Network

  • Uploaded by: Mohd Fareez
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Network as PDF for free.

More details

  • Words: 1,948
  • Pages: 16
Cybernetics International College of Technology

Assignment TKM2206 Asas Rangkaian Komputer Tugasan Jenis-Jenis Rangkaian

Nama Ahli : Mohd Izzat Ekhwan B.

Japlin (08060321) Ahmad Syufiyan B. Mokhtar (08030024) Muhammad Syafiq Hamdi B. Anuar (08060325) NOOR AIN BT ABU SHUKOR (08070256)

Program: Dcit (C3) Pensyarah: En. Azhar (j) Isi Kandungan.

Tajuk Isi kandungan Penghargaan Pengenalan Rangkaian Pensuisan Bingkasan Rangkaian Pensuisan Litar Rangkaian ATM Rangkaian Telefon Bersuis Awam Public Network Data(PDN) Kesimpulan

Penghargaan. Terutama sekali Kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulilah kerana kami diberi kebenaran melakukan assignment jenis- jenis rangkaian ini. Kami ingin

mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Azhar yang menjadi tulang belakang dalam melakukan assignment ini dan dalam subjek TKM2206 yang kami ambil ini pada semestar ini. Selain itu kami ingin berterima kasih yang tidak mampu kami balas kepada ibubapa kami iaitu yang sentiasa menyokong kami dari belakang . Selain itu tidak lupa pada rakan-rakan sepejuangan di dalam program DCIT(C3) tahun 2009 yang banyak memberi infomasi untuk membuat tugasan ini. Serta kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam tugasan ini. Bak kata perpatah ada ubi ada batas,lain hari kami Sekempulan cuba balas......

Pendahuluan. Maksud rangkaian komputer adalah satu sistem komputer yang mengandungi beberapa komputer autonomi yang disambungkan di antara satu sam lain. Dengan rangkaian komputer kita boleh mencapai perisian dan pangkalan data

sama ada dari dalam organisasi yang sama, dari organisasi lain atau sumber awam. Contoh- contoh rangkaian ialah Rangkaian telefon bersuis awam, Rangkaian telefon bersuis litar, Rangkain ATM, Rangkain X.25 serta banyak lagi rangkaian yang ada. Selalunya rangkain- rangkain awam digunakan untuk persendirian dan digunakan oleh organisasi yang besar bagi mewujudkan satu rangkaian ‘enterprisewide’ khas untuk kegunaan mereka sahaja.Rangkain awan atau sendirian akan menghubungkan peranti –peranti DTE-Data Terminal Equipment . kebaikan rangkaian komputer ialah mengurangkan kos dengan membolehkan perkongsian perkakasan.Selain itu berkebolehan yang tinggi dengan pembekalan dari sumber yang lebih banyak.

1.0.Rangkain Pensuisan Bingkisan. »

Rangkaian pensuisan bingkisan ini, adalah satu sambungan yang esklusif tidak

perlu diwujudkan terlebih dahulu.

»

Setiap Bahantara yang hendak dihantar melalui rangkaian ini akan dipecahkan

kepada bingkisan-bingkisan yang kecil oleh penghantar dan bingkisan- bingkisan ini akan ditranmisi melalui rangkaian pada kadar dan laluan yang berlainan. Maksudnya rangkaian ini akan menghantar sedikit- sedikit bahantara yang hendak penguna sampaikan kepada penerima. »

Apabila bingkisan ini sampai ke penerima, bahantara akan disambung semula

menjadi satu kembali. »

Rangkaian ini menyediakan tatcara untuk mengawal ralat dan aliran (error and

flow control).

1.1.Kelebihan Rangkaian pensuisan bingkisan.

»

Antara kelebihan mengunakan rangkaian pensuisan bingkisan ini ialah seperti berikut-

1. Kecekapan talian adalah tinggi – Pautan nod kepada nod dapat dikongsi oleh banyak bingkisan dalam satu jangkamasa. 2. Bertindak sebagai penukar kadar data – dua stesen yang mempunyai dua kadar data yang berbeza boleh bertukar bingkisan. 3. Bingkisan sentiasa dapat menghantar walaupun beban trafik di dalam rangkaian tinggi tapi mungkin Cuma berkemungkian lewat sampai ke penerima. 4. Keutamaan boleh digunakan dimana bagi nod yang mempunyai bilangan bingkisan yang banyak boleh diberikan keutamaan yang tinggi bagi melakukan transmisi terlebih dahulu.

1.2.Teknik Pensuisan (Switching Technique).  Didalam rangkain pensuisan bingkisan terdapat dua pendekatan yang disediakan bagi mengendalikan bingkisan- bingkisan iaitu: » Datagrams » Litar Maya (virtual circuit)

 Didalam pendekatan ‘datagrams’, setiap bingkisan dilayan secara berasingan di mana bingkisan –bingkisan akan ditransmisi secara berasingan melalui laluan yang berlainan.  Didalam pendekatan litar maya pula satu laluan dirancang terlebih dahulu dan diwujudkan sebelum bingkisan dapat ditransmisi dan setiap nod mempunyai lebih daripada satu laluan.

1.3. Saiz Bingkisan. Oleh kerana rangkaian ini menggunakan bingkisan dalam proses transmisi, maka saiz bingkisan merupakan satu isu yang penting kerana ianya berkaitan dengan masa yang diambil untuk proses transmisi data. Jadi ,saiz bingkisan yang sesuai perlu dipastikan kerana semakin kecil saiz bingkisan semakin tinggi kelewatannya.

1.4.Penghalaan.



Penghalaan juga merupakan aspek penting didalam mereka bentuk Rangkaian Pensuisan Litar.



Terdapat beberapa strategi penghalaan yang digunakan didalam memilih laluan bagi mendapat prestasi yang terbaik.



Strategi penghalaan yang biasa digunakan adalah: 1. Penghalaan Tetap (Fixed Routing).-contoh Strategi Penghalaan Tetap. 2. Limpahan (Flooding)-contoh Strategi Penghalaan Limpahan. 3. Penghalaan Rawak (Random Routing). 4. Penghalaan Mudah Suai (Adaptive Routing).

1.5.Kawalan Kesesakan (Congestion Control).  Kawalan ini diwujudkan bagi memastikan bilangan bingkisan di dalam rangkaian dibawah paras yang boleh mengurangkan prestasi rangkaian.  Kawalan trafik didalam Rangkaian Bingkisan adalah kompleks kerana ianya melibatkan teori giliran (queue) dan terdapat beberapa kaedah yang telah dicadangkan.  Setiap nod mempunyai giliran, jika kadar ketibaan bingkisan melebihi kadar transmisi bingkisan maka giliran akan bertambah dan akan menyebabkan lengah(delay), begitu juga bila ketibaan bingkisan kurang dari kadar transmisi.

Rangkaian Pensuisan Litar



Di dalam rangkaian ini, satu sambungan yang esklusif di antara dua nod yang ingin berkomunikasi mesti diwujudkan terlebih dahulu dan sambungan ini tidak boleh digunakan oleh nod lain semasa nod-nod tersebut berkomunikasi.



Oleh yang demikian, kadar data yang tetap dapat disediakan kepada kedua-dua nod yang berkomunikasi.



Bagi mewujudkan sambungan esklusif ini, satu jangkamasa diperlukan.



Komunikasi melalui rangkaian ini melibat tiga fasa: 1. Pengujudan litar –Sebelum isyarat atau data boleh ditransmisi, satu sambungan atau laluan dari nod penghantar ke nod penerima mesti diwujudkan terlebih dahulu. 2. Pemindahan data-Apabila sambungan telah wujud maka data bolehlah ditransmisikan. 3. Pemutusan litar-Selepas beberapa tempoh transmisi

data, maka litar akan diputuskan oleh salah satu nod atau kedua-duanya. •

Rangkaian ini kadang-kadang tidak cekap kerana keupayaan saluran tetap diberikan kepada dua nod yang ingin berkomunikasi walaupun ada ketika di mana tiada data atau isyarat yang ditransmisikan.



Di dalam rangkaian ini, apabila satu sambungan ingin diwujudkan, maka ianya akan melibatkan lebih daripada satu suis untuk membentukkan satu laluan atau sambungan dan pemilihan laluan ini dilakukan menggunakan beberapa teknik.

Teknik pemilihan laluan



Teknik-teknik laluan diwujudkan berdasar kepada kecekapan iaitu meminimumkan bilangan switch dan berupaya mengatasi masalah sambungan akibat kilat dan sebagainya.



Teknik-teknik laluan di dalam Rangkaian Pensuisan Litar adalah: 1. Penghalaan ganti 2. Penghalaan mudah suai

Penghalaan ganti •

Dalam teknik ini, laluan yang berkemungkinan boleh digunakan antara dua nod ditakrifkan terlebih dahulu di dalam satu jadual laluan.



Dengan menggunakan jadual laluan yang telah ditakrifkan, nod-nod akan cuba berkomunikasi di antara satu sama lain.



Jika cuma satu set jujukan laluan pilihan sahaja ditakrifkan, ini diapanggil sebagai Penghalaan ganti tetap dan jika terdapat beberapa set jujukan laluan ditakrifkan maka ia dipanggil sebagai Penghalaan ganti dinamik.

Penghalaan mudah suai •

Dalam teknik ini, laluan ditentukan berdasarkan tindakbalas suis terhadap bentuk trafik didalam rangkaian.



Teknik memerlukan beban yang lebih di dalam pengurusan rangakaian dan teknik ini boleh mengoptimumkan kegunaan sumber di dalam rangkaian.

Teknik kawalan isyarat •

Selain daripada menentukan dan memilih teknik laluan, Rangkaian Pensuisan Litar juga perlu mengurus dan mengawal isyarat.



Kawalan isyarat bermaksud cara bagaimana rangkaian ini mewujudkan, mempertahankan dan memutuskan komunikasi.



Terdapat beberapa teknik kawalan isyarat iaitu: 1. Dalam saluran 2. Saluran sepunya

Dalam saluran •

Di dalam teknik ini, terdapat dua kaedah iaitu dalam jalur dan luar jalur.



Dalam jalur-Transmisi isyarat kawalan di dalam bahagian frekuensi jalur yang sama dengan isyarat suara.



Luar jalur-Transmisi isyarat kawalan di dalam talian yang sama dengan isyarat suara tetapi menggunakan bahagian frekuensi jalur yang berlainan.

Saluran sepunya •

Di dalam teknik ini pula, isyarat kawalan ditransmisikan melalui saluran khas dan ianya boleh digunakan oleh beberapa saluran suara.

Rangkaian ATM • • • •

Rangkaian ini menggunakan teknologi ATM(Asynchronous Transfer Mode) yang juga dikenali sebagai teknologi Geganti Sel (Cell relay) dan ia mempunyai konsep yang sama dengan geganti bingkai. Teknologi ATM menyokong kadar data yang lebih besar daripada teknologi geganti bingkai. ATM ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada rangkaian Jalur Lebar ISDN (ISDN Broadband network) ATM membenarkan beberapa sambungan logical dimultiplekskan ke atas satu antara muka fizikal diamana setiap maklumat yang bergerak didalam setiap sambungan logicaltersebut diurus mngikut saiz bingkisan yang tetap dipanggil sel(cell).

• • • • • •

• • •



Piawaian bagi ATM diisukan oleh ITU-T adalah seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah 34. Di dalam ATM,kadar data yang telah ditentukan adalah 155.52 Mbps dan 622.08 Mbps. Di dalam model rujukan protocol ATM,terdapat 2 paras yang berkaitan dengan fungsi ATM:Paras ATM dan Paras Adaptasi ATM (AAL-ATM Adaptation Layer). Paras ATM menghuraikan transmisi data dalam bentuk saiz sel yang tetap dan juga sambungan logikalnya. Paras AAL pula memasukkan maklumat dari paras yang lebih tinggi ke dalam sel ATM yang akan diangkut atau dihantar melalui rangkai ATM Model Rujukan Protokol ATM mewujudkan 3 perancangan yang berasingan iaitu: a) Perancangan pengguna (User Plane)-menyediakan maklumat penghantaran bagi pengguna bersama kawalan (kawalan aliran dan kawalan ralat). b) Perancangan Kawalan (Control Plane)-menyediakan fungsi kawalan panggilan dan kawalan sambungan. c) Perancangan Pengurusan (Management Plane)-menyediakan fungsi pengurusan seperti koordinasi antara perancangan,pengurusan paras bagi parameter protokol. Sambungan logical dalam ATM dirujuk sebagai sambungan saluran maya (VCC-Virtual Channel Connection) yang berfungsi seperti litar maya didalam X.25 dan sambungan pautan data dalam Geganti Bingkai. VCC diwujudkan diaantara dua pengguna akhir dan sel bersaiz tetap akan bergerak secara dupleks penuh (full dupleks) pada kadar yang berubahubah. Sekumpulan VCC pula akan mewujudkan satu VPC (Virtual Path Connection) dan konsep ini dibangunkan bagi mengurangkan kos kawalan bagi rangkaian.

Terdapat beberapa kebaikan penggunaan laluan maya(Virtual path) iaitu:a) Memudahkan seni bina rangkaian. b) Meningkatkan prestasi dan kebolehpercayaan rangkaian. c) Mengurankan masa pemprosesan dan pengujudan sambungan yang singkat. d) Menambahkan perkhidmatan rangkaian.

