Elemen 2 Bangunan Bersejarah Muzium Sarawak
Senarai kandungan Penghargaan………………………………………………… Objektif kajian………………………………………………. Kaedah kajian……………………………………………….. Hasil kajian………………………………………………….. Rumusan…………………………………………………….. Lampiran……………………………………………………. Rujukan……………………………………………………...
Penghargaan Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa pihak yang turut memberi bantuan dan kerjasama kepada saya. Kerjasama dan bantuan yang diberikan amat saya hargai. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa saya, Encik Safuani dan Puan Norkhalijah. Selain itu, Cikgu Goh Tjui Lian, selaku guru Sejarah saya telah banyak memberi bimbingan yang penuh dedikasi serta bersemangat bagi membantu melaksanakan tugas projek Sejarah ini. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Pengetua sekolah kami, SMK. St. Joseph, Kuching iaitu Encik Thomas Lau. Beliau telah memberi saya inspirasi untuk menghasilkan satu kajian Sejarah yang bermutu. Di samping itu, saya juga berterima kasih kepada dua orang rakan saya, Tajuzzaman Nizar dan Faizul Zuraimi yang telah turut bersama menyumbangkan iltizam dan sokongan moral mereka. Tanpa bantuan semua pihak, projek ini tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Objektif kajian Objektif kajian yang dijalankan bagi kerja kursus sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus. Objektif am adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat menolong saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, tepat dan jelas. Objektif khusus pertama saya hasilkan sekarang adalah untuk mengetahui secara mendalam tentang asal-usul bangunan bersejarah. Dengan itu, pengasas, tarikh pembinaan dan lokasi Muzium Sarawak dapat dikenal pasti dengan lebih tepat. Objektif khusus saya yang kedua adalah untuk memahami secara mendalam tentang tujuan-tujuan utama pembinaan Muzium Sarawak. Objektif khusus saya yang ketiga adalah untuk mengkaji mengenai keistimewaan bangunan Muzium Sarawak. Objektif khusus saya yang keempat adalah untuk melihat perubahan bangunan tersebut dari segi aspek bentuk, penggunaan bahan binaan dan hiasan dalaman bangunan tersebut. Akhir sekali, saya harap kajian terhadap bangunan bersejarah Muzium Sarawak ini dapat menyedarkan kita tentang betapa pentingnya khazanah dan barangan tinggalan lama disimpan dalam muzium. Ia sebagai satu symbol keseimbangan sejarah negara kita. Dengan itu, usaha setiap lapisan masyarakat untuk menjaga bangunan bersejarah tersebut dengan sebaik-baiknya.
Kaedah kajian 1. Temuramah Saya dan rakan-rakan saya telah membuat temuramah bersama seorang yang berpengalaman di Muzium Sarawak, Kuching. Dengan cara ini, saya lebih mengetahui lebih terperinci mengenai bangunan bersejarah yang dikaji dan dapat memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah PMR 2009.
2. Penyelidikan di perpustakaan Saya telah membuat penyelidikan di Perpustakaan Negeri Sarawak untuk mencari bukubuku yang berkaitan dengan Muzium Sarawak.
3. Lawatan dan pemerhatian Saya dan dua orang rakan saya telah pergi melawat di Muzium Sarawak, Kuching untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan sejarah Muzium Sarawak tersebut. Saya juga telah membuat pemerhatian pelbagai barang peninggalan zaman dahulu.
1. Temuramah
Nama:
Norkhalijah binti Ahmad Fauzi
No. I/C:
671021-13-5164
Jawatan:
Khidmat pelanggan, Muzium Sarawak
Alamat:
No.512, Lrg Perupok 2, Jln Perupok, Off Jln Matang, 93050, Kuching Sarawak.
(Norkhalijah binti Ahmad Fauzi)
Muzium Sarawak
Hasil kajian Latar Belakang Muzium Asal-usul perkataan muzium berasal daripada perkataan mouseion. Dalam bahasa Greek, ia bermaksud kuil yang dikhaskan untuk Muses. Muses ialah dewa Greek yang menaungi seni dan kesusasteraan. Akibat perkembangan zaman, fungsi muzium telah berkembang, terutamanya apabila manusia mengetahui kepentingan untuk merekod dan menyimpan bahanbahan seni yang berunsur sejarah dan pengetahuan bagi membantu perkembangan peradaban dan ketamadunan manusia. Muzium Sarawak ialah muzium yang tertua di Borneo dan kedua tertua di Malaysia selepas Muzium Perak. Penubuhan Muzium Sarawak asalnya hasil cetusan pemerintah Brooke, Rajah kedua, Sir Charles Brooke setelah menerima kunjungan daripada Alfred Russel Wallace pada tahun 1855. Pembinaan muzium tersebut diluluskan pada tahun 1878. Pada tahun 1889, bangunan muzium mula dibina. Muzium tersebut telah siap dibina pada 4 April 1891. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di Negeri Sarawak pada masa tersebut. Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44' x 160', mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.
