Kerja Kursus Sejarah Elemen 3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Sejarah Elemen 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 451
  • Pages: 5
ELEMEN 3 PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

ESEI Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malaysia sememangnya kaya dengan bangunan bersejarah tinggalan dahulu kala tidak kira Inggeris, Portugis, Belanda, Jepun dan penduduk tempatan. Malangnya, banyak bangunan ini terbiar menunggu saat untuk runtuh atau sengaja dirobohkan. Hal ini di sebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan keperihatinan. Hal ini boleh memberikan pelbagai impak negatif kepada negara. Persoalannya, apakah kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat menanamkan semangat cinta akan warisan bangsa dalam diri masyarakat?

Kita seharusnya berbanggasebagai rakyat Malaysia kerana kita boleh berbangga dengan sejarah negara. Hal ini demikian kerana, sejarah dapat membuatkan kita berasa bangga dengan negara Malaysia, kerana ia menjadi simbol warisan bangsa yang satusatunya wujud di mata dunia ini. Sebagai contohnya, pembinaan kota A’Famosa yang telah didirikan oleh Portugis bagi menghadapi serangan musuh. Pembinaan kota ini menjadi iktibar kepada masyarakat supaya bersatu padu dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Oleh itu, kita mestilah berbangga dengan sejarah negara supaya kita boleh menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berlandaskan Wawasan 2020.

Selain itu, kita akan bersemangat setia kepada negara dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Hal ini dapat menjadikan kita seorang yang bersikap

cinta akan bangsa dan negara. Sebagai contohnya, Dataran Merdeka menunujukkan kita masih memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Dataran Merdeka juga mengingatkan kita kepada beberapa tokoh kemerdekaan yang bersikap cinta akan bangsa dan negara. Oleh itu, perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat di tanamkan dalam diri hasil dari pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Bersemangat kekitaan juga akan hadir dalam diri kita supaya kita bekerjasama dan tolong-menolong sesama sendiri. Hal ini penting supaya kemerdekaan kita dapat dikekalkan. Hubungan yang baik antara masyarakat dapat mewujudkan persefahaman dan semangat bermasyarakat yang kuat. Sebagai contohnya, negara kita masi dapat mengekalkan kemerdekaan walaupun sudah 52 tahun kita merdeka. Nahtijahnya, negara kita akan terus bersatu padu seperti kejadian yang berlaku di Hotel Stesen di mana berlakunya ‘Perarakan Raksasa’ sewaktu menentang Malayan Union.

Di samping itu, sikap berusahadan produktif juga akan terbentuk dalam diri kita juga merupakan salah satu kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Hal ini penting untuk rajin dan gigih. Sebagai contohnya, rakyat Malaysia masih rajin dan gigih dalam menjaga bangunan bersejarah. Bangunan Sultan Abdul Samad yang masih kukuh dan masih dipelihara ini menjadi bukti rakyat Malaysia rajin dan gigih dalam menjaga bangunan bersejarah. Oleh itu, sikap rajin dan gigih dapat ditanam dalam diri kita dengan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Kesimpulannya, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah banyak memberikan kesan-kesan positif kepada individu mahupun negara. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah amat penting untuk menjaga warisan bangsa dan negara. Oleh itu, jelaslah melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah, kita mendapat banyak pengetahuan malah mendatangkan perkara-perkara positif kepada masyarakat.

Related Documents