Report Kaedah Penyelidikan

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Report Kaedah Penyelidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,437
  • Pages: 13
1. FOKUS KAJIAN Pendahuluan dalam artikel ini penyelidik terlebih dahulu membincangkan isu negara demokrasi hak bersuara di Sweden yang melibatkan ibubapa, guru dan pendidikan. Perkaitannya, bukan sahaja ibubapa berhak bersuara malahan guru juga terlibat demi membantu pendidikan anak didik mereka. Ibubapa harus membantu pendidikan anak mereka dan mengambil tahu pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka di sekolah. Artikel ini bertujuan mengkaji bagaimana hubungan rumah dan sekolah dapat dibina melalui surat atau nota guru kepada ibubapa berkenaan pembelajaran serta tingkahlaku anak mereka di sekolah. Respon positif ibubapa dan guru dalam temubual dan alat perakam video menunjukkan penggunaan surat dan nota guru sangat relevan untuk membina hubungan sekolah dan rumah. Implikasinya ibubapa sentiasa mengambil berat pembelajaran anak mereka di sekolah, mengambil tahu aktiviti yang dijalankan di sekolah, menjadi sukarelawan serta menasihati anak mereka agar menjaga kelakuan. Ibubapa juga bertanyakan mengenai kerja rumah yang diberi oleh guru. Soalan-soalan penyelidik dalam temubual serta rakaman video telah menjurus kepada objektif kajian. Artikel ini juga memfokuskan bagaimana guru cuba membawa ibubapa terlibat sama dalam pendidikan anak mereka. Penglibatan ibubapa

tersebut dilihat sebagai

objektif kajian. Penyelidik juga telah berjaya mengenal pasti beberapa keluarga yang melibatkan diri secara aktif mengenai pelajaran dan aktiviti di sekolah dan keluarga yang kurang aktif. Penglibatan ibubapa dilihat melalui kekerapan kehadiran ibubapa di sekolah. Pelbagai faktor telah dikenalpasti sebab-sebab penglibatan mereka dan mengapa ibubapa kurang penglibatan dalam membina hubungan sekolah-rumah. Antaranya telah dinyatakan pada muka surat 282, iaitu wujudnya masaalah kekangan masa dan kewangan. Faktor umur anak mereka juga menjadi sebab kedatangan mereka di sekolah. Kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke bawah lebih kerap ibubapanya datang ke sekolah dan berbincang dengan guru berbanding kanak-kanak berumur 10

1

tahun ke atas. Di antara sebabnya, kanak-kanak 10 tahun ke atas boleh ulang alik ke sekolah bersendirian tanpa teman berbanding kanak-kanak 8 tahun ke bawah. 2. METODOLOGI DAN POPULASI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian ethnografik ke atas kehidupan beberapa keluarga di Itali, Sweden dan Amerika Syarikat. Tetapi artikel ini memfokuskan hanya di negara Sweden. Objektif utama kajian ini untuk memperlihatkan bagaimana hubungan sekolah dan rumah dapat dibina melalui surat atau nota yang dikirimkan kepada ibubapa melalui anak mereka. Dalam pada itu penyelidik memperlihatkan kehidupan harian keluarga kanak-kanak yang berpendapatan sederhana dan keluarga yang kedua ibubapanya bekerja untuk mengetahui bagaimana mereka mengurus dan memanipulasikan keadaan kerja, sekolah, masa lapang dan kehidupan keluarga itu sendiri. Dalam setiap bidang kajian, sekumpulan penyelidik ini telah mendokumentasikan segala dapatan ke atas keluarga tersebut yang mempunyai dua anak atau lebih dan sekurang-kurangnya berumur antara 8 hingga 10 tahun. Di Sweden, penyelidik mendokumentasikan dapatan kajian daripada 8 pasangan dan jumlah kesemua kanak-kanak adalah 25 orang yang berumur antara 2 hingga 16 tahun. Teknik etnografik digunakan ke atas 8 keluarga dengan melibatkan pemerhatian dan penggunaan alat perakam video untuk menganalisis interaksi keluarga tersebut. Ia difilemkan selama 45 jam termasuk pagi, petang, hari-hari biasa dan hujung minggu. 3 penyelidik dibahagikan kepada 2 kumpulan. 2 orang daripadanya merupakan video ethnographers dan penyelidik ketiga menggunakan ruang rumah dan artifak untuk menemubual kanak-kanak berumur 8 hingga 10 tahun beserta kedua ibubapa mereka. Temubual tersebut berdasarkan rutin kehidupan harian, rangkaian sosial keluarga, aktiviti masa lapang dan pendidikan. Data yang divideokan diklasifikasikan dalam log aktiviti dan ditanda jenisnya. Activity logs ini membolehkan penyelidik mengenalpasti 5 episod yang dirakam ke atas 2 keluarga yang telah memperbincangkan secara eksplisit surat sekolah daripada guru dengan anak mereka. Setelah dikenalpasti ketika temubual, penyelidik mendapati surat sekolah merupakan hal kebiasaan kepada keluarga yang terlibat.

