Kuliah Dr Danial 25 January

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah Dr Danial 25 January as PDF for free.

More details

  • Words: 408
  • Pages: 2
www.zahrein.com Kuliah Dr Danial Tarikh: 25 January 2009 Bersegeralah kamu melakukan amal . Janganlah kita menanti tua, semasa kita muda dan bertenagalah hendaklah kita melakukan amal kebajikan.Jangan menanti pencen, ketika bekerja. Besok mungkin kita akan mati. Bala bencana sentiasa berterusan. Kerja kita banyak sebenarnya. Amal kita kena banyak. Ilmu diwajibkan ke atas manusia. Surah Al-Rahman (Ayat 10-16) 10] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: [11] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopakkelopak mayang; [12] Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bungabungaan yang harum; [13] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? [14] Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, [15] Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; [16] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bani Adam adalah khalifah.Ada satu nikmat yang harus yang kita amai. Ia adalah kedudukan bumi kita. Bumi yang kita duduki terletak di kedudukan yang agak istemewa. Para Saintis tidak mampu menjelaskannya dengan tepat. 70% komposisinya adalah air. Ia sentiasa tetap. Manakala air di planet lain adalah beku dan hilang begitu sahaja. Di bumi air sentiasa berbentuk cecair. Kedudukan bumi merupakan kedudukan istimewa dia alam semesta ini. Jarak bumi dengan matahari adalah 930 juta km. Jika ia dekat atau jauh, bumi tidak boleh wujud. Saiz bumi adalah tepat. Asal usul bumi adalah kecil. Ia membesar disebabkan oleh supernova , ledakan supernova membesarkan bumi. Oleh yang demikian , kita hendaklah bertanya pada diri sendiri. Siapakah pecipta alam yang hebat ini. Janganlah kita banyak merungut, kerana kita sudah dapat banyak nikmat. Penciptaan yang teratur ini menyebabka kita harus berpikir akan kewujudan alam semesta ini.

www.zahrein.com

Sebagai contoh, jika kita melihat tumbuh-tumbuhan ia sungguh mendamaikan kita. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencipta akan pencitptaan Allah. Nikmat Tuhan Yang manakah kita ingin dustakan. Makhluk-makhluk Allah sentiasa sujud pada Allah S.W.T.Semua melakukan perkara yang disuruh. Insan diberikan kebebasan untuk memilih. Jin dan manusia ada aqal. Manusia berasal dari tanah. Kita berasal dari tanah kering/tanah liat. Nabi Adam diciptakan dari tanah. Manusia berasal dari tanah. Iblis ada makhluk yang jahat. Malaikat adalah baik. Dan manusia merupakan khalifah di atas muka bumi. Kesombongan adalah bahaya. Jin dan manusia banyak mendapat nikmat. Makanan jin adalah tulang2/najis2 haiwan. Kita kena bersangka baik kepada Allah S.W.T. Kena sentiasa berharap dari Allah S.W.T. Wassalam.

Related Documents

Dr-25
June 2020 3
Danial Defoe
April 2020 6
2007 January 25 Minutes
April 2020 15