Kesantunan Masyarakat Malaysia BAB 1: KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA 1.1 PENGERTIAN BUDI: -Perkataan budi beasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak -Secara amnya, budi boleh didefinisikan sebagai akal, kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan. -Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa. -Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman. -Budi juga merupakan suatu tabiat, kelakuan, perwatakan, perlakuan, bahasa ataupun pertuturan. Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi. -Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri. 1.2 PENGERTIAN BAHASA -Menurut Kamus Dewan(2002), maksud Bahasa ialah sistem lambing bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. -Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masingmasing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata. -Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri. -Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. -Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian. 1.3 PENGERTIAN BUDI BAHASA: -Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA -Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan. -Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan. -Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Tutorial 1. Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda. -Budi bahasa merujuk kepada tutur kataskelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur
kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
2. Jelaskan pengertian budi bahasa daripada persepektif orang Melayu, orang Cina dan orang India. ORANG MELAYU -Lantas budi bahasa orang Melaui mewakili peradaban orang Melayu, yang sifatnya sangat indah ORANG CINA -Misalnya dalam agama Buddha ada dinyatakan: 'Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world' -Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan. ORANG INDIA -Dalam agama Hindu nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan dangan dititikberatkan. Empat objektif yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian. 3.Ulaskan pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa. Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa, Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi, runtuhlah bangsa. -Rumah kukuh kerana mempunyai sendi, kalau sendi runtuh maka rumah juga akan runtuh. Sendi bagi bangsa adalah budi, kalau tiada budi maka tiada bangsa. Bahasa jiwa bangsa. AKSES KENDIRI Tambahkan maklumat berkaitan dengan konsep budi bahasa dalam masyarakat Malaysia dalam blog anda daripada sumber lain yang anda cari.
-Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasasebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satukelompok manusia. Amalan mulia membawa maksud satu tanggapan berkenaanperkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atauukuran. Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Budibahasa dan amalan mulia boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku,perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan oranglain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Menurut bukuTesaurus Bahasa Melayu dan pengarangnya Ainon Mohd. Dan Abdullah Hassan pulamentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket,adab sopan santun,pekerti,akhlak yangberadat dan berbahasa.
1.4 CIRI-CIRI BUDI BAHASA Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut: (1) Bertimbang rasa
-Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum -bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain -memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain (2) Bertoleransi -bersikap sabar -sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain (3) Bertolak ansur -tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata -tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain -mudah memaafkan kesalahan orang lain (4) Bersopan-santun -lemah-lembut -tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. -perilaku yang sopan. (5) Ramah mesra -mudah diajak berunding. -mesra dan memberi senyuman -penyabar dan tidak emosional. (6) Tidak mementingkan diri sendiri -tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga. -selalu tolong-menolong antara satu sama lain -memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan. -Nilai-nilai budi Bahasa yang diamalkan oleh masyarakat melayu.
1.5 BUDI BAHASA MASYARAKAT MALAYSIA 1. Masyarakat Melayu: Contoh: -Berpegang kuat pada adat resam dan agama. -Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila. -Memberi salam apabila bertemu. -makan menggunakan tangan -Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
2. Masyarakat Cina: Contoh: -Tunduk ketika memberi salam. -Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda. -Menunggu semua ahli keluarga ketika makan. -Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi. -Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
-menolong orang susah -pemurah 3. Masyarakat India: Contoh: -duduk ketika makan dan menggunakan tangan -Tidak membazirkan makanan. -Senyap semasa bersembahyang. -tidak membalas dendam -Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil. -Mematuhi adat dan resam. -Salam orang yang lebih tua.
Tutorial 1. Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya: "Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh". Berikan ulasan anda. -Gurindam ini bermaksud bahawa hati adalah penggerak dari setiap tingkah manusia. Hati yang mengenali nafsu manusia. Apabila hati sudah rapuh maka tubuh akan mudah jatuh dan rosak. Tapi jika seorang manusia biasa menjaga hatinya, maka ia merasa lebih sihat dan selalu berfikir positif. Kerana sesungguhnya apa yang menjadi penyakit dalam tubuh adalah penyakit hati. Bait gurindam ini sangat dalam maknanya, pemilihan kata sangat luas dan mudah ditangkap maksudnya
2. Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan. -Berbicara soal budi bahasa, kita boleh lihat bagaimana cara pertuturan generasi muda zaman sekarang. Mereka sudah tidak lagi segan silu bercakap kasar bukan saja ketika di kalangan rakan sebaya bahkan pada mereka yang lebih berusia.
3. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat. -PERANAN IBU BAPA Ibu bapa memberi didikan pendidikan dan agama sejak kecil Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anaknya.