2

Di dalam artikel ini, penyelidik telah menggunakan data temubual dengan ibubapa untuk menganalisis bagaimana ibubapa terlibat dengan pendidikan anak mereka di sekolah mahupun di rumah. Selanjutnya, penyelidik meminta ibubapa yang telah membincangkan surat sekolah anak mereka yang telah ditemubual menerusi video kamera untuk menyimpan surat tersebut terlebih dahulu selama satu semester. Kemudian penyelidik mengumpulkannya dan menganalisa sebanyak 32 surat daripada 4 orang guru yang dikirimkan kepada kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun. Semua nama telah direka. 3. REKABENTUK KAJIAN INVOLVING PARENTS THROUGH SCHOOL LETTERS

RESPONSIBILITIES FOR CHILDREN’S EDUCATION

SCHOOL

TEACHERS

Male

PARENTS

Female

Male

RESPONSIBILITIES FOR CHILDREN’S REARING

HOME

TEACHERS

Male

Female

SCHOOL

PARENTS

TEACHERS

Female

Male

Male

Female

3

PARENTS

Female

Male

HOME

TEACHERS

Male

Female

PARENTS

Female

Male

Female

HURAIAN GAMBARAJAH Artikel ini menunjukkan guru-guru di Sweden melaksanakan tindakan pengiriman surat kepada ibubapa untuk membina hubungan antara sekolah dan rumah. Penyelidik menganalisis data melalui pemerhatian dan temubual untuk melihat bagaimana hubungan sekolah dan rumah berlaku antaranya melalui surat yang dikirimkan, interaksi ibubapa dan anak-anak serta interaksi ibubapa dan guru. Penyelidik mendapati bahawa tanggungjawab terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak dan tanggungjawab terhadap penjagaan atau perkembangan semasa kanak-kanak. Contohnya dari segi kelakuan, sikap, tutur kata di rumah dan sekolah, perhatian di dalam kelas dan lain-lain lagi sama ada melibat melibatkan pedagogi dalam pendidikan formal. Pembelajaran bukan sahaja berlaku di sekolah malahan juga di rumah melalui kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru. Sekolah pula sebagai pusat pembelajaran murid dan pedagogi merupakan aktiviti wajib guru yang perlu dijalankan terhadap murid. Di rumah, ibubapa memainkan peranan untuk membantu anak mereka menyiapkan kerja sekolah. Tetapi hanya sekadar membantu dan bukan mengambil bahagian sepenuhnya dalam pembelajaran mereka. Tanggungjawab utama yang harus dipikul dalam pelajaran anak-anak adalah guru. Gurulah yang harus memberi pemahaman kepada kanak-kanak sehingga objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Segala perancangan harian dan peristiwa yang berlaku akan direkodkan dalam rekod harian mereka. Mengenai penjagaan kanak-kanak serta perkembangan mereka juga menjadi tanggungjawab guru untuk mengambil perhatian. Bagaimana pun guru pula seolah-olah sebagai pembantu dalam perkembangan ini. Tetapi realitinya ia hanya berlaku di sekolah dan tidak di rumah. Tanggungjawab hak penjagaan sepenuhnya adalah ibubapa termasuklah mendidik kelakuan serta memperbetulkan sikap anak mereka merupakan tanggungjawab utama sama ada mereka bekerja atau tidak. Oleh itu, melalui surat guru cuba untuk membina hubungan antara rumah dan sekolah agar kelakuan positif yang diharapkan dari kanak-kanak di rumah selari dengan kelakuan mereka di sekolah untuk mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

4

Penyelidik juga telah mendapatkan data melalui SNAE, 2005 mengenai majoriti jantina guru yang terlibat. Guru perempuan seramai 74% yang bekerja di Sweden. Manakala ibu lebih banyak mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka di sekolah mahupun di rumah. Majoriti ibu merupakan dapatan dari temubual dengan kedua-dua ibubapa dan kekerapan kehadiran mereka ke sekolah. 4. ANALISIS DATA Penyelidik menganalisis data yang diperolehi secara deskriptif, inferensi dan rasional. Tetapi jadual kekerapan, graf, histogram dan statistikal tidak dipamerkan dan tiada penerangan apa-apa dinyatakan. Dan hanya sedikit peratusan dan majoriti dilaporkan. Secara amnya, penyelidik menggunakan kaedah induktif dalam kajiannya. Ia dimulai dengan mengumpulkan maklumat secara temubual dan soal selidik. Kemudian maklumat tersebut ditentukan kategorinya dan menentukan teori yang berkaitan. Teori tersebut dibandingkan dengan teori lain dan akhirnya data dianalisa dari pelbagai sudut. Artikel ini juga menggunakan kutipan data kuantitatif dalam menentukan bilangan gender yang terlibat dalam pendidikan. Contohnya guru perempuan seramai 74% dan ibu lebih banyak terlibat dengan pendidikan anak mereka. Dengan data ini penyelidik membandingkan kajian dengan negara lain iaitu Italy dan Amerika Syarikat. Keputusan menunjukkan gender perempuan mempunyai peratus lebih tinggi. Bagaimana pun, penyelidik tidak dapat mengenalpasti mengapa bapa kurang terlibat. Hasil dapatan adalah dari temubual dan kekerapan kehadiran ibubapa ke sekolah. Penyelidik banyak menganalisa data menggunakan pemerhatian dan temubual yang dirakam olehnya. Contohnya muka surat 285, melalui temubual Anton dan ibunya. Di dalam surat, gurunya meminta ibubapa mengambil berat mengenai latihan yang diberikan di sekolah. Di sini penyelidik telah menerangkan karektor guru bahawa guru tidak berterus terang kepada ibunya bahawa Anton sebenarnya tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Guru tidak menyatakan mengapa Anton tidak faham penerangannya. Kedua, penyelidik mendapati bahawa guru secara eksplisitnya tiada meminta ibunya berbincang dengan anaknya dan menunjukkan cara bagaimana

5

sepatutnya tindakan yang perlu diambil. Penerangan di atas merupakan interpretasi penyelidik tentang surat guru yang dikirimkan. Penyelidik juga mengklasifikasikan data menggunakan sistem coding. Banyak perkataan serta ayat-ayat dikeluarkan untuk didefinisikan maknanya (data reduction) agar lebih jelas atau menyatakan kemungkinan-kemungkinan dimaksudkan oleh guru dalam suratnya yang tidak sampai maksud oleh ibubapa. Langkah pertama, penyelidik membuat (open coding) untuk menerangkan data dengan maksud yang berlainan. Contohnya ayat ’hard to be positive’ yang ditujukan kepada Anton. Penyelidik menyatakan, hakikat sebenarnya Anton tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran. Penyelidik membuat andaian bahawa aduan yang tidak terlalu berterus-terang

membuatkan

ibubapa

boleh

membina

hubungan

dan

lebih

bertanggungjawab ke atas tingkahlaku anaknya. Ibubapa sendiri mampu menyiasat apa yang terjadi dengan menyoal anaknya dan lebih banyak melibatkan diri di sekolah walaupun guru tidak menerangkan secara ekplisit apa yang perlu ibubapa lakukan. Andaian ini merupakan konsep yang dibina oleh penyelidik Seterusnya axial coding, penyelidik mengaitkan data dengan soalan-soalan yang ditanya oleh ibu Anton dan maksud tujuan utama surat yang dikirimkan oleh guru untuk menyiasat tingkah laku anaknya di sekolah melalui pertanyaan sehinggalah ibu Anton faham bahawa anaknya tidak mendengar pengajaran guru di kelas. Dialog antara Anton dengan ibunya difahami dengan lebih mendalam dan didapati bahawa soalan yang dikemukakan merupakan soalan serkap jarang. Akhirnya ibu Anton fahami masalah sebenar anaknya di kelas. Selective coding, kesemua kod-kod yang dipilih untuk dikenalpasti maknanya diperkembangkan kepada konsep baru. Selain konsep yang dinyatakan dari dapatan keluarga Gustavson (keluarga Anton), terdapat juga contoh-contoh keluarga lain pada muka surat 282 iaitu perbandingan keluarga Andersson dan Hagman mengenai alasan kekerapan mereka hadir ke sekolah untuk secara langsung terlibat dengan pendidikan anak mereka. Selain itu, pada muka surat 279, surat sekolah dari guru kepada ibubapa yang dikirim melalui anak mereka juga dianalisis oleh penyelidik. Contohnya, guru berpesan agar ibubapa bukan orang yang menyiapkan kerja rumah untuk anak mereka. Jika latihan

