Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor as PDF for free.

More details

  • Words: 8,554
  • Pages: 43
1. Ajaran Syed Mohd. Al Masyor “Jawatankuasa Fatwa kali 1/8 memutuskan bahawa Ajaran Syed al-Masyor adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali keajaran Islam yang sebenar” Keterangan : Syed Mohd al-Masyhor seorang rakyat Singapura yang meninggal dunia pada 16 Julai 1974 beralamat No 13, Panlee Road, Singapura, bekerja sebagai buruh pelabuhan Singapura. Pada masa mudanya suka berjudi bermain kuda , tetapi akhirnya bertukar corak kehidupannya dengan keagamaan dengan membawa ajaran kumpulan Ikhwan atau lebih dikenali dengan ajaran Syed Mohd al-Masyhor. Ajaran beliau juga diberi nama Tarikul Islam Muhammad S.A.W Habibullah al-Hashim. Sekarang ajaran ini dipimpin oleh anak saudaranya Syed Ali Al-Masyhor. 2.1 CIRI-CIRI AJARAN 2.1.1 Mengaku Rasul Kumpulan

ini

berpendapat

bahawa

hanya

Rasullulah

sahaja

yang

mengislamkan manusia. Setelah baginda wafat maka seorang demi seorang akan menggantikan baginda iaitu dari keturunan Syed. Justeru itu Syed Mohd al-Masyhor mengaku bahawa dirinya adalah Rasul. Beliau juga mengaku boleh memberi syafaat kepada pengikutnya yang mempunyai kesalahan maksiat seperti minum arak, berjudi, tidak menunaikan sembahyang dan lain-lain kesalahan. 2.1.2 Rasulullah Bercantum Dengan Allah Rasul pengganti adalah Rasulullah. Pada zahirnya sahaja manusia, dari segi hakikatnya adalah bercantum dengan Allah. Segala kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah itu sendiri.

2.1.3 Al-Quran Sebenar ialah Nur Hikmah Syed Mohd al-Masyhor berkata bahawa Al-Quran yang ada sekarang bukan Al-Quran yang sebenarnya. Al-Quran sebenar berada dalam tubuh kita yang diberi nama “Nur Hikmah”. Al-Quran yang ada sekarang menjadi mansuh dengan Nur Hikmah. 2.1.4 Pengikut Ditegah Berimamkan Orang Luar Pengikut–pengikut ajaran ini ditegah sama sekali menjadi makmum daripada mana-mana orang bukan ahli kumpulan ini. 2.1.5 Menegah Berkahwin Dengan Bukan Ahli Pengikut-pengikut ajaran ini adalah ditegah sama sekali berkahwin dengan orang bukan ahli, kerana mereka beranggapan bahawa orang yang tidak menjadi ahli mereka adalah bukan Islam 2.1.6 Mengamal Nikah Batin Upacara pernikahan yang dilakukan oleh jurunikah yang bertauliah adalah tidak sah, bagi mereka tiap pasangan perlu melakukan nikah batin. Ajaran ini telah menetapkan lima rukun nikah batin:a) Perempuan yang dinikahi itu bernama Maknikam. b) Maharnya adalah air mani. c) Walinya ialah Allah. d) Yang menikahkan itu ialah Muhammad. e) Saksinya Malaikat Kiraman Katibin. 2.1.7 Pengikut Ajaran Ini Dijamin Masuk Syurga Ajaran kumpulan ini tidak mengambil berat tentang perkara-perkara fardhu dan begitu juga dengan perkara-perkara yang dilarang dalam agama, ini adalah disebabkan pengikutnya dijamin akan dimasukkan ke dalam syurga melalui syafaat Syed Mohd Al-Masyhor.

2.1.8 Menerbitkan Buku Bertajuk “ Mengikut Jejak Rasulullah S.A.W.” Kumpulan ajaran ini telah menerbitkan sebuah buku berjudul “Mengikut Jejak Rasulullah S.A.W”, yang bertajuk seperti berikut: a) Al-Islam agama yang diredhai Allah b) Islam bukan warisan c) Makna Islam d) Al-Wasilah e) Kalimah Syahadatain f) Akibat Menentang Rasulullah Satu g) Perpaduan…………x………..Ummat Buku-buku ini diterbitkan khas untuk ahli sahaja. Pengikut ajaran ini ditegah sama sekali memberikan buku ini kepada bukan ahli. Perkara-Perkara Yang Bercanggah Dalam Buku Ini a) Menulis Al-Quran dan Hadis dengan huruf rumi(latin) b) Menambah kalimah syahadah Perjanjian kami dengan Allah S.W.T dengan kata iqrar: “Asyhadu an la ilaha illallah-HU ALLAH” m.s 25 Perjanjian kami dengan Rasulullah S.A.W dengan kata iqrar: “Asyhadu anna Muhammadur Rasulullah-HUL HAQ (A)” m.s 26 2.1.9 Salah Tafsir Al-Quran Kumpulan ini mentafsirkan Al-Quran dengan pendapat mereka sendiri tanpa

merujuk

mana-mana

Ulama’

tafsir

sebagai

contoh

mentafsirkan Al-Fatihah dengan cara fikiran mereka sendiri. 2.1.10 Memaksa Anak-Anak Menjadi Ahli

mereka

Kumpulan ini. memaksa anak-anak mereka menjadi ahli kumpulan mereka terutama anak perempuan yang hendak berkahwin.

Hukum Akad Nikah Wali Mujbir Yang Menganut Ajaran Sesat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ ( Fatwa ) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang mu’tabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut : “ Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 4/98 memutuskan hukum akad nikah samasa wali Mujbir atau tidak yang jelas (pasti) menganut ajaran sesat yang telah difatwakan oleh pihak berwajib adalah tidak sah. Walaubagaimanapun sekiranya ia bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat semula, akad nikahnya adalah sah ”. 2.

Ajaran Ahmadiah / Qadiani

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu’tabar dan mengambil keputusan seperti berikut: Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama’-ulama’ Islam serata dunia. Jabatan Ugama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa orang alim ulama’ di Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah Murtad (keluar dari Ugama Islam ) maka wajiblah

dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam yakni

Raja.

Mayatnya

tiada

boleh

dimandikan,

tiada

boleh

disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258. Oleh kerana hukuman Islam ini tidak dapat dilaksanakan maka Jawatankuasa Fatwa ini mengesyorkan : (i) Lucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah keluar dari erti Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dibawah fasal 160 tafsir. (ii) Tarik semula daripada mereka segala hak-hak Melayu yang telah diperolehinya seperti tanah “Rizab Melayu” yang telah dimilikinya. Melayu ertinya seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat melayu. LATAR BELAKANG 1.Ajaran Qadiani di asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama’ di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam. 2.Ekoran

dialog

tersebut,

perkembangan

mereka

semakin

lumpuh

sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif

mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa & penerbitan risalah. 3.Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah : a)Mirza Ghulam Ahmad mendakwa : (i) Sebagai Nabi menerima wahyu (ii) Imam Mahdi (iii) Isa al-Masih (iv) Mempunyai mukjizat (v) Para Nabi menyaksikan dirinya (vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan b)Ibadah Haji di Qadiani, India c)Menafikan Jihad d)Mengubah ayat-ayat al-Quran

3. Perkembangan Fahaman Syiah Di Selangor “Jawatankuasa FATWA kali 1/98 memutuskan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar” Keterangan : Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara : a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu. b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaanperpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal. 2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu : a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra) Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang. b) Syiah Ismailiah Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra. c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang. 3. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut : a) Pusat Pengajian Tinggi Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

b) Orang Awam Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari

rumah

ke

rumah.

