~KATAKAN ‘’TAK NAK! ‘’KEPADA ROKOK~
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006. Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan. Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan. Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesankesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja. Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.
~KEBERSIHAN PERSEKITARAN~ Wabak menjadi satu perkataan utama di kalangan media cetak dan elektronik bulan ini berikutan kemunculan virus baru di Mexico dan juga kes meningitis di Melaka. Namun, ini bukan kali pertama negara, dan juga dunia, digemparkan dengan berita wabak pandemik dengan kemunculan virus Nipah, Japanese encephalitis (JE) dan selesema burung H5N1. Apa yang lebih penting untuk difahami umum adalah penularan penyakit berjangkit bawaan virus mahupun bakteria ini bukan hanya berkaitan isu bawaan haiwan, tetapi turut berkait rapat dengan tahap kebersihan diri dan persekitaran. Bersih untuk selamat Sebelum ini kita dimaklumkan bagaimana selesema burung H5N1 mudah disebarkan melalui bangkai dan najis haiwan dijangkiti. Influenza A H1N1 yang sebelum ini dikenali sebagai selesema babi pula dikaitkan dengan haiwan yang dikenali hidup dalam kotoran, dan menjadi hos kepada bermacam jenis penyakit haiwan dan manusia. Terbaru, meningitis pula muncul yang berpunca daripada penyebaran kuman pada permukaan yang tercemar, dari pesakit kepada individu lain. Jelas sekali ketiga-tiga penyakit ini berjangkit melalui 'kekotoran', dan lebih penting lagi ia sebenarnya boleh dicegah dan dikawal daripada terus merebak. Untuk kes selesema (flu) H5N1 atau H1N1, tidak banyak yang boleh dibuat untuk kaedah penyebaran melalui udara virus influenza, tetapi penyebaran melalui sentuhan fizikal dapat dielakkan dengan menjauhkan diri daripada bangkai atau najis haiwan yang dijangkiti. Secara mudahnya, jauhkan ladang ternakan haiwan dari penempatan manusia dan pastikan sisa najis mana-mana haiwan sekalipun tidak dibuang berhampiran atau mencemari sumber air. Dari segi pemakanan daging haiwan terbabit, virus tersebut dapat dibunuh jika daging dibersihkan dan dimasak dengan elok. Meningitis melibatkan isu kebersihan persekitaran yang boleh menyebarkan kuman dari pesakit kepada individu sihat. Beberapa virus dan bakteria punca meningitis boleh dicegah melalui pengambilan vaksin tetapi untuk yang selebihnya, penjagaan kebersihan adalah cara pencegahan terbaik. Mencegah atau mengubati Permukaan rata seperti meja, kerusi, peralatan kerja mahupun rel tangga (pejabat, pengangkutan awam, rumah) boleh dicemari kuman dari pesakit melalui cecair badan. Kuman dari cecair badan pesakit boleh memasuki badan individu sihat melalui luka, mata atau melalui salur penghadaman. Penyakit berjangkit juga tidak semestinya hanya yang menggemparkan dunia tetapi turut melibatkan kuman biasa punca keracunan makanan (salmonella, kolera) mahupun yang disebar air banjir (leptospirosis). Kes keracunan makanan juga sering kali berlaku di sekolah dan juga di gerai atau restoran kotor yang kebanyakannya tidak dilaporkan. Asas mudah kuman merebak melalui 'kekotoran' menunjuk kepada asas mudah pencegahan iaitu menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Tindakan membasuh tangan menjadi asas utama dalam pencegahan penyakit berjangkit kerana tangan banyak memegang permukaan yang mudah dicemari dan tangan juga memindahkannya ke muka, mata, ke dalam mulut mahupun kepada individu lain. Namun, membasuh tangan dengan air sahaja mungkin tidak mencukupi. Gunakan sabun antiseptik selagi boleh bagi mempastikan kuman pada permukaan tangan dan juga di bawah kuku dihapuskan. Tabiat mencuci tangan juga perlu dilakukan sebelum dan selepas menjalankan sebarang aktiviti, termasuklah makan, ke tandas, bersenam atau memegang permukaan tertentu di tempat awam. Pihak berkuasa, pihak pengusaha perkhidmatan awam, pengurusan bangunan dan juga pengusaha restoran juga perlu mengambil langkah yang paling mudah dengan membersihkan sekerap mungkin permukaan yang sering disentuh orang ramai, di samping menyediakan produk antiseptik di tandas dan tempat mencuci tangan. Tempat tumpuan awam bukan sahaja perlu sentiasa dibersihkan dari sampah-sarap malahan dibersihkan dari kuman pada permukaan meja, rel tangan mahupun peralatan untuk kerja dan makan yang boleh menyebarkan virus mahupun bakteria punca penyakit. Asas mudah kebersihan juga menekankan menjaga adab di tempat awam. Jangan batuk atau bersin ke arah orang lain atau meludah di merata tempat. Gunakan tisu, sapu tangan atau tutup mulut dengan tangan jika batuk atau bersin bagi mengelakkan penyebaran kuman kepada orang di sekitar anda. Dan paling penting, jangan lupa membasuh tangan anda supaya tidak pula disebarkan pada permukaan lain jika hingus di tangan disapu ke rel tangan atau permukaan meja.
