PEMBUGARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 2019
PROGRAM PEMBUGARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2019 PROGRAM KOLABORASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU DENGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
KERANGKA KURSUS TAJUK PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) TOPIK 3. ITEM PENTAKSIRAN BERASASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MASA 4 JAM PERSONEL 1. JAFRI BIN MOHAMED SAAD 2. ISMAIL BIN HASHIM 3. 4. 5. 6. 7. A. OBJEKTIF (senaraikan objektif secara eksplisit) 1. Menjelaskan konsep pentaksiran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan 2. Memperkukuh kefahaman Taksonomi Bloom-Anderson dalam mengukur kebolehan kognitif. 3. Memperkukuh kefahamankonsep item 4. Penulisan item kemahiran berfikir aras tinggi 5. Mengenalpasti aras taksonomi daripada contoh pelbagai item yang diberi. TAJUK
Pada akhir sesi ini, peserta kursus dapat : 1. menjelaskankonsep pentaksiran dalam pembelajaran dan pengajaran 2. menyatakan dengan tepat aras taksonomi dalam pembinaan item. 3. mengenal pasti konsep khusus dalam penulisan item kemahiran berfikir aras tinggi 4. membina item kemahiran berfikir aras tinggi
B. KANDUNGAN KURSUS (huraian ringkas topik) 1. Pengenalan kepada konsep pentaksiran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan 2. Aktiviti memperkukuh kefahaman Taksonomi Bloom-Anderson dalam mengukur kebolehan kognitif. 3. Aktiviti memperkukuh kefahaman konsep item 4. Aktiviti-aktiviti penulisan item kemahiran berfikir aras tinggi 5. Aktiviti mengenalpasti aras taksonomi daripada contoh pelbagai item yang diberi.
C. KAEDAH PENYAMPAIAN KURSUS(jelaskan langkah-langkah penyampaian dijalankan) 1. Penjelasan tentang konsep pentaksiran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan 2. Aktiviti berkumpulan 3. Perbincangan dan pembentangan D. BAHAN PENGAJARAN (senaraikan bahan-bahan yang diperlukan sepanjang penyampaian dijalankan) 1. Slaid powerpoint 2. Edaran bahan penyampaian 3. Bahan contoh soalan dalam bentuk softcopy E. PERALATAN (alatan yang digunakan secara umum) 1. komputer riba 2. projektor LCD 3. kertas sebak 4. pen marker 5. pita pelekat 6. F. PENILAIAN (senaraikan instrumen yang digunakan) 1. Pemerhatian berterusan 2. Interaksi secara lisan 3. Soal selidik
HURAIAN PENYAMPAIAN KURSUS(senaraikan langkah-langkah penyampaian aktiviti secara detail. jika perlu sokongan grafik.... silakan. Ingat...modul ini akan digunakan oleh rakan-rakan kita. sekiranya ada lampiran...nyatakan. berikan kod bagi lampiran itu.)
SLOT KE-1 (120 MINIT) KONSEP PENTAKSIRAN (Slaid 1-33) AKTIVITI 1 (10 MINIT) 1. Peserta dan fasilitator berbincang mengenai pengenalan Konsep Pentaksiran 2. Peserta disoal. Ada berapa bentuk pentaksiran yang ada di sekolah rendah dan sekolah menengah pada masa kini?
AKTIVITI 2 (10 MINIT) 1. Peserta dan fasilitator berbincang mengenai Teori Kognitif 2. Peserta disoal. Apakah kegunaan taksonomi ini dalam pentaksiran?
AKTIVITI 3 (40 MINIT) 1. Peserta dan fasilitator berbincang mengenai Fokus KBAT dan Huraian Konsep KBAT
AKTIVITI 4 (60 MINIT) 1. Peserta dan fasilitator berbincang mengenai Item.
2. Peserta disoal. Jelaskan jenis-jenis item dalam pentaksiran? .3. Peserta dan fasilitator berbincang mengenai jenis kaedah pemarkahan/penskoran.
SLOT KE-2 (120 MINIT) MENGANALISA DAN MEMBINA ITEM KBAT (Slaid 1-37)
AKTIVITI 1 (10 MINIT) 1. Peserta dan fasilitator berbincang mengenai Item Pentaksiran KBAT
AKTIVITI 2 (50 MINIT) 1. Peserta dan fasilitator menganalisa contoh soalan KBAT dan Perbincangan
AKTIVITI 3 (60 MINIT) 1. Peserta diminta membina Soalan KBAT mengikut bidang masing-masing 2. Peserta membentangkan hasil item yang dibina.