Di antara

individu

yang

telah

dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang. c) Menubuhkan Persatuan Terdapat

usaha-usaha

kumpulan

ini

menubuhkan

persatuan

untuk

mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan

nama

“Darul

Husaini”

tetapi

pendaftaran

ditolak

pada

19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM. 4. PENYELEWENGAN SYIAH Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah: a) Imam Adalah Maksum Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72 b) Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati Golongan

Syiah

dikehendaki

mempercayai

bahawa

Allah

akan

menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersamasama

Imam

Mahadi

untuk

menghukum

orang-orang

yang

telah

melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.

Fakta

ini

dijelaskan

dalam

kertas

Aqaid

al-Imamiah

oleh

Syeikh

Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83 c) Berpura-Pura Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal d) Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan Syiah

menyanjung

Saidina

Ali

secara

berlebih-lebihan

hingga

disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197 e) Menghalalkan Nikah Mut’ah Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358 f) Menambah Syahadah Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab AlUsul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441 g) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat

mutawatir.

Mereka

hanya

berpegang

kepada

hadis

yang

diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149 h) Menolak Ijmak Ulama’ Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah alIthna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51 i) Menolak Qias Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149: j) Menziarahi Kubur Saidina Husain Ganjarannya Syurga Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Irsyad oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W k) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina alSyiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

l) Menghina Isteri-Isteri Nabi. Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330 m) Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36: Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab n) Sembahyang Duha Adalah Bid’ah. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf alMutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 : Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan bertanya

lagi,

meriwayatkan

sembahyang Abu dari

Bakr? Aisyah

Duha? Dia di

Dia

menjawab:

menjawab:

dalam

Musnad

“tidak”.

“tidak”. Aisyah,

Akupun

Humaidi dia

pula

berkata

sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah

4. Ajaran Ilmu Laduni (ahmad Bin Siraj) LATAR BELAKANG 1.Ajaran ini muncul pada tahun 1987 dan mula berkembang dalam masyarakat

pada

tahun

1996

yang

diasaskan

oleh

Ahmad

bin

Sirajberalamat di Batu 7 ½, Jalan Kebun, Klang. Kuantiti ahli dianggarkan 1000 orang di seluruh Malaysia, manakala di Selangor pula dianggarkan hampir 300 orang yang melibatkan beberapa orang guru sekolah agama. 2.Mereka telah menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Dakwatul Iman pada 23 Disember 1993. Kelas pengajian kumpulan ini diadakan 2 kali seminggu di rumah guru pada tiap-tiap malam Jumaat dan Ahad. Tujuannya untuk perbincangan bagi menghayati al-Quran dan Hadis. 3.Latar belakang guru : Beliau berasal dari Sungai Nibong, Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Batu 7 ½ , Jalan Kebun Klang. Beliau berumur 54 tahun dan telah beristeri serta mempunyai 8 orang anak. Beliau bekerja sebagai mekanik di Kontena Nasional, Pelabuhan Klang. Tahap pendidikan beliau hanya sekolah rendah sahaja. Nama gelaran beliau ialah Bang Mat. CIRI-CIRI AJARAN 1.mula mendapat ajaran ini melalui suara bisikan yang menyuruh berbuat baik ( sembahyang ) tetapi suara tersebut tidak diendahkan dan suara itu terus datang lagi. Oleh kerana beliau tidak tahu sembahyang maka suara itu datang lagi dan mengajar cara bersuci, sembahyang, dimulai dengan sembahyang Asar dan diikuti dengan sembahyang lain. 2.Beliau menganggap suara yang datang itu adalah hidayah atau ilham.

3.Pengikut yang taat dan patuh dengan guru juga boleh mendengar suara bisikan itu yang datang pada bila-bila masa sahaja. 4.Ajaran ini mendakwa: 1)Beliau tahu alam ghaib seperti syaitan, jin, alam barzakh, dan hal-hal yang akan berlaku pada masa akan datang 2)Beliau diperintahkan oleh suara supaya berdakwah kepada manusia, dan jin dan sekarang ahli yang paling ramai ialah golongan jin. 3)Beliau juga mendakwa dirinya sebagai bomoh tetapi cara mengubatnya tidak menurun hanya jampi air sahaja. 4)Beliau mendapat ilmu ini di Pulau Besar, Melaka. 5)Beliau mendakwa diri beliau tidak boleh dicaci dari belakang dan mereka yang berbuat demikian akan menjadi gila. 5.Keistimewaan / Kelebihan guru 1)Boleh mengubat penyakit 2)Berjumpa Nabi-nabi 3)Berjumpa Nenek Kebayan 4)Boleh melihat benda ghaib 5)Boleh melihat Alam Barzakh 5. Ilmu Salah Yang Dibawa Oleh Tuan Haji Khahar Bin Haji Ahmad Jalal " Bahawasanya Haji Khahar bin Haji Ahmad Jalal telah membawa ajaran ilmu salah kerana telah menyeleweng daripada akidah dan hukum syariat Islamiyah yang sebenar dan telah membuat penghinaan kepada para ulama' yang muktabar " Pengajaran ilmu salah ini dipelopori oleh Tuan Haji Khahar bin Haji Ahmad Jalal yang berpusat di No. 44. Kg. Kemensah, Hulu Klang.

Pusat Pengajaran Pusat Pengajaran ajaran ilmu salah ini adalah di rumah Hj. Khahar iaitu di No. 44, Kg. Kemensah, Hulu Klang. Masa yang tetap bagi pengajian ialah pada tiap-tiap hari Jumaat, Pada hari itu pengikut-pengikutnya mereka berkumpul dan mengadakan pengajaran agama seperti membaca bukubuku tafsir atau mendengar ceramah-ceramah dari ketua-ketua kumpulan dan mengadakan perbincangan antara mereka. Aktiviti ini adalah sebagai ganti bagi mereka menunaikan kewajipan sembahyang Jumaat. Penyebaran pengajaran yang dibawanya terbuka luas kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan di peringkat ini dia mengajar dengan menggunakan sebuah buku yang dikarang oleh beliau sendiri bertajuk " AL-FURQAAN - PEMBEDA " Karangan ini tanpa tiada mempunyai rujukan kepada mana-mana kitab Byang muktabar dan didapati bahawa isi-isi kandungan buku tersebut adalah bertentangan dengan kehendak Islam yang sebenar. PENGAKUAN BELIAU SENDIRI DALAM MENYEBARKAN ILMU SALAH Antara perkara-perkara yang disebarkan mengenai ilmu salah ini ialah : 1. Dia mengaku dirinya sebagai Rasul atau "Utusan Allah". Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah. 2. Dia mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam sepertimana dialami oleh Rasulullah S.A.W. 3. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia "sembahyang" itu memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan dari perkara mungkar. 4. Dia tidak percayakan Al-Quran yang ada sekarang ini sebagai Al-Quran yang sebenarnya, Pada dia Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di Luh Mahfuz.

