Esei 1.docx

  • Uploaded by: Maisarah Sabri
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,161
  • Pages: 6
MISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2

2.0 TEORI VYGOTSKY

2

3.0 KEPENTINGAN PENGETAHUAN TENTANG PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KEPADA GURU BERDASARKAN TEORI VYGOTSKY

3-4

4.0 KESIMPULAN

5

RUJUKAN

6

1

1.0 PENGENALAN Menurut Wong Kiet Wah et al. (2013), perkembangan ialah proses perubahan kualitatif dalam diri individu yang dapat dilihat namun sukar untuk dikenal pasti dari satu tahap ke tahap yang lain seperti penguasaan kemahiran berfikir ataupun penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak juga berlaku secara beransur-ansur dan berterusan dan berkait rapat dengan proses kematangan dan pembelajaran kanak-kanak dengan persekitaran. Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak untuk penghasilan peningkatan kemampuan untuk berfungsi pada tahap-tahap tertentu. Kognitif pula adalah kebolehan kanak-kanak itu berfikir, memberikan pendapat, memahami dan mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, menyelesaikan masalah, mencipta dan lain-lain. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan kelangsungan hidup seseorang Secara keseluruhan, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan mental melibatkan kematangan aktiviti mental seperti keupayaan intelektual dan pemprosesan maklumat serta perkembangan pertuturan dan pemorelehan bahasa. 2.0 TEORI VYGOTSKY Teori Vgotsky percaya bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak disokong oleh persekitaran kanak-kanak tersebut. Interaksi kanak-kanak dengan orang sekeliling sangat penting. Teori ini bertentangan dengan teori Piaget yang mempercayai perkembangan kanak-kanak terbentuk dalam diri murid itu. Namun, teori ini menjelaskan persekitaran sosiobudaya adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori ini juga menyatakan bahasa merupakan sistem simbol yang paling penting dalam menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak. Perkembangan bahasa dapat dibentuk melalui interaksi antara kanak-kanak dengan keluarga, guru, rakan dan masyarakat. Melalui interaksi sosial ini juga kanak-kanak dapat berkongsi dan menimba pengetahuan dan maklumat baru. Vygotsky juga telah menyarankan tiga idea penting yang berkaitan dengan perkembangan kognitif iaitu, internalization, scaffolding dan zon perkembangan proksimal.

Proses

internalization

adalah

di

mana

seseorang

beransur-ansur

menyebatikan aktiviti-aktiviti sosial yang dilaluinya ke dalam proses kognitifnya. Scaffolding pula adalah kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu. Seterusnya, zon perkembangan proksimal adalah perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dipertingkat dan diperkukuh melalui interaksi mereka dengan individu lain yang berkebolehan.

2

3.0 KEPENTINGAN

PENGETAHUAN

TENTANG

PERINGKAT-PERINGKAT

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK KEPADA GURU BERDASARKAN TEORI VYGOTSKY Pengetahuan teori ini memainan peranan penting kepada para pendidik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Dalam proses PdP, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk mencapai matlamat dan objektif pelajaran. Guru juga perlu bijak dalam menyusun persekitaran pembelajaran kanak-kanak berdasarkan ilmu tentang teori yang diketengahkan oleh tokoh Lev Vygotsky ini. Terdapat pelbagai kepentingan pengetahuan tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada guru.

Pengetahuan teori Vygotsky kepada guru dapat membantu guru merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Teori ini telah memberi maklumat kepada guru bahawa murid akan mudah menerima maklumat baru sekiranya murid-murid itu belajar secara kolaboratif bersama kanak-kanak lain. Guru berperanan merancang satu bentuk PdP yang penuh dengan aktiviti perbincangan dan perkongsian idea dalam kalangan murid bagi mendapat pemahaman yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran. Melalui aktiviti perbincangan, murid-murid mendapat peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Seterusnya, keyakinan untuk berkomunikasi dalam diri murid semakin tinggi bagi menggalakkan mereka lebih baik dalam meluahkan segala maklumat baru yang dipelajari. Untuk aktiviti ini, guru boleh menyediakan beberapa soalan yang agak tinggi tahapnya berkaitan subjek yang dipelajari kepada murid-murid. Seterusnya murid-murid ini perlu menyelesaikan masalah tersebut melalui pendekatan perkongsian idea. Kaedah ini juga dapat menggalakkan murid yang lebih pintar membantu rakan-rakan lain yang lebih lemah dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, penguasaan guru dalam teori Vygotsky adalah guru dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah dengan lebih sistematik. Teori Vygotsky menggalakkan penerokaan dan penyoalan dalam sesi pembelajaran murid-murid. Melalui teori ini, guru lebih memahami dan merangka pembelajaran dengan mengadakan lebih banyak masa untuk murid-murid ini meneroka. Setiap guru perlulah mewujudkan suasana PdP di mana murid-murid perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Murid-murid perlu meneroka dan bergerak aktif semasa sesi PdP dan memperoleh kejayaan dengan hasil mereka sendiri. Mereka tidak lagi hanya mendengar syarahan guru dan menunggu segala ilmu hanya diperoleh daripada guru. Namun, guru juga perlu memberi masa kepada murid-murid untuk meneroka dan memikirkan cara-cara penyelesaian sesuatu masalah. 3

