Di Bahagian Barat.docx

  • Uploaded by: ngan ping ping
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Di Bahagian Barat.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 652
  • Pages: 2
Di bahagian barat, kalangan saudagar yang penting datang ke Melaka ialah saudagar dari Koromandel. Tomes pires dan Ruy de Brito menganggarkan terdapat antara empat hingga lima buah kapal besar datang ke Melaka setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados.1 Melaka juga berhubungan dengan Siam, menurut Tome Pires dