Prog Pencegahan Dadah Di Malaysia

  • Uploaded by: norish7
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Prog Pencegahan Dadah Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 2,502
  • Pages: 46
PROGRAM PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI MALAYSIA : Satu penilaian semula

Cr. MOHD SAMSUL BIN DOLAH KAUNSELOR

KB, PA

PENGENALAN

Kerajaan akan menggerakkan hampir semua agensinya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat secara bersepadu bagi memerangi ancaman dadah secara habishabisan ke arah menjadikan Malaysia negara bebas dadah pada 2015. YAB DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI Perdana Menteri Malaysia

DASAR DADAH NEGARA Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Y. A. B Dato' Seri Dr. Mahathir (sekarang Y. Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad), bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Dasar ini digubal bertujuan untuk mengurangkan permintaan dan bekalan dadah serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Strategi Dadah Negara

1. 2. 3. 4.

Pada 11 Jun 1996, strategi baru Dasar Dadah Negara telah diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan mengikut keutamaan iaitu :Pencegahan Penguatkuasaan Rawatan dan Pemulihan Kerjasama Antarabangsa Pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan merupakan tiga strategi utama manakala kerjasama

PIHAK TERLIBAT Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia Polis DiRaja Malaysia Kastam DiRaja Malaysia Kementerian Belia & Sukan Malaysia Kementerian Penerangan Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi

PENGENALAN Pengenalan: Pencegahan merupakan strategi jangka panjang bertujuan mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut, pendidikan pencegahan, penerangan dan publisiti, pencegahan dadah di kalangan masyarakat, pencegahan dadah di tempat kerja Objektif: Antara tujuan-tujuan pencegahan adalah:Membentuk pemikiran generasi muda supaya membenci dadah Mengubah persepsi masyarakat terhadap kegiatan dadah

UNDANG-UNDANG Undang-undang dadah di Malaysia meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Di dalam pelaksanaannya, terdapat kelemahan-kelemahan perundangan yang dikenalpasti secara berterusan dibuat pindaan supaya lebih berkesan. Penalti berat yang dikenakan adalah menggambarkan kesungguhan Kerajaan Malaysia membanteras masalah dadah. Lima (5) undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah :Akta Dadah Berbahaya, 1952 Akta Racun, 1952 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 Pindaan 1998 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), 1985 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta), 1988

ADB ( Langkah-Langkah Pencegahan khas) Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut: Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.  Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan saksisaksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.   Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan : Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952. 

ADB ( Langkah-Langkah Pencegahan khas) samb.

Proses Siasatan :

Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Pegawai Siasatan. Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri. Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau

KENYATAAN AKHBAR 97.7 Peratus Penagih Usia 25 hingga 29 10.12.2007 | TUARAN: Kira-kira 97.7 peratus penagih dadah di negeri ini dari Januari hingga November lalu adalah lelaki berusia 25 hingga 29 tahun dengan 54.96 peratus daripada mereka terjebak dalam gejala itu akibat pengaruh rakan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor, berkata jenis dadah paling banyak digunakan penagih adalah syabu dan ecstasy. "Lebih menyedihkan, statistik menunjukkan mereka yang terbabit dalam gejala berkenaan adalah lelaki yang sudah berkahwin. "Mereka bukan setakat menganiaya diri sendiri, malah isteri dan anak. Dalam kebanyakan kes, mereka mendera isteri jika tidak mempunyai wang untuk membeli dadah," katanya. Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Gempur Dadah Peringkat Daerah Tuaran, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Louis Rampas; Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Amran

KENYATAAN AKHBAR Alasan Belajar Diguna Edar Dadah 03.12.2007 | KUALA LUMPUR: Bukit Aman mendedahkan, terdapat kegiatan menyalahgunakan visa pelajar di kalangan warga asing, terutama dari Iran dan Nigeria untuk memasuki negara ini, sebelum menjalankan kegiatan pengedaran dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata warga asing terbabit dikenal pasti anggota dua sindiket yang beroperasi di ibu negara untuk merekrut rakyat tempatan, terutama gadis dan wanita sebagai penyeludup dadah antarabangsa. “Ia dikesan sejak setahun lalu, dengan sebahagian besar anggota sindiket ini menyalahgunakan visa pelajar yang dikeluarkan kepada mereka. Dalam permohonan mendapatkan visa, mereka kata mahu belajar di Malaysia dengan menggunakan nama universiti atau kolej tertentu. “Selepas visa diperoleh dan berjaya memasuki negara ini, mereka tidak pun mendaftar di institusi pengajian berkenaan, sebaliknya menjalankan kegiatan jenayah. dengan menjadikan gadis dan wanita tempatan sebagai sasaran,” katanya kepada Berita Harian, di sini semalam. Justeru, beliau meminta kerjasama agensi berkaitan supaya pengeluaran visa berkenaan dikawal, selain diperketatkan syarat pengeluarannya. “Buat masa ini, kita mengesan dua sindiket beroperasi di Malaysia

STATISTIK PENAGIH  Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2007, seramai 8,269 orang penagih dadah telah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 36.37% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (13,058 orang).

 Taburan penagih-penagih yang dikesan menunjukkan;Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 2,266 orang diikuti WP kuala Lumpur (1093),  Berbanding dengan tempoh yang sama Johor tahun (1049), Kedah (820) penagih dan Perak (617). lalu, bilangan yang dikesan menurun bagi semua negeri kecuali WP Kuala Lumpur, Johor, Dan N.Sembilan

PROFIL PENAGIHAN Profil penagih-penagih yang dikesan bagi tempoh ini adalah seperti berikut: 97.70% lelaki 72.48% Melayu 70.37% terdiri daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara 25-29 tahun 78.92% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekurangkurangnya tamat tingkatan 3) 92.11% mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am) 61.12% merupakan penagih heroin/morfin, manakala penagih ATS (9.60%) oleh

54.96% mengakui mula terjebak dengan dadah disebabkan pengaruh kawan

RAWATAN & PEMULIHAN Penghuni di pusat serenti: 28 buah Pusat Serenti di seluruh negara (pada 25-30 Jun 07) adalah seramai 6,431 orang. Taburan penghuni mengikut jantina dan bangsa *97.92% lelaki (6,297 orang) *2.08% wanita (134 orang) *70.78% Melayu (4,552 orang) *14.03% Cina (902 orang) *11.94% India (768 orang) *2.47% Pribumi (159 orang) *0.78% Lain (50 orang) Berpenyakit *654 orang penghuni pembawa virus HIV *111 orang lagi menghidapi pelbagai jenis penyakit kronik ( tibi, asma, hepatitis, jantung, kencing manis )

*114 orang berpenyakit mental di Penjara Kajang. *16 orang penagih tegar di Pusat Pemulihan Dadah Penjara Kajang  ( Program rawatan/pemulihan )

PENCEGAHAN AWALAN Melibatkan aktiviti-aktiviti yang berupaya membina kekuatan dalaman diri individu. Dua sasaran utama iaitu:a.Golongan kanak-kanak; dan b.Pencegahan dadah di tempat kerja. Menerapkan nilai-nilai positif dan diberi pengetahuan yang secukupnya tentang bahaya dadah. Justeru tidak mustahil matlamat kita iaitu sekolah bebas dari dadah 2012 akan terlaksana. Untuk merealisasikan pencegahan di sekolah beberapa program pendidikan pencegahan dadah telah dijalankan. Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM PINTAR Pengenalan: Program teras pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan ko-kurukulum. Dilaksanakan oleh guru pendidikan kesihatan, guru kaunseling, pegawai ADK, pegawai dari ATM, TUDM, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Narkotik PDRM yang telah dilatih melalui kurikulum pendidikan kesihatan pelajar tahun 4, 5 dan 6. Objektif: 1)Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar supaya dapat menolak pengaruh rakan sebaya tentang negatifnya pengambilan dadah 2)Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal para pelajar supaya bijak mengatakan tidak kepada dadah 3)Menggalakan pelajar supaya melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk menjauhi dadah Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM UJIAN URIN DI SEKOLAH A. Ujian Saringan Urin Objektif: 1)Membantu pihak sekolah mengesan kes-kes berisiko dadah di sekolah 2)Dijadikan sebagai ‘deteran' kepada pelajar-pelajar daripada terlibat dalam gejala-gejala negatif 3)Membantu pelajar yang terlibat supaya bebas daripada dadah B. Ceramah, Pameran, Taklimat, Pertandingan melukis Poster dan Lain-lain Objektif: 1)Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar

Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM INTERVENSI PELAJAR (PIP) Pengenalan: Tindakan susulan kepada program pengesahan dadah melalui ujian urin yang dilaksanakan di kalangan pelajar. Sasaran program ini ialah golongan pelajar yang didapati positif ujian urin dan mengaku pernah mengambil dadah. Tumpuan dan fokus ialah ke atas pelajar sekolah menengah iaitu dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 5. Objektif: 1)Membantu pelajar supaya sedar tentang bahaya dadah dan berhenti daripada mengambil dadah. 2)Pelajar yang terlibat mendapat maklumat sebenar tentang risiko yang akan dihadapi sekiranya mereka terus terlibat dengan dadah 3)Mereka yang terlibat sedar akan pentingnya kehidupan yang sihat sejahtera, berkeupayaan menghadapi cabaran hidup pada masa depan dengan mengamalkan cara Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM PENCEGAHAN DADAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Pengenalan: Aktiviti pencegahan dadah di IPT yang mana pelajarpelajarnya berusia diantara 18-25 tahun. Golongan ini perlu diberikan kefahaman dan kesedaran tentang bahaya dan kesan buruk dadah. Objektif: 1)Melengkapkan pelajar dan kakitangan IPT dengan pengetahuan dan kemahiran tentang pendidikan dan pencegahan dadah dalam usaha membanteras dadah. 2)Membantu pelajar yang terlibat bebas daripada dadah 3)Mendedahkan pelajar tentang pelbagai cara pencegahan dadah dan matlamat terakhir ke arah Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM PENCEGAHAN DADAH DI TEMPAT KERJA Pengenalan: Negara pada masa ini mempunyai kira-kira 8.5 juta pekerja dan di anggarkan mencapai 13 juta pekerja menjelang 2023. Daripada jumlah tersebut lebih kurang 85% adalah terdiri daripada golongan belia. Statistik terkini menunjukkan terdapat lebih kurang 84% daripada penagih dadah adalah pekerja. Berdasarkan ini, tempat kerja juga merupakan sasaran untuk melaksanakan dasar dan program pencegahan dadah. Objektif: 1)Memastikan bahawa program pencegahan dadah di tempat kerja menjadi amalan pengurusan syarikat dan organisasi. 2)Melibatkan produktiviti, tahap kesihatan dan keselamatan pekerja serta melindungi tempat kerja

Sumber Unit Pencegahan, AADK

PENCEGAHAN UMUM Merupakan strategi yang memberi tumpuan kepada dua aspek: a.menjalankan program yang melibatkan masyarakat; dan b.program pengesanan urin di sempadan Program Penglibatan Masyarakat di antaranya ialah: a.Projek Bersepadu Gerakan Tumpuan(PGT) b.‘Sayang Anak Anda', c.Belia Berwawasan Tanpa Dadah d.Forum Perdana e.Ceramah Agama f.Program Keibubapaang.Kempen Anti Dadah seluruh negara Kemuncak kepada program ini ialah pengistiharan Program Perangi Dadah Habis-habisan peringkat kebangsaan yang telah dilancarkan pada 29 Mac 2003 disusuli dengan pelancaran kempen di peringkat negeri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri. Program pengesanan urin di sempadan MalaysiaThailand pula bertujuan mengawal penagih-penagih dadah yang keluar atau masuk ke negara ini. Sumber Unit Pencegahan, AADK

PENCEGAHAN UMUM samb.

Objektif: 1)Mengubah sikap dan persepsi masyarakat dengan menonjolkan masalah dan isu dadah. 2)Menyediakan alternatif-alternatif yang berfaedah untuk menyekat masyarakat terutamanya golongan remaja dan belia dari terlibat dengan penagihan dadah. 3)Melibatkan masyarakat dalam usaha pencegahan dadah untuk melahirkan sikap bertanggungjawab

Strategi pencegahan umum dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daeerah melalui program-program yang memberi kesedaran, kefahaman dan maklumat kepada masyarakat setempat serta yang melibatkan anggota masyarakat berkenaan. Antara program-program yang dijalankan ialah: 1.Projek Bersepadu Gerakan Tumpuan (PGT) 2.Program Pencegahan Dadah di Kawasan Rukun Tetangga (RT) 3.Program Belia Berwawasan Tanpa Dadah 4.Program Kemahiran Keibubapaan 5.Program Pengesanan Urin di Sempadan Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROJEK BERSEPADU GERAKAN TUMPUAN (PGT)

Pengenalan: Menggunakan pendekatan ‘membersihkan' sesebuah kawasan yang menghadapi masalah dadah yang serius Aktiviti gerak saraf dan perang saraf ditingkatkan untuk memberi kefahaman, kesedaran dan keinsafan mengenai gejala dadah. Kawasan tersebut akan diistiharkan ‘putih' setelah ia bebas dari ancaman dadah yang dihadapi Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM PENCEGAHAN DADAH DI KAWASAN RUKUN TETANGGA

Pengenalan: Dahulunya dikenali sebagai projek perintis, kini diimplementasikan sepenuhnya di kawasan Rukun Tetangga seluruh negara. Antara program-program yang dilaksanakan ialah mesyuarat, taklimat dan latihan, seminar kepimpinan, ‘canvassing', sukaneka rakyat dan sesi kaunseling Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM BELIA BERWAWASAN TANPA DADAH   Pengenalan: Ianya bertumpu kepada belia-belia samada yang berpersatuan atau tidak berpersatuan. Program-program yang diatur juga adalah untuk menjurus ke arah mencapai matlamat melahirkan generasi belia yang bebas dari dadah. Program ini meliputi bidang sukan, kebudayaan, latihan, ceramah dan pameran, seminar, kursus, program Qiamullai dan juga perkhemahan. Objektif: i)Memberi pendedahan, kefahaman dan pengetahuan kepada belia dalam pencegahan dadah supaya mereka mampu menhgatakan ‘Tidak kepada Pengaruh Dadah'. ii)Memupuk kemesraan dan kerjasama dengan belia agar mereka tidak merasa terasing dengan menyediakan aktiviti-aktiviti alternatif yang menjurus kepada hidup sihat tanpa dadah iii)Mempertingkatkan keimanan dan ketahanan diri belia untuk menghadapi cabaran hidup dan daya saing dalaman dan luaran Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN Pengenalan:  Program utama yang dilaksanakan sempena kempen Perangi Dadah Habis-habisan.  Memberi pendedahan kepada ibu bapa dalam kemahiran untuk mendidik atau membimbing anak-anak.  Bentuk program yang dilaksanakan adalah pameran, seminar, ceramah dan kelas KEMAS untuk wanita. Objektif: i)Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang pembentukan sesebuah keluarga bahagia dan bebas daripada pengaruh dadah. ii)Meningkatkan kefahaman dan kesedaran ibu bapa untuk membantu program-program pencegahan dadah dalam komuniti. iii)Menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak ke arah positif dan penghidupan Sumber Unit Pencegahan, AADK

PROGRAM PENGESANAN URIN DI SEMPADAN Pengenalan: Dijalankan di empat pintu masuk utama MalaysiaThailand: Bukit Kayu Hitam di Kedah Padang Besar di Perlis Rantau Panjang & Pengkalan Kubor di Kelantan. Objektif: i) Ujian urin secara mengejut di pintu-pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand ii) Mengambil tindakan ke atas mereka yang disahkan positif sebagai penagih dadah di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemilihan 1983 Pindaan 1998) Sumber Unit Pencegahan, AADK

PENILAIAN SEMULA PROGRAM PENCEGAHAN Program pencegahan direkabentuk untuk memenuhi keperluan tertentu seperti program pencegahan di sekolah, komuniti, keluarga, remaja, pekerja dll  Termasuk penilaian terhadap peringkat keseriusan permasalahan dadah yang dihadapi yang membezakan cara pendekatan program– high risk/low risk 

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

Proses pencegahan secara menyeluruh meliputi semua peringkat umur, institusi dan masyarakat dengan melibatkan usaha proaktif melalui usaha meningkatkan faktor perlindungan dan mengurangkan faktor risiko.

