Dr Danial Kulliyah On 12 Oktober 2008

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dr Danial Kulliyah On 12 Oktober 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 594
  • Pages: 3
www.zahrein.com

DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it. Allah knows Best.

Date: 12 oktober 2008 Surah Al-Najm (Ayat 31-40) [31] Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya. [32] (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. [33] Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)? [34] Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)? [35] Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)? [36] Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa [37] Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)? [38] (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); [39] Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; [40] Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak)

www.zahrein.com Orang yang berpaling dari kebenaran ialah orang yang kasih pada dunia . Matlamat mereka hanya mencari kesenangan dunia yang sementara. Islam adalah kehendak Allah. Hukum hakam hanya diperintahkan oleh Allah. Hamba hanya menurut perintah. Pada akhir zaman, Islam akan dikorban. Puncanya adalah mereka mencintai dunia dan takut pada mati. Dalam surah Al-baqarah ayat 153 yang bermaksud: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” Di dalam ayat ini ada 2 formula iaitu Solat dan Sabar. Orang yang sabar dan solat akan mendapat bantuan daripada Allah S.W.T. Kita dilatih untuk bersabar pada bulan puasa. Dalam ayat 31, ia menyatakan bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi. Tidak seperti agama lain sebagai contoh agama Budha membawa konsep ketidakpercayaan kepada Tuhan. Ingatlah, Allah akan membalas orang yang melakukan kebaikan dan kejahatan. Pesanlah diri kita bahawa di dunia ini bukan tempat untk berseronok. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Apabila kira buat dosa, kita akan mendapat setimpal apa yang kita lakukan. Tetapi apabila kita membuat pahala, kita mendapat gandaan pahala. Orang yang mendapatkan ganjaran ialah orang yang menjauhi dosadosa besar. Penceramah mengatakan ada 7 Dosa besar yang dinyatakn dalam Al-Quran. Dosadosa besar itu adalah : 1.Syirik 2. Sihir 3. Ambil harta Anak yatim 4. Makan harta riba 5. Lari dari medan peperangan 6.Membunuh manusia tanpa hak 7. Menuduh perempuan baik melakukan zina. Ingatlah Dosa Kecil terhapus dengan Ibadah. Dosa besar hanya diampunkan apabila kita taubat nasuha. Allah Maha Pengampun Luas Pengampunannya. Dalam ayat 32, hidup kita berasal dari Tanah. Hendaklah kita jangan sombong kerana kita berasal dari tanah yang hina. Jangan kita puji diri sendiri.

www.zahrein.com Dalam kehidupan kita kita sentiasa diulit mimpi. Mimpi ada 3 jenis: 1. Mimpi biasa 2. Mimpi syaitain 3. Mimpi solehah Wassalam

Related Documents