Folio Kerja Kursus Sejarah 2009 (elemen 2)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Kerja Kursus Sejarah 2009 (elemen 2) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,832
  • Pages: 19
SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Nama Calon

:

Tingkatan

:

Nombor Kad Penganalan

:

Angka Giliran

:

Nama dan Alamat

:

Tajuk Kerja Kursus

:

Nama Guru

:

Skor:

Elemen

Markah

Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah Elemen 2 Merekod fakta sejarah Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

................... Tarikh

................................ Tandatangan Guru Penilai

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita:

Bangunan Sultan Abdul Samad

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini. Saya ............................................................ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru sejarah saya, Puan ........................ yang telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian ini telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengetua, ................................. yang telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan sekelas saya telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat membanggakan dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi sokongan dan kerjasama yang sangat membanggakan dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

1

Objektif Kajian

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentan satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut : 1. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. 1. Dengan membuat kajian ini saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. 1. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

2

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah saya gunakan ialah: 1.

Rujukan - Saya telah merujuk dan menganalisi maklumat dari buku-buku ilmiah dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.

2. Media - Saya telah menganalisi media massa dan media cetak seperti internet, majalah-majalah dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya. 3. Pemerhatian - Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat. 4. Temu Bual - Saya telah menemubual seorang responden di kawasan perumahan saya unutk mendapat maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad.

3

Hasil Kajian

1. Nama Bangunan Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai "Bangunan" sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898. Bangunan ini dinamakan sebagai Bangunan Sultan Abdul Samad bersempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. Jam besar yang terdapat pada bangunan tersebut dikenali sebagai jam kemerdekaan kerana peristiwa pada 30 Ogos 1957, tepat jam 12 malam. Jam kemerdekaan berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan kemerdekaan negara kita. Serentak dengan itu juga, bendera UNION JACK diturunkan lalu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

4

2. Latar Belakang

a) Asal Usul Atas cadangan Sir William Maxwell, Residen Selangor, Kerajaan British di negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada tahun 1893. Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya. Perletakan batu asas telah dibuat oleh Sir Charles B.H. Mitchell, Gabenor Negerinegeri Selat pada 6 Oktober1894 setelah reka bentuk bangunan dipersetujui. b) Pengasas Pelan bangunan ini telah direka bentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal di British, iaitu C.E. Spooner bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini. c) Tarikh Pembinaan Perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini dimulakan pada tahun 1893 dan siap sepenuhnya pada tahun 1897. d) Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Bangunan ini terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan tapak yang strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka.

5 e) Tujuan Penubuhan Bangunan Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan

kerajaan sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan memberi imej baru kepada Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu bangunan pentadbiran berpusat: 1. 1. 1. 1. 1. 1. 1. 1. 1. 1.

Menempatkan Sekretariat Kerajaan Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber) Pejabat Pos Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) Pejabat Kehakiman (Judical Commissioner) Public Works Department (PWD) Audit dan Pembendaharaan Pejabat Tanah Jabatan Galian Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D District Office)

f) Kos Pembinaan Kerajaan British telah menghadkan kos tidak melebihi $231,000 untuk tujuan pembinaannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga $152,000 sahaja tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu. g) Perasmian Setelah siap sepenuhnya, bangunan ini dirasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham pada 4 April 1897.

6

3. Keisitimewaan Bangunan

a) Reka Bentuk Pelan Reka bentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan di antara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10,200 meter persegi dan setinggi 57 kaki. Di bawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pengawai-pengawai mahkamah. Ia mempunyai tiga kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter. Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai senibinanya yang berbentuk "saracenic" merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. b) Bahan Binaan Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. c) Pengubahsuaian Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu, kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984. d) Hiasan Dalaman Di dalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.

7 e) Cara Pembinaan Sebagai bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 hingga 1897, cara pembinaanya lengkap dengan ciri-ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti:

1. 1. 1. 1.

Stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap Bentuk separuh lengkong (arch) Kubah potong bawang (dome) Struktur berbentuk minaret yang kebiasaanya terdapat pada senibina masjid.

f) Kegunaan Dahulu dan Sekarang Pada zaman penjajahan Bristish, bangunan ini digunakan sebagai: 1. Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1. Pejabat Residen Jeneral 1. Pejabat Pos Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai: 1. 1. 1. 1. 1. 1.

Pejabat Setiausaha Negeri Selangor Jabatan Perbendaharaan Jabatan Perakaunan Pejabat Am Majlis Mesyuarat negeri Pejabat Pos

Kini, ia digunakan sebagai: 1. Mahkamah Persekutuan Malaysia 1. Mahkamah Rayuan 1. Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

8

4. Kejayaan Yang Dicapai Bangunan a) Politik Bangunan ini telah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman perjajahan British. selain

itu, ia juga pernah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri Selangor selepas kemerdekaan negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor dan tempat majlis mesyuarat negeri sehingga tahun 1978. b) Ekonomi Bangunan ini telah menjadikan tarikan pelancong dalam mahupun luar negara kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset penting negara kita dalam bidang ekonomi. c) Sosial Bangunan ini telah menjadi tempat sambutan kemerdekaan negara kita setiap tahun. Pada ketika itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum di negara kita. Pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian-tarian kaum dan etnik tertentu dapat memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatu padu walaupun mempunyai penduduk yang berbilang dan etnik. Selain itu, ia dapat menambah pengetahuan mengenai segala kebudayaan yan unik dan menarik yang terdapat di negara kita.

(Sambutan Hari Kemerdakaan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

9

Rumusan Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara. Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunan-bangunan bersejarah ini.

10

Lampiran

(Gambar

Bangunan Sultan Abdul Samad, 7 Jun 2009)

(Bahagian Sisi Kiri, 7 Jun 2009)

(Bahagian Sisi Kanan, 7 Jun 2009) 11

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat Satu

Pelan Tingkat Dua

Pelan Tingkat Mezanin

(Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad)

12

(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)

13

(Batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad)

14

(Tapak Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad)

(Tapak Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad)

15

(Tapak Kanan Bangunan Sultan Abdul Samad)

(Tapak Kiri Bangunan Sultan Abdul Samad) 16

Rujukan

internet: 1. 1. 1. 1.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM http://www.virtualmalaysia.com/destination http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad

Surat Khabar: 1. Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7 1. Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28 Majalah : Virtual Malaysia, 4 Oktober 2007, halaman 78. Orang Sumber: ........................................ ....................................

17

Related Documents