K&k Perkerja

  • Uploaded by: Mohd Fareez
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View K&k Perkerja as PDF for free.

More details

  • Words: 328
  • Pages: 2
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP atau OSHA) diwartakan oleh Kerajaan. Akta ini membuat peruntukkan lanjut daripada Akta Kilang dan Jentera 1967 untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja dan melindungi mereka-mereka selain pekerja yang berada di tempat kerja. Semua jenis sektor pekerjaan tidak kira samada ia swasta atau kerajaan, tertakluk kepada pemakaian Akta ini kecuali bagi pekerjaan di atas kapal dan angkatan tentera. Akta ini memperincikan kewajipan majikan setakat yang boleh dipraktikkan seperti berikut: 1. Kewajipan am majikan terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) kepada pekerja dan tempat kerja 2. Membentuk dasar atau polisi KKP 3. Kewajipan melindungi mereka-mereka selain pekerja yang berada di tempat kerja Akta ini juga memperuntukan kewajipan am pekerja seperti: 1. Tanggungjawab KKP kepada diri sendiri 2. Tidak mengganggu atau menyalahguna apa-apa yang disediakan oleh majikan bagi tujuan KKP 3. Untuk tidak didiskriminasikan oleh sebab melaksanakan aktiviti KKP Mengikut kepada situasi tempat kerja dan keperluan Akta, Akta ini juga memperuntukkan majikan untuk mengambil seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) untuk menjalankan aktiviti dan memastikan pematuhan KKP di tempat kerja dan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (SHC). Seterusnya, sekira berlaku kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan, majikan wajib melapor kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk tujuan penyiasatan dan penambahbaikan KKP di tempat kerja. Perkara-perkara lain di dalam Akta ini ialah kewajipan perekabentuk, pengilang dan pembekal, penggunaan tataamalan industri, larang-larangan tertentu, penguatkuasaan dan penyiasatan, liabiliti dan rayuan. Bagaimanapun, peruntukkan undang-undang hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu diberi perhatian. JKKP ada menyediakan kidmat latihan

menerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), khidmat nasihat, kempen kesedaran, kerjasama antara industri dan JKKP dan juga hebahan mengenai pembangunan KKP melalui badan-badan bukan kerajaan dan juga pengamal-pengamal KKP yang boleh membantu kepada peyumbangan pembangunan KKP. diharap lebih banyak kesedaran kepada KKP dapat diterapkan dan tidak hanya tertumpu kepada kepada sektor-sektor tertentu sahaja seperti pengilangan dan pembinaan. Oleh itu setiap daripada kita yang masih bekerja perlu menerapkan ‘Budaya Kerja Selamat’.

Related Documents

Kk
August 2019 58
Kk
May 2020 34
Kk
November 2019 57
Kk
November 2019 30
Kk
October 2019 43
Kk
April 2020 26

More Documents from "mina"

Network
June 2020 28
Topologi Bas
June 2020 20
Gangguan Seksual3
June 2020 26
K&k Perkerja
June 2020 21
Full-body-split.pdf
December 2019 25
Report.pdf
December 2019 23