Muzium Sarawak terletak di atas sebuah bukit utama dalam kawasan sebuah taman seluas 5 ekar di pusat Bandar Kuching. Bangunan tersebut terletak di sepanjang Jalan Tun Abang Hj. Openg. Pembinaan Muzium Sarawak telah menelan perbelanjaan sebanyak $ 22, 480 berserta kos tanah $ 2, 000 pada tahun 1891. Seterusnya, pada tahun 1929, kerajaan telah membelanjakan sebanyak $ 400, 000 bagi pembinaan veranda terbuka. Pada tahun 1956, system atap muzium diperbaharui dan bantuan lukisan teknikal oleh Jabatan Kerja Raya. Muzium Sarawak telah dirasmikan pada 4 Ogos 1891, pukul 5 petang oleh Rajah kedua, Sir Charles Brooke dengan penonton sebanyak 400 orang rakyat berasa gembira dengan pembukaan Muzium Sarawak yang merupakan lambing utama kemegahan Sarawak.
Semasa Zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak. Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak -seperti reptilia , mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell - industri petroleum di Sarawak.
Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai kaum etnik di Sarawak, alat-alat muzik, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.
Keistimewaan Bangunan Muzium Sarawak a) Reka Bentuk
Reka bentuk pembinaan Muzium Sarawak seperti Dewan Bandar Normandy Perancis kerana asal penerapan idea daripada seorang kakitangan kerajaan Brooke yang berbangsa Perancis. Edifiknya adalah mengikut stail Ratu Anne pada Zaman Victoria. Galerigaleri yang terdapat di dalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas bagi tujuan pameran. Muzium Sarawak telah mengalami beberapa kali pengubahsuaian. Pada tahun 1906, lantai konkrit di bahagian atas menggantikan lantai kayu berlian. Tahun 1911 memperlihatkan usaha kurator muzium bagi memperluas kawasan muzium dengan menambahkan sebuah lagi bahagian samping rumah. Sementara itu, pada tahun 1958, tingkap yang terdapat di bumbung telah dialihkan dan diganti dengan tempat pengaliran air hujan. Kini ukiran bangunan ini ialah 15 meter panjang dan 53 meter lebar iaitu 3 kali ganda keluasan asalnya. Pada tahun 1990-1991, hiasan dalaman Muzium Sarawak bagi bangunan lama telah diubahsuaikan dan lantai kayu berlian telah ditukar kepada lantai konkrit, 2 tangga dan pintu kecemasan telah ditambah di tingkat 1 bangunan. Bangunan ini dicat semula, dipasan pendingin hawa dan sistem elektrik telah disambung dengan sistem penggera kebakaran.
b) Kegunaan Dahulu dan Sekarang
Dikatakan kegunaan muzium telah beransur berubah mengikut peredaran zaman. Muzium Sarawak pada zaman pemerintahan Brooke adalah khusus untuk mempamerkan khazanah kesenian dan kraf serta koleksi tentang unggas hasil sumbangan penduduk tempatan secara kekal. Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941-1945, Muzium Sarawak masih dalam keadaan yang baik kerana Jepun mengamalkan prinsip peperangan tidak musnahkan khazanah tempatan selepas pembentukan Persekutuan Malaysia, Muzium Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Kerajaan Negeri Sarawak. Muzium ini telah dibahagikan kepada beberapa unit pentadbiran iaitu Unit Arkeologi, Unit Antikuiti, Unit Pameran dan Pendidikan, Unit Etnologi dan Unit Penguatkuasaan. Sehingga kini, banyak koleksi terdapat di dalam Muzium Sarawak itu termasuklah bahan etrografik, bahan arkeologi, bahan atnik, bahan peninggalan sejarah alam semulajadi dan sebagainya. Kesimpulannya, Muzium Sarawak pada masa sekarang terkenal sebagai sebuah pusat pengumpulan, pengawetan, pendokumentasian, penyebar atau penerangan tentang kebudayaan penduduk tempatan, sejarah dan kehidupan liar di negeri ini. Malah usaha kakitangan muzium dalam membuat kerja-kerja penyelidikan menjadikan Muzium Sarawak berkembang dengan pesat.
Rumusan Saya berasa syukur kerana selepas 4 minggu saya bertungkus-lumus berusaha untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan pelbagai rintangan, saya akhirnya berjaya melengkapkannya tepat pada masanya. Melalui kerja kursus sejarah PMR 2009 ini, saya telah mendapat banyak iktibar, juga secara tidak lansung saya dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya. Antaranya ialah, saya mengetahui tentang sejarah tentang pembangunan di Malaysia. Saya amat tidak menyangka selama ini bahawa terdapat banyak bangunan yang sungguh indah tinggalan nenek moyang kita yang dapat saya hayati. Banyak orang tidak mengetahui dan sentiasa tidak mengambil endah tentang hal-hal sejarah seperti ini. Melalui kerja kursus ini juga, saya mendapat serba sedikit ilmu tentang pembinaan bangunan ini yang sangat unik dan artistik. Ini juga telah menimbulkan rasa bangga akan negara kita yang aman dan harmoni serta penuh kebudayaan dan warisan. Dalam melaksanakan folio ini, timbul hasrat saya untuk berusaha memperjuangkan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Saya juga telah menulis sebuah karangan tentang bagaimana pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia, yang boleh dilihat dalam elemen 3, iaitu salah satu daripada kerja kursus sejarah
Lampiran