Sajak_2009

  • Uploaded by: SUBRAMANIAM RENGASAMY
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sajak_2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,805
  • Pages: 10
DERITA PERTAMA Rangkap sajak

Maksud sajak

Adam adalah bapa kita yang tercampak dari seberang dunia kerana mencari syurga di celah buah khuldi.

Nabi Adam merupakan bapa kepada semua manusia. Baginda tercampak ke dunia kerana telah melanggar perintah Tuhan agar tidak makan buah khuldi.

Waktu terlantar di dunia baru hari tengah malam ia tidak mengerti apa yang terjadi mulutnya bisu.

Ketika tiba di dunia ini, hari sudah tengah malam. Baginda rasa sunyi dan bersendirian. Baginda tidak mempunyai sebarang teman untuk berbual atau berbicara.

Ia melihat sekeliling mulai merasa cemas akan kegelapan segumpal awan hinggap ke kening ia tidak tahu apakah itu.

Baginda berasa cemas dan takut kerana keadaan gelap. Bendabenda di sekelilingnya begitu asing kerana baginda tidak pernah melihatnya.

Sepanjang malam ia tercengang dari hatinya mengalir sungai duka bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan tubuh seorang.

Baginda berasa sedih dan kesal atas perbuatannya namun segalanya telah terlewat. Baginda mula berasa risau apabila memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menempuh hidup baru di dunia ini. Tambahan pula baginda hanya keseorangan di dunia ini.

Sepanjang malam air matanya membelah muka bulan.

Baginda terharu dan sedih menghadapi derita pertamanya di dunia ini. Baginda menangis sepanjang malam.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas. i)

Apakah maksud “dari hatinya mengalir sungai duka”?

ii)

Sekiranya kita telah melakukan suatu kesalahan, apakah tindkan yang patut kita ambil?

iii)

Jelaskan unsur imejan yang terdapat dalam sajak ini.

iv)

Apakah keslahan yang telah dilakukan oleh Nabi Adam? Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?

v)

Mengapakah sajak ini diberi judul Derita Pertama?

vi)

Apakah unsur pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?

vii)

Bagaimanakah keadaan Nabi Adam semasa berada di dunia?

viii)

Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca melalui sajak ini?

ix)

Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

Jawapan soalan kefahaman sajak Derita Pertama i)

Apakah maksud “dari hatinya mengalir sungai duka”? • •

ii)

Perasaan penyajak sangat sedih. Tidak mampu ditahan-tahan lagi. Sekiranya kita telah melakukan suatu kesalahan, apakah tindkan yang patut kita ambil?

• • iii)

Meminta maaf apabila menyedari bahawa kita telah berbuat salah terhadap seseorang. Meminta keampunan daripada Tuhan yang Esa dan berdoa agar kesalahan itu diampunkan. Jelaskan unsur imejan yang terdapat dalam sajak ini. (Imejan ada kaitan dengan deria)

• • • • iv)

merasa lemas akan kegelapan. sepanjang malam ia tercengang. dari hatinya mengalir sungai duka. ia melihat sekelilingnya. Apakah keslahan yang telah dilakukan oleh Nabi Adam? Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?

• • v)

Nabi Adam telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah khuldi yang dilarang akibat pujukan iblis. Peristiwa ini membuatkan baginda terusir dari syurga dan dicampakkan ke dunia. Mengapakah sajak ini diberi judul Derita Pertama?

• •

vi)

Hendak menegaskan tentang pengalaman baru yang pertama kali terpaksa dihadapi. Pengalaman hidup yang menderita merupakan pengalaman yang pertama kerana selama ini Nabi Adam berada di syurga yang hidup baginda memang bahagia, seronok dan gembira. Apakah unsur pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?

• • • • vii)

Manusia harus berfikir secara rasional dan bertindak dengan bijak untuk menghadapi masalah. Kita janganlah terlalu mengikut perasaan apabila berdepan dengan masalah. Kita janganlah terpengaruh dengan hasutan danpujukan syaitan. Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan hidup. Bagaimanakah keadaan Nabi Adam semasa berada di dunia?

• • viii)

Nabi Adam berada dalam keadaan yang sedih. Baginda menangis sepanjang malam. Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca melalui sajak ini?

