Perlis.docx

  • Uploaded by: ngan ping ping
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perlis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 237
  • Pages: 2
Perlis, Kedah catat suhu panas lebih 39°C 20/3/2016 22:05 Update: 21/3/2016 0:03 A A+ KONGSI ARTIKEL SABAH: Empat negeri di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan suhu paling tinggi semalam (19 Mac), berikutan fenomena El Nino yang melanda negara itu kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau berkata berdasarkan bacaan yang direkodkan sehingga 4.00 petang, Chuping di Perlis mencatat bacaan suhu paling tinggi iaitu 39.5°C, diikuti Alor Setar di Kedah yang mencatat 39.1°C.

Turut mencatat bacaan suhu tertinggi ialah Ipoh di Perak dengan 37.5°C dan Temerloh di Pahang dengan bacaan suhu 37.4°C.

"Bacaan suhu ini sudah menghampiri 40°C, iaitu bacaan suhu berbahaya dan boleh menyebabkan strok haba," katanya hari ini.

Datuk Madius berkata kementerian akan terus memantau perkembangan cuaca dari semasa ke semasa, dan berkongsi data terkini mengenai perkara itu untuk perhatian dan tindakan kementerian lain dalam menghadapi musim panas itu.

Di Kota Bharu, cuaca panas dan kering berikutan fenomena El Nino dikhuatiri menjejaskan hasil pengeluaran tanaman ladang kontrak di negeri itu. Demikian kata Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan, Fauzi Mohamed.

Beliau berkata ini kerana tanaman seperti sayur-sayuran, jagung dan buah-buahan memerlukan bekalan air yang mencukupi.

"Pihak kami bergantung kepada sungai dan tali air untuk membekalkan air ke setiap ladang kontrak. Setakat ini, bekalan air mencukupi dan tidak membimbangkan," katanya.

Pihaknya juga memantau beberapa kawasan ladang kontrak yang dijangka menerima kesan akibat cuaca panas melampau, jika ia berterusan.

- BERNAMA/nd Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/perlis-kedah-catat-suhu/2621000.html

More Documents from "ngan ping ping"

Doc2.docx
May 2020 6
1123.docx
May 2020 8
Docx (3).docx
April 2020 9
Perlis.docx
May 2020 4