Pendahuluan Penyelidikan merupakan suatu usaha yang dilakukan samada secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ingin di kaji. Namun begitu penyelidikan yang ingin difahami adalah bergantung kepada ruang lingkup atau bidang yang diceburi oleh seseorang penyelidik itu. Penyelidik yang baik adalah mereka yang menggabungkan semua teknik yang ada di dalam ilmu penyelidikan khas bagi memastikan setiap jawapan atau jalan penyelesaian adalah bertepatan dan sesuai untuk digunapakai para pengkaji lain pada masa hadapan. Bagi penyelidik yang ingin memastikan setiap hasil mereka adalah tepat, maka beberapa perkara perlu diikuti agar tidak tersasar dengan jauh, dan teknik penyelidikan juga perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa samada teknik secara kualitatif atau kuantitatif. Apa yang penting dalam proses pengendalian penyelidikan ini adalah teknik, kos dan hasil dapatan kerana gabungan semua item ini akan member markahan lebih,dipercayai serta akan member kesan kepada para penyelidik lain di masa hadapan. Di bawah ini di nyatakan definisi beberapa orang penulis terhadap apa yang dimaksudkan mengenai penyelidikan bergantung kepada bidang dan ruang tugas yang mereka sedang alami serta pengertian sebenar yang berbeza latar belakang di antara penulis ini.
Definisi Kaedah Penyelidikan Mengikut Pandangan Penulis 1
Izham Ibrahim. (2004). Konsep Asas Penyelidikan dan Statistik dalam Praktis Kesihatan. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Penyelidikan atau kajian merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Penyelidikan dilaksanakan untuk mengembangkan ilmu, menguji teori atau mendapatkan maklumat baru tentang sesuatu topik. Penyelidikan juga dijalankan bagi menilai atau membangukan sesuatu dasar. Hal tersebut, merupakan suatu penelitian atau siasatan secara sistematik mengenai sesuatu masalah, isu ataupun persoalan. Seseorang penyelidik mungkin ingin mencari hubungkait antara faktor-faktor tertentu, menentukan jika terdapat perbezaan antara kumpulan-kumpulan subjek yang dikaji, membuat ramalan ataupun mencari dan mencipta suatu hasil atau benda baru. Penyelidikan boleh ijalankan sama ada di dalam makmal seperti dalam bidang farmakologi, bioteknologi, mikrobiologi ataupun di luar makmal (kajian lapangan) seperti dalam aspek dasar kesihatan dan ubat-ubatan atau farmakoepidemologi.
www.pdfcoke.com/doc/6753159/konsep penyelidikan Penyelidikan adalah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorientasikan satu atau dua matlamat; pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu masalah. www.penyelidikan.edu.my
2
Penyelidikan adalah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorientasikan satu atau dua matlamat; pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu masalah. Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan dan sistematik.
Ahmad Fauzi dan Ahamad Tarmizi. (1997). Tamadun Islam; Penerbit Universiti Putra Malaysia. Penyelidikan adalah merupakan suatu kaedah yang saintifik berdasrkan formula-formula tertentu yang digunakan oleh para pengkaji atau penyelidik secara teratur dan disiplin tertentu. Ia dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan juga di jadikan sebagai kaedah pembelajaran untuk menambahkan kemahiran sebagai penyelidik. Bagi penyelidik yang ingun melakukan proses penyelidikan ini, mereka perlu berteraskan kepada dua matlamat yang berperanan dalam membentuk penyelidik yang baik iaitu pengembangan dalam ilmu pengetahun dan juga penyelesaian dalam sesuatu masalah yang timbul atau dihadapi atau dikaji.
Ed Neukrug. (2008). Theory, Practice, And Trends In Human Services; An Introduction, Fourth Edition; The Thomson Corporation. Penyelidikan merupakan suatu jawapan kepada suatu pertanyaan “sejauhmana perkara yang kita lakukan pada hari ini akan member kesan kepada masa depan?”. Best dan Kahn (2006) menhuraikan mengenai penyelidikan sebagaimana suatu yang sistematik dan mempunyai analisis yang berobjektif serta merakamkan pemerhatian yang dikawal yang mana mampu boleh mengetuai pengembangan generasi, peraturan atau teori. Dalam kata lain setiap penyelidik 3
mempunyai kaedah analisis dan jangkaun yang munasabah dalam mengendalikan bahan yang dikaji demi masa depan.
Anan Che Mohd. (2005). Jurnal Penyelidikan Islam. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Penyelidikan merupakan suatu usaha dalam kerja-kerja penyelidikan bagi membolehkan sesuatu tajuk atau perkara dapat di ulas dengan lebih teliti dan berkaitan. Sesuatu jurnal yang dihasilkan adalah merupakan kajian bersama di antara JAKIM dan juga institut-institut pengajian tinggi bagi memastikan suatu kajian yang dilakukan adalah menepati kehendak persoalan yang dikaji.
Mahayudin Hj. Yahya. (1998). Tamadun Islam. Penerbit Fajar Bakti Shah Alam. Penyelidikan adalah satu usaha penelitian yang terancang menggunakan metodologi sesuai yang dilakukan dengan penuh kesabaran. Ia memerlukan kepakaran bagi menyelidik sesuatu yang baru bertujuan untuk membuat teori, kesimpulan, perancangan atau ramalan.
Persamaan Penyelidikan Walaupun setiap definisi yang di bawa ini adalah berbeza dari sudut bidang yang diceburi, namun pengertian yang dikupas mengenai penyelidikan adalah sama. Bagi keseluruhan penulis ini mereka lebih berpendapat bahawa setiap penyelidikan itu adlah suatu proses penyelesaian masalah yang bersifat lebih jelas dan memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi sesuatu kes atau isu yang menjadi tajuk atau sub-topik kajian. Bagi mereka proses yang dilakukan ini lebih bersifat kuantitif iaitu bercorak seperti soalan kajian dan sebagainya. Ada 4
juga yang bercorak seperti kualitatif seperti dilakukan temubual yang mana proses yang lebih dekat di antara penyelidik dan juga klien.
Perbezaan Penyelidikan Perbezaan penyelidikan adalah mengenai ruang lingkup yang ingin dikaji samada bidang sains, sosial, ekonomi atau agama. Perbezaan ini juga akan mempengaruhi segala bentuk teknik yang ingin dimasukkan ke dalam proses penyelidikan tadi. Sebagai contoh sekiranya dalam kajian penyelidikan berbentuk agama, teknik temubual lebih berkesan dan menampakkan kesan namun tidak sama dengan teknik yang dilakukan dalam bidang ekonomi yang mana penyelidik ekonomi akan menggunakan teknik soal selidik bagi mencari sampel yang mewakili populasi bagi mengkaji jumlah pendapatan perkapita penduduk di sesebuah kawasan. Di sini sudah menampakkan bahawa setiap kajian yang dilakukan adalah berbeza bagi memastikan kaedah yang dijalankan adalah bersesuaian dengan keadaan.
Penutup Sebagaimana yang kita maklum dan ketahui bahawa penyelidikan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sesuatu perkara dengan lebih jelas serta juga dapat memperbaharui kajian atau penyelidikan yang telah dilakukan oleh para penyelidik terdahulu. Dengan itu setiap kajian adalah bersifat “up to date” yang membolehkan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahan ini tidak mudah berasa bosan dengan maklumat yang lapuk dan ketinggalan. Penyelidikan juga adalah sebagai ilmu baru baru yang perlu dipelajari agar dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan lebih cepat dan tepat dan sangat efektif. 5