Edup3033 Murid Dan Pembelajaran: Topik 4

  • Uploaded by: wewek
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edup3033 Murid Dan Pembelajaran: Topik 4 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,180
  • Pages: 33
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Topik 4: Perbezaan Individu dan Pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN : Menghuraikan aspek-aspek perbezaan individu dalam PdP: Gaya kognitif Field dependent/Field independent Habits of Mind

Gaya Pembelajaran Dunn & Dun Model Kolb Honey & Mumford

Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk murid berkeperluan pendidikan khas

GAYA KOGNITIF

APA ITU FIELD INDEPENDENT (FI) ? Pelajar yang boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang menganggu apabila ia cuba mengasingkan sesuatu aspek dalam situasi tertentu.

Ia didapati juga mempunyai kemahiran membina struktur ke atas situasi yang tidak mempunyai struktur (Lourdusamy, 1994).

APA ITU PULA FIELD DEPENDENT (FD) ? Pelajar yang tidak dapat membebaskan diri daripada unsur-unsur persekitaran atau latar belakang yang mengganggu apabila ia cuba untuk mengasingkan sesuatu aspek dalam situasi tertentu.

Ia juga didapati sukar menggunakan struktur ke atas situasi yang tidak mempunyai struktur (Lourdusamy, 1994).

PELAJAR FI VS PELAJAR FD FIELD INDEPENDENT (FI)

FIELD DEPENDENT (FD)

 lebih gemar kepada aktiviti pembelajaran berorentasikan tugasan

 lebih gemar kepada aktiviti yang berorentasikan aspek sosial

 lebih suka pengajaran yang berbentuk impersonal dan induktif

 lebih suka situasi pembelajaran yang membolehkan mereka berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain

 dapat menyelesaikan masalah baru dengan usaha gigih sendiri, mempunyai kemahiran untuk menganalisis dan lebih berminat untuk bekerja sendiri

 lebih bergantung kepada orang lain dan bekerja secara kumpulan

 mempunyai motivasi dalaman

 memerlukan motivasi dari luar (external motivation)

 tidak menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahan yang tidak berstruktur

 menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahan yang tidak berstruktur

GAYA PEMBELAJARAN

1. Cara murid-murid belajar adalah berbeza

2. Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu bertindak balas terhadap alam sekitar atau pembelajaran. 3. Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012) 4. Tidak ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut.

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)

Menurut Dunn & Dunn (1981) Gaya Pembelajaran ialah cara bagaimana elemen-elemen daripada lima rangsangan iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi mempengaruhi seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran

pembelajarannya. Mencadangkan 4 jenis gaya pembelajaran; 1.

Pendengaran (Audiotori) – Ingat nama, lupa wajah

2.

Penglihatan (Visual) – Ingat wajah, lupa nama

3.

Sentuhan (Tactual) – “Hands-on”

4.

Pergerakan (Kinestetik) – Tidak boleh duduk diam

1. PENDENGARAN (AUDIOTORI) Merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan.

Seseorang murid perlu mengingati penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar murid –murid lain serta berbincang dengan guru.

2. PENGLIHATAN (VISUAL)

3. SENTUHAN (TACTUAL) Pelajar jenis tactual pula dapat belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model dan menyentuh dan menggunakan bahan.

Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru.

4. PERGERAKAN (KINESTETIK)

APLIKASI GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967) 1. PENDENGARAN • Meminta murid membaca sesuatu teks dengan kuat • Murid gemar mendengar penerangan/penjelasan daripada guru • Murid berbincang dalam kumpulan (mengemukakan pendapat masing-masing)

2. PENGLIHATAN • Meminta murid menyediakan nota dalam bentuk peta konsep, peta kognitif, peta minda dan sebagainya. • Guru membuat demontrasi/tunjuk cara untuk mengajar sesuatu kemahiran • Menggunakan ABM/BBM berbentuk teks (tulisan) dan grafik, video/slaid/carta dan sebagainya.

APLIKASI GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967) 3. SENTUHAN • Menggunakan BBM dalam bentuk yang boleh dipegang dan disentuh oleh murid-murid. • Contoh: Membawa dan mempamerkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti pisang, tembikai, rambutan, durian dan sebagainya. • Mengadakan aktiviti pembelajaran yang berbentuk amali/praktikal • Aktiviti cap-mengecap, kolaj, mewarna, bermain dam ular dan sebagainya.

4. PERGERAKAN • Menggunakan pelbagai objek manipulatif • Mengadakan aktiviti main peranan, simulasi dan sebagainya. • Mengadakan lawatan sambil belajar

GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)

1.

Honey dan Mumford (1992), mengatakan pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru,

sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau kemahiran. 2.

Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.

3.

Sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.

GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992) Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu:

1. GAYA PEMBELAJARAN AKTIVIS

2. GAYA PEMBELAJARAN REFLEKTIF

Berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran.

Sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil.

Tidak terburuburu untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar.

Bekerja dengan sistematik & mengelakkan membuat kesilapan.

Mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut.

Persepsi dan pengamatan tajam dan sensitif.

3. GAYA PEMBELAJARAN TEORIS

4. GAYA PEMBELAJARAN PRAGMATIS

GAYA PEMBELAJARA N kolb (1984)

Pengalaman Konkrit (Concrete Experience, CE)

Pemerhatian Reflektif (Reflective Observation, RO)

GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)

Pengkonsepsian Abstrak (Abstract Conceptualization, AC)

Pengujikajian Aktif (Active Experimentation, AE)

1. PENGALAMAN KONKRIT (CONCRETE EXPERIENCE, CE)

2. PEMERHATIAN REFLEKTIF (REFLECTIVE OBSERVATION, RO)

3. PENGKONSEPSIAN ABSTRAK (ABSTRACT CONCEPTUALIZATION, AC) Berorientasikan pengkonsepsian abstrak dapat menghasilkan teori dan idea dalam menerangkan pemerhatian yang dilakukan.

Dapat belajar dengan baik melalui kuliah, kertas kerja, kerja analogi, pembacaan, simulasi dan kajian kes. Mempunyai pemikiran logik dan reflektif, penilaian rasional, berorientasikan benda dan symbol, suka situasi pembelajaran yang 'impersonal' iaitu mementingkan teori, idea dan analisis yang sistematik. Cenderung cara pembelajaran membaca dan berfikir. Kaedah berbincang tidak sesuai untuk mereka.

Jenis teori dan bersifat objektif.

4. PENGUJIKAJIAN AKTIF (ACTIVE EXPERIMENTATION, AE) Mahir dalam menjana idea yang bernas dan cekap, menggunakan teori untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan baik. Dapat belajar dengan baik melalui simulasi, kajian kes, kerja sekolah, eksperimen, perbincangan dan permainan.

Seorang yang ekstrovert, tidak suka situasi pembelajaran yang pasif seperti kuliah. Gemar melibatkan diri dalam situasi seperti penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan, maklumbalas dan kerja sekolah. Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan teknik sumbang saran serta sesi 'buzz'.

IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN TERHADAP PDP

Membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan setiap murid di sekolah

Membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan Murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran

Membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai, sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini, dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran dan guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif.

RUMUSAN  Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perlu disedari bahawa pelajar-pelajar terdiri daripada individu-individu yang berbeza dari segi keupayaan, pencapaian, minat dan gaya pembelajaran.  Jonassen dan Grabowski (1993) menyatakan bahawa individu adalah berbeza-beza di dalam menerima, mengorganisasi, memproses dan mengingati sesuatu maklumat.

 Para ahli sains perlakuan telah lama mengetahui bahawa pengajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya perbezaan individu dalam pengetahuan sedia ada pelajar dan tahap perkembangan pelajar diambil kira (Witkin et.al, 1977).

Sekian TERIMA KASIH

Related Documents


More Documents from "liuhuician"