Esei 1 Drama.docx

  • Uploaded by: IrfanIzzudin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei 1 Drama.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,547
  • Pages: 6
1.0 Pengenalan Kesenian yang ditonjolkan dalam pementasan drama amat memberi impak kepada penonton yang menyaksikan persembahan sesebuah drama tersebut. Maksud drama oleh Said Halim, (1988) adalah cantuman dari cabang kesenian seperti seni sastera, seni tari, seni suara, seni lukis dan seni bentuk yang dapat memberikan kesan-kesan dari segi tetapan dan peralatan. Drama juga melibatkan ramai individu iaitu bermula dari penulis skrip sebagai pencipta asal bergerak kepada pengarah yang menyampaikan idea seterusnya kepada pelakon-pelakon yang melaksanakan idea tersebut. Selain itu, pesanan atau kritikan yang disampaikan melalui lakonan drama kepada masyarakat tentang isu-isu tertentu juga menjadi satu cara untuk mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik dengan menggunakan hiburan dan kesenian. Perkembangan drama di Malaysia yang semakin laju mengejar arus kesenian ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Hal ini kerana, terdapat beberapa fakta tentang keaslian atau asal usul drama itu di peringkat global atau dunia. Perkembangan drama yang berlaku secara mendadak dari aspek pengaruh dan kesenian itu merebak dengan pelbagai cara lalu sampai ke tanah Melayu dan diamalkan serta diaplikasikan sebagai sebuah hiburan berbentuk ilmiah kerana mempunya mesej atau pengajaran tertentu yang ingin disampaikan. Selain itu, drama kanak-kanak juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri dari aspek perkembangannya di Malaysia. Justeru, penulisan ini akan membincangkan tentang perkembangan drama di dunia dan sejarah perkembangan drama kanak-kanak di Malaysia.

2.0 Sejarah Perkembangan Drama Di Peringkat Dunia Pada asalnya, drama sudah wujud dari zaman Firaun dan zaman kebesaran Mesir lagi (Rahmah Bujang, 1975). Hal ini kerana dijumpai peninggalan yang ditinggalkan tamadun Sungai Nil dan pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa seni drama sudah wujud pada zaman itu lagi. Antara bukti keberadaan seni drama pada zaman itu adalah dengan terhasilnya sebuah seni drama berjudul Abydos Passion Play yang telah ditemui dalam longgokan penulisan pyramid atau hiegroglyphics. Namun begitu, hasil-hasil drama dari tamadun ini tidaklah dapat dipastikan kerana proses pengkajian tamadun Sungai Nil tidak begitu sempurna. Selain itu, drama pada asalnya juga mempunyai perkaitan melalui seni tarian dan keugamaan. Seni drama di Barat telah mula berkembang kegiatannya sejak bermulanya zaman tamadun Yunani lagi. Drama yang dilakonkan pada zaman ini lebih kepada pemujaan terhadap

tuhan orang-orang Yunani iaitu Dionyvos. Mereka memberi penghormatan kepada tuhan ini dengan melakukan tarian dan lakonan untuk memuja dan memuji Dionyvos. Hasil karya seni drama yang terawal di dunia dihasilkan juga dari zaman ini iaitu berjudul Lakun Trajidi. Perkataan Trajidi itu sendiri lahir dari perkataan Tragos iaitu panggilan kepada kambing persembahan berhala Dionysos. Selain itu, drama berunsurkan komedi juga wujud pada zaman ini dan dipanggil komidi yang mengisahkan tentang kejadian-kejadian lucu yang mengisarkan kehidupan golongan rakyat jelata pada zaman tersebut. Perkembangan drama pada zaman ini semakin mendapat sambutan dan pesat berkembang walaupun hanya bertujuan keagamaan. Banggunan khas telah disediakan untuk mengadakan drama ini kerana mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat pada

waktu

itu.