• • • ix)

Memberi amaran supaya sentiasa mematuhi perintah Tuhan. Memberi nasihat supaya sentiasa tabah menghadapi apa sahaja masalah hidup. Menasihati kita agar tidak mudah terpengaruh dengan pujukan seseorang yang tidak dikenali. Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

• •

Manusia memerlukan kawan atau teman untuk hidup. Manusia perlu petunjuk (hidayah) daripada Tuhan untuk menjalani kehidupan di dunia ke arah jalan yang benar.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Sajak Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati.

Maksud Penyajak meluahkan rasa kesal beliau terhadap sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa, tidak sabar dan tidak bertolak ansur ketika berada di jalan raya. Keadaan bertambah buruk apabila mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika hujan gerimis pada waktu senja.

Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa.

Pengguna jalan raya bersikap sombong, tidak sabar dan dipengaruhi emosi akibat perasaan bosan semasa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mereka semakin jemu dengan kehidupan sedemikian yang tiada penyelesaiannya.

Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini.

Pengguna jalan raya semakin kehilangan nilai-nilai murni seperti sopan santun, berbudi bahasa dan bertimbang rasa akibat tekanan hidup di kota. Sebaliknya sikap mereka menjadi kasar, angkuh dan terburu-buru kerana dikuasai hawa nafsu yang menggugat peradaban manusia.

Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim.

Penyajak menggambarkan jalan raya yang dijadikan medan melepaskan perasaan, bersikap biadap dan tidak bertanggungjawab. Keadaan itu jelas menunjukkan bahawa nilai kemanusiaan semakin terhakis dalam kalangan masyarakat di kota yang serba moden dan canggih ini.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas. i)

Bagaimanakah perasaan pengguna jalan raya sebagaimana yang digambarkan dalam sajak ini?

ii)

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga kota berasa tertekan?

iii)

Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.

iv)

Apakah kesan daripada tindakan pengguna jalan raya ini?

v)

Apakah maksud ‘personifikasi’? Berikan contoh berdasarkan sajak di atas.

vi)

Apakah maksud, “kemanusiaan semakin mandul”?

vii)

Mengapakah penyajak berkata jalan raya itu gelanggang kebuasan ?

viii)

Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

Jawapan soalan kefahaman sajak Jalan-jalan Raya Kotaku i)

Bagaimanakah perasaan pengguna jalan raya sebagaimana yang digambarkan dalam sajak ini? • • •

ii)

Hilang kesabaran. Berada dalam keadaan letih dan gelisah. Menanggung pelbagai penderitaan. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga kota berasa tertekan?

• • • • • iii)

Kos hidup yang tinggi. Bekerja keras untuk mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup yang tinggi. Kesesakan di jalan raya. Wujud persaingan dalam semua lapangan hidup – pekerjaan mahupun perniagaaan. Hubungan kekeluargan yang longgar. Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.

• • • • iv)

Kita hendaklah sabar apabila menghadapi masalah hidup. Manusia perlullah mengawal nafsu. Kita haruslah sentiasa mengamalkan budi bahasa. Kita hendaklah bertolak ansur dan bersimpati terhadap orang lain. Apakah kesan daripada tindakan pengguna jalan raya ini?

• • • • v)

Pemandu akan memandu sesuka hati. Mengakibatkan kemalangan jalan raya. Kemalangan akan mengakibatkan kecederaan atau mengorbankan nyawa. Boleh menyebabkan kerugian harta benda. Apakah maksud ‘personifikasi’? Berikan contoh berdasarkan sajak di atas.

• • vi)

Personifikasi bermaksud memberi sifat-sifat manusia kepada benda-benda bukan manusia. Contoh personifikasi: gerimis menabur benih, ketidaksabaran membengkak, kesombongan merajai, kebosanan menggigit pangkal rasa, kemanusiaan semakin mandul. Apakah maksud, “kemanusiaan semakin mandul”?

• vii)

Hilang amalan nilai-nilai murni. Mengapakah penyajak berkata jalan raya itu gelanggang kebuasan ?

• • viii)

Orang ramai menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram. Warga kota mempamerkan sikap biadab dan tidak berperikemanusiaan di jalan raya. Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

• • •

Manusia kota sombong dan tidak bersopan santun. Manusia kota bertindak berlandaskan nafsu. Kehidupan di kota tidak membahagiakan.

DUHAI PENTAFSIR Sajak Pentafsir, sebenarnya telah lama kucari suaramu yang sarat ke mana jatuhnya gema itu? di manakah tempat istirahat setelah pengembaraan yang penat di manakah telah kaurakamkan pertemuan matahari,rimba dan lautan? Senja ini menemuiku dengan lusuh catatanmu angin yang sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembarlembar buku sedang aku belum ketemu surat yang kau tuliskan padaku. Telah hilangkah ia Atau kau tidak pernah menulisnya Ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan Racun keresahan telah membunuh lenaku Sejak kau dahagai penawar dalam lautan nota-notamu Kiranya terdampar dalam angin yang ragu Yang tidak mengenal arah tiupannya Angin tanpa sabar yang telah melunturkan Kehijauan dalam keriangan masa kecilku. Pentafsir, musim telah terlalu tua kaca jendela menjadi kelabu dan aku telah terlalu lesu untuk menari bersama bayang-bayangmu senja pun semakin larut lembar-lembar menjadi semakin kuning apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini di samping pusaramu yang sepi. Hentikan ejekanmu biar kupecahkan kaca ini melihat keluar. Lalu mengenal rumpun-rumpun yang redup adalah pengakuanmu, Tuhanku! yang menjernihkan mataku.

Maksud Penyajak membuat pernyataan bahawa dia telah lama mencari arah dan kebenaran dalam kehidupannya, tetapi masih belum ditemui. Usia yang semakin bertambah menyebabkan penyajak hampir terlupa peristiwaperistiwa silam yang dilaluinya.

Sewaktu usia semakain tua, penyajak masih meneruskan pencariannya. Banyak hasil tulisan yang dibaca dan diteliti sehingga seakan-akan kajian yang dikaji menjadi lusuh. Pertambahan usia memberi peringatan kepada penyajak bahawa sisa-sisa usia semakin singkat. Tetapi masih mencari-cari petunjuk yang benar daripada pencipta-Nya. Penyajak menjadi keliru dalam mencari petunjuk Ilahi dan hakikat kebenaran kehidupan ini. Penyajak diburu resah oleh sejarah silam kehidupannya yang beronak dan berliku. Penyajak mula sedar kesilapan dan kelalaiannya yang menyimpang daripada petunjuk Ilahi. Dia berasa kerugian kerana membiarkan masa mudanya begitu sahaja tanpa berusaha mengenal Tuhannya. Usia penyajak semakin tua, penglihatannya semakin kabur dan tubuh menjadi semakin lemah. Tetapi penyajak tetap berusaha untuk mendapatkan perlindungan dan keredaan Tuhan dalam kehidupannya yang semakin singkat. Penyajak ingin meninggalkan semua kejahilan dan melupakan sejarah silamnya. Namun begitu dia masih ragu akan penerimaan Tuhan terhadap keinsafan dirinya. Penyajak menyatakan keyakinannya untuk keluar daripada keraguan dan kesangsiannya. Penyajak membuat tekad dan menyerah diri mencari keredaan Tuhan untuk mencari ketenangan jiwanya.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas. i)

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini?

ii)

Nyatakan nilai yang terdapat dalam diri “aku” dalam sajak ini?

iii)

Apakah maksud, “telah lama kucari”?

iv)

Bagaimanakah keadaan ”aku” dalam sajak ini?

v)

Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

vi)

Apakah kekurangan yang disedari oleh ”aku” dalam sajak ini?

vii)

Berikan satu contoh personifikasi dan satu contoh metafora yang terdapat dalam sajak ini.

Jawapan soalan kefahaman sajak Duhai Pentafsir i)

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini? • • •

ii)

Harus beribadat sejak kecil. Harus mula membaca kitab suci sejak kecil lagi. Harus meluangkan masa untuk mendengar khutbah para ulama. Nyatakan nilai yang terdapat dalam diri “aku” dalam sajak ini?

• • iii)

Cintakan agama. Contohnya, penyajak berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Keinsafan. Contohnya, penyajak mengakui kesilapannya pada masa dahulu. Apakah maksud penyajak dengan, “telah lama kucari”?

• iv)

Perjalanan hidup atau pengalaman menempuh liku-liku hidup atau pedoman hidup. Bagaimanakah keadaan ”aku” dalam sajak ini?

• • • v)

Usia yang telahlanjut / tua / uzur. Kesangsian dan keraguan terhadap ilmu yang telah dipelajarinya. Kebenaran yang tidak diamalkan. Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

• • • vi)

Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan. Kesedaran untuk mendekati Tuhan. Kesedaran untuk mendalami ilmu agama. Apakah kekurangan yang disedari oleh ”aku” dalam sajak ini?

• • • vii)

Kehausan ilmu agama sudah tidak ada. Tidak teringin untuk membaca dan memahami kandungan kitab suci. Tidak berpuas hati dengan pengetahuan agama yang ada padanya. Berikan satu contoh personifikasi dan satu contoh metafora yang terdapat dalam sajak ini.

• •

Personifikasi: angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku. Metafora: racun keresahan.

ANAK LAUT Sajak Segar angin laut mengembalikan rindunya pada kolek bagai buih kecil terapung di air menjaring sedikit rezeki dan sisik ikan kulit ketam kepala sotong dan kaki udang yang bersimpati.

Maksud Tiupan angin yang segar mengingatkan seorang nelayan tua kepada sampanya yang kecil ketika turun ke laut. Dengan menaiki sampan itulah dia mencari rezeki di laut dengan menangkap ikan, ketam , sotong dan udang. Walau bagaimanapun pendapatannya tidak mencukupi kerana hasil tangkapannya kurang.

Seperti kolek terdampar di pasir menampakkan urat jalur-jalur tua anak laut itu sudah dapat menerka langkahnya hampir tiba pada muara Pencipta.

Keadaan sampan usang yang tersadai di pasir pantai, samalah juga dengan keadaan nelayan tua. Nelayan yang sudah tua dapat menduga bahawa saat kematiannya sudah hampir tiba.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas. i)

Apakah yang dirindui oleh penyajak?

ii)

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk membantu para nelayan?

iii)

Apakah itu asonansi dan simile? Berikan satu contoh untuk asonansi dan satu contoh untuk simile.

iv)

Apakah maksud, “seperti kolek terdampar di pasir”?

v)

Pada pendapat anda, mengapakah nelayan tua sangat merindui laut?

vi)

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini?

vii)

Gambarkan keadaan anak laut.

viii)

Mengapakah pekerjaan sebagai nelayan dikaitkan dengan kemiskinan?

ix)

Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini?

Jawapan soalan kefahaman sajak Anak Laut i)

Apakah yang dirindui oleh penyajak? • •

ii)

Penyajak rindu akan kehidupannya sebagai nelayan. Penyajak rindu akan suasana di tengah laut semasa menangkap ikan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk membantu para nelayan?

• • • • • iii)

Mewujudkan suatu badan khas untuk membantu nelayan membeli peralatan menangkap ikan dan membaiki perlatan yang rosak. Menyediakan pusat perkhidmatan nelayan untuk membantu nelayan yang menghadapi masalah. Memberikan khidmat nasihat tentang proses pinjaman. menghapuskan peranan orang tengah dan pemborong yang suka mengaut keuntungan. Membantu nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka terus kepada pembeli. Apakah itu asonansi dan simile? Berikan satu contoh untuk asonansi dan satu contoh untuk simile.

• •

• • iv)

Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama. Simile ialah perbandingan tidak langsung dengan menggunakan kata-kata bak, seperti, umpama, bagai, ibarat dan sebagainya. Contoh asonansi: menampakkan urat jalur-jalur tua. (pengulangan huruf vokal a) Contoh simile: seperti kolek terdampar di pasir. Apakah maksud, “seperti kolek terdampar di pasir”?



Sampan itu tersadai di pantai kerana tidak berguna lagi. Penyajak juga berpendapat dirinya tidak berguna lagi kerana tidak turun ke laut seperti biasa untuk menangkap ikan.

v)

Pada pendapat anda, mengapakah nelayan tua sangat merindui laut? • •

vi)

Sepanjang hidup semasa usia mudanya dihabiskan di laut untuk mencari rezeki. Laut menyimpan suka duka hidupnya kerana beliau telah lama menjadi nelayan. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam sajak ini?

• • • vii)

Kita mestilah bekerja untuk meneruskan hidup. Manusia haruslah beriman kepada Allah dan menerima segala ketentuan-Nya. Tanggungjawab harus dilakukan dengan sempurna hingga ke akhir hayat. Gambarkan keadaan anak laut.

• • • viii)

Nelayan tua. Semakin tua usianya. Dapat menduga bahawa saat kematiannya sudah hampir. Mengapakah pekerjaan sebagai nelayan dikaitkan dengan kemiskinan?

• • •

Hasil tangkapan sedikit. Hasil dijual dengan harga yang rendah. Orang tengah mengeksploitasi nelayan.

ix)

Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini? • • •

Kehidupan seorang nelayan yang dihimpit kemiskinan. Keberanian seorang nelayan meredah laut yang luas. Kegigihan seorang nelayan untuk mencari rezeki.

DI RUANG GEMANYA Sajak Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang. Sejak itu tidak kukesal lagi Goda dan duga Di gerimis senja.

Maksud Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya kepada negaranya yang tercinta. Sepanjang perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah, penyajak telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, namun penyajak tidak berasa kesal akan tindakannya itu.

Telah kupahatkan lelah umurku Pada setiap kerikil dan debu Datang dan menghilang Ke hujung kenang. Sesudah itu Tidak kukenal lagi Hampa dan derita Di guruh pagi.

Sepanjang hidupnya penyajak sentiasa mencurahkan bakti dan berusaha untuk memastikan negaranya bebas daripada masalah. Setelah dia berusaha penyajak tidak lagi berasa hampa dan kecewa kerana negaranya kini telah mencapai kemerdekaan.

Gerimis senja guruh pagi Adalah titipan maya Bakal kukongsikan hati Mengukir tadbir di ruang gemanya.

Penyajak ingin menyampaikan mesej bahawa dugaan dan cabaran itu merupakan perkara biasa dalam mengharungi liku-liku hidup. Penyajak juga bersedia berkongsi pengalamannya dengan anggota masyarakat yang lain dan bersama-sama mencurahkan usaha , idea dan tenaga untuk membangunkan negaranya yang tercinta.

Jawab soalan-soalan berikut berpandukan sajak di atas. i)

Apakah perubahan yang berlaku dalam diri “aku”?

ii)

Apakah mesej penyajak kepada pembaca?

iii)

Pada pendapat anda apakah kesannya jika rakyat sesebuah negara tidak taat kepada negara?

iv)

Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini?

v)

Apakah perwatakan penyajak dalam sajak ini?

vi)

Huraikan bentuk sajak ini.

Jawapan soalan kefahaman sajak Di Ruang Gemanya

i)

Apakah perubahan yang berlaku dalam diri “aku”?

• ii)

Berubah sikap menjadi manusia yang taat kepada negaranya. Apakah mesej penyajak kepada pembaca?

• • • iii)

Perlu mempertahankan kemerdekaan negara. Perlu mempertahankan negara daripada nacaman musuh. Menjamin kehidupan yang harmoni dalam negara. Pada pendapat anda apakah kesannya jika rakyat sesebuah negara tidak taat kepada negara?

• • • • • iv)

Dijajah oleh musuh. Kemerdekaan negara akan hilang. Kehidupan rakyat menjadi susah. Kebebasan sudah tidak ada lagi. Maruah bangsa tergadai. Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini?

• • • v)

Kesanggupan untuk menghadapi apa juga rintangan untuk membuktikan kesetiaan kepada negara. Memberikan sumbangan tenaga dan idea untuk menjamin kegemilangan negara. Rintangan dan dugaan merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia. Apakah perwatakan penyajak dalam sajak ini?

• • • vi)

Seorang yang bersemangat patriotik. Berani mempertahankan tanah air. Ikhlas memberikan sumbangan untuk membangunkan negara. Huraikan bentuk sajak ini.

• • • • •

Ada tiga rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sekata. Bilangan suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 3 – 5 perkataan. Rima akhir sajak ini ialah aabcdef, aabacde, abab…. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat dengan puisi tradisional.

More Documents from "SUBRAMANIAM RENGASAMY"

Mrsm K2
November 2019 47
Melaka K1 K2
November 2019 45
Poin-poin Karangan
November 2019 38
Pep
November 2019 32
Sajak_2009
May 2020 16