6

tersebut terlalu sukar, ibubapa perlu meminta anak mereka meninggalkannya dan guru akan sama-sama menolong mereka pada hari Khamis. Penyelidik menyatakan, kanak-kanak sememangnya diminta untuk menyiapkan kerja sekolahnya dan ibubapa digalakkan untuk membantu, tetapi tidak terlalu banyak sehingga keseluruhan latihan dibuat oleh ibubapa. Di sini penyelidik menyatakan, guru telah mempertanggungjawabkan ibubapa memantau kerja rumah anak mereka dan perlunya ibubapa mengenalpasti apakah latihan yang boleh dilaksanakan dan latihan yang sukar telah diberi. Dengan kata lain, ibubapa juga mempunyai tanggungjawab ke atas pelajaran anak dan guru tetap memegang tanggungjawab utama dalam pedagogi di sekolah. Guru juga diletakkan sebagai pendidik yang berkemahiran dan ibubapa merupakan penyokong untuk membantu dalam pendidikan. Di sini, penyelidik dapat melihat bagaimana hubungan antara sekolah-rumah berlaku melalui surat yang dikirim dan interaksi 3 individu iaitu guru, murid, ibubapa dengan tempat yang berlainan iaitu rumah dan sekolah. Peristiwa ini menyebabkan akan berlakunya suatu perubahan tingkah laku dan pelbagai reaksi antara semua pihak. 5. KEBOLEHPERCAYAAN Menurut artikel ini, penyelidik telah menggunakan teknik criterian-related evidence untuk mengumpulkan bukti terhadap kebolehpercayaan data melalui beberapa pakar rujuk yang menyokong penglibatan ibubapa di sekolah iaitu berdasarkan kenyataan Erikson (2004) pada muka surat 274. Erikson telah menyatakan kajian ini telah wujud sejak tahun 40-an lagi. Ibubapa dan guru perlu saling bekerjasama untuk mendidik anak mereka menjadi warganegara berjiwa demokrasi. Dalam kolaborasi ini guru berperanan sebagai pembangun pendidikan yang mahir dan ibubapa pula tidak dipertanggungjawabkan dalam pendidikan formal anak mereka. Tetapi sejak 1980-an, ibubapa menjadi semakin aktif dalam hubungan ini. Selain dari teori-teori dan konsep-konsep melalui literature review serta pendapat penyelidik sendiri, terdapat juga sekumpulan penyelidik lain dan pakar yang memberi sokongan dalam komen dan cadangan mereka seperti terdapat pada muka surat 287. Bukti-bukti di atas menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi kerana kajian ini boleh diulang kaji oleh mana-mana penyelidik lain dan penyelidik lain juga berpendapat

7

sama berkenaan isu sekolah-rumah yang harus diberi kepentingan dalam penglibatan ibubapa. Ditambah pula, pelaksanaan hubung antara sekolah dan rumah telah dilaksanakan dalam kurikulum sekolah kebangsaan di Sweden (SNAE, 1994/2003), pihak sekolah dan ibubapa perlu berbincang dan membina suatu penyelesaian terbaik untuk perkembangan pendidikan anak mereka melalui kolaborasi. Guru bukan sahaja perlu memberi laporan pendidikan malahan keadaan peribadi anak mereka di sekolah. Muka surat 284, akbar menyatakan rakan penyelidik sama-sama membuat kajian berkenaan gender di Italy dan Amerika Syarikat yang terlibat dengan pendidikan anak mereka di sekolah. Fakta menunjukkan keputusan yang sama bahawa wanita lebih banyak memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam mengambil berat tentang pendidikan anak mereka berbanding lelaki. Ini menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi pada artikel. KESAHAN ISI Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan (Ghazali, 2007). Menurutnya lagi, semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Selain mendapatkan sokongan orang lain atau penyelidik lain, objektif soalan serta gagasannya melalui pernyataan konsep, konstruk soalan dan takrif operasi juga berperanan penting dalam menentukan kesahan isi artikel. Kesemuanya ada dinyatakan di dalam artikel ini kecuali jadual yang spesifik tidak kelihatan. Kajian kuantitatif mengenai gender hanya dinyatakan dalam bentuk ayat. Pemerhatian tidak berstruktur telah digunakan dalam kajian ini. Mohd. Najib (1999) menyatakan, pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan dan ia agak sukar untuk dijalankan tetapi masih boleh digunakan dengan rakan penyelidik yang lain atau merakam dengan menggunakan radio atau alat perakam audio. Sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh penyelidik, kaedah pemerhatian tidak turut serta direct (non-participant) observation digunakan melalui rakaman video. Dalam