Penyakit sememangnya mudah merebak, tetapi ianya juga bukan mustahil untuk dikawal atau dicegah. Pastikan anda memilih kebersihan dalam hidup dengan asas mudah, jaga adab, pilih yang bersih dan basuh tangan anda.
~ Kebersihan diri ~
Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri Iman al Ghazali pernah mengungkapkan: “Apabila menilai seseorang lihatlah pada kebersihan dirinya terlebih dahulu” Salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan kepada Tuan Peneraju Majlis, barisan panel juri nan bijak bestari, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, dan seterusnya kulasentana dewan yang ceria di hati tinggi pekerti. Kulasentana dewan yang saya muliakan, Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah “Caracara Menjaga Kebersihan Diri”. Kebersihan bermaksud keadaan yang bebas daripada kotoran seperti debu, sampah dan bau. Dalam Islam, kebersihan merupakan manifestasi keutuhan keimanan seseorang. Menjaga kebersihan adalah amat penting dalam kehidupan seseorang kerana kebersihan merupakan tunjang kepada kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Kebersihan diri diklasifikasikan kepada dua iaitu kebersihan luaran dan kebersihan batin. Kulawarga dewan penggerak wawasan, Lontaran idea yang pertama ialah cara-cara menjaga kebersihan luaran yakni kebersihan badan, pakaian dan persekitaran. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri seperti mandi, menyikat gigi, mencuci tangan dan memakai pakaian yang bersih. Mencuci merupakan satu cara menjaga kebersihan diri dengan menggunakan air dan sabun atau deterjen. Tabiat mencuci tangan jika diamalkan selalu boleh mencegah kita daripada dijangkiti pelbagai penyakit seperti penyakit taun. Banyak orang yang berwajah cantik dan tampan serta bergaya tetapi badan dan giginya berbau menyebabkan kecantikan dan ketampanan mereka tidak bermakna. Kemudian kebersihan persekitaran boleh dilakukan dengan mengelap, menyapu, membuang sampah dan mencuci semua peralatan memasak dan sebagainya. Tabiat sebegini merupakan aspek kebersihan luaran yang wajar kita praktikan selalu. Kulasentara dewan, kluster ilmuan, Lontaran idea kedua ialah cara-cara menjaga kebersihan batin. Kita haruslah sentiasa memelihara jiwa kita supaya sentiasa berkeadaan bersih dan suci. Jiwa yang kotor dan sarat dengan hasad dengki akan menjadikan diri kita dijauhi oleh orang lain. Kita mesti mengamalkan budi perkerti dan akhlak yan mulia dan terpuji. Dalam islam setiap individu dituntut membersihkan hati melalui zikrullah untuk menghindari diri kita daripada sikap takbur, suka mencaci, menyakiti orang lain dengan kata-kata kasar dan kesat, melafazkan ucapan sindiran yang boleh merenggangkan hubungan silaturrahim dan sebagainya. Cara paling penting untuk menjaga kebersihan batin ialah selalu mendekatkan diri kita dengan nilai-nilai murni dan keagamaan agar jiwa kita terpimpin sentiasa. Intihanya, hidup ini terlalu singkat untuk kita nikmati. Jika kita pandai melayari bahtera kehidupan maka kita akan bahagia dan sejahtera sehingga ke akhir hayat. Bepeganglah pada sepotong hadis, iaitu “Dapatkan lima perkara sebelum kamu kehilangan lima perkara” iaitu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa senang sebelum susah, dan masa hidup sebelum mati.Justeru itu,kita hendaklah sentia sa menjaga kebersihan diri untuk sentiasa kekal cerdas dan tidak lupa juga kita haruslah menjaga kebersihan batin kita yang merupakan aspek utama bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan.
~PERANAN SAYA DALAM MENANGANI H1N1~ Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus Influenza A. Ia adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Seperti yang kita semua tahu,babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa.Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber,dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Tanda dan gejala Influenza pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam,batuk ,sakit tekak,sakit-sakit badan,sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit-birit dan muntah. Bagi saya,kita mampu menangani H1NI ini dengan pelbagai cara.Walaupun vaksin bagi melindungi jangkitan belum ditemui,sedikit sebanyak mampu menghindari diri kita daripada dijangkiti penyakit berjangkit ini. Sebagai seorang masyarakat,saya akan sentiasa menjauhi orang yang kelihatan tidak sihat dan mengalami demam dan batuk.saya juga akan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.Selain itu,saya akan mengelakkan diri daripada menyentuh muka,khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan. Seterusnya,saya akan selalu berwaspada dengan mengelakkan diri berada di tempat yang sesak ketika di kawasan yang dilanda wabak.saya akan mengamalkan cara hidup yang sihat dengan mendapatkan tidur yang cukup,makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal.mungkin dengan langkah-langkah ini,saya dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit ini. Sebagai seorang murid,pelbagai cara dapat dilakukan di sekolah sebagai langkah menghindari penyakit ini.diantaranya termasuklah dengan