G6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 PROPOSAL KEBERKESANAN PENGGUNAAN INTERNET DI SEKOLAH BAHAGIAN KOTA SAMARAHAN, SARAWAK Oleh MICHEAL ANAK RINGGIT G74588 SARJANA (KURIKULUM & PEDAGOGI) Program Sarjana Eksekutif, Pusat Kembangan Pendidikan UKM SESI 2006/2007 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2007 PENSYARAH : PROF. Dr. TAMBY SUBAHAN MOHD MEERAH
Pernyataan Masalah
Pembelajaran secara maya telah diperkenalkan dan telah digunapakai oleh beberapa institusi. Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan kemudahan yang dianggap canggih pada masa kini tetapi program ini akan gagal sekiranya para guru tidak mempunyai kemahiran menggunakan kemudahan tersebut. Sekolah Bestari adalah merupakan perintis kearah itu. Kejayaan tersebut banyak bergantung kepada para guru bagaimana mereka menfaatkan penggunaan access internet yang terdapat dengan banyak di sekeliling mereka baik kepada mereka sendiri atau kepada pelajar. Semua usaha ini adalah menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau halhal yang berkaitan dengan kerja mereka sudah tentu ini merupakan pengalaman baru dan merubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adakah guru sudah bersedia dengan cabaran ini?
Tujuan Kajian Kajian ini dilakukan dengan tujuan berikut: 3. Mengenalpasti persepsi guru terhadap internet berhubung dengan profesion mereka 4. Melihat tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet di kalangan guru 5. Melihat enjin carian dan laman web yang menjadi pilihan guru 6. Melihat halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran mengguna internet dalam pengajaran dan pembelajaran
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti keberkesanan dari aspek: 3. 4. 5. 6. 7.
Pendedahan internet di sekolah. Kemudahan internet di sekolah. Penggunaan internet di sekolah. Latihan guru. Kemahiran sedia ada menggunakan internet
Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut: 3. Melihat persepsi guru terhadap internet berhubung dengan profesion mereka 4. Melihat tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet di kalangan guru 5. Melihat enjin carian dan laman web yang menjadi pilihan guru 6. Melihat halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran mengguna internet dalam pengajaran dan pembelajaran
INTERNET
Pentadbir
Guru
Pelajar
n
Kemudahan Penggunaan Pendedahan Latihan OBJEKTIF TERCAPAI
Berkesa
Tidak Berkesa n
Proses P&P
METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik untuk mengumpul maklumat kajian. Kaedah tinjauan digunakan kerana sesuai untuk menentukan tahap pengetahuan komputer dan penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran serta kekerapan menggunakan internet sama ada secara individu atau bersama murid di kelas.