8

pemerhatian tidak turut serta ini, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan. Sebagai contoh di muka surat 281, yang dirakam pada suatu pagi sebelum Filip 10 tahun dihantar oleh ayahnya ke sekolah, beliau ditanya tentang kerja sekolah yang perlu ayahnya tandatangani. Respon Filip lantas mengeluarkan surat dari begnya yang dikirim oleh guru semalam memberitahu sama ada penilaian Filip telah dilihat dan mencadangkan agar ibubapa bertanya apa yang disukai atau tidak disukai oleh Filip dan apa yang difikirkan olehnya. Cadangan tersebut disambut oleh bapa Filip dengan bertanyakan mengenai penilaian Filip di sekolah serta berbincang dengan anaknya mengenai apa yang diminta oleh guru. Secara tidak langsung bapa Filip telah terlibat dengan aktiviti Filip di sekolah. Oleh itu, rakaman tersebut penyelidik dapat melihat bagaimana situasi penglibatan ibubapa dengan pendidikan anak mereka di sekolah. Selain itu, salah satu cara paling mudah dan telah lama digunakan untuk mengukur adalah dengan menjalankan temubual, temuduga, ujian lisan dan sebagainya. Penyelidik mendapatkan data secara berhubung terus dengan subjek secara bersemuka. Penyelidik juga telah mendapatkan persetujuan terlebih dahulu dengan subjek dan menerangkan tujuan temubual. Antara kebaikannya ialah kaedah ini fleksibel di mana seseorang yang ditemubual boleh menerangkan perkara yang tidak difahami dengan lebih lanjut. Kedua, penemubual boleh membuat pemerhatian terhadap orang yang ditemubual dan dengan ini boleh menentukan sesuatu perkara berdasarkan reaksi yang diberi. Ketiga, seperti mana kaedah perbualan biasa, pertukaran penerangan boleh berlaku antara kedua-duanya. Sebagai contoh muka surat 280, 6 daripada 8 keluarga memberi respon berpuas hati dengan sekolah anaknya dan selebihnya yang tidak telah ditemubual oleh penyelidik. Seorang ibu menyatakan terdapat perkara yang negatif tentang sekolah anaknya dan memberitahu guru-guru tidak mampu mencipta hubungan dengan ibubapa. Seolah-olah guru tidak berani berkonflik dengan ibubapa dan membuatkan tingkahlaku anak mereka bermasalah sehingga bertahun-tahun. Ibubapa juga memberi cadangan agar guru-guru juga bekerjasama dan bertanggungjawab memperbaiki keadaan anak mereka serta menjalinkan hubungan komunikasi yang baik dengan ibubapa.

9

6. SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001). Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh masyarakat. Oleh itu penglibatan ibubapa yang merupakan sebahagian dari masyarakat dalam bentuk perkongsian bagi kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan. Menurut Mohd Salleh (2004), mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pengukuhan Dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan” menyatakan: “Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui PIBG”. Saranan Ketua Pengarah itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan pada masa kini. Selain itu hubungan antara sekolah dan rumah merupakan satu gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat dua pula bermaksud :“Dan bertolongtolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”.

