Dr Danial Kulliyah On 7 September 2008

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dr Danial Kulliyah On 7 September 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 365
  • Pages: 2
www.zahrein.com

DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it. Allah knows Best.

Date: 7 september 2008 Surah Al-Najm (Ayat 1-5) [1] Demi bintang semasa ia menjunam, [2] Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). [3] Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. [4] Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [5] wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, Sebelum Surah Al-Najmi adalah surah At-Tur. Kita disuruh untuk sabar dan bertasbih kepada Allah S.W.T. Ada 2 Formula yang kita dapati dalam surah tersebut iaitu Solat dan Sabar.Oleh yang demikian, pada musim Ramadan muslim boleh melatih diri kita supaya bersabar dan bersabar. Surah Al-Najm bermaksud adalah Surah bintang. Ia mempunyai 62 ayat. Ia adalah surah Makkiyah (diturunkan sebelum hijrah) Surah Makkiyah tertumpu pada akidah dan ia menyuruh kita supaya kita berfikir.

Pada ayat 1, Allah bersumpah demi bintang. Dan kita manusia hanya boleh bersumpah dengan nama Allah. Allah bersumpah untuk menarik perhatian manusia akan kepentingan sesuatu. Allah mahu kita mengkaji bintang. Bintang adalah makhluk yang hebat. Apabila kita mengkaji bintang, ia menunjukkan kepada kita akan kekuasaan Allah S.W.T. Kita ni tersangatlah kerdil!!! Pelabagai tafisran yang diberikan pada ayat ini. Dan ada juga ia mengaitkan dengan lubang hitam. Dimana Bintang-bintang jatuh ke dalam lubang hitam.

www.zahrein.com Sebagai Rasul, Nabi Muhammad S.A.W tidak lari dari tohmahan. Ada yang menudiuh Nabi Muhammad S.A.W sebgai gila dan ahli sihir. Namun belia tetap berpegang pada tali Allah. Rasulullah S.A.W membawa konsep yang benar. Hanya manusia sendiri yang membawa konsep ciptaan sendiri.

Pada ayat 3 dan 4, Rasulullah S.A.W hanya bercakap melalui wahyu. Beliau tidak bercakap menurut hawa nafsu. Rasulullah hanya berkata mengenai kebenaran dan tidak akan terbabas. Antara cirri Rasulullah S.A.W adalah amanah dan tabligh (menyampaikan). Pada ayat 5, wahyu turun kepada Rasulullah S.A.W melalui Malaikat Jibrail. Malaikat jibrail adalah makhluk yang cerdas,hebat dan mempunyai kefahaman yang tinggi. Wassalam

Related Documents