• •

• • •



Paras Adaptasi ATM (AAL) diwujudkan bagi menyokong protocol transmisi maklumat yang tidak berdasarkan ATM seperti PCM (Pulse Code Modulation) Perkhidmatan yang disediakan AAL adalah seperti:a) Mengendalikan ralat transmisi. b) Segmentasi dan himpunan semula bagi membolehkan blok data yang lebih besar dibawa dalam sel ATM. c) Mengendalikan keadaan kehilangan dan tersilap selit sel. d) Kawalan aliran dan kawalan masa. Secara umumnya perkhidmatan AAL dikelaskan kepada 4 seperti yang ditunjukkan didalam jadual. Di dalam ATM, kawalan kesesakan dan trafik adalah penting bagi mengelakkan ingatan penimbal di dalam suis (switch) ATM daripada penuh dan ini boleh menghilangkan data. Bagi kawalan trafik, ATM menyediakan beberapa fungsi seperti:a) Pengurusan sumber rangkaian. b) Kawalan pemberian sambungan. c) Kawalan penggunaan parameter d) Kawalan keutamaan. e) Pngurusan sumber segera. Manakala bagi kawalan kesesakan pula, ATM menyediakan 2 fungsi iaitu:a) Selective Cell Discarding. b) Explicit Forward Congestion Indication.

Rangkaian Telefon Bersuis Awam Orang Ramai Berubah Rangkaian Telefon (PSTN) Satu rangkaian telekomunikasi domestik biasanya didatangi oleh telefon-telefon, sistemsistem telefon utama, batang-batang ibu sawat swacawangan, dan susunan-

susunan data. Nota: Penyiapan litar antara pemula panggilan dan penerima panggilan dalam satu PSTN memerlukan rangkaian isyarat dalam bentuk dail itu nadi atau multifrekuensi menyegarkan. (Kerana dijelaskan dalam FS-1037C). Jika anda tinggal di Amerika Utara, anda miliki mengakses untuk Public Switched Telephone System (PSTN). Tempoh PSTN sudah biasa merujuk untuk sistem komunikasi awam yang menyediakan setempat yang tempatan, lanjutan dan perkhidmatan telefon jarak sejauh untuk majoriti Amerika Syarikat dan Amerika Utara. Sistem ini adalah dibuat boleh didapati untuk orang awam melalui sekumpulan komunikasi-komunikasi biasa pembawa-pembawa seperti syarikat-syarikat telefon sebagai orang Amerika dan Kanada yang telah bersetuju bagi pertukaran panggilan-panggilan dan hubungan-hubungan atas bagi pihak pelanggan-pelanggan mereka diberi mandat oleh undang-undang antarabangsa dan undang-undang negara di mana urusan perniagaan mereka dan menyediakan perkhidmatan telefon. Sesiapa yang melanggan untuk perkhidmatan awam ini mungkin membuat panggilan kepada sesiapa yang telah membeli mengakses untuk sistem telefon melalui sebarang pembawa lain.

Kesimpulan. Kesimpulannya terdapat pelbagai jenis rangkaian yang wujud. Contohnya seperti Rangkaian ATM, Rangkaian

Geganti Bingkai,Rangkaian integrasi analog dan digital serta pelbagai lagi jenis rangkaian yang ada. Setiap rangkaian mempunyai kegunaan serta kelebihan tersendiri yang membantu manusia untuk memudahkan urusan. Pada kebiasaannya semua rangakain yang wujud di bangunkan oleh Syarikat telekomunikasi untuk di sewakan kepada pengguna serta organisasi yang ingin mewujudkan Rangkain yang luas bagi kemudahan organisasi tersebut. Dengan rangkaian komputer kita boleh mencapai perisian dan pangkalan data sama ada dari dalam organisasi yang sama, dari organisasi lain atau sumber awam.Kebaikan rangkaian komputer mampu mengurangkan kos dengan menggunakan rangkaian yang berasaskan mikrokomputer bagi mengganti kerangka utama terutama pelajar dan pembangun teknologi terkini yang semakin mencabar.

Related Documents

Network
November 2019 46
Network
November 2019 47
Network
April 2020 49
Network
November 2019 52
Network
October 2019 48
Network
November 2019 71

More Documents from ""

Network
June 2020 28
Topologi Bas
June 2020 20
Gangguan Seksual3
June 2020 26
K&k Perkerja
June 2020 21
Full-body-split.pdf
December 2019 25
Report.pdf
December 2019 23