www.zahrein.com
DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it. Allah knows Best.
Date: 17th of August 2008 Surah At-Turr (29-40) [29] Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila. [30] (Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya". [31] Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu tuduh itu), maka sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu (akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala)". [32] Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)? [33] (Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman! [34] (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya. [35] (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? [36] Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). [37] Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya? [38] Adakah mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah? Jika ada) maka biarlah
www.zahrein.com orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya. [39] Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)? [40] Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)? Perkara samiyat adalah perkara yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera tetapi ia wujud. Golongan ahli syurga adalah golongan mutaqin iaitu golongan orang bertakwa. Surah Al-Hujarat ayat 13 yang bermaksud: [13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Pada ayat 29 Rasulullah S.A.W diperintahkan memberi peringatan tentang ajaran AlQuran dan jangan dihiraukan tentang ejekan seperti orang gila atau bomoh. Ketika berdakwah, Rasulullah S.A.W sentiasa dilemparkan tohmahan. Tetapi Rasulullah diberikan gelaran Al-Alamin yang membawa maksud Yang dipercayai. Sesunguhnya tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau adalah tidak berasas sama sekali. Pada ayat 30 pula, Rasulullah S.A.W dituduh pula sebagai penyair. Padahal nabi itu ummi dan mustahil nabi itu seorang penyair. Untuk menjadi pendakwah, mempunyai banyak ujian, Kita hendaklah sabar dan tabah menghadapai ujian. Pada ayat 31, kebenaran tidak akan nampak pada hari ini. Tetapi ia akan nampak pada hari akhirat kelak. Ingatlah sesunguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kita semua. Pada ayat 32, hakikat orang yang menolak kebenaran. Orang yang melampui batas ialah orang yang tidak takut kepada Allah S.W.T. Surah An Nur ayat 37 yang bermaksud: “Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan
www.zahrein.com sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalikbalik hati dan pandangan.” Inilah orang yang berjaya, hati mereka sentiasa ingat pada Allah S.W.T dan tidak leka walaupun sibuk dengan paerkara duniawi. Pada ayat 33, tohmahan yang dilemparkan kepada Rasulullah S.A.W menyatakan Rasulullah S.A.W mereka-reka Al-Quran. Kita harus ingat, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang mampu mengubah tamadun dan mengubah manusia. Dalam kehidupan kita ini, hendaklah kita berfikir berlandaskan Al-Quran. Wassalam.