Docx (3).docx

  • Uploaded by: ngan ping ping
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Docx (3).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,538
  • Pages: 11
1.0 Pengenalan

Melaka merupakan sebuah negara yang amat terkenal dan gemilang pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 Masihi. Kegemilangan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot telah menarik minat pedagang-pedagang luar dan telah menyebabkan berlakunya asimilasi budaya apabila mereka berkahwin dengan rakyat tempatan. Jumlah penduduk yang semakin meningkat telah menyebabkan pemerintah Melaka pada ketika itu memerlukan sesuatu undang-undang yang dapat mengawal mereka dari melakukan kesalahan dan patuh pada arahan raja. Oleh itu, penulis telah memilih Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka sebagai teks undangundang yang memberi kepentingan yang tertentu dalam sejarah kesultanan Melayu. Sejak kurun ke-15 lagi sudah terdapat teks undang-undang tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Antaranya ialah teks undang-undang, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka juga turut dikenali Undangundang Darat Melaka serta Risalat Hukum Kanun.1 Ia merupakan Undang-undang Melayu Lama yang terawal di rantau ini. Ia dikatakan digubal di Melaka pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444). Seterusnya, ia dikumpulkan dan dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458).2 Undang-undang Melaka ini juga merupakan beberapa teks berlainan yang dicantumkan bersama sebagai satu manuskrip yang mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang bidang kuasa raja, tugas pembesar, peraturan rasmi di istana serta tentang hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga.3

1

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 201. 2 Ibid., hlm. 202-204. 3 Mahayudin Hj. Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Islam, Kuala Lumpur : Fajar Bakti, 1993, hlm. 643.

1

2.0 Kepentingan Undang-undang Melaka Terdapat beberapa kepentingan Undang-undang Melaka yang mampu memberi impak terhadap sejarah kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu. Kecekapan pentadbiran di Melaka ini adalah berpandukan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.4 Kedua-dua teks undangundang tradisional ini amat penting dalam kalangan masyarkat Melayu pada ketika itu. (Lihat Lampiran 1). Misalnya, walaupun tidak terdapat banyak perbincangan yang menerangkan tentang masyarakat petani pada ketika itu, namun di dalam Undang-undang Melaka tetap menunjukkan dengan jelas pertanian yang diusahakan, undang-undang menternak binatang dan kesalahan yang berkaitan dengan usaha pertanian dan penternakan seperti yang termaktub dalam Fasal 11:2, 11:4, 15:4, 15.7 dan lain-lain lagi.5 Hal ini menunjukkan bahawa setiap daripada undang-undang yang digubal adalah penting dan amat dititik beratkan dalam hal ehwal perundangan negara. Oleh itu, kepentingan Undang-undang Melaka yang lain akan dikupaskan dalam bab yang selanjutnya. 2.1 Undang-undang yang Melegitimasikan Kedudukan Raja

Kepentingan Undang-undang Melaka yang paling utama adalah untuk melegitimasikan atau mengesahkan kedudukan raja mengikut undang-undang. Hal ini agar dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional.6 Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat sama ada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. Misalnya, raja sahaja yang 4

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 183. 5 Ibid., hlm. 13. 6 Ibid., hlm. 152.

2

berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh raja. Fasal 1 yang menyatakan larangan kepada rakyat memakai pakaian kuning, pakaian nipis, memakai keris berulu emas dan sebagainya.7 Sebagai contoh, dalam Fasal 3 yang memberi larangan kepada rakyat menggunakan payung kuning. Hal ini menunjukkan kuning sebagai lambang kedaulatan diraja. Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat mulia. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi. 8 Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka. Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka hadapi.9 Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya.10 2.2 Panduan yang Lengkap dalam Menjalankan Pemerintahan

Selain itu, Undang-undang Melaka penting sebagai sumber rujukan dalam menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. Undang-undang Melaka ini juga turut membantu raja dan pembesar menguruskan perundangan negara mengikut aturan yang ditetapkan Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-undang negara. Sebagai contoh, dalam Undang-undang Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam yang 7

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 165. 8 Ibid., hlm. 152. 9 Ibid., hlm. 153. 10 W.G. Shellabear (ed.), Sejarah Melayu : The Malay Annals, Singapura : Malayan Publishing House, 1961, hlm. 244.

3

menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh.11 Peruntukan hukuman yang lengkap dalam Undang-undang Melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan. Melaka yang mengamalkan sistem pembesar empat lipatan menyebabkan sistem pentadbiran di Melaka lebih kemas dan teratur. Pengkhususan tugas yang dilakukan oleh pentadbiran sebenarnya memudahkan kegiatan perdagangan yang rancak berlangsung di Melaka ketika itu. Sebagai contoh wujudnya sistem Pembesar Empat yang pertama iaitu Bendahara, Penghulu Bendahara, Temenggung dan Laksamana.12 Di dalam Undang-undang Melaka bagi jawatan Bendahara misalnya, turut menjelaskan tentang bidang kuasa bendahara iaitu dalam Fasal 1 yang menyebut bahawa : “Apa pun hukum yang diserahkan kepada Bendahara itu, seperti hukum orang berjabatan dan segala tuan-tuan dan segala sida-sida dan segala anak orang besarbesar.”13 Selain jawatan pembesar empat yang pertama, terdapat juga pembesar-pembesar lain yang turut membantu sistem pentadbiran di Melaka. Oleh itu, wujudlah juga sistem Pembesar Lapan, Enam Belas dan seterusnya.14 Malahan, dengan adanya sistem cukai dan pengenalan

11

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm 202-203. 12 Ibid., hlm. 167-175. 13 Liaw Yock Fang, The Laws of Melaka, The Hague : Martinus Nijhoof, 1976, hlm. 62. 14 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 179.

4

sistem mata wang yang diperkenalkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah turut memudahkan segala urusan pentadbiran dan pelabuhan di Melaka.15 (Lihat Lampiran 2). 2.3 Mengetengahkan Islam sebagai Sebahagian Alternatif Undang-undang Dalam konteks undang yang terdapat di Melaka sememangnya undang-undang Islam telah dijadikan sebagai tunjang terhadap Undang-undang Melaka. Undang-undang Islam merupakan antara pengaruh yang amat kuat selain daripada undang-undang adat yang diamalkan di Melaka pada ketika itu. (Lihat Lampiran 3). Dikatakan bahawa terdapat 18 fasal atau hampir 40.95% daripada 44 jumlah fasal yang diperuntukkan dalam Undang-undang Melaka adalah berdasarkan undang-undang Islam dan selebihnya adalah undang-undang Temenggung atau adat.16 Undangundang Islam yang terkandung dalam Undang-undang Melaka juga turut meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, adab serta undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.17 Antara undang-undang yang berkaitan jenayah membunuh misalnya adalah seperti hukuman qisas. Hukuman ini menjelaskan bahawa sesiapa yang mengambil nyawa iaitu membunuh orang akan dibalas bunuh. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama dan setimpal seperti yang disebut dalam Fasal 5:1,3.18 Bukan itu sahaja, malah undang-undang Islam lain yang turut diserapkan dalam Undang-undang Melaka adalah

15

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 254-255. 16 Ibid., hlm. 223. 17 Ibid., hlm. 223-229. Qisas ialah hukuman bunuh dibalas dengan bunuh, diat pula ialah denda atau ganti rugi manakala ta’zir pula ialah hukuman yang mengikut budi bicara hakim. 18 Ibid., hlm. 392.

5

yang berkaitan dengan pinjam-meminjam, mencuri, minum arak, liwat, riba dan murtad juga turut diperkenalkan.19 Walau bagaimanapun, terdapat juga inti pati dalam Undang-undang Melaka yang bertentangan dan tidak selari dengan agama Islam. Sebagai contoh Sultan atau Raja berada di atas undang-undang. Ia diambil daripada konsep Hindu-Buddha iaitu konsep Devaraja iaitu dengan mengagung-agungkan raja.20 Hal ini bertentangan dengan agama Islam kerana dalama Islam semua manusia adalah sama taraf dan seseorang itu tidak boleh mengagung-agungkan makhluk lain selain daripada Allah S.W.T. 2.4 Instrumen Kawalan Masyarakat

Undang-undang Melaka sangat penting kerana ia menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad tersebut. Undang-undang Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal. Sebagai contoh kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan kepada rakyat lain dan mereka akan takut untuk melakukan jenayah sekali gus membuatkan negara akan aman serta keselamatan rakyat terpelihara. Undang-undang Melaka ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan aman dalam negara serta dapat menjamin keselamatan rakyat. Sebagai contoh, dalam Fasal 11.4 iaitu berkaitan dengan hukum mencuri lembu. Jika seseorang itu mencuri kerbau, kambing atau lembu 19

Abdul Rahman Haji Ismail (ed.), Malaysia dan Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 90. 20 Ibid., hlm. 94.

6

dari kandang, maka dendanya setahil sepaha serta perlu membayar harga binatang itu seperti yang ditentukan oleh hakim. Manakala, jika seseorang itu mencuri haiwan ternakan itu dari tengah padang, dendanya adalah sepuluh emas serta membayar harga binatang tersebut.21 3.0 Kepentingan Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka pula merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jual beli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal. Salah satu daripada versi Undang-undang Laut Melaka adalah dikenali sebagai Hukum atau Undang-undang Pebian Melaka.22 Undang-undang Laut Melaka ini digubal adalah untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal. Undang-undang Laut ialah naskah undang-undang atau hukuman yang digunakan dalam pelayaran. Ia ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511).23 “ Bahawa ini suatu risalat daripada menyatakan perkataan undang-undang daripada Paduka Sultan Mahmud Shah ibni Sang Purba yang turun dari bukit SiGuntang akan menjadi raja di Melaka dengan kurniaan Tuhan Malik al-jabbar ”.24 3.1 Tanggungjawab Syahbandar Undang-undang Laut Melaka ini juga ialah peraturan di laut yang merangkumi larangan dan transaksi perdagangan, tugas-tugas nahkoda kapal dan tugas Syahbandar. Syahbandar, Temenggung dan Penghulu Bendahari adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran urusan pentadbiran perdagangan ini sedangkan Nahkoda Kapal

21

Liaw Yock Fang, The Laws of Melaka, The Hague : Martinus Nijhoof, 1976, hlm. 82. Ibid., hlm. 5. 23 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 5. 24 R.O. Winstedt dan Dr. P.E. De Josselin De Jong, The Maritime Laws of Malacca, Jil: 29, Bhg. 3, 1956, hlm. 28. 22

7

memainkan peranan penting dalam pelayaran.25 Syahbandar merupakan pembesar yang terpenting pada zaman Melayu tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan. Kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.26 Empat orang Syahbandar dilantik untuk urusan perdagangan yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar Gujerat, saudagar Benggala, Pegu dan Sumatera Utara, saudagar Kepulauan Melayu dan saudagar negeri China, Indo-China dan Lucao (Luzon).27 Peraturan dan kaedah-kaedah perdagangan yang termaktub dalam Undang-undang Laut Melaka adalah penting untuk memastikan keselesaan pedagang dan untuk menghadapi perubahan tahunan mengikut musim.28 Hal ini sebenarnya yang telah memudahkan urusan pentadbiran perdagangan di Melaka yang akhirnya berjaya menambat hati pedagang untuk terus berdagang di Melaka. Sebagai contoh, dalam Fasal 29 yang menerangkan tugas Syahbandar dalam menguruskan sistem sukatan dan timbangan di pelabuhan. Manakala, dalam Fasal 44.5 pula menerangkan had penglibatan Syahbandar dalam urus niaga timah telah ditetapkan, iaitu tidak melebihi 112 ½ rial.29

25

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 181. 26 Armando A. Corteso (ed. & tsd.), The Suma Oriental of Tome Pires, London : The Hakluyt Society, 1944, hlm. 265. 27 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 180. 28 Armando A. Corteso (ed. & tsd.), The Suma Oriental of Tome Pires, London : The Hakluyt Society, 1944, hlm. 3233. 29 Tor Geok Hwa, Undang-undang Kedah dan Undang-Undang Melaka : Suatu Kajian Perbandingan Ke Atas Bahagian Undang-Undang Pelabuhan, Latihan Ilmiah, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 1997, hlm. 56.

8

3.2 Tanggungjawab Nakhoda dalam Pelayaran Tugas nakhoda dalam pelayaran amat penting terutama dengan kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-15.30 Oleh itu, hukum pelayaran terletak di tangan nakhoda sebagaimana yang termaktub dalam Fasal 1 yang menerangkan tentang menjadi kesalahan jika pegawai atau awak-awak kapal menentang pegawai atasan seperti nakhoda, jurumudi dan jurubantu.31 Sesiapa yang berada di atas kapal mestilah menganggap keadaan di kapal sebagai sebuah negara yang rajanya adalah nakhoda. Hal ini penting agar dapat memastikan pegawai atau awak-awak kapal menjalankan tugas dengan sempurna dan kuasa sepenuhnya terletak di tangan nakhoda. Malahan, nakhoda juga berhak menghukum anak-anak kapal yang menderhaka. 3.3 Hukuman yang Dijalankan di atas Kapal Hukuman yang dijalankan di atas kapal pula merupakan kesalahan ke atas mereka yang bersalah kerana melakukan perzinaan di atas kapal dan dihukum mengikut undang-undang Islam yang terdapat pada Undang-undang Darat Melaka. Sebagai contoh, mana-mana anak kapal yang didapati berzina dan telah berkahwin akan dihukum bunuh. Manakala, bagi yang belum berkahwin akan dipalu atau disebat sebanyak 100 kali. Hal ini sememangnya mengikut undangundang Islam dalam hal-hal perzinaan. Malahan, terdapat juga larangan bagi perbuatan ingin membunuh nakhoda akan dihukum bunuh. Sebagaimana yang terdapat dalam Fasal 2-7-14: iaitu larangan berzina dan khianat akan nakhoda. Larangan ini bertujuan untuk menjaga tingkah laku anak kapal sewaktu pelayaran dan menjaga maruah individu supaya tidak diperlakukan dengan

30

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 181. 31 R.O. Winstedt dan Dr. P.E. De Josselin De Jong, The Maritime Laws of Malacca, Jil: 29, Bhg. 3, 1956, hlm. 28-29.

9

sewenang-wenangnya oleh individu lain. Pelaku kesalahan akan mendapatkan hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukan.32 3.4 Hukum-Hukum dalam Pelayaran Selain itu, aktiviti perdagangan yang melibatkan anak-anak kapal hendaklah didahulukan oleh nakhoda, kemudian diikuti oleh jurumudi dan kiwi seterusnya anak-anak kapal yang lain. Jika nakhoda ingin berlabuh di pelabuhan yang tidak termasuk pada jadual pelayaran, ia memerlukan mesyuarat untuk meminta persetujuan dengan pegawai atau awak-awak kapal. Sebagaimana yang terdapat dalam Fasal 20 iaitu hukum melibatkan aktiviti perniagaan di pelabuhan dan rundingan dengan anak-anak kapal atau penumpang untuk berlabuh di pelabuhan. Hal ini amat penting bagi memudahkan proses perniagaan di setiap pelabuhan. Malahan, fasal ini juga menunjukkan bahawa sikap pentingkan diri amat tidak di galakkan dan mengajar bahawa setiap keputusan harus dibuat bersama dan mendapat persetujuan semua. Nakhoda juga harus memberi peluang kepada anak kapal untuk mengeluarkan pendapat tentang pelayaran. Hal ini adalah untuk mengelakkan nakhoda atau seseorang anak kapal daripada melakukan pelayaran sesuka hati.33

32 33

R.O. Winstedt dan Dr. P.E. De Josselin De Jong, The Maritime Laws of Malacca, Jil: 29, Bhg. 3, 1956, hlm. 32-33. Ibid., hlm. 30-31.

10

4.0 Kesimpulan Kesimpulannya, Undang-undang Darat Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang digubal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu bukanlah bertujuan untuk menghukum tetapi ia lebih bersifat untuk memberi pengajaran terhadap perilaku masyarakat. Teks undang-undang tradisional ini merupakan warisan bangsa serta menunjukkan kepandaian dan keintelektualan orang Melayu pada masa silam malah ianya menjadi petunjuk tentang amalan budaya masyarakat di alam Melayu ketika itu. Bukan itu sahaja, malah teks undang-undang ini juga penting bagi melancarkan pemerintahan negeri yang berada di bawah naungan seorang Sultan atau Raja. Undang-undang ini banyak dipengaruhi dengan unsur agama Islam dan ia turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan. Selain pengaruh agama Islam, pengaruh dari agama Hindu-Buddha juga turut mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga ke hari ini.

11

Related Documents

?.docx
May 2020 65
'.docx
April 2020 64
+.docx
April 2020 67
________.docx
April 2020 65
Docx
October 2019 42

More Documents from ""

Doc2.docx
May 2020 6
1123.docx
May 2020 8
Docx (3).docx
April 2020 9
Perlis.docx
May 2020 4