Elemen 2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Elemen 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 955
  • Pages: 12
ELEMEN 2 MEREKOD FAKTA SEJARAH BANGUNAN BERSEJARAH

RUMAH P. RAMLEE

TAJUK KAJIAN

BANGUNAN BERSEJARAH

RUMAH P. RAMLEE

SENARAI KANDUNGAN BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9.

ASPEK TAJUK KAJIAN- RUMAH P.RAMLEE SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN: - NAMA BANGUNAN - LATAR BELAKANG - KEISTIMEWAAN BANGUNAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

MUKA SURAT 1 2 3 -

PENGHARGAAN

Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Puan Shariffah Afifah bt Syed Abbas yang memberi kebenaran untuk menjalankan kajian saya. Ribuan terima kasih kepada Puan Ilhiana bt Ismail, guru Sejarah yang telah membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rohim bin Darus, penjaga Rumah P. Ramlee yang telah membekalkan maklumat relevan dengan kajian saya.

Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penjaga-penjaga Rumah P. Ramlee yang memberi kerjasama sebagai responden dalam soal selidik kajian ini. Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada ibu saya, Lim Poh Suan, bapa saya, Khor Seng Tiang dan rakan-rakan sekumpulan kajian saya, iaitu Dharshini Shankar, Luvenia Kalia dan Ooi Mee Quin.

Nama: Isabelle Khor Lei Li Kelas: 3 Aked Sekolah: SMK (P) St. George

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang. Objektif kajian ini ialah kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Kajian ini juga dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan membuat kajian ini, saya dapat mangambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat penting tentang bangunan bersejarah yang telah saya kaji iaitu Rumah P. Ramlee. Antaranya ialah kaedah temu ramah. Saya telah menjalankan sesi temu ramah dengan penjaga Rumah P. Ramlee, Encik Rohim bin Darus. Pelbagai soalan ditujukan kepada penjaga arkib tersebut.

Selain itu, kaedah melayari internet juga digunakan. Saya telah dapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang Rumah P. Ramlee. Melalui internet juga saya dapat mengetahui tentang Allahyarham P. Ramlee dengan lebih mendalam dan jelas.

Saya turut menggunakan kaedah lawatan dengan melawat tempat kajian, Rumah P. Ramlee. Saya melawat tempat kajian dan telah meminta bahan bukti seperti cop untuk menandakan bahawa saya telah mengunjungi tempat kajian.

Kaedah terakhir yang saya gunakan ialah menganalisis dokumen. Saya telah mengkaji tentang risalah yang berkaitan dengan bangunan bersejarah yang telah saya kaji, Rumah P. Ramlee. Terdapat banyak maklumat yang boleh didapati tentang Rumah P. Ramlee.

HASIL KAJIAN 1. Nama Bangunan Bangunan bersejarah yang saya kaji ialah Rumah P. Ramlee. Rumah itu kepunyaan neneknya.

2. Latar Belakang Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di No. 4A, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi dalam bentuk yang asal. Rumah ini merupakan tempat tinggal beliau semasa beliau berada di Pulau Pinang.

3. Keistimewaan Bangunan Memandangkan rumah tersebut tempat tumpah darah Allahyarham P. Ramlee, maka Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengambil alih dan membaikinya. Walau bagaimanapun bentuk asal rumah itu masih dipertahankan. Projek membaik pulih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang mulai November 1990 dan siap pada penghujung Oktober 1991. Di bahagian dalam Rumah P. Ramlee terdapat ruang pameran yang mempamerkan aspek-aspek kehidupan P. Ramlee semasa remaja. Ruang ini dibahagikan kepada pengenalan, ruang tengah, bilik tidur dan ruang dapur. Ruang pengenalan merakamkan detik-detik hidup P. Ramlee dari kecil hingga beliau berhijrah ke Singapura. Ruang tengah pula menempatkan alat-alat dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan sukan. Di bahagian bilik tidur terdapat katil besi, meja dan cermin yang merupakan kelengkapan seharian hidup P. Ramlee. Terdapat juga sebuah peti besi yang merupakan tempat menyimpan pakaian bagi keluarga beliau. Ruang dapur pula memaparkan keadaan kedudukan dapur dan kelengkapannya harian. Bahagian luar Rumah P. Ramlee mempamerkan jenis basikal kegemaran P. Ramlee. Pelawat-pelawat juga dapat melihat pokok-pokok di sekeliling yang mempunyai kaitan rapat dengan P. Ramlee semasa kanak-kanak.

Sebuah galeri juga dibina bagi mengenang beliau. Galeri ini terletak di tepi rumah kelahirannya. Di dalamnya terdapat ruang pameran yang mempamerkan barang-barang yang berkait dengan aspek kehidupannya dari kecil hingga kematiannya. Diantaranya adalah kegiatan beliau di bidang seni dan sukan. Bidang seni memang sudah tidak asing baginya tetapi bidang sukan juga menjadi kegemarannya. Terdapat gambar-gambar P. Ramlee bermain badminton dan juga sepak takraw. Banyak gambargambar kenangan dan diantaranya dijual kepada pengunjung. Begitu juga dengan pelbagai VCD filem.

Bahagian Luar

Selain dipamerkan basikal sezaman yang digemari oleh P. Ramlee, pokok-pokok asal juga dikekalkan. Pelawat-pelawat juga dapat melihat keindahan kawasan halaman yang ditanam dengan bunga-bunga indah.

Bahan i.

Peti besi

Peti besi yang telah digunakan oleh P. Ramlee dan keluarganya untuk menyimpan pakaian.

ii.

Antara koleksi pakaian harian P. Ramlee

iii.

Bilik Tidur P. Ramlee

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN ORANG SUMBER Rohim bin Darus, 33, Lot 2180, Jalan P. Ramlee, 10460 Pulau Pinang.

MELAWAT TEMPAT KAJIAN Rumah Kelahiran P. Ramlee, Lot 2180, Jalan P. Ramlee, 10460 Pulau Pinang.

INTERNET http://www.cuti.com.my/Sub/Penang/guidepramleeh.htm http://www.wikipedia.com http://www.virtualmalaysia.com

Related Documents

Elemen 2..
April 2020 16
Elemen 2
May 2020 10
Elemen 2
May 2020 13
1.elemen 2
May 2020 12
Elemen 2 Panduan.docx
November 2019 34