BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2009 Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang disenaraikan:(A)
BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN 1.
Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Sains Komputer Penyenggaraan Pesawat Kejuruteraan
2.
Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Tempatan Perubatan Perubatan Veterinar Pergigian Farmasi Kejuruteraan Ukur Bahan Seni Bina (Architectural) Sains dan Teknologi Makanan Sains BioTeknologi Akuakultur Pengurusan Ladang Perhutanan Pertanian Perikanan Sains Biologi Marin
3.
Kesihatan dan Perusahaan Ternak Fisioterapi
Sains Nautika Sains Alam Sekitar Pengajian Islam Undang-Undang Matematik Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik) TESL (Teaching English as a Second Language) Sains Komputer Teknologi Industri Ekonomi Perakaunan Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Pelancongan Pengurusan Risiko & Insuran
Ijazah Sarjana Muda untuk Universiti Luar Negara / Program berkembar KURSUS Perubatan & Surgeri Pergigian
NEGARA India, Russia dan Indonesia
(B)
KELAYAKAN MEMOHON 1.
Had Umur 1.1 1.2
2.
Bagi kursus (A) pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun Bagi kursus (A) 2 & 3 Pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
Kelulusan Akademik Lulus SPM mendapat kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar. dan/atau; Lulus Sijil STPM dengan baik atau sekurang-kurangnya lulus Kertas Am dan tiga matapelajaran yang lain dan berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
(C)
BAGAIMANA MEMOHON Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang didapati daripada:1.
Bahagian Biasiswa dan Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Tingkat 3, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat, Likas 88400 KOTA KINABALU, SABAH.
2.
Semua Perpustakaan Daerah di Negeri Sabah Pejabat Daerah Kinabatangan, Tongod, Pitas, Telupid, Matunggong, Pagalungan,Menumbok, Membakut, Sook, Tungku, Pejabat Pelabuhan & Dermaga, W.P Labuan dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Tingkat 2, Wisma Dergahayu Jln. Cheras Indah 56100 KUALA LUMPUR. ( Borang permohonan yang difotostat tidak dipertimbangkan )
3.
Permohonan boleh juga dibuat melalui online secara percuma dengan melayari Web : http://www.biasiswa.sabah.gov.my
4.
Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:Bahagian Biasiswa dan Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Tingkat 3, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat, Likas Beg Berkunci No. 2076 88999 KOTA KINABALU, SABAH. Selewat-lewatnya pada : 30 April 2009
(D)
PERHATIAN 1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 2. Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan boleh dianggap bahawa permohonan mereka telah tidak berjaya. 3. Borang permohonan BKNS 2009 boleh dibeli tidak melebihi daripada satu set untuk setiap pemohon dengan menunjukkan slip keputusan terkini dalam peringkat yang tertinggi SPM/STPM/Matrikulasi/Foundation/A Level/Diploma dan Kad Pengenalan pemohon. 4. Bagi Kursus A.3, keutamaan diberi kepada permohonan daripada pelajar cemerlang STPM 2008. 5. Kursus-kursus Matrikulasi / Asasi / Foundation tidak ditaja. 6. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.