5. Dia tidak percayakan Hadis. Pada dia hadis yang ada sekarang ini hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasullah S.A.W. 6. Orang Islam tidak perlu mengerjakan haji ke Mekah. Ibadah haji boleh dibuat di mana-mana di bumi Allah. Pada dia pergi ke Mekah dan ke Arab Saudi hanyalah untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah sahaja. 7. Dia mendakwaa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama. hari itu hari hujan tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang kedua, pada hari panas tetapi dia tidak merasai panas. AJARAN SALAH YANG DIDAPATI DALAM BUKU FURQAN "PEMBEDA" YANG DlKARANG OLEH HAJI KHAHAR BIN HAJI AHMAD JALAL Antaranya seperti berikut 1. Muka surat 12. "Takrif apakah i tu Al-Quran" " Al-Quran adalah pengetahuan Allah yang diturunkan melalui Malaikat Jibril kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki di antara hambanya " 2. Muka surat 24 " Apakah itu Rasul" " Rasul adalah menyampai ayatayatnya yang diturunkan kepada Nabi-nabi seperti menjelaskan ayatayatnya yang terang ". "Rasul adalah seorang lelaki di antara manusia dan Jin. Rasul menjelaskan ayat-ayatnya serta hikmah dan AI-Kitab". "Rasul meminpin

kaumnya

daripada

kegelapan

kekafiran

kepada

cahaya

keimanan. Rasul tidak mengikut yang lain kecuali wahyu daripada Allah.Rasul-rasul tidak membezakan di antara rasul rasul dan nabi-nabi ". "

Rasul

menyuruh

menyembah

Allah

semata-mata.

Dan

tidak

menyekutukan Allah dengan sesuatu jua pun. Rasul diutus oleh Allah ke setiap negeri setiap bangsa. setiap kaum, setiap golongan, setiap zaman ". " Rasul diutus oleh tuhannya menyampaikan ayat-ayatnya di dalam bahasa kaumnya sendiri " 3. Muka surat 28. " Hukum-hukum terhadap RasuL (1) 5.2. perintah Surah " * Menghadirkan diri terhadap majlis Rasul.

* Merendahkan suara di hadapan Rasul. * Menjadikan Rasul sebagai pemimpin umat. * Menerima Rasul sebagai perutusan daripada Allah. * Membenarkan Rasul menerima wahyu daripada Allah (Islam). * Membenarkan Rasul-rasul sebagai agama Allah serta menyebarkan kepada umat dan kaumnya. * Meminta izin terlebih dahulu daripada Rasul jika ada sesuatu urusan atau hal ketika berada di dalam majlis Rasul " 4. Muka surat 29 " Apakah itu Nabi " "Nabi menerima kitab daripada Allah iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran . Nabi adalah seorang manusia biasa yang diturunkan kepadanya sebuah kitab untuk seluruh manusia dan seluruh alam"."Nabi adalah orang yang mula-mula menerima petunjuk atau kitab Allah dan yang menjadi Rasul dan ada yang tidak menjadi Rasul ". " Nabi boleh menjadi Rasul, tetapi Rasul tidak boleh menjadi Nabi ". " Nabi adalah contoh dan saksi bagi Rasul-Rasul dan orang yang beriman ". "Nabi menjadi saksi kepada Rasulrasul, sementara Rasul-Rasul menjadi saksi bagi kaumnya dan Allah menjadi saksi keseluruhannya " 5. Muka surat 31 " Apakah itu Hadis ". "Hadis adalah kisah seorang yang menceritakan oleh orang lain kepada seseorang, kemudian keterangannya tersebut dicatatkan oleh orang lain. Umpamanya kisah tentang kehidupaan Nabi Muhammad iaitu cerita di atas cerita. Keterangan tersebut bukanlah wahyu daripada Allah yang datang dari sisi Allah. ia adalah dari perkataan manusia biasa. Yang membuat keterangan tersebut iatu perawi-perawi tentang diri Nabi Muhammad S.A.W. Perawi-perawi itu bukanlah terdiri daripada Nabi-nabi atau rasul-rasul yang dilantik oleh Allah. Hadis bukanlah pengetahuan daripada

Allah,

ia

adalah

mengikut

pandangan

atau

pendengaran

seseorang atau satu-satu kebenaran yang datangnya daripada sangkaan akal manusia. Ia bukanlah firman Allah. Hadis-hadis tersebut adalah yang

sebenarnya datang daripada sangkaan satu angan-angan kosong ahli-ahli kitab yang terdahulu. Ia bukanlah benar-benar kebenaran yang diyakini seperti Al-Quran atau kitab-kitab Allah. Hadis-hadis kebanyakannya membuat keterangan palsu terhadap Nabi Muhamamad S.A.W. ". 6. Muka surat 33 "Begitu juga kalau ditinjau dari semua sudut, hadis tersebut menimbulkan satu kesempitan atau kesusahan bagi " Hadis-hadis juga mempunyai kaedah-kaedah yang sempit, fanatik. ortodoks, ekstrim, radikal, hipokrit dan negatif ". "Pengikut-pengikut Musa. Isa dan Muhammad telah tertipu dengan urusan agama mereka mengikut sangkaa dan angan-angan kosong ahli-ahli kitab " Sesungguhnya yang memecah belahkan agama itu terdiri daripada pengikut-pengikut Rasul. Mereka mengucapkan sesuatu yang mereka ketahui, contohnya seperti Imam Syafie, Maliki. Hanafi dan Hambali. Mereka tidak sependapat di antara satu sama lain. Contoh lain, sewaktu menunaikan fardhu haji ke Mekah Mazhab Syafie tidak bersesuaiaan dengan tempat tersebut, mazhab ini lebih cenderung dan paling sesuai di negara kita sekarang ini. Sementara mazhab syafis menjadikan semua perkara sunat, suatu perkara yang difardhukan. Bagi Imam Syafie pula, pembahagian daripada sebahagian adalah Sunat (disunatkan) .Contohnya mengambil wudhuk amat bertentangan sekali di antara kedua-dua pendapat tersebut, begitu juga ditinjau ibadat sembahyang, mempunyai pendapat yang berbeza. Contohnya, Imam Syafie mempunyai Usalli sedangkan Imam Maliki tidak dimulai dengan Usalli hanya dimulakan dengan Takbiratulihram. 7. Muka surat 35 " Beberapa contoh hadis iaitu berhala yang disembah oleh kebanyakkan manusia hari ini di antaranya Hadis Qudsi. Hadis Sahih. Hadis Mauduk. Hadis Dhaif, qias dan ijmak u1ama' . Sementara contoh ulama' yang menjadi ikutan hingga hari ini oleh kebanyakkan manusia ialah ulamak' musafirin. Ulama' Kafirin, ulama' musyirikin. Dalam keadaan begitu

lahirlah berbagai-bagai tariqat di antaranya ijma' ulama' ahli sunnah wal jamaah. kadiriah, jibriah. muktazilah. samniah ahmadiah. muhammadiah. nas syabandi syiah, tabligh, arqam sunni dan taslim. Sementara kitabkitab mereka terdiri daripada tauhid, fikah. tasauf. Tajul muluk. darul nafis, ya ulumuddin. kitab hakam clan berbagai-bagai lagi dan imam mereka pula ialah Syafie. Hanafi. Maliki, Hambali. Khomeinni, Mahdi. Bonjol dan Gulam Ahmad qadian". 8 . Muka surat 45 " 8.13 Tasbih dan Doa Kesyukuran sewaktu sampai di Baitul Makmur " "Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan

lagi

sangat

kukuh.

