www.zahrein.com
DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it. Allah knows Best.
Date: 10th of August 2008 Surah At-Turr (21-28) [21] Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amalamal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. [22] Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buahbuahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini. [23] Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa. [24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [25] Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya. [26] Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah), [27] "Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka. [28] "Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani". Penceramah memberitahu bahawa ada 2 golongan manusia iaitu golongan ahli neraka dan golongan ahli syurga. Golongan api neraka: - terlalu bersukacita di dunia ini - terlalu berseronok
www.zahrein.com Golongan ahli syurga -orang bertakwa -perlu pengorbanan Dalam Surah Al-Baqarah, kita kena sabar dengan ujian. Orang yang bertakwa akan dianugerahkan syurga. Maksiat akan membawa kita kepada neraka.
Ayat 21 [21] Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
Dalam ayat 21, Allah menceritakan tentang golongan ahli syurga. Orang yang beriman ialah orang yang yakin akan Allah. Apabila seseorang itu beriman,anak cucu mereka akan beriman. Kalau keluarga kita beriman, kita akan berjumpa di syurga. Oleh itu kita hendaklah menjaga keluarga kiya berlandaskan syariat islam.
Sebagai contoh keluarga Lukman Al-Hakim. Allah memujinya, kerana dia adalah seorang yang sentiasa bersyukur. Ketua keluarga hendaklah menilai Al-Quran dengan betul. Kita hendaklah utamakan Al-Quran dari bangsa.
Ayat 22 [22] Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
www.zahrein.com Dalam ayat 22, Allah akan menambahkan nikmat syurga. Segala keingininan nafsu kita akan dilayani.
Ayat 23 [23] Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa. Pada ayat 23, Allah menceritakan tentang nikmat syurga. Dan banyak air minuman diberikan. Dan hanya mengatakan kata-kata yang bermanfaat. Janganlah kita melakukan perkara haram diatas muka bumi ini, kerana ia akan menghalang kita ke syurga. Ayat 24-25 [24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [25] Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya. Ayat ini menerangkan bahawa terdapat pelbagai nikmat yang kita akan perolehi apabila memasuki syurga. Di dalam syurga , ia mendamaikan kita. Kita sentiasa berbual-bual dalam kehidupan di syurga. Ayat 26 [26] Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah), Kita kena jadikan keluarga kita takut kepada azab Allah. Takut kepada Allah dan sentiasa sujud kepada Allah S.W.T. Kita kena jadikan ingatan kita sentiasa ingat pada Allah S.W.T. Nilai sebenar keluarga bahagia adalah hati yang sentiasa ingat kepada Allah S.W.T.
www.zahrein.com
Ayat 27 [27] "Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka Manfaat takut kepada Allah S.W.T adalah Allah akan beri kurniaan dan pahala dan terhindar dari azab neraka. Ayat 28 [28] "Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani". Nikmat syurga itu ada nilainya iaitu dengan keabadian kepada Allah S.W.T. Wassalam.