Banggunan-banggunan

ini

juga

telah

mempunyai

pentas

untuk

mempersembahkan drama dan ini menunjukkan tamadun Yunani juga antara yang terawal mencipta pentas untuk lakonan dan drama seperti yang digunakan pada zaman kini. Tamadun Yunani juga telah melahirkan ramai pengkarya seni drama terkemuka antaranya Arion, Thespis, Aeschylus (525-456 S.M.) dan banyak lagi. Kemasyhuran drama-drama Yunani juga telah menjadi tiruan dramatis zaman moden seperti yang dilakukan oleh Eugene O'Neill iaitu dramatis terkemuka Amerika Syarikat. Tambahan pula, tokoh pengkritik seni drama yang pertama juga dari zaman Yunani iaitu Aristotle (384-322 S.M.) seorang tokoh terkemuka dan antara karyanya adalah Poetics. Beliau telah membuat pertalian ilmu seni drama dengan ilmu pengkajian manusia dan telah menjadikan drama adalah satu bidang ilmu yang saintifik dan universal. Perkembangan drama ini diteruskan oleh tamadun Romawi pada era kejatuhan tamadun Yunani. Mereka meniru seni draman iaitu dari segi corak tragedi dan komedi. Di zaman ini, pentas drama digunakan sepenuhnya dan banyak menggunakan peralatan dan hiasan yang berlebihan dalam pementasan sesebuah drama. Kemudian, perkembangan drama beralih ke negeri-negeri di eropah. Munculnya zaman "Rennaissance" yang membawa perubahan pemikiran manusia dari pemikiran yang condong kepada keagaamaan kepada pemikiran yang lebih kepada revolusi menggunakan ilmu baharu. Jika pada zaman sebelumnya itu drama hanyalah untuk keagamaan, tidak pada zaman tamadun eropah. Drama sudah berubah menjadi satu bentuk perubahan dan merupakan satu usaha perdagangan yang menguntungkan. Perubahan ini berterusan dan mempengaruhi kesenian drama di sebelah timur dan selanjutnya. Perubahan yang berlaku ini juga kekal sehingga ke hari

ini iaitu drama telah menjadi satu bentuk hiburan kepada masyarakat malah mempunyai pelbagai bentuk drama boleh ditonjolkan, contohnya melalui tulisan dan lain-lain. Namun begitu, menurut Mana Sikana (2017) di dalam bukunya yang telah dikemaskini, drama ialah genre yang paling lewat menerima pengaruh medonesime berbanding dengan genre yang lain. Maka begitulah antara titik permulaan bagaimana berkembangnya seni drama di peringkat dunia.

2.0 Sejarah Perkembangan Drama Kanak-Kanak Di Malaysia Kesenian drama terus berkembang dan berjaya masuk ke dalam budaya masyarakat Melayu. Drama juga menjadi salah satu kesenian dalam masyarakat Melayu dan tidak mengira peringkat umur. Terdapat drama yang merupakan genre dewasa seperti Bangsawan yang tidak menggunakan skrip manakala drama untuk peringkat bawah umur disebut sebagai drama kanakkanak. Selain mengetahui sejarah perkembangan Bangsawan di tanah Melayu, drama kanakkanak juga amat menarik untuk dikaji akan asal usulnya. Pada permulaan abad ke-20, drama kanak-kanak dipercayai telah wujud di Malaysia. Hal ini kerana pembawakan dan perkembangan seni drama yang datangnya dari barat, India dan timur semakin mengembangkan sayapnya dalam budaya masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.

PKM

(Persatuan

kanak-kanak

Malaysia)

antara

penggerak

awal

dalam

memperkembangkan lagi drama kanak-kanak iaitu dengan menyadur dan menterjemahkan drama kanak-kanak dari barat ke dalam bahasa Melayu. Drama yang telah siap ditayangkan di kaca televisyen malah terdapat juga yang dipentaskan di atas pentas drama lakonan. Drama kanak-kanak semakin berkembang dan banyak dihasilkan dengan pelbagai tema, motif, gaya dan stail mengikut perkembangan zaman dan tahun. Tambahan pula, drama kanakkanak masih mendapat perhatian yang tinggi walaupun telah melalui perubahan yang sedemikian. Pada awal 1950-an, drama kanak-kanak masih mendapat perhatian walaupun drama yang dihasilkan adalah hasil terjemahan dari drama yang dihasilkan oleh barat. Contohnya, pada tahun 1957 karya klasik Inggeris yang popular bertajuk “Macbeth” oleh Shakespeare telah diterjemahkan oleh Hussien Ahmad ke dalam bahasa Melayu penerbitan Syarikat Saudara Sinaran Berhad (Hadijah Rahmat, 2006). Perubahan yang positif ini bermula pada tahun 1960-an dan berterusan sehingga ke hari ini. Kerancakan para penulis tempatan dalam menceburi bidang penulisan drama kanakkanak dan bergiat menghasilkan drama membuatkan perkembangan drama semakin hebat