Di samping itu juga, guru dapat mengetahui berapa banyak bimbingan yang diperlukan oleh murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut teori Vygotsky, murid memerlukan bimbingan terarah pada awal pembelajaran sesuatu konsep atau topik. Melalui pemahaman ini, seorang guru perlu mengajar cara untuk memulakan ayat, memberi petua, menunjuk cara dan maklum balas berperingkat untuk murid lebih memahami topik yang diajarkan. Setelah murid tersebut lebih yakin dengan diri sendiri dan mecapai objektif pengajaran harian guru, guru boleh mengurangkan sokongan atau bantuan terhadap murid. Seterusnya, keyakinan murid ini memberi peuang kepada murid untuk meneroka dan belajar secara kendiri untuk lebih menguasai sesuatu topik tersebut.

Selain itu juga, teori Vygotsky menerangkan bahawa perkembangan murid boleh dipertingkat melalui interaksi murid dengan individu lain yang lebih berkebolehan melalui proses zon perkembangan proksimal. Melalui pemahaman teori ini, guru mengetahui dan memahami bahawa murid-murid memerlukan bantuan guru. Guru serta murid dapat duduk bersama-sama kemudian berbincang mengenai pelajaran dengan aktif sewaktu sesi PdP. Perkara ini memberi galakan serta ruang kepada murid untuk bertanya lebih banyak soalan apabila mereka mengalami masalah dalam memahami mahupun menyelesaikan satu-satu masalah. Masa yang diluangkan guru bersama murid ini membantu guru untuk lebih mengetahui tahap pemikiran. Seterusnya guru dapat berusaha lebih keras untuk memberi bimbingan kepada murid-murid ke tahap yang maksimum. Bimbingan daripada guru ini boleh meningkatkan potensi murid ke tahap perkembangan berpotensi daripada tahap perkembangan tanpa bimbingan berdasarkan idea scaffolding oleh Lev Vygotsky.

Seterusnya, berdasarkan idea internalization, kanak-kanak akan beransur-ansur menyebatikan diri dengan aktiviti sosial yang dilalui oleh mereka. Perkara ini membantu guru untuk menyediakan suasana ilmu di dalam PdP. Interaksi harian antara guru dengan murid mewujudkan pengalaman dan aktiviti sosial. Guru boleh menggunakan interaksi ini sebagai medium penyampaian maklumat sehingga murid-murid sudah sebati dengan suasana yang penuh dengan penerokaan dan perkongsiaan maklumat. Melalui masa, murid-murid ini akan mula menyebatikan arahan atau tutur kata orang dewasa atau guru ke dalam pemikiran mereka sehingga seolah-olah menjadi arahan dalaman. Hal ini boleh dilihat dalam kalangan kanak-kanak yang bermula dengan penggunaan bicara kendiri kemudian beralih kepada penggunaan bicara hati bagi menyelesaikan masalah. Akhirnya, suasana pembelajaran itu sudah sebati dalam diri murid-murid menyebabkan guru lebih mudah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan baharu kerana suasana yang sentiasa inginkan ilmu pengetahuan baharu dan suasana berfikir secara kritis. 4

4.0 KESIMPULAN Tuntasnya, terdapat pelbagai kepentingan pengetahuan tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada guru berdasarkan teori Lev Vygotsky ini. Pengetahuan ini haruslah dikuasai oleh setiap pendidik bagi merancang PdP dalam bilik darjah supaya matlamat pendidikan negara dapat dicapai dengan jayanya. Kaedah pengajaran yang bertentangan dengan teori ini kemungkinan akan menyebabkan kaedah penyampaian guru yang yang tidak menarik dan tidak dapat mencapai objektif pengajaran secara berkesan. Oleh itu, setiap pendidik perlu menjadi serba boleh dalam kaedah penyampaian PdP di dalam bilik darjah bagi kepentingan generasi kini.

5

RUJUKAN

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhaini. (2016). Perkembangan Kanakkanak Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

6

Related Documents

Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32
Ict Esei
June 2020 26
Esei Angkasa.docx
November 2019 42
Esei Merdeka
May 2020 9

More Documents from "NuRuN sYaZwAnI bT mD rAdZi"

Esei 1.docx
December 2019 5
Trabajo Grupal.docx
October 2019 27
Sekar.docx
April 2020 11
October 2019 20
October 2019 27