Gangguan Seksual3

  • Uploaded by: Mohd Fareez
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gangguan Seksual3 as PDF for free.

More details

  • Words: 475
  • Pages: 1
Aspek keselamatan dan kesihatan tidak boleh dikompromi. Di mana, bila, mengapa, siapa dan apa cara sekalipun, ia wajar disedari, difahami dan diamalkan setiap waktu supaya bahaya tidak menimpa kita, rakan sekerja atau mereka yang berada di sekitarnya. Menyedari hakikat itu, Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) yang ditubuhkan pada 1995 mengikut kehendak Seksyen 8 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), memainkan peranan penting ke arah itu dengan sokongan padu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Institut Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH). MNKKP ditubuhkan bagi menjadikan semua tempat kerja di Malaysia selamat, di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat negara ini yang berlandaskan kepada proses tiga pihak iaitu pekerja-majikan-kerajaan. MNKKP mempunyai kuasa melakukan semua perkara yang wajar, munasabah atau bersangkutan dengan pencapaian tujuan Akta 514. Ia boleh menjalankan penyiasatan dalam isu keselamatan dan kesihatan yang luas serta boleh menubuhkan jawatankuasa untuk membantunya dalam menjalankan fungsinya. Pembentukan budaya kerja selamat dan sihat adalah matlamat utama MNKKP bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat. Aktiviti MNKKP yang berterusan dan berkesan ialah mengadakan Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kempen KKP). Selama lebih 10 tahun MNKKP ditubuhkan, banyak program kempen ke arah mewujudkan budaya itu sudah dianjurkan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, pekerja dan majikan. Konsep Kempen KKP yang dianjurkan terbahagi kepada dua iaitu peringkat MNKKP - secara besar-besaran meliputi sebulan promosi budaya selamat dan sihat. Biasanya kempen ini meliputi dialog bersama pihak industri berhubung isu semasa KKP. Selain itu, larian KKP (OSH Run) dengan penyertaannya terbuka kepada semua golongan masyarakat dan berkonsepkan lari dan jawab soalan berkaitan KKP. MNKKP juga menganjurkan seminar dua hari yang dihadiri penceramah tempatan dan luar negara yang berpengalaman bagi membentang dan membahas isu semasa berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam konteks negara ini. Di samping itu, pameran juga diadakan serentak dengan seminar yang mempamerkan sistem dan peralatan keselamatan serta kesihatan terkini daripada pembekal tempatan dan luar negara. Kemuncaknya adalah penyampaian Anugerah Cemerlang KKP kepada calon industri yang berjaya mencapai tahap cemerlang KKP di tempat kerja masing-masing. MNKKP juga mengadakan kempen mini, kempen selamat dan sihat yang dianjurkan sepanjang tahun, contohnya sempena perayaan Deepavali dan Aidilfitri, Kempen Tempat Kerja Bebas Dadah anjuran bersama dengan Pemadam Kebangsaan. Untuk peringkat industri pula, MNKKP melalui JKKP menggalakkan program atau aktiviti promosi budaya kerja selamat dan sihat di pelbagai industri semasa kempen berkenaan dijalankan. Tumpuan utama MNKKP apabila menganjurkan kempen ialah untuk: - Mempromosi dan meningkatkan kesedaran semua peringkat masyarakat, terutama golongan bekerja supaya mementingkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Sebagai platform untuk menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan tempat kerja terjamin; - Memperkenalkan peraturan dan perundangan baru atau bentuk penguatkuasaan terkini yang akan dikuatkuasakan oleh JKKP; dan - Mengenengahkan sistem atau peralatan KKP terkini daripada luar negara, melalui penceramah atau pembekal antarabangsa semasa seminar dan pameran

Related Documents

Gangguan Seksual3
June 2020 26
Gangguan Disosiatif.docx
November 2019 21
Gangguan Komunikasi.docx
November 2019 23
Gangguan Jiwa
August 2019 48
Gangguan Somatoform
August 2019 33

More Documents from "Wawan Naufal Habib"

Network
June 2020 28
Topologi Bas
June 2020 20
Gangguan Seksual3
June 2020 26
K&k Perkerja
June 2020 21
Full-body-split.pdf
December 2019 25
Report.pdf
December 2019 23