-PERANAN PIHAK SEKOLAH Pihak sekolah memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar
Mementingkan budi bahasa di sekolah
AKSES KENDIRI Maklumat tambahan -Panggilan Pak-Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Mak-Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri Tok-Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. Abang-Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Kakak-Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. Adik-Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
BAB2 : Kesantunan Berbahasa Konsep Kesantunan
Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau beradab atau sopan
budi pekerti,
Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:-
i. halus, ii. nilai rasa yang baik, iii.penuh kesopanan, iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
Kesantunan
- Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti) -Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
Kesantunan
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat -Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari: i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
- Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain -Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan- rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali -Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya. -Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa -Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti: a) cara berpakaian (berbusana), b) cara bekerja c) cara bertutur d) cara makan e) cara belajar f) cara berpolitik dll Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia I. Menurut Asmah Haji Omar (2000): a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. -Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu -Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat -Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. -Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. -Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti kesedaran akan peranan masing- nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat. c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu i. kesantunan asas ii. kesantunan berkala. i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain. -Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain. ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu -Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan. -Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll -Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. bahasa mesti halus beradab sopan perlakuan lemah-lembut berbudi pekerti III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat Biasanya mengamalkan budaya yang sama Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman Konsep Kesantunan IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadishadis:a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara. c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.” e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkatakata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hambahamba Allah yang bersaudara.” f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik". V. Menurut Hamka: a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. VI. Menurut Aristotle a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
Merujuk kepada air muka
Berkait rapat dengan maruah diri.
Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.
KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
•Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja
•Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai •Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi. •Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya= KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
•Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. •Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. •Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. Contoh Kesantunan Merentas Budaya: •CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka. •Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn. Bhd. Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, orang Jepun, orang Kanada dan orang UK. Segala komunikasi terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat •lisan/bahasa •pergerakan/tingkah laku •mimik muka
Bab 3: Bentuk dan Jenis Kesantunan Bahasa 3.1 Kesantunan verbal Pada umumnya, kesantunan bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam berbahasa semasa berkomunikasi sama ada melalui lisan, perlakuan atau tulisan kepada sesiapa sahaja. Kesantunan berbahasa amat penting dan mesti diamalkan oleh setiap masyarakat di negara yang berbilang kaum ini, Malaysia. Bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur seseorang. Oleh itu, kesantunan berbahasa seharusnya diamalkan bukan sahaja dalam konteks komunikasi bukan lisan tetapi juga dalam konteks komunikasi secara lisan.
Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan. Konsep kesantunan bahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Kesantunan verbal perlulah sentiasa ditonjolkan ketika bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan sebagainya. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa komunikasi senantiasa ditunjukkan melalui media massa seperti radio, televisyen, internet, pengucapan awam dan juga ceramah. Setiap kaum di Malaysia amat mementingkan kesantunan bahasa disebabkan agama masingmasing dan ajaran yang baik daripada ibu bapa telah ditengahkan dalam jiwa mereka. Sebagai contoh, bertegur sapa atau bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu dengan sahabat atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
"Apa khabar?" ...... "Khabar baik."
"Selamat pagi, tuan." ...... "Selamat pagi." "Terima kasih." ...... "Sama-sama."
Selain itu, senyuman juga merupakan suatu kesantunan bahasa yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Sambil tersenyum sambil berbual mesra supaya orang akan berasa gembira, senang hati dan selesa untuk terus berbicara. Pada masa yang sama, rakan yang berbual akan membuat tanggapan yang positif bahawa orang tersebut bercakap dengan ikhlas dan jujur. Pergerakan badan, ekspresi wajah dan postur badan juga penting untuk menerangkan sesuatu dengna lebih mendalam tentang sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Dengan ini, senyumlah, memulakan masyarakat yang sejahtera lagi harmoni.
Aspek-aspek Kesantunan Verbal
Ciri kesantunan berbahasa : Penggunaan kosa kata atau ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan juga keakraban hubungan.
Bahasa istana juga digunakan oleh dalam percakapan raja-raja dan juga permaisuri. Antara ungkapan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih dan lain-lain lagi.
Dalam kehidupan setiap hari, kata dan ungkapan bertatasusila sering digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Semasa menaiki kereta kawan, kita selalunya akan bertegur sapa dengan waris tersebut sebagai tanda kehormatan terhadap mereka. Selepas turun dari kereta, kita juga akan mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Sistem Panggilan Kekeluargaan a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Panggilan dalam keluarga Long, Ngah, Lang, Anjang, Andah, Teh, Tam, Cik, Usu/Uda.
c. Gelaran warisan Pangeran, Tengku, Megat dan Puteri, Syarif, Syeikh, Siti, Raden, Daeng, Teungku.
d. Gelaran kurniaan Tun, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Pendeta Za'aba.
3.2 Komunikasi Nonverbal Komunikasi nonerbal merupakan komunikasi yang tanpa kata-kata ataupun dikatakan dalam bahasa badan dan tubuh. Bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan juga kadar kelajuan bercakap. Secara ringkasnya, komunikasi bukan verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi kecuali percakapan. Tujuan berkomunikasi bukan verbal adalah untuk menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui percakapan atau penulisan. Komunikasi melalui badan tubuh ini dapat menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan juga status sosial seseorang.
Fungsi Komunikasi Nonverbal a) Pengulang - untuk mengulang mesej yang disampaikan secara verbal b) Penggantian - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang. c) Kontradiksi - untuk menolak sesebuah pesan verbal dengan makna lain d) Pelengkap - melengkapkan dan menyatukan bahasa e) Penegasan - menegaskan dan mengukuhkan bahasa
Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal i) Gerakan Anggota Badan ii) Gerakan Mata iii) Gerakan Tangan
3.3 Kesantunan Lisan Komunikasi lisan ialah komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung dalam perbualan. Komunikasi lisan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan juga menjalinkan hubungan peribadi masing-masing. Kesantunan lisan ini selalunya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, mesyuarat ataupun pertemuan dengan tetamu.
Kesantunan dalam lisan melibatakan :
Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
Bentuk kesantunan lisan :
Rasmi - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
Tidak rasmi - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi
2) Berdasarkan hasil pembacaan anda, huraikan kesantunan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Dari segi kesantunan lisan di Malaysia, kita dapat lihat banyak contoh dalam pergaulan seharian rakyat. Contohnya, dalam keadaan formal, kita akan menggelar orang yang lebih tua sebagai Encik, Cik, Tuan, dan Puan. Dalam keadaan tidak formal pula, Pak cik, Mak cik, ataupun Kak digunakan untuk menggelar seseorang. Dengan memberikan gelaran ini, kita menunjukkan tanda kehormatan dan perbezaan kedudukan. Dalam istana, perkataan seperti Tuanku, bersiram, junjung kasih, dan lain-lain lagi telah digunakan untuk tujuan hormat. Setiap masyarakat di Malaysia akan membongkokkan badan dan mengatakan "Tumpang lalu" untuk meminta jalan apabila menganggu perbualan orang lain.
3.4 Kesantunan Penulisan Komunikasi bertulis perlu difikirkan secara serius oleh penyampai sebelum sesuatu mesej kerana mesej yang dikatakan tidak boleh diubah lagi.
Bentuk Komunikasi Bertulis (Perlu diberikan perhatian) a) Penggunaan kata panggilan yang betul b) Kata sapaan yang betul c) Gaya bahasa yang betul d) Permilihan kata dan ayat yang sesuai dalam konteks e) Isi yang tidak sensitif
Bentuk Komunikasi Bertulis Secara Formal
Surat rasmi
Laporan
Kertas Kerja
Ucapan rasmi
Minit Mesyuarat
Bab 4: PERATURAN BERBAHASA 4.1 Jenis-Jenis Peraturan Bahasa Santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. (Asmah Haji Omar, 2002). Ia dibahagikan kepada 2 jenis: i.
Peraturan linguistik
· Berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. ·
Sebuta, intonasi dan tatabahasa
· Penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi dalm komunikasi bertulis. ·
Penggunaan kata ganti diri yang tepat dalam komunkasi lisan.
·
Intonasi percakapan haruslah sesuai dengan keadaan.
·
Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus untuk menjelaskan mesej. ii.
Peraturan sosiolinguisik
· Terbahagi kepada 2 bentuk iaitu hubungan sosial pembicara dan pendengar(konteks lisan) serta hubungan antara penulis dengan pembaca(konteks tulisan). ·
Merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan orang lain.
·
Pengunaan kata sapaan yang betul.
· Pengunaan gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato’ dan lain-lain serta pengunaan panggilan hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan lain-lain diberikan perhatian sebagai unsur kesantunan bahasa. · Kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan digunakan dengan betul sebagai tanda hormat. iii. ·
Peraturan pragmatik
Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.
· Penggunaan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap yang baik; penggunaan bahasa yang kasar menunjukkan perasaan marah dan tidak puas hati seseorang. · Aspek yang perlu dipatuhi termasuk pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan bicara.
4.2 Jarak sosial Ø Jarak sosal adalah keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain. Ø Pelapisan sosial merupakan perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
Ø Jarak sosial dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya. Ø Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang wujud antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Ø Perkataan, sebutan atau intonasi berbeza mengikut status dan hubungan. Ø Faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jatina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.
4.3 Konteks Percakapan ·
Wacana menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.
·
Penutur, pokok percakapan, tempat bicara yang mendukung sesuatu wacana.
·
Komponen-komponen tutur dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Penutur dan Pendengar- mengetahui latar belakang pada suatu situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya. 2.
Topik Pembicaraan-memudahkan pendengar memahami isi wacana
3. Latar Peristiwa-tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan. 4.
Penghubung-medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan
5. Laras bahasa-penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan. 6.
Bentuk pesanan dan maklumat-bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental.
7.
Peristiwa percakapan- menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan.
4.4 Tujuan dan Matlamat ·
Tujuan dikaitkan dengan bentuk wacana iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas
·
Berkait rapat dengan latar belakang khalayak
·
Tujuan percakapan perlu selari dengan kekhususan topik yang dibicarakan
·
Tujuan harus bertepatan dengan suasana keadaan seperti tempat berlangsungnya komunikasi
·
Menilai perkara yang hendak dikomunikasi sebelum bercakap.
4.5 Giliran bercakap ·
Mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
· Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua terlebih dahulu mestilah pastikan orang-orang tua telah habis bercakap. ·
Penerapan pola pengiliran dapat dilakukan dengan cara melemparkan pertanyaan.
· Dalam suatu perbicaraan, pengembangan gagasan kepada pokok pembicaraan yang lain masih dianggap wajar jika tetap pada pokok persoalan yang sedang dibahaskan. · Pengalihan topik dapat dilakukan secara halus dan santun agar tidak mengganggu proses percakapan yang sedang berlangsung. ·
Pengalihan topik juga boleh berlaku dalam suatu diskusi bersifat formal
·
Perbezaan pendapat harus dihormati, didengar atau dititip secara santun.
·
Kita tidak seharusnya mengulang perkara yang sama berulang kali.
· Pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan.
Aturan giliran bercakap dalam keluarga: 1.
Ahli keluarga yang tua dan berpengalaman, iaitu datuk atau nenek.
2.
Ibu atau bapa
3.
Kakak atau abang yang lebih besar
4.
Pihak yang paling kecil, khususnya adik.
Aturan giliran bercakap di sekolah : 1.
Pengetua
2.
Penolong kanan sekolah
3.
Ketua unit atau jabatan
4.
Para pensyarah atau guru
5.
Wakil pelajar iaitu pengawas sekolah
6.
Para pelajar
4.6 Memulakan dan mengakhiri percakapan · Bagi masyarakat melayu, percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi, selamat petang ·
Cara yang paling efektif untuk membuka percakapan adalah dengan mengajukan pertanyaan
·
Untuk mengakhiri percakapan haruslah disudahkan dengan megucapkan terima kasih.
4.7 Pemilihan kata ·
Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi secara verbal.
·
Merujuk kepada kesesuaian unsur-unsur budaya semasa berkomunikasi.
·
Memikirkan apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan keadaan tertentu.
· Mempertimbangkan penggunaan jeda tertentu dan bagaimana mengatur kenyaringan suara ketika bercakap · Cara sapaan lisan perlu mengikut tertib yang tertentu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab · Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. ·
Penggunaan bahasa halus perlu diberikan perhatian dalam aspek pemilihan kata.
· Pemilihan kata dan ungkapan bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. ·
Gelaran pergaulan bebas- ‘Cik’ digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin.
·
Gelaran warisan-contoh Raja bagi negeri Perak.
BAB 5 Strategi Kesantunan Strategi Kesantunan Verbal
ü Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. ü Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila. ü Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi. ü Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah, lembut, dan sesuai, walaupun sewaktu menyindir, tidak akan menyinggung perasaan orang lain. ü Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai. ü Kesilapan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat boleh menyebabkan seseorang berasa tersinggung dan marah. ü Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang. ü Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik. ü Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia I.
Strategi toleransi
II.
Strategi bertimbang rasa
III.
Strategi memberi salam
IV.
Strategi bersopan santun
V.
Strategi ramah mesra
VI.
Strategi tidak mementingkan diri sendiri
VII.
Strategi merendah diri
VIII.
Strategi berterima kasih
Strategi Kesantunan Nonverbal
v Kesantunan Nonverbal atau bukan verbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan. v Kesantunan bukan verbal mampu menggambarkan personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. v Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan lebih jelas. v Gerakan anggota badan kita mampu menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lain. v Contoh : -gerakan mata ke sana dan ke mari menunjukkan seseorang itu tidak berminat melihat dan mendengar sesuatu yang disampaikan kepadanya. v Pergerakan mata dan dahi yang berkerut menunjukkan seseorang itu berminat tetapi tidak percaya. v Mimik muka mempunyai pelbagai maksud yang tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi bukan lisan. v Air muka boleh menggambarkan emosi, perasaan, harapan, menambat hati seseorang atau perasaan kurang senang. v Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalu bergantung kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat. v Dalam masyarakat Melayu, anak-anak sentiasa diajar menggunakan tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila memberi dan menerima sesuatu. v Jadi, penggunaan tangan kiri hendaklah dielakkan.
Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia: 1) Strategi toleransi 2) Strategi bertimbang rasa 3) Strategi memberi salam 4) Strategi bersopan santun
5) Strategi ramah mesra 6) Strategi tidak mementingkan diri sendiri 7) Strategi merendah diri
8) Strategi berterima kasih Strategi Kesantunan Lisan
Teori kesantunan Brown dan Levinson (1978:1987) telah mengutarakan andaian bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka, dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam.
Dalam percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi.
Tujuannya adalah untuk menjaga air muka seseorang.
Bahasa atau tindakan yang mengancam kehormatan orang lain haruslah dihindari.
Empat Strategi Kesantunan Lisan Brown& Levinson 1. Strategi Langsung
Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga.
Contoh: "Ambilkan benda itu"
Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif.
Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga
2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
Contoh: " Bolehkah kamu bukakan pintu tu?
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak berhubungan akrab.
Contoh: "Buka pintu ye."
Dengan bertutur sebegitu, seolah-olah penutur juga mengambil bahagian penyelesaian pekerjaan "membuka pintu"
Contoh: "Padamkan tulisan tu, sayang."
Menggunakan panggilan untuk menunjukkan keakraban.
4. Strategi tidak Langsung
Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
Contoh:" Saya tidak suka sangat bercakap dengan kau."
Pertuturan sebegini terus terang menyampaikan pandangan penutur dan telah mengancam air muka pendengar.
Orang Melayu akan menggunakan pelbagai startegi semasa berinteraksi. Antara strategi kesantunan yang digunakan ialah: Strategi ikhlas, strategi merendah diri, startegi maaf, strategi penyelesaian, startegi memberi peluang, startegi penghargaan dan pujian, strategi berterima kasih, strategi kiasan, strategi berhemah dan lemah lembut, strategi bersalam dan memperkenalkan diri, strategi kecindan, strategi menyapa, startegi ungkapan.
Strategi Kesantunan Penulisan
Menurut Brown& Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan:
1. Membuat andaian bahawa setiap individu :
mempunyai air muka menyedari bahawa individu yang lain juga mmepunyai air muka
2. Air muka terbahagi kepada dua:
Air muka positif: keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
Air muka negatif: keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.
Empat Strategi Kesantunan Penulisan Brown & Levinson 1. Strategi Langsung
Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman/ anggota keluarga.
2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, anatara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.
4. Strategi Tidak Langsung
Penutur melakukan FTA secara tidak lansung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
Bab 6 : ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA 6.1 Isu Pendidikan TAJUK : GURU DISIPLIN CEDERA DIBELASAH OLEH 10 ORANG PELAJAR Alor Setar : Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunung, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku. Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah. Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan. Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan oleh kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan. Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar. ‘Saya tak pasti sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat,’ kata sumber berkenaan. Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangs tidak berjaya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan. 6.2 Isu Media Baik Buruk Televisyen ·
- Televisyen merupakan satu medium utama komunikasi di dalam sebuah negara.
· - Televisyen merupakan alat penyampai maklumat yang berkesan dan pengaruh televisyen itu sendiri berupaya mempengaruhi cara seseorang individu itu berfikir.
· - Televisyen menjadikan alat propaganda menyampaikan dakyah-dakyah sama ada positif mahupun negatif. · - Televisyen dapat menayang, memaparkan rancangan-rancangan, gambar, iklan, tulisan, grafik dan maklumat visual yang memenuhi citra tempatan dan tidak membelakangkan budaya luhur. · - Menyedari televisyen dengan pengisian programnya yang sarat mengandungi kedua-dua nilai kemanfaatan dan kemudaratan, maka hala tuju dan gerak kerja rancangan-rancangannya perlu dipantau dari semasa ke semasa. · - Apa yang dihidangkan kepada umum bukan sekadar hiburan semata-mata malah turut mendidik masyarakat. 6.3 Isu Gejala Sosial 1.Gejala Ponteng Sekolah Ø Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ø Menurut Laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan Bandar. Definisi Ponteng Sekolah Ø Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ø Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Ø Ponteng merujuk kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang musnasabah. Ø Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Ø Ponteng merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas. Ø Ponteng sekolah melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Punca Gejala Ponteng Sekolah Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah – tidak mampu mengikuti pelajaran dengan sempurna. Mementingkan keseronokan daripada pelajaran – melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi. Tekanan Ekonomi – bekerja sambilan. Kurang perhatian, pemantauan atau kasih sayang daripada ibu bapa – ibu bapa sibuk dengan urusan harian. Pengaruh rakan sebaya – Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai musnasabah.
Peraturan sekolah yang terlalu ketat – datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda dan dimarahi guru disebabkan kesalahan tersebut. Kesan Ponteng Sekolah Ø Pembaziran masa dan tenaga – masa yang dibazirkan tidak akan dipulang atau dikembalikan. Ø Masyarakat memandang serong kepada pelajar- mereka memandang pelajar sebagai sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa depan. Ø Masa Depan tidak terjamin- tidak dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. Ø Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar – tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85% dan tidak dapat menduduki peperiksaan. Kesan Gejala Ponteng Sekolah Kepada Guru Ø Merasa kerugian – tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah Ø Menganggu proses pembelajaran pelajar – terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal Ø Kelas terganggu oleh pelajar yang kerap ponteng sekolah – memburukkan pencapaian mata pelajaran. Cara mengatasi masalah ponteng sekolah 1. Pelajar diberikan motivasi kesedaran diri 2. Ibu bapa memberi perhatian kepada persekolahan anak-anak 3. Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah 4. PIBG membantu sekolah 5. Masyarakat prihatin terhadap isu ini 6. Kempen dan ceramah dijalankan dan diberikan kepada pelajar 7. Pihak sekolah membantu pihak sekolah 8. Guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
2. Penyalahgunaan Dadah Ø Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah oleh masyarakat yang bertentangan dengan tujuan iaitu sebagai perubatan atau rawatan. Ø Dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya terhadap kita sekiranya tidak disalahgunakan. Ø Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.
Punca penyalahgunaan dadah Ø tertekan dengan masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan tempat kerja. tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami tekanan dan kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan kenyataan tersebut Ø pengaruh rakan sebaya - mengikuti ajakan rakan-rakan sebaya tanpa membuat pertimbangan yang wajar termasuk menghisap dadah Ø Kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa – ibu bapa mementingkan kerjaya sehingga alpa akan tanggungjawab mendidik anak-anak. Kesan penyalahgunaan dadah Ø Menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri- kelihatan tidak bermaya, pucat dan kehilangan berat badan. Ø dijangkiti pelbagai penyakit - menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain semasa menagih dadah. Ø melakukan perbuatan atau jenayah - Mereka tidak dapat berfikir atau bertindak secara waras kerana ketidakstabilan emosi. Ø Menjejaskan prestasi pelajaran remaja- mudah keliru dan mendapat sakit otak. Langkah penyelesaian Ø Peranan ibu bapa – mengambil berat tentang anak-anak dan tidak harus hanya mementingkan urusan kerja semata-mata. Ø Penguatkuasaan undang-undang – mengikut Akta Dadah Berbahaya 1995 Ø Kempen anti dadah dijalankan Ø Peranan media massa- menyiarkan berita, drama, rancangan atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada remaja dan kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. 3. Isu Mat Rempit Pengenalan § Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalan raya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. § Aksi samseng jalanan yang berbahaya akan menyebabkan nyawa pengguna jalan raya lain berada dalam keadaan yang membimbangkan. § Aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ialah : o Wheelie- menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan. o Wikang- menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang. o Scorpion- menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas. o Superman – menunggang laju sambil terbaring seperti aksi superhero, Superman sedang terbang
o Pereng/ corner – bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh. Punca Gejala Mat Rempit 1) Pengaruh rakan sebaya- Remaja terikut-ikut dengan perbuatan rakan-rakan mereka. 2) Mengejar keseronokan- melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. 3) Kurang didikan agama- mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral. 4) Desakan naluri- remaja suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh. 5) Cara hidup- remaja yang berpendidikan rendah lebih cenderung melibatkan diri dalam kancah lumba haram ini. 6) Kurang kasih sayang ibu bapa- ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan anak-anak mereka Kesan Gejala Mat Rempit 1. Dari segi sosial Ø mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Ø Bunyi enjin motosikal yang kuat mengganggu penghuni-penghuni. Ø Berlaku kes-kes jenayah –golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Ø Pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram. Ø Berlaku kes seperti pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit membunuh seperti AIDS. 2. Dari segi ekonomi Ø Terdesak untuk mendapatkan duit untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol serta wang pertaruhan. Ø Memeras ugut, meragut dan mencuri seterusnya merugikan ekonomi negara kita. 3.Dari segi politik Ø Bilangan masyarakat yang berkarisma dan berkepimpinan semakin berkurangan. Ø Tenaga kerja dan sumber manusia semakin sedikit. Ø Terpinggir dalam urusan kemodenan dan kemajuan di tanah air sendiri. Langkah penyelesaian Ø Perhatian yang secukupnya-ibu bapa meluangkan masa dengan berbual dengan anak mereka dan mendengar luahan serta rintihan hati mereka. Ø Penguatkuasaan undang –undang- menambahkan hukuman kepada pesalah. Ø Motivasi dan kaunseling-memberi perhatian dan pengiktirafan kepada golongan remaja. 4. Isu Vandalisme
ü Vandalisme ialah satu tingkah laku menconteng atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Punca Vandalisme · - Pengaruh rakan sebaya- bagi kumpulan remaja yang tidak bermoral, akan timbul idea untuk menconteng dan merosakkan harta benda di sekeliling mereka. · - Kurangnya perhatian daripada institusi kekeluargaan- tidak menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri anak-anak sejak kecil. Kesan Vandalisme · -Pemandangan di sekitar kawasan tercemar- dinding atau kemudahan diconteng dan dicacatkan. ·
- Imej negara terjejas- pelancong asing melihat keburukan yang dipaparkan oleh rakyat.
Langkah penyelesaian · - Ibu bapa memberi penekanan agama, kasih sayang, dorongan dan perhatian- Anak-anak akan merasa bahagia berada di samping keluarga yang harmoni. · ·
- Peranan organisasi kerajaan -menguatkuasakan dan memperketatkan undang-undang. Peranan organisasi bukan kerajaan (NGO)- mengadakan kempen kesedaran
5. Isu Gangsterisme ·
- Penglibatan gejala gangsterisme terbahagi kepada dua golongan iaitu delinkuen dan devian.
·
- Delinkuen-remaja yang bersekolah.
·
- Devian-golongan yang melanggar norma masyarakat setempat.
· -Menurut Haslina Hassan (2000), beliau mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja merupakan perlakuan yang diwariskan oleh golongan terdahulu dan aktivitinya di luar kawasan sekolah. Faktor Gejala Gangsterisme · - Peranan media massa – melalui filem aksi yang ditayangkan, majalah-majalah serta pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui televisyen. ·
- Pergolakan keluarga-kemusnahan institusi keluarga
Langkah penyelesaian ·
- Rakan cop –melibatkan kerjasama daripada masyarakat.
·
- Pemilihan rakan – memilih rakan yang sesuai dijadikan teman
·
- Pemindaan Mahkamah Juana 1947-mengetatkan hukuman kepada pesalah di bawah umur
· - Peranan masyarakat- mempunyai sikap prihatin dan mengambil tahu anak-anak jiran supaya anak-anak sentiasa merasakan mereka diperhatikan dan akan berwaspada untuk melakukan perkara yang tidak sihat berhampiran dengan tempat tinggal.
· -Peranan ibu bapa- memberi pendidikan agama yang cukup serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya terlibat dalam gejala tidak sihat demi masa depan mereka sendiri. 6. Pembuangan bayi Pendahuluan: Ø Saban hari pelbagai berita berkaitan dengan pembuangan bayi dilaporkan dan bayi tersebut dijumpai di merata-rata tempat. Ø Untuk menyembunyi perbuatan tersebut, mereka sanggup membuang bayi yang tidak berdosa dengan harapan akan diberi peluang menjalani kehidupan. Ø Gejala ini dapat ditangkis sekiranya wujudnya kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat dengan mengambil tahu dan cuba membanterasnya serta melahirkan sifat penyayang. Faktor-faktor ü Kurangnya didikan agama dalam diri remaja –mudah terpengaruh untuk melakukan gejala yang tidak sihat. ü Keruntuhan institusi keluarga dalam sesebuah masyarakat- sibuk dengan pembangunan dan mengejar kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar mereka dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. ü Peranan masyarakat-memandang hina orang yang melakukan dosa seperti berzina, buang bayi dan sebagainya. Ciri-ciri remaja yang terlibat dalam gejala ini § -Kecelaruan identiti remaja- keluarga tidak membentuk watak anak-anak mereka. § -Tahu agama tetapi memilih jalan yang tersasar. § - Mempunyai pendidikan tetapi memilih jalan yang menyeleweng. Kesan-kesan § - Bayi yang dibuang berasa sedih dan kecewa terhadap ibu bapanya yang tidak berhati perut dan tidak mengenali ibu bapa kandung dia apabila dia dewasa. § -Maruah keluarga terjejas- dipandang hina oleh masyarakat § -Masyarakat setempat dikuntuk- menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang sikapn masyarakat setempat ini. §- Imej negara terjejas – kehilangan pelabur datang melabur di negara kita. Kesimpulan Ø Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menangani gejala ini dan tidak hanya berdiam diri serta menyalahkan mana-mana pihak. Ø Kita sebagai masyarakat seharusnya prihatin untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani masalah ini. Ø Remaja hari ini seharusnya sedar akan kesilapan mereka dan berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal di kemudian hari.
6.4 Isu Teknologi maklumat dan komunikasi Definisi · - Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ( Information and Communication Technology)merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. · -Teknologi Maklumat ( Information Technology) atau IT dan Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ( Information and Communication Technology) diperlukan untuk pemprosesan data. · -Teknologi maklumat ialah satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. -Teknologi maklumat digunakan untuk mengumpul maklumat, · dan proses semula imej serta digunakan untuk berkomunikasi.
memanipulasikan maklumat
Fungsi – fungsi Teknologi maklumat dan komunikasi o ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. o Guru-guru dapat memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit dan perisian-perisian aplikasi komputer. o Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. o Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. o Aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Peranan Teknologi Maklumat ·
-Membuka minda supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung.
· -Menjimatkan waktu, tenaga kerana maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya. ·
-Menjamin kehidupan yang lebih selesa.
Komponen Teknologi Maklumat v Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. v Komponen-Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Teknologi Maklumat pada masa kini Ø Diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ø Pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian computer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta MIS.
Kebaikan dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT) Kebaikan : ü Iklan terbaharu dalan blog abuaslam ialah iklan ‘My Egg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘internet online’. ü Agensi kerajaan memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filingmenjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan. ü Bagi industry perbankan, Maybank Berhad menawarkan sistem online dalam jenama maybank2u untuk memudahkan urusan pemindahan wang dan pembayaran bil. Keburukan : Ø Peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket berkurangan dan menambahkan kadar pengganguran dalam negara. Ø ICT disalahgunakann terutamanya medium internet menyebabkan semua lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak terdedah kepada bahan lucah/porno. Ø Gejala sosial seperti seks bebas dan rogol dan ditambahkan. Isu-isu Kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi § Penggunaan kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar yang dikatakan kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan pengguna IT. § Kata gandi nama yang halus dan bersopan wajar dipratikkan dalam perbualan seharian sama ada dalam alam maya atau realiti. § Percampuran antara bahasa Malaysia dan Inggeris menjejaskan pemartabatan bahasa di peringkat nasional atau internasional. § Kita sebagai bangsa yang bertamadun mempunyai jati diri sendiri dalam aspek penggunaan bahasa supaya disanjung oleh pihak lain yang turut menyukai bahasa kita. § Para remaja tidak menghormati orang tua dengan tidak memanggil orang tua dengan gelarannya. § Generasi ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi. Contoh-contoh Alat ICT yang disalahgunakan pada Zaman ini yang menjejaskan kesantunan. 1. Jenayah siber · Merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi internet. · Pengguna internet melakukan jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer. 2. Penggodam maklumat · Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati memusnahkan data dan mengubah sistem komputer. · Mereka menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
3. Bahan-bahan pornografi o Amalan menonton video lucah dalam kalangan belia didorongi oleh filem-filem dan programprogram televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotic. 4. Kewujudan budaya plagiarism · Golongan belia menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. · Menjejaskan amalan kesantunan dan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri. ·
Mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia.
· Menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Langkah-langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi A. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi dalam media sosial. B. Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK. C. Kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat menggunakan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK. D. DBP hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan TMK. 6.5 Isu-isu tambahan 1. Isu sikap ibu bapa dan masyarakat 2. Ustaz Biar Suami merogol anak didakwa. 3. Ibu bapa bunuh anak sendiri, gagal bunuh diri 4. Ibu pelajar tampar guru 5. Isu pertembungan budaya Isu-isu yang dipengaruhi ·
- Cara percakapan-bahasa barat bercampur ke dalam bahasa kita.
·
- Hedonisma-merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup.
· - Fesyen Barat-meniru fesyen barat terutamanya dari segi pemakaian menjadi ikutan masyarakat Malaysia dewasa ini. ·
- Makanan dan Minuman Barat-menenggelamkan makanan tradisi masyarakat.
·
- Pergaulan bebas-terpengaruh dengan cerita-cerita dari Hollywood.
· Judi dan Arak-pengaruh budaya barat yang dapat menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari.