sahajalah umur. Apabila mendengar akan khabar, menerimanya itu hendaklah sabar. Apabila menengar akan aduan, membicarakannya itu hendaklah cemburuan. Apabila perkataan yang lemah-lembut, lekaslah segala orang mengikut. Apabila perkataan yang amat kasar, lekaslah orang sekalian gusar. Apabila pekerjaan yang amat benar, tidak boleh orang berbuat onar.

Gurindam VIII Ini gurindam pasal yang kedelapan: Barang siapa khianat akan dirinya, apalagi kepada lainnya. Kepada dirinya ia aniaya, orang itu jangan engkau percaya. Lidah yang suka membenarkan dirinya, daripada yang lain dapat kesalahannya. Daripada memuji diri hendaklah sabar, biar pada orang datangnya khabar. Orang yang suka menampakkan jasa,

setengah daripada syirik mengaku kuasa. Kejahatan diri sembunyikan, kebaikan diri diamkan. Keaiban orang jangan dibuka, keaiban diri hendaklah sangka.

Gurindam IX Ini gurindam pasal yang kesembilan: Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan, bukannya manusia yaituiah syaitan. Kejahatan seorang perempuan tua, itulah iblis punya penggawa. Kepada segaia hamba-hamba raja, di situlah syaitan tempatnya manja. Kebanyakan orang yang muda-muda, di situlah syaitan tempat berkuda. Perkumpulan laki-laki dengan perempuan, di situlah syaitan punya jamuan. Adapun orang tua yang hemat, syaitan tak suka membuat sahabat Jika orang muda kuat berguru, dengan syaitan jadi berseteru.

Gurindam X Ini gurindam pasal yang kesepuluh: Dengan bapa jangan durhaka, supaya Allah tidak murka. Dengan ibu hendaklah hormat, supaya badan dapat selamat. Dengan anak janganlah lalai, supaya boleh naik ke tengah balai. Dengan isteri dan gundik janganlah alpa, supaya kemaluan jangan menerpa. Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

Gurindam XI Ini gurindam pasal yang kesebelas: Hendaklah berjasa, kepada yang sebangsa. Hendaklah jadi kepala, buang perangai yang cela. Hendaklah memegang amanat, buanglah khianat. Hendak marah, dahulukan hajat. Hendak dimulai, jangan melalui. Hendak ramai, murahkan perangai.

Gurindam XII Ini gurindam pasal yang kedua belas: Raja muafakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri. Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja. Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh anayat. Kasihan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu. Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai. Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti. Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta. Diperoleh dari

Related Documents

Gurindam 12
August 2019 51
Gurindam 12
October 2019 54
Gurindam
June 2020 31
Gurindam
June 2020 29
Gurindam
June 2020 34
Gurindam Berlapis
October 2019 30

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40