Sejarah Keluarga • • • • •
Khalid lahir pada 20/12/1965, umur 42 tahun di Felda Hutan Percha Melaka, mempunyai 7 orang adik-beradik - 4 lelaki 3 perempuan. Anak yang keempat. Ibunya Arfah bt. Alang dan bapanya Mohamad Nor b. Saleh adalah peneroka felda dan bekerja sebagai penoreh getah sebagai punca pendapatan. Hubungannya dengan ibu bapa serta adik-beradiknya amat baik. Beliau merupakan harapan keluarga dan satu-satunya anak yang berjaya belajar sehingga ke tingkatan 6. Ibu bapanya menyifatkan Khalid anak yang baik, rajin, banyak membantu bapanya di ladang getah setiap petang. Tetapi Khalid juga menyatakan bahawa akhirnya dia juga disifatkan sebagai anak yang tidak baik kerana terlibat dengan gejala penagihan dadah!
Sejarah Sosial
• Satu-satunya anak yang menjadi harapan keluarga dan mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Hj. Talib Karim, Alor Gajah, Melaka. • Khalid juga merupakan seorang pengawas sekolah bermula dari tingkatan 1 hingga lima di Sekolah Menengah Dato’ Dol Said, Alor Gajah Melaka dan aktif dengan sukan sepaktakraw. • Di kampung, Khalid juga aktif dengan persatuan Belia MAYC dan dilantik menjadi setiausaha persatuan tersebut. • Khalid pernah terlibat dengan pertukaran antara belia dari Sabah dan Melaka. Malah, Khalid juga sering membantu masyarakat kampung dengan kerja-kerja kahwin selain aktif dengan sukan sepaktakraw. • Beliau bercita-cita menjadi seorang guru dan pernah mengambil peperiksaan tersebut sebanyak 4 kali namun kesemuanya gagal. • Kesan daripada kegagalan tersebut Khalid menyatakan Allah mengujinya dengan najis dadah! Nauzubillah!!!!!
Sejarah Penagihan
• Terjerumus dengan masalah ketagihan dadah apabila putus tunang disebabkan kecewa yang teramat sangat. • Adik kepada abang iparnya yang baru balik dari Johor telah memperkenalkan Khalid kepada najis dadah iaitu ganja namun Khalid menolak kerana ganja memberi kesan kepada mata (mata berair dan merah). • Khalid mula menghisap rokok ketika belajar di tingkatan 6. • Diperkenalkan pula dengan dadah jenis heroin dan akhirnya mula ketagih dadah jenis ini. • Kesan dadah jenis heroin ini telah menyebabkan Khalid muntah-muntah dan tidak ingat apa-apa selama 2 hari. • Setelah hampir satu tahun lebih menghisap dadah di kampungnya, Khalid akhirnya lari ke Kuala Lumpur setelah bapanya diberitahui oleh pihak polis.
Sejarah Penagihan • Tiba di Kuala Lumpur, berhenti menghisap dadah selama 3 bulan disebabkan tiada wang dan pekerjaan. • Khalid akhirnya mendapat pekerja di Kilang Lam Soon sebagai operator pengeluaran dan bekerja selama 6 bulan sahaja. Kembali menagih semula dadah jenis heroin disebabkan percampuran dengan rakan-rakan. • Pada tahun 1991 pada usia 27 tahun, Khalid bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang bekerja di kilang yang sama. 2 minggu sebelum mendirikan rumah tangga, ditangkap oleh pengawal KL Plaza ketika sedang ‘Chasing The Dragon’ dan diserahkan kepada pihak polis. • Meringkuk selama 5 hari di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Akhirnya dibebaskan dengan bantuan bakal abang iparnya yang bertugas sebagai anggota polis.
Sejarah Penagihan • Selepas mendirikan rumahtangga, Khalid telah berhenti menghisap dadah selama 4 tahun lebih. Dalam masa 4 tahun ini, Khalid mendapat kekuatan dan bantuan daripada isterinya yang sentiasa mengambil berat ke mana dia pergi dan pukul berapa dia balik. • Jarang balik lambat malah tidak tinggalkan solat 5 waktu dan sering ke masjid. Pada masa yang sama, hubungan dengan rakan-rakan sepenagihan dulu mula pudar dan jika bertemu Khalid sekadar mengangkat tangan sahaja. • Bergaul dengan komuniti di tempat kediamannya. Tidak dapat menolak pandangan sinis sesetengah masyarakat yang memandang hina kepada bekas penagih sepertinya tetapi masih ada juga masyarakat yang menerima Khalid seadanya. • Khalid juga mengakui bahawa kadang-kadang perasaan penagih sendiri yang mengandaikan bahawa masyarakat luar tidak menyukai bekas penagih selain penagih yang mempunyai perasaan rendah diri.
Sejarah Rawatan dan Pemulihan • • • •
Tidak pernah mendapatkan rawatan secara farmakologi. Pusat Serenti Serendah pada tahun 1999 (1 tahun 1 bulan) Pusat Serenti Dengkil pada tahun 2003/2004 (14 bulan) Penjara Sg. Buloh (5 bulan). Keluar penjara 29/10/2007.
Jenis dadah yang disalahgunakan • Antaranya ialah Ganja, Heroin, syabu, pilpil psikotropik seperti Rochee, Eramin 5 dan pil kuda dan juga candu. • Campurkan Heroin dan Rochee disebabkan tidak dapat merasakan keseronokan apabila mengambil heroin sahaja. • Cara pengambilan/Administrasi – Sedutan-‘chasing the dragon’, Suntikan/Intravena.
Ciri-Ciri Heroin pKa : 7.6 Sifat kimia: Dadah bes lemah Lebih banyak bentuk POLAR dlm sekitaran asid Lebih banyak bentuk TAK POLAR dlm sekitaran beralkali Dadah yang bersifat lipofilik (larut lemak) mudah menembusi membran-dapat melepasi blood brain barrier dengan cepat. • Disintesis daripada Morfin melalui proses pengasetilan. • Mempunyai kekuatan 20-25 kali daripada morfin. • Banyak dalam bentuk hablur putih (Diacetylmorphine hydrochloride). • • • • •
Mekanisme Tindakan • Dikenali sebagai Opiod Semi Sintetik • Bertindak pada reseptor otak dan juga bahagian-bahagian lain di badan. • Merencat tindak balas pada saraf otak. • Reseptor yang terlibat ialah (mu), (kappa) dan (delta) –Di Hipothalamus, Otak Tengah, Sistem Limbik, Thalamus dan Spinal Cord. • Banyak di reseptor mu – Pergantungan fizikal, euforia, mengantuk, masalah pernafasan, miosis & analgesia.
Kesan Mudarat Heroin • Penggunaan jangka masa panjang:i. Pergantungan Fizikal – Badan perlukan dadah utk proses fisiologi yg biasa & jika berhenti, sindrom tarikan/withdrawal berlaku. -Loya/muntah (Chemoreceptor Trigger Zone) -Miosis, depresi pernafasan, resah ii. Pergantungan Psikologikal/Psikik – Penagih merasa gian/mengidam utk guna dadah supaya berfungsi normal & mencapai ketenangan jiwa.
Kesan Mudarat Heroin • Kesan tolerans – Perlu dos lebih tinggi untuk dapat kesan sama. -Kesan euforia, analgesia, mengantuk & depresi pernafasan cepat berlaku. (Henry Hitner & Barbara Nagle)
• HIV/AIDS – Jika berkongsi jarum • Boleh membawa maut akibat pengambilan dos berlebihan. • Hepatitis – Sirosis hati
Sindrom Tarikan • Berlaku selepas 12-16 jam digunakan. Kemuncak 24-48 jam & menurun selepas 1 minggu.(Louis. A. Pagliaro) • Bergantung pada jenis dan ketulenan heroin : Bes Heroin, Heroin No. 3, Heroin No. 4, Brown Heroin & Heroin Black Tar. • Terbahagi kepada 4 peringkat : i. Peringkat 1-Kurang serius –Selepas 4 jam pengambilan terakhir. Tandanya: Keinginan kuat ambil heroin, rasa resah, tak senang duduk. Selepas 8 jam, tak dapat heroin. Tanda: Gelisah, menguap, berpeluh, berhingus & air mata banyak. ii. Peringkat 2 - Naik bulu roma seluruh badan, menggeletar, sakit-sakit badan, tak lalu makan, hilang sabar, marah tanpa sebab & sakit perut. iii. Peringkat 3 – Tidak tidur, rasa loya, selera makan terbantut. iv. Peringkat 4 – Hidap demam sejuk, loya, muntah & ciritbirit.
Cadangan Rawatan Bagi mengurangkan rasa gian, euforia & sindrom tarikan heroin :ii. METHADONE • Tujuan detoksifikasi sahaja • -menambat reseptor endorphine di SSP. • -Biasa diambil secara oral. • -Mencegah Relapse – JMT panjang- 24 jam. • -Mengurangkan kesan euforia •
ii. LEVO ALFA ACETYL METHADOL (LAAM) -Lebih senang dikawal -Kesan jangka sederhana -Mencegah Sindrom Tarikan antara 72-96 jam -Dapatkan dos 2 kali seminggu di klinik. -Penagih boleh berfungsi normal 3 hari sebelum ambil dos seterusnya.
Cadangan Rawatan Buprenorphine • • • •
-Agonis separa pada reseptor (mu) -Terikat kuat pd reseptor tiada kesan apabila guna heroin -Boleh sebab dependens -blh salah guna apabila disuntik (high)
Penutup • • • • • • •
Perubahan Diri Penagih Hidayah Tuhan/ Turning Point Didikan Agama dan Kerohanian Rawatan Farmakologi Sokongan Keluarga dan Masyarakat Pencegahan Relapse Pusat Khidmat AADK
Terima kasih