berkembang pada tahun 1960-an. Senario sebegini adalah berbeza pada tahun sebelumnya kerana penghasilan sesebuah drama kanak-kanak hanya diambil daripada drama negara lainlain seperti England, Russia, Indonesia, Singapura dan lain-lain. Pada tahun 1970-an drama kanak-kanak di Malaysia telah mempamerkan wajah drama yang baharu iaitu drama berbentuk muzikal. Drama berbentuk muzikal ini mempunyai sedikit kelainan berbanding drama kanak-kanak biasa. Hal ini, kerana unsur-unsur yang terdapat dalam drama bermuzikal bersifat longgar dan menghiburkan. Peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam drama muzikal telah diselang-selikan dengan nyanyian lagu atau bersifat seni menghiburkan. Drama berbentuk muzikal ini amat sesuai dibaca atau dilakonkan oleh watak kanak-kanak kerana mempunyai unsur kecindan dan akan membuatkan pembaca atau penonton dan khususnya kanak-kanak akan terhibur sambil mendapatkan mesej atau nilai yang hendak disampaikan. Drama kanak-kanak mengalami sedikit perubahan dari aspek penyampaian iaitu pada tahun 1980-an. Drama kanak-kanak pada tahun tersebut banyak mengisarkan tentang isu-isu atau masalah yang dihadapi masyarakat. Pengajaran yang hendak disampaikan dalam drama tersebut adalah sebagai kritikan dan pengajaran kepada pembaca atau penonton. Drama kanakkanak semakin kreatif dari segi penyampaian dan penulisannya pada tahun 1994 sehingga 1998 dan ini menyebabkan drama kanak-kanak meningkat tahap kualitinya berbanding genre kesenian yang lain. Hal ini disebabkan terdapatnya gambar ilustrasi yang berwarna-warni dalam sesebuah drama malah kebanyakannya berbentuk sketsa lakonan dan teater inovatif. Drama sebegini telah menarik kanak-kanak untuk terus membaca dan berhibur seterusnya membawa kanak-kanak ke dalam peristiwa yang digambarkan. Antara contoh drama kanak-kanak adalah “Budi Serumpun” yang berbentuk sketsa lakonan dan lahir pada tahun 1990-an. Drama ini bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak kerana terdapatnya gambar ilustrasi malah tulisan yang menjadi dialog turut diwarnai. Contoh lain bagi drama kanak-kanak adalah drama “Panggong Kanak-Kanak” yang berbentuk antologi. Selain itu, contoh drama kanak-kanak berbentuk muzikal pula adalah berjudul “Lagu Tiga Kupang” yang telah wujud pada 1970-an dan dicipta oleh Abdul Aziz Abas. Contoh drama kanakkanak yang menekankan isu-isu permasalahan kehidupan manusia antaranya ialah “Kasih Tidak Terbeli”. Natijahnya, perkembangan drama kanak-kanak telah mengalami perubahan dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Perubahan yang ditonjolkan dalam sebuah drama itu mengikut tempoh tertentu telah memberi satu tanda kepada dunia kesusasteraan bahawa dunia drama kanak-kanak akan terus berkembang menjadi sebuah genre yang penting dan setaraf dengan genre lain pada masa kini dan seterusnya.

4.0 Kesimpulan Sejarah perkembangan drama membuktikan bahawa genre kesenian seperti drama dapat melalui fasa perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Penambahbaikan yang dilaksanakan perlu seiring dengan peredaran dan kehendak sesebuah zaman. Di Malaysia, drama telah menjadi salah satu genre kesenian yang digunakan dalam pendidikan, hiburan dan banyak lagi. Hal ini kerana, perkembangan drama di Malaysia disambut baik oleh cendiakawan dan penggiat seni untuk dijadikan sebagai salah satu alat untuk memajukan dan mengkritik pemikiran atau idea masyarakat di negara ini agar menjadi sebuah masyarakat yang berdaya saing dan berfikiran intelektual dari aspek duniawi dan ukhrawi.

Rujukan Mana Sikana (2017). Di Atas Pentas Drama Melayu Pascamoden. Selangor: Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad Rahmah Bujang (1982). Drama Melayu 25 Tahun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rahmah Bujang (1975). Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan Di Tanah Melayu Dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Said Halim Said Nong (1988). Drama Melayu Televisyen Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Related Documents

Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32
Titas Esei 1.docx
October 2019 14
Esei 1.docx
December 2019 3
Esei 1.docx
December 2019 5

More Documents from "Maisarah Sabri"

Template Jsu.docx
May 2020 4
Bbm Math.docx
May 2020 4
Manual Permainan.docx
November 2019 10
Rujukan.docx
May 2020 1
Esei 1 Drama.docx
November 2019 6