Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dewasa ini, kerajaan telah agar generasi muda kini menghargai jasa dan perjuangan tokoh negara di tanah air kita. Oleh itu kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa. Ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Contohnya, Rumah Kelahiran Mahathir Muhammad iaitu rumah dimana lahirnya seorang tokoh yang disegani ramai. Ini kerana, beliau merupakan Perdana Menteri ke-empat yang digelar bapa pemodenan negara yang banyak memberikan sumbangan dan memberikan dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mencipta sejarah di persada dunia. Impaknya dalam memulihara bangunan ini masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk memperthankan bangunanbangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti Rumah Tun Dr Mahathir Muammad yang mengisahkan bagaimana kehidapan beliau pada masa yang lampau. Di bangunan ini juga merupakan satu tempat penyimpanan barangan yang digunakan oleh arwah ayah beliau yang mementingkan pelajaran dan sering mangawasi dan menekankan pelajaran anak-anaknya. Memandangkan arwah ayahanda Tun Dr Mahathir Muhammad yang merupakan pengetua pertama Kolej Sultan Abdul Hamid, ayahanda beliau telah masak dangan perangai pelajar pada masa itu dan beliau juga telah didedahkan dengan kepentingan pendidikan dan pelajaran. Pengajaran yang dapat kita ambil dari pengalaman Tun Dr Mahathir Muhammad ialah kita mesti berusaha untuk memajukan diri melalui semangat rajin dan gigih untuk meningkatkan martabat Negara dan juga bangsa. Kita juga memegang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.