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

1 PROGRAM PENCEGAHAN PERLU TINGKATKAN FAKTOR PERLINDUNGAN, KURANGKAN FAKTOR RISIKO

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN -Lebih memberikan penekanan kepada faktor perlindungan. - Contoh :- Program pencegahan perlu bermula dari peringkat umur kanak-kanak disebabkan golongan ini tidak terpengaruh dengan anasir luar. - Kesan sikap-sikap negatif dan perbetulkan dengan memberikan contoh2. Memberikan penekanan terhadap fungsi keluarga sebagai faktor pelindung terhadap tingkah laku negatif.

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

2 PROGRAM PENCEGAHAN PERLU TERANGKAN SEMUA JENIS DADAH

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN Terangkan semua jenis dadah

Dadah yang digunakan secara:-

Tunggal Kombinasi Mengikut peringkat umur Jenis

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

3 PROGRAM PENCEGAHAN PERLU MEMBERI PENEKANAN TERHADAP PENGGUNAAN DADAH SETEMPAT

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN Pegawai kena buat kajian tentang latar belakang sesuatu tempat sebelum mengadakan program.

- Contoh :- Felda – ganja -

Bandar – syabu Utara – air daun ketum Selatan - ? Sabah - ?

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

4 PROGRAM PENCEGAHAN MENGIKUT KUMPULAN SASARAN

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN Elakkan daripada mencampuradukkan sasaran program pencegahan

- Pengkhususan boleh dibuat berdasarkan - Jantina

Umur Etnik Keutamaan boleh menjurus kepada `perkumpulan` - Contoh :- Belia => persatuan belia -

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

5 PROGRAM PENCEGAHAN DALAM KELUARGA PERLU MEMPUNYAI UNSUR MENINGKATKAN HUBUNGAN ANTARA AHLI KELUARGA

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN - Ibu bapa kena ada ilmu keibubapaan/ilmu dan maklumat

berkaitan dadah. - Ajar ibu bapa bagaimana cara memberi sokongan kepada anak-anak. - Ibu bapa perlu pantau anak secara kritikal agar tidak terlibat dengan dadah. -Disiplin - Tingkah laku - Pendidikan ( dunia / akhirat )

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

6 PROGRAM PENCEGAHAN BERMULA SEAWAL ANAKANAK BERADA DI PRA SEKOLAH

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN - Guna pendekatan mudah. - Pemahaman terhadap tingkah laku tidak baik

dan baik. - Pemahaman terhadap kepentingan pendidikan - Pemahaman terhadap cara bersosial

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN 7 PROGRAM PENCEGAHAN SEKOLAH PERLU DIFOKUSKAN KEPADA PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEMAHIRAN BERSOSIAL

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN - Cara mengawal diri sendiri - Cara berkomunikasi dengan cara yang baik - Cara menangani dan menyelesaikan masalah - Dorongan dan sokongan untuk tingkatkan pencampaian akademik.

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

8 PROGRAM PENCEGAHAN PERLUKAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG SERTA PERLU BERTERUSAN

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

9 PROGRAM PENCEGAHAN PERLU MENGGUNAKAN KAEDAH INTERAKTIF

FALSAFAH PROGRAM PENCEGAHAN

10 PROGRAM PENCEGAHAN BERKUALITI DENGAN KOS YANG RENDAH

Kembalilah… kepada penghayatan agama.

Related Documents


More Documents from "nurabadi"

Akta Dadah
November 2019 33
Farmako Heroin Cimie
November 2019 29
T5marijuana
November 2019 20
Interaksi Dadah
November 2019 38
Politik Dadah Di Malaysia
November 2019 37