10

Menurut Betty Boult (Donald, 1978), seorang pembantu superintenden di Coquitlam, British Columbia: “In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their child’s education. Educators at such institutions believe that making education a meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust”. Sebenarnya konsep perkongsian atau hubungan sekolah-rumah merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, ungkapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaikan dan kepentingan mengamalkan semangat bekerjasama. di kalangan masyarakat Melayu. Ungkapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti ‘semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku’. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula, ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’. (Aminah dan Gunawan, 2001) Oleh itu pada pendapat penulis, hubungan yang diwujudkan antara sekolah dan rumah melalui surat guru yang dicadangkan oleh penyelidik boleh digunakan di negara kita untuk mengukuhkan semula segala kelakuan-kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama yang telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya masyarakat kita. Ia merupakan usaha yang berterusan supaya dapat menangkis ancamanancaman dalam era globalisasi ini. Kalau tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan bergerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat. Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara, hubungan sekolah-rumah dalam menangani permasalahan pendidikan adalah untuk mencapai matlamat supaya masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keperihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang. Selain itu peranan pihak sekolah memerlukan masyarakat untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah seperti disiplin, kesihatan, kebajikan, akademik dan sebagainya. Diikuti pula suasana kehidupan

11

bandar yang semakin ketara dan kompleks sifatnya menyebabkan sekolah sebagai institusi sosial memerlukan ibubapa dan masyarakat ikut serta. Hubungan ini juga, boleh membetulkan srtuktur kekeluargaan yang semakin berubah seperti mengejar kebendaan dan bersikap individualistik tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling mereka. Keadaan ini kalau tidak diubah akan melemahkan lagi peranan pihak sekolah untuk menangani pelbagai isu secara bersendirian. Oleh itu penulis melihat bahawa matlamat yang berkaitan dengan konsep ini boleh mewujudkan permuafakatan dan perkongsian yang mantap dan akrab antara pihak sekolah dan rumah supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan. Penglibatan ibubapa dan masyarakat yang boleh membentuk dan mendidik generasi masa depan adalah melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit. Secara khususnya, bagi pihak sekolah, perkongsian dan hubungan dengan ibubapa dalam pendidikan juga boleh membawa perubahan dalam system pendidikan seperti ‘model education of change and innovation’ yang disarankan oleh para penyelidik seperti Bennis et al. (1969), Bolan et al. (1875) dan Hopkin et al. (1997). Model-model ‘adoptive’ juga memberi focus kepada persekitaran termasuk sumber manusia yang terlibat dalam perubahan tersebut. Malahan mereka juga bersetuju dengan sebarang perubahan yang melibatkan soal kemanusiaan dan isu-isu praktikal dalam menangani sesuatu perubahan. Secara umumnya pula, dalam suasana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, konsep ‘Partnership’ boleh mengeratkan semangat perpaduan kaum dan sikap toleransi yang diperlukan supaya dapat mengelakkan perasaan prasangka dan prejudis yang keterlaluan. Oleh kerana program-program yang berkaitan perkongsian melibatkan banyak pihak yang berkepentingan dalam sekolah, maka banyak aktiviti boleh dirancang bersama demi menjayakan wawasan negara. Penyertaan pelbagai pihak

dalam

aktiviti

tersebut

boleh

merapatkan

hubungan

silaturrahim

dan

menghindarkan perasaan perkauman. Malahan dalam kesibukan bekerja, dengan menyertai pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, kawan dan kenalan baru ditemui. Di samping itu konsep perkongsian dan menjalinkan hubungan yang baik dari pelbagai pihak di peringkat sekolah boleh membantu dalam berjimat dan mengurangkan kos perbelanjaan.

12

RUJUKAN Aminah Hamim & Gunawan Mahmood. 2001. Buku Madah Bestari Cinta Negara. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Kuala Lumpur. Bennis, W. E. Benne & Chin R. 1969. The Planning Of Change. Holt, Rinehart & Wilson. London. Bolan R. 1975. The Management Of Educational Change: Towards A Conceptual Framework. In Harris A, Lawn M And Pre. Ott (Eds). Curriculum Innovation. London; Croom Helm. Donald A. Erickson. 1978. The Principal In Metropolitan School: Mccutchan Publishing Corporation. U.S. Hopkins, D., Bruce, J. And Calhoun, E. 1997. Models Of Learning-Tools For Teaching. Buckingham: Open University Press. Ibrahim Mamat. 2001. Pengetua Sekolah: Menangani Isu Dan Cabaran Kepimpinan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. UTM, Skudai. Mohd Salleh Bin Mahat. 2004. Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah. Jurnal Penyelidikan. Jil.5. MPBL.

13

Related Documents


More Documents from ""