Elemen 2..

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Elemen 2.. as PDF for free.

More details

  • Words: 561
  • Pages: 8
SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS NAMA CALON

: Sharifah Ruhiza Binti Wan Za’aba

TINGKATAN

: 3D [Ihsan]

NOMBOR KAD PENGENALAN

: 940521-13-5040

ANGKA GILIRAN

:

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

:

TAJUK KERJA KURSUS

: Bangunan Bersejarah di Negara Kita

NAMA GURU

: Madam Sii Ling Ing

SKOR ELEMEN MARKAH ELEMEN 1 MENGUMPUL FAKTA SEJARAH ELEMEN 2 MEREKOD FAKTA SEJARAH ELEMEN 3 PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME JUMLAH MARKAH KOD TAHAP PENCAPAIAN

................................................ (TANDATANGAN GURU)

TAJUK KAJIAN

BANGUNAN BERSEJARAH

ISI KANDUNGAN Bilangan 1.

Perkara Tajuk

2.

Penghargaan

3.

Objektif Kajian

4.

Kaedah Kajian

5.

Laporan Kajian

5.1

Nama Bangunan

5.2

Latar Belakang

5.3

Keistimewaan Bangunan

6.

Rumusan

7.

Lampiran

8.

Rujukan

M/s

PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia-Nya maka dapatlah saya menyiapkan kajian sejarah ini dengan selamat dan dapat menghantar dalam masa yang telah ditetapkan. Tanpa izin-Nya, mustahil dapat saya menyempurnakan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada pengetua SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Puan Hajah Amnah Binti Haji Salleh, yang sudi memberi kami peluang ini untuk menjalankan Kajian Sejarah Tempatan. Tanpa kebenaran daripada beliau, kami tidak dapat menjalankan kerja kursus ini dengan lancar.

Seinfiniti penghargaan saya tujukan kepada guru Sejarah, Madam Sii Ling Ing yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Selain daripada itu, mereka juga sudi menghantar saya ke tempat kajian. Mereka juga berusaha untuk memberitahu saya sejarah tempat kajian itu walaupun mereka tidak sangat memahami tentang sejarah tempat tersebut.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan bantuan kerjasama kepada saya ketika mencari bahan-

bahan yang diperlukan dan memberi idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea seperti Nur Haziqah, Athirah Syahirah, Afifi Saffariena, Nur Azie Fadzilla, Nurul Aniqah dan Nurhanani Tanaem walaupun ada diantara mereka yang tidak berada sekelas dengan saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut :

[A] Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenali dan memahami sejarah Old Court House.

[B] Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan tolong menolong antara saya dengan rakanrakan saya.

[C] Mengeratkan sillaturrahim antara saya, guru, serta rakan-rakan semasa membuat kajian.

[D] Menguasai kemahiran mencari, merekod, mengumpul, dan menyenaraikan maklumat tentang Old Court House.

[E] Kajian ini dibuat untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR)

[F] Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya bangunan-bangunan lama.

KAEDAH KAJIAN Kaedah-kaedah yang telah saya gunakan semasa menjalankan kajian sejarah temapatan tingkatan tiga ialah kaedah lawatan dan pemerhatian, kaedah soalselidik, dan kaedah rujukan.

[A] KAEDAH LAWATAN DAN PEMERHATIAN Saya dan rakan-rakan saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian. Kami telah mendapat pelbagai maklumat tentang bangunan yang bersejarah itu. Maklumat ini saya gunakan sebagai dapatan kajian saya.

[B] KAEDAH SOALSELIDIK Saya juga telah menyoal beberapa orang penduduk di kawasan kajian. Mereka mengisi borang yang telah kami sediakan dan borang tersebut saya sertakan di bahagian lampiran. Daripada soalselidik ini, saya telah dapat mengetahui sejarah bangunan ini dan dapat melihat bentuk bangunan itu.

[C] KAEDAH RUJUKAN Saya juga telah merujuk pelbagai jenis rujukan untuk mncari dan mengumpul maklumat. Maklumat ini kemudiannya saya jadikan sebagai dapatan kajian saya.

LAPORAN KAJIAN

Related Documents

Elemen 2..
April 2020 16
Elemen 2
May 2020 10
Elemen 2
May 2020 13
1.elemen 2
May 2020 12
Elemen 2 Panduan.docx
November 2019 34