Sesungguhnya

Dialah

yang

Maha

melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang ". 8. Muka surat 52 "9.5 (1) 1stilah Solat " " Istilah mendirikan solat di sisi Allah ialah mengembalikan diri kepada Allah iaitu tunduk patuh terhadap kebenaran dan petunjuknya serta perintah dan peraturan serta hukum-hukumnya untuk mengingatinya ". 10. Muka surat 52 " 9.5 (111) 1stilah Zakat " " Iaitu melakukan apa-apa sahaja perkara yang baik pada diri sendiri terhadap orang lain. kerana mencari keredhaan Allah ". 11. Muka surat 54 " Sesungguhnya sembahyang itu amat berat bagi kamu, kecuali orang orang yang khusuk di antara kamu, jika ditinjau pada zaman inimkebaikan manusia tidak lagi menyembah Allah sebagaimana Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orang yang beriman yang telah lalu menyembahNya " 12. Muka surat 55

" Begitu juga pengikut yang besar Nabi Muhammad S.A.W. tidak lagi mengikut

sebagaimana

baginda

menyembah

Allah

serta

beribadat

kepadanya perkara tersebut amat ketara pada zaman ini, boleh dikatakan jelas di merata dunia sekarang ini ". 13. Muka surat 56 " 10.2 Istilah Kiblat Ke Baitullah "Iaitu ertikata menyerah diri kepada Allah dengan hati yang suci murni memasuki agama Allah iaitu Islam" 14. Muka surat 66 " 10.29 Istilah telaga zam-zam " Iaitu tentang akidah tauhid. dasar agama Allah orang-orang yang beriman tidak boleh menyekutukan Allah, rahmat dan rezeki serta petunjuk datang darinya ". " 10.30 Istilah Iktikaf " "Iaitu menghadirkan diri ke majlis rasul-rasul bagi mendengarkan ayatayat yang dibacakan terhadap mereka, semoga hati mereka menjadi tunduk serta mendapat petunjuk " 15. Muka surat 68 " KUMPULAN PANl'UN DUA KERAT UNTUK RENUNGAN " Barang siapa mengikut hadis Mudah sahaja disesatkan iblis. Sesiapa mengikut Mazhab Pasti ia ditimpa azab. Sesiapa mengikut tariqat Pasti terikat dan sesat. Sesiapa mengikut Ijmak ulama’

Pasti terjebak dalam semak. Sesiapa mengikut qias Nanti harta dan bini kena rampas. Sesiapa mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah Ia menjadi pendusta dan bid'ah 16. Muka surat 69 Sesiapa mengikut Imam Syafie pasti ia menginaya diri. Sesiapa mengikut Imam Hanafi Pasti ia bersesat hati. Sesiapa mengikut Imam Maliki Jadilah ia seperti agama Yahudi. Demikianlah kesalahan-kesalahan terdapat di dalam buku beliau " Al-Furqan " 6. Ajaran Haji Zulkifli Ismail “Jawatankuasa Fatwa kali 5/98 memutuskan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan keatas ajaran ini dengan menumpukan kepada persoalan-persoalan berikut: i- Penyelewengan dari sudut akidah ii- Kesalahan yang jelas dari sudut ibadat dan syariat Jawatankuasa juga mengesyorkan agar guru ajaran ini dipanggil secara resmi dalam sesi soal jawab, bagi mendapatkan penjelasan berkaitan ajaran beliau.

2. LATAR BELAKANG 2.1 Nama beliau ialah Zulkifli b. Ismail, menetap buat kali terakhir di alamat Batu 13, Jalan Puchong (berhadapan dengan Petronas), rumah kayu dua tingkat bercat putih. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Isteri pertama beliau telah diceraikan dan tinggal di Kemaman, Terengganu. 2.2 Tiada rekod yang didapati mengenai pendidikan beliau. Beliau tidak lancar membaca al-Quran dan pada kebiasaannya beliau meminta pengikut beliau yang lancar dan dan fasih membaca al-Quran. Semasa pengajian

beliau

tidak

membuka

apa-apa

kitab

kecuali

al-Quran

terjemahan dan kebanyakan kelas-kelas pengajian adalah berbentuk ceramah umum dengan mencampuradukkan pelbagai bidang ilmu yang terlintas di fikiran beliau. 2.3 Jumlah Pengikut beliau dianggarkan antara 300-400 orang. Sejak ajaran ini di kesan pengikutnya terdiri daripada pegawai-pegawai dari Syarikat Celcom. Ajaran ini telah mengambil 20-30 orang penagih dadah untuk menjadi pengikut setia, ditempatkan di Markaz tersebut dengan dibiayai

sepenuhnya

oleh

kakitangan

Celcom.

Walaubagaimanapun

terdapat juga seramai 15-20 pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dan beberapa orang pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) telah terlibat dengan ajaran ini. 2.4 Ajaran ini telah berpindah-pindah tempat apabila mengetahui kegiatan mereka telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa iaitu bermula dari Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan pada akhir tahun 1996 kumpulan ini telah mendirikan sebuah bangunan surau kayu dua tingkat yang masih di dalam pembinaan bertempat di Desa Pengasih, Bukit Cerakah, Mukim Ijok, Kuala Selangor.

3. CIRI-CIRI AJARAN 3.1 Akidah a) Guru ajaran ini menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang adalah hiasan sahaja adapun al-Quran yang sebenar adalah di dalam diri kita. b)

Mengadakan

upacara

pertapaan

sekurang-kurangnya

tiga

hari.

Pertapaan ini dipanggil Uzlah, pertapaan ini adalah disebabkan melanggar pantang larang ajaran. Setiap pengikut yang sedang dalam pertapaan boleh pulang ke rumah tetapi tidak boleh masuk rumah. Di antara tempat pertapaan ini ialah di Puncak Kasih (Kuala Selangor), Gunung Jerai (Kedah),

Linggi

(Negeri

Sembilan)

dan

Jenagor,

Kuala

Brang

(Terengganu). c) Mengadakan zikir di sekeliling sebuah makam bernama Mohamed Syarif Al-Baghdi di Jenagor, Kuala Brang, Terengganu. Makam ini juga digelar dengan nama makam Tok Ayah. d) Ajaran ini mewajibkan kepada pengikut yang baru dengan mengadakan bai’ah, upacara bai’ah ini hendaklah disaksikan oleh dua orang pengikut lain yang telah melakukan bai’ah. e)

Setiap

pengikut

ajaran

ini

diwajibkan

membuat

ikrar

dengan

mengorbankan harta benda kepada pentadbiran ajaran ini. Sehubungan itu terdapat pengikut ajaran ini menghabiskan pendapatannya untuk diberikan kepada ajaran tersebut. f) Pengikut ajaran ini tidak dibenarkan mengawinkan anak mereka dengan orang luar sebaliknya perkahwinan hendaklah dikalangan anak-anak ahli sahaja. 3.2 Fekah

a) Kebanyakan pengikut ajaran ini tidak mendirikan sembahyang jumaat dan apabila ditanya mereka memberikan pelbagai alasan. b) Melakukan Takbir dan Tahmid sejak awal Ramadhan hinggalah Hari Raya, Takbir ini diadakan beramai-ramai. c) Ajaran ini juga adalah menetapkam Maqom seseorang pengikut jesteru itu

sof-sof

di

dalam

sembahyang

mempunyai

tempat

orang-orang

tertentu. Sekiranya seseorang itu tiada maka tempat itu akan di kosongkan, ini adalah disebabkan makmum di barisan belakang belum sampai maqom dan tidak layak memenuhi sof yang kosong di hadapan. d) Ajaran ini menegaskan bahawa isteri-isteri yang tidak mahu mengikuti ajaran ini hendaklah diceraikan. Adalah didapati bahawa layanan yang diberikan kepada isteri pengikut ajaran ini amat bertentangan dengan hak-hak seseorang isteri. 7.

Tarlkat Tujuh (martabat Tujuh) Yang Dibawa Oleh Hamzah Bin Embi

"Bahawa dengan ini Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada Hari Selasa, 24 Zulhijjah 1413H bersarnaan dengan 15 Jun 1993 telah membincangkan dengan panjang lebar hasil siasatan tariqat tersebut sebulat suara ahli yang hadir bersetuju : bahawa ajaran Tariqat Tujuh yang dibawa oleh Hamzah bin Embi dan pengikutnya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan pengajaran ilmu tauhidnya juga bercanggah dengan ilmu tauhid ahli Sunnah Wal-Jarnaah. Alasannya ialah : i. Guru Tariqat (Hamzah bin Embi) mengakui telah mendapat beberapa keistimewaan dari Allah dan boleh melihat alam ghaib (Kasyab).

ii. Membaca dua kalimah syahadah semasa bai'ah tidak boleh putus, jika putus bererti memisahkan zat Muhammad dengan zat Allah kerana zat Allah dan Muhammad itu satu. iii. Dalam zikir yang keenam selawatnya sangat meragukan di mana zat Muhammad disamakan sifat ketuhanan. iv. Membuat rajah-rajah kajian ilmu tauhid yang tidak ada dalam penafsiran para Ulama' tauhid ahli sunnah Wal Jamaah v. Guru tariqat (Hamzah bin Embi tidak menunaikan sembahyang Jumaat kerana beranggapan dirinya lebih tinggi martabatnya daripada imam yang ada. vi. Tempat bersuluk tidak boleh dikosongkan (ada penunggu) mereka boleh dikecualikan sembahayang Jumaat. Oleh

itu

sesiapa

yang

mempelajari

dan

mengamalkan

hendaklah

ditinggalkan dan bertaubat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. 8. Ajaran Sulaiman (bahtera Nabi Noh) “Ajaran Sulaiman ( Bakhtera Nabi Noh ) adalah bertentangan dan menyeleweng dari akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar”. Keterangan : 2.1 Kumpulan ini telah di asaskan oleh Sulaiman bin Mohd Said pada tahun 1989 dengan nama Syarikat Shah W.T.C Enterprise Sdn. Bhd dengan modal RM 2.5 juta beralamat di Lot 3734, Jalan Jambu, Meru Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor. Tujuan awal penubuhannya ialah untuk menubuhkan satu syarikat bagi membangunkan ekonomi Islam sedunia yang didakwa akan mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negeri meliputi Timur Tengah, Indonesia, India dan Thailand. 2.2

Bentuk

kraftangan

perniagaan dari

yang

bahan-bahan

dikendalikan terbuang

ialah

seperti

membuat

barang

tempurung

kelapa,

tunggul-tunggul kayu, membuat bantal dan minyak wangi. Namun begitu,

sehingga kini barangan tersebut belum lagi diedar hanya sebagai contoh sahaja untuk dipamerkan. Terdapat 3 buah bangunan dalam pengeluaran barang tersebut iaitu di : (i) Rantau Panjang, Klang - Bengkel peralatan (ii) Teluk Kapas, Pelabuhan Klang - Bengkel Kraftangan (iii) Jalan Jambu, Meru, Klang - Bengkel Kraftangan Namun, dua daripada tiga bengkel tersebut telah ditutup dan yang tinggal hanya di Jalan Jambu, Meru, Klang sahaja. Ini berlaku kerana tuan tanah tidak yakin dengan bentuk perniagaan tersebut. 2.3 Sulaiman pada awalnya mempunyai isteri bernama Wasitah dan dikurniakan dua orang anak. Kemudian, Wasitah diceraikan kerana beliau ingin berkahwin dengan kakaknya Hawa. Oleh kerana Sulaiman telah meninggal dunia pada Januari 1995, kumpulan ini telah diambil alih oleh isterinya, Hawa bt. Hasan, seorang guru sekolah rendah. Kumpulan ini telah membina sebuah bangunan berbentuk kapal yang mempunyai 52 bilik bagi tujuan menyelamatkan diri bila banjir besar berlaku di Daerah Klang. 3. ISI AJARAN Sulaiman (allahyarham) sebenarnya tidak ada asas pengajian agama secara

formal

dan

beliau

tidak

tahu

membaca

al-Quran.

Beliau

menggunakan khadam (jin) yang diberi nama Mr. Programmer yang membantunya dalam setiap tindakan. Setelah beliau meninggal dunia, Mr. Programmer ini telah diambil alih oleh isterinya Hawa bt. Hasan untuk berkhidmat dengannya. Sulaiman juga pernah belajar dengan guru ajaran sesat dari Pasir Mas, Kelantan yang dipanggil Syed Ahmad/ Syeikh Ahmad. Diantara butir-butir ajaran Sulaiman ialah : 1) Beliau telah menggunakan terjemahan al-Quran karangan A. Hassan sebagai rujukan. Beliau mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu

sahaja yang menepati kehendak Islam dan diakui oleh Nabi Ibrahim. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa. 2) Mendapat ajaran terus dari Allah. Beliau juga mendakwa semua ulama di

Malaysia

tidak

betul

dan

hanya

kumpulannya

sahaja

yang

mengamalkan ajaran Islam yang betul dan benar. 3) Akan diadakan pertemuan empat kaun umat ahli Muhammad iaitu (i) Nabi Ibrahim (orang Arab) (ii) Nabi Nuh (orang Melayu) (iii) Ali Imran (Orang Inggeris dan Jerman) (iv) Nabi Musa (orang Israel) 4) Cara sembahyang umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara yang dialamkan oleh kumpulan ini sahaja yang betul 5) Mengarahkan ahli kumpulan boleh sembahyang jama’ ketika membuat kerja-kerja bangunan di Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Sembahyang zohor dan asar boleh dijama’kan kerana segala kerja itu adalah urusan Allah. Dalam bulan puasa, kumpulan ini telah membuat dodol dan ahlinya boleh sembahyang jama’ kerana mengacau dodol adalah urusan Allah. 6) Setelah Sulaiman meninggal dunia, jawatan ketua kumpulan ini secara automatik diambil alih oleh isterinya Hawa Hasan sehingga sekarang. Mereka mendakwa segala urusan projek yang dijalankan adalah projek Allah. Mereka juga mendakwa mendapat petunjuk di langit dan mimpimimpi melalui ahli-ahli bahawa kumpulan ini sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. 7) Kumpulan ini juga mengamalkan beberapa zikir seperti :

i. Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak) : “Demi

Engkau

Tuhan

kami,

Ya

Allah,

izinkan

aku

melaksanakan

persembahan perintah sembahyang fardhu...kerana menyembahmu, serta tunduk sujud, berserah menyerah diri kepadamu, dengan maksud berlafazan kami, dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. ii.

Selepas

sembahyang

diucapkan

pula

terima

kasih,

kemudian

beristighfar memohon keampunan atas kesilapan diri. iii. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada pembukaan, iaitu dengan membaca al-Quran surah al-Imran ayat 18.

9. Ajaran Tijah @ Khatijah Bt Ali “ Bahawasanya, Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah umat Islam. Umat Islam yang mengikuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar ” Nama beliau ialah Tijah @ Khatijah bt Ali, berumur 53 tahun dan berasal dari Besut, Terengganu. Kini beliau tinggal di Lot 231, Jlan Jurutera, Batu 13 1/2, Puchong yang juga menjadi pusat kegiatan ajaran ini. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Thanawiah Lil Banat, Pasir Puteh, Kelantan. Tarikat yang dibawa oleh beliau ialah Tarikat Naksabandiyah Mahyudin Ibnu Arabi dan beliau mengambil ijazah dari Haji Ibrahim Patani. Beliau mendalami ilmu Tasawuf daripada guru pondok berikut : 1. Hj. Ibrahim Pattani (Kelantan) 2. Hj. Suaibun Ahmad (Terengganu) 3. Hj. Osman (Yala, Thailand) 3. ISI AJARAN 3.1 Huraian mengenai fahaman Wahdatul Wujud

Puan Khadijah menjelaskan bahawa jika kita merasakan kita ini wujud hukumnya syirik, kerana satu sahaja yang wujud yakni Allah. Makhluk hanyalah merupakan bayangan kewujudan Allah. Setiap objek yang dilihat oleh beliau dan pengikutnya adalah Allah. Ini adalah kesimpulan dan pengakuan beliau sendiri dalam perjumpaannya dengan pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 24 Ogos 1988 di bilik gerakan Ibu Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, 50676 Kuala Lumpur. Fahaman ini adalah bertentangan dengan fahaman Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibnu Arabi. Kesimpulan yang dibuat oleh Ibnu Arabi ialah, setiap yang wujud mempunyai dua aspek iaitu aspek luar bersifat kemakhlukan dan aspek dalaman bersifat ketuhanan. 3.2 Martabat Tujuh Puan Khatijah juga mengajar Martabat Tujuh kepada muridnya dengan menghuraikan perkara tersebut satu persatu. Namun begitu, dalam kitab as-Sumulu as-Samiyah ulasan Syiekh Muhamad Katib mengenai Martabat Tujuh menyatakan adalah sesat orang yang berpegang dengan ilmu Martabat Tujuh. 3.3 Pembahagian Tauhid Menurut kumpulan ini, ilmu Tauhid terbahagi kepada 4 bahagian : i. Tauhid Uluhiyah ii. Tauhid Rububiah iii. Tauhid Ilahiah iv. Tauhid Ubudiah Puan Khadijah tidak menjelaskan satu persatu mengenai pengertian kempat-empat bahagian Tauhid di atas. 3.4 Asal Kejadian Insan. Mereka berusaha mengenal diri, bagi tujuan mengenal Allah berdasarkan hadis

Yang bermaksud “ sesiapa yang mengenal dirinya maka kenal ia

akan Tuhannya”. Namun, menurut Dr. Fatah Harun Ibrahim, ungkapan di tas bukan hadis, ia hanyalah ungkapan yang dilafazkan oleh seorang tokoh tasawuf. Mendakwa ungkapan di atas sebagai hadis adalah salah dan merupakan satu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. 3.5 Nur Muhamad Hakikat insan menurut Puan Khatijah dpat dikonklusikan sebagai Nur Muhammad. Nur Muhammad berasal dari Nur Allah. Sebab itulah Muhammad disebut sebagai bapa segala roh dan Adam bapa segala manusia, berdasarkan hadis yang berbunyi : Maksudnya : Aku adalah bapa segala Roh dan Adam adalah bapa segala manusia (tubuh). Hadis ini dipetik dari kitab Durun Nafis muka surat dua puluh dua. (baris keempat dari bawah). Dimasa yang lain pula, Puan Khadijah Ali pula menjelaskan begini, tubuh kita dadalah Mmuhammad, Rohani kita namanya Ahmad. Dia akhirat nanti Ahamad berada diluar dan Muhammad didalam. Inilah yang dimaksudkan bagkit dengan Roh dan Tubuh di akhirat nanti. Muhammad Rasulullah sudah mati, tubuh kita ganti Rasulullah. Muhammad Rasulullah menghimpun dan menyempurnakan syariat segala rasul dan nabi-nabi, kemudian memukulnya, kita adalah ganti Muhammad, maka kita juga menanggung tugas Muhammad. 3.6 Mengeluarkan Fatwa dan ajaran lain. a. Puan Khatijah juga mengatakan kepada pengikut-pengikutnya bahawa sesiapa yang menangis di dalam sembahyang hukumnya adalah syirik, kerana ia masih mengakui bahawa dirinya wujud. Menurut ajaran beliau, ketika kita sembahyang, insan tidak lagi wujud yang yang sembahyang ialah Ahmad. Cara sembahyang juga diajarkan kepada muridnya, iaitu apabila kita mengangkat Takbiratul Ihram, kita hendaklah menarik nafas dari pusat ke atas, kemudian Munajad dan Tabdal, barulah sempurna sembahyang kita.

4. TINDAKAN Beliau pernah didakwa oleh JAWI kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah pada tahun 1980. Bahagian Penguatkuasa juga pernah membuat siasatan terhadap beliau dengan meninjau lokasi dan bilangan ceramah yang diadakan. Ajaran beliau telah difatwakan menyeleweng oleh JAWI pada 6 Julai 1989. 10. Hukum Ikrar Seseorang Yang Akan Murtad "Ikrar seorang lelaki yang akan murtad jika tidak jadi bernikah dengan seorang perempuan yang diminatinya, hukumnya murtad pada ketika dia melafazkan

ikrar

tersebut.

Oleh

itu

hendaklah

dia

bertaubat

dan

mengucap dua kalimah syahadat bagi memperbaharui Islamnya " 11.

Nas Atau Dalil Keupayaan Masuk Islam Dan Pemelukkan

Agama Islam Oleh Kanak-kanak Mengikut Seksyen 67 dan 70, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 menyebutkan : Seksyen 67 - Bagi maksud bahagian ini, seorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika ia telah mencapai umur baligh mengikut hukum Syara' dan sempurna akal. Seksyen 70 - Jika pada saat ia memeluk agama Islam seseorang muallaf samada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak kandungan yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum syara', kanak-kanak itu adalah memeluk agama Islam pada saat yang sama. 3. Dan dihukumkan dengan Islam kanak-kanak dan orang gila yang lain daripada lakid kerana mengikut salah seorang daripada dua ibu bapanya.

(Rujuk kitab : Matlaul Badrin wal majmuk albahri, karangan AI-Abidil fakir Alfani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, muka surat 132. 4. (1) Berdasarkan nas-nas yang tersebut di atas nyatalah tanda baligh bagi kanak-kanak adalah seperti berikut : Genap umumya 15 tahun bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan atau bermimpi keluar mani bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan manakala ia telah berumur 9 tahun atau haidh bagi kanak-kanak perempuan apabila ia telah berumur 9 tahun. Tanda-tanda baligh tersebut adalah menunjukkan mereka telah mampu membuat pemilihan dan mampu melaksanakan perintah Allah. (2) Manakala kanak-kanak kecil yang belum baligh apabila kedua ibubapanya atau salah seorang daripada keduanya memeluk agama Islam, maka ia dengan sendirinya mengikut Islam, kerana mendekatkan hubungan mereka. 12. Ilmu Hakikat Ajaran Hassan Bin Jonit “ Bahawasanya Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor telah memutuskan Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Segala bentuk buku

dan

risalah

terbitannya

adalah

haram

dan

boleh

membawa

kesesatan. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar ”. Biodata guru Hassan bin Jonit dilahirkan di Melaka, bekerja sebagai penjual sayur dan menetap di alamat No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor. Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali, dua orang isteri telah diceraikan kerana beliau mendakwa isterinya tidak mahu

mengikut ajarannya. Isteri ketiga sekarang bernama Jariah bt. Hasan dan mempunyai 4 orang anak. Pendidikan awal beliau ialah Sek. Agama, Pontian Kecil, Johor sehingga darjah 3, Sekolah Melayu Melaka sehingga darjah 3. Lokasi dan pengikut Ajaran ini berpusat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang Papan, Kampung Batu Arang, 48050 Rawang Selangor. Markaz ini digunakan untuk sembahyang dan tempat pengajian. Dari maklumat yang diterima, pengikut beliau dianggarkan seramai 100-150 orang di seluruh Negeri

Selangor.

Kebanyakkan

pengikutnya

tidak

mempunyai

asas

pengajian agama yang kukuh. 3. CIRI-CIRI AJARAN DARI SEGI AKIDAH 3.1 Bertemu dengan Allah Beliau mendakwa bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Ini dijelaskan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Batu Arang iaitu Mohd Zainuddin. 3.2 Bertemu Nabi Muhammad Beliau

juga

mendakwa

bertemu

dengan

Nabi

Muhammad

ketika

mengangkat nafas atau dengan istilah (Tanaffus). Setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan tarikh pertemuan tersebut. 3.3 Boleh ta’bir mimpi Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di markaz, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di markaz.

Pada waktu pagi selepas solat subuh mereka akan maemperkatakan tentang mimpi masing-masing kepada Hassan untuk ditafsirkan. 3.4 Dahi hitam tanda bela jin Kebiasaannya seseorang yang rajins embahyang dapat dilihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam disebabkan lama bersujud. Namun mengikut Hasan, orang yang mempunyai tanda tersebut adalah orang yang ada membela jin. 3.5 Solat pejam mata Ajaran ini menjelaskan bahawa solat hendaklah menutup mata samaada solat fardhu atau sunat. Beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah s.w.t apabila menunaikan solat dengan mata terbuka. Sesiapa yang menunaikan solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir. 3.6 Menolak Hari Akhirat Beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang dijelaskan di dalam al-Quran adalah tidak benar. Oleh itu, beliau meminta semua pengikutnya menolak adanya Hari Akhirat. DARI SUDUT ILMU FEKAH 3.7 Mandi wajib dengan celup jari Mengikut Ilmu Hakikat, tidak perlu melakukan kaifiat mandi wajib sepertimana

yang

dijelaskan

oleh

ulama

Fekah.

Cukup

dengan

mencelupkan jari kita di dalam air beserta niat. 13. Buku Bertajuk Tiang Ugama “Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa buku bertajuk “Tiang

Ugama” yang telah dikeluarkan oleh Pusat Dakwah, Kuala Lumpur adalah diharamkan kerana kandungan buku itu jelas bertentangan dengan prinsip akidah dan akhlak Islam”. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Bahagian Penyelidikan Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima buku ini dari orang awam yang tinggal di Shah Alam. Buku ini diletak di peti surat setiap penghuni rumah. 2.2 Berdasarkan kulit buku ini, ia diedarkan oleh Pusat Tarbiah. Mereka juga

menyertakan

alamat

internet

http://www.Islam.org/pillar/html,http://www.Mohamad.net/greatest/html dan email Shahadah 99 @ hotmail.com. 2.3 Buku ini mengandungi 35 halaman dan terbahagi kepada beberapa tajuk seperti Pendahuluan, Syahadah, Tunjang Akidah, Abu Hurairah, Berbagai Bentuk Syahadah Dalam Hadis, Siapakah Abu Hurairah? , Abu Hurairah

Lawan

Allah,

Lafaz

Kalimah

Yang

Sebenar,

Tidak

Boleh

Membezakan antara Allah dan Rasul, dan banyak lagi 3. ASAS PERTIMBANGAN Antara percanggahan dan penyelewengan yang terdapat dalam buku ini: a) Mempertikaikan dua kalimah Syahadah yang dilafaz oleh pengikut Ahli sunnah wal Jamaah. Muka surat 2-perenggan 5. “tetapi yang sebenarnya syahadah kaum Sunnah ini melanggar ajaran Allah dan Rasulnya. Syahadah kaum Sunnah dikutuk kuat Allah dan Rasulullah”.

b) Mendakwa orang Islam yang berpegang dan mengucapkan dua Kalimah syahadah kafir. Muka surat 3-perenggan 2 “Syirik terjadi jika kita kaitkan atau sekutukan sesuatu dengan Allah. Misalnya meletakkan kalimah Muhammad sebelah kalimah Allah dalam rumah atau masjid-masjid” c) Mendakwa pengikut Ahli sunnah Wal Jamaah mempertuhankan Nabi Muhammad. Muka surat 11-perenggan 2. “Begitu juga suku kaum Ahli Sunnah yang telah mempertuhankan Nabi Muhammad dengan meletakkan namanya dalam syahadah di sisi nama Allah” d) Menghina Perawi Hadis dan Sahabat ulung Rasulullah iaitu Abu Hurairah Muka surat 4-perenggan 3. “syahadah suku kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah seorang misteri”. e) Menyatakan sahabat Nabi seperti Umar dan Abu Bakar sebagai munafik. Muka surat 12-perenggan 1 “Mengikut Allah dan Rasulnya, syahadah Abu Hurairah sebenarnya adalah syahadah orang-orang munafik.

Beginilah maksud ayatnya: Maksudnya: Diantara orang-orang Arab yang disekeliling mu itu ada orang-orang munafik, dan juga diantara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidakmengetahui mereka. Nanti mereka akan kami seksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.(Surah 9:101). Disisi Rasulullah diberitahu oleh Allah yang dia dikeliling orang-orang munafik.

Allah

mengatakan

bahawa

Rasulullah

sendiri

tidak

kenal

siapakah orang munafik ini. Apakah ianya termaasuk Abu Hurairah, Abdul Rahman bin Auf, Muawiyah, Othman, Abu Bakar dsb.

f) Menolak selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Muka surat 17 dan 18-perenggan 6. Sebahagian ulama’ merujuk surah 33:56 sebagai alasan untuk berselawat ke atas nabi. Sesungguhnya

Allah

dan

Malaikat-malaikatnya

memberi

sokongan

(yusollu) ke atas nabi. Hai orang-orang yang beriman sokonglah (yusollu) ke atas nabi dan hormatilah sepertimana dia patut dihormati” Ayat ini sedikitpun tidak ada kena mengena dengan selawat ataupun syahadah. Paling jauh sekali. Surah 33:56 menyeru kita supaya bersama nabi dalam perjuangannya. Para ulama’ tidak peka bahawa 13 ayat terdahulu dari ini, pada surah 33:43 Allah telah berfirman dengan menggunakan kalimah yang sama (Yusalli) bukan sahaja untuk nabi bahkan untuk semua umat Islam.

g) Menolak sumber hukum seperti Hadis, Ijma’ dan Qias serta pandangan Ulama’. Muka surat 31-perenggan 2. “SILA

PERHATIKAN

BAHAWA

WARKAH

INI

TIDAK

ADA

SEBARANG

TAFSIRAN, IJTIHAD, IJMAK, QIAS, JUMHUR, PERSEPAKATAN, MUZAKARAH dsb. Yang kita lakukan cuma menunjuk ayat-ayat Quran. Itu sahaja. Kami seru supaya selain dari terjemahannya, ayat-ayat ini dibaca dan dikaji dalam bahasa Arabnya. Allah berfirman, Tidakkah mereka , memerhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu datangnya selain dari sisi Allah nescaya mereka perolehi didalmnya perselisihan yang banyak”. (surah 4:82) Hampir keseluruhan kandungan buku ini tidak mempunyai hkum yang lain kerana mereka menganggap hanya Quran sahaja sebagai hujah dan sumber hukum. h) Mentakwil ayat al-Quran dengan pandangan lain. Muka surat 6- perenggan 2

Di dalam al-Quran Allah berfirman:

Maksudnya: Dan ( Allah) yang menyatukan hati mereka (sahabat). Walaupun kamu belanjakan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka (para sahabat) akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesunggunya di amaha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Ya Nabi cukuplah Allah dan orang-orang mukmin (para sahabat) yang mengikutimu. ( Surah 8: 63-64) Jadi para sahabat ialah orang mukmin yang jati. Mereka begitu akrab sesama sendiri. Allah berkata kalau Nabi belanjakan semua wang di atas muka bumi pun, nabi tidak terdaya untuk menyatukan hati para sahabat. Tetapi Allah telah menyatukan hati para sahabat dan menyemai kasih sayang diantara mereka. Tetapi mengikut cerita karut Abu Hurairah pula dia ditumbuk dan dipijak kepalanya oleh Saidina Umar, bukan kerana mencuri atau membelot wang (cerita ini adalah dalam bab lain) tetapi kerana membawa syahadah, iaitu tunjang akidah suku kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah. 14. Hukum Wang Dividen Dan Bonus Asb 1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB Keputusannya : " Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' " 1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah Keputusannya " Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempattempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak

diharuskan

sehingga

pihak

ASB

membersihkan

dan

tempat-tempat

tersebut. 15. Hukum Wang Polisi Insuran Nyawa 1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati. Keputusannya : Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.

1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia) Keputusannya : Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu. 1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja. Keputusannya Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati. 16. Pamplet Zakat Kwsp

Mesyuarat telah diberi maklumat mengenai pamplet zakat KWSP yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Selangor. Mesyuarat memberi pandangan agar perkataan ‘Selangor Kali 1 pada 9 Mei 2000’ dipotong. 17. Penglibatan Orang Islam Dalam Jualbeli Saham

" Bahawa pada prinsipnya, orang Islam boleh melibatkan diri dalam jualbeli saham, kerana ia tidak bercanggah dengan syarat jualbeli dalam Islam, walau bagaimana pun pelaburan atau perniagaan syaarikat saham tersebut adalah daripada barangan yang halal." 18. Pelaburan Harta Zakat Bahagian Asnaf Amil “ Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa kali ke 3/99 telah sebulat suara mengesyorkan agar Pusat Zakat Selangor (PZS) mengemukakan Kertas Cadangan Pelaburan Asnaf Amil di masa akan datang sekiranya ada lebihan peruntukan daripada harta zakat tahunan yang diberi kepada pihak PZS”. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Majma’ al-Fiqh al-Islami dalam seminarnya yang ketiga yang diadakan di Kuwait bertarikh 8-9 Jamadil Akhir 1413H bersamaan 2-3 Disember 1992M telah membuat ketetapan berkenaan PELABURAN HARTA ZAKAT sepertimana yang telah ditetapkan pada 2hb Julai 1986 dalam seminar yang ke-3 bahawa harta zakat boleh dilaburkan tetapi mesti menepati syarat-syarat berikut: (i) Bilamana sudah tidak ada lagi agihan saraan mendadak yang mesti diberikan melalui harta zakat.

(ii) Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan dengan sempurna iaitu perjalanannya sama seperti lain-lain pelaburan dan ianya mestilah berlandaskan syariat. (iii) Hendaklah diadakan jaminan bahawa harta asal zakat yang dilaburkan adalah tetap harta zakat dan begitu juga keuntungannya. (iv) Apabila ada keperluan mendadak iaitu perlu diagihkan harta zakat atas keperluan yang terdesak maka harta zakat yang dijadikan modal pelaburan tadi hendak mudah dicairkan. (v) Hendaklah dibuta kajian terperinci berkenaan dengan satu-satu pelaburan yang hendak diusahakan menggunakan harta zakat. Yang mana perlu dipastikan pelaburan/ perniagaan tersebut terjamin selamat serta musah dicairkan bila perlu. (vi)

Hendaklah

mendapatkan

kebenaran

ataupun

kelulusan

dari

pemerintah ataupun mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas harta zakat. Ianya kerana untuk memelihara dasar-dasar syariat dan pelaburan tersebut mestilah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan serta yang lebih penting ialah amanah.

3. ASAS PERTIMBANGAN Pada umumnya ulama’ Fuqaha’ berpendapat ada 3 bentuk pelaburan harta zakat. Ianya seperti berikut: (i) Pelaburan harta zakat yang diusahakan oleh mereka yang berhak menerima zakat (mustahik) setelah mereka menerima lalu memiliki harta zakat dari bahagian mereka. Dalam hal ini ulama’ bersepakat bahawa

hukum syara’ membolehkan kerana harta tersebut talah menjadi hak milik mereka. Ini bermakna, mereka berhak untuk berbuat apa sahaja atas harta tersebut. (ii) Pelaburan harta zakat yang diusahakan oleh tuan harta sebelum harta tersebut dikeluarkan zakatnya. Dalam hal ini ulama’ sepakat bahawa hukum syara’ tidak membolehkan pelaburan tersebut. Kerana zakat hukumnya mesti ditunaikan segera dan ia juga hendaklah segera diaguhagihkan kepada asnafnya. Kesimpulannya ulama’ menegaskan bahawa tuan harta mestilah segera menunaikan zakat hartanya bila sudah cukup syarat-syaratnya dan dilarang membuat apa jua bentuk pelaburan atas bahagian harta zakat tersebut. (iii) Dan yang ketiga iaitu harta zakat yang dilaburkan oleh pemerintah ataupun amil zakat atau mana-mana badan yang menguruskan zakat. Dalam hal ini, ulama’ silam tiada membincangkan ataupun membuat apaapa

ketetapan

berkenaan

dengannya.

Walau

bagaimanapun

kita

bersyukur kerana ulama’ masa kini telah pun membincangkan serta membuat

ketetapan

berkenaannya.

Mereka

terbahagi

kepada

dua

kumpulan: Pertama : ulama’ yang menegaskan bahawa harta zakat tidak boleh dilaburkan. Mereka ialah: Dr. Wahbah al-Zuhaily, Dr. Abdullah Ilwan, Dr. Muhammad ‘Ato as Sayid dan Sheikh Muhammad Taqiyyul Osmani. Kedua: Ulama’ yang menegaskan bahawa harta zakat perlu ataupun boleh dilaburkan. Mereka ialah: Prof. Dr. Mustafa Az Zarqo’, Dr. Yusuf alQardhawi, Dr. Abdul Aziz al-Khayyat, Dr. Salam al-‘Ubadi. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghaddah, Dr. Muhammad Solh al-Farfur, Dr. Hasan Abdullah alAmin dan Dr. Muhammad Faroq al-Nabhani.

Walaubagaimanapun akhirnya mereka telah bersepakat mengatakan bahawa memang pada dasarnya harta zakat tidak boleh dilaburkan. Akan tetapi atas maslahah Ummah, maka harta zakat boleh dilaburkan tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah dijelaskan sebentar tadi. 19. Pengemaskinian Sistem Agihan Zakat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ Negeri Selangor bersetuju agar pihak Pusat Zakat Negeri Selangor berusaha untuk mengemaskini Sistem Agihan Zakat Negeri Selangor dengan melakukan kajian terperinci beserta hujjah dan alasan yang kukuh. LATAR BELAKANG i- Sistem agihan zakat yang dijalankan oleh Pusat Zakat Selangor (MAIS) pada masa ini ialah berdasarkan kepada Fatwa Sistem Agihan Zakat Negeri Selangor yang telah di fatwakan dan diwartakan pada tahun 1994. ii-

Kemudian

sistem

agihan

tersebut

telah

disusun

kembali

oleh

Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1996. iii- Dan pada tahun 1998 Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor meletakkan beberapa penambahan dalam sistem agihan zakat.

Related Documents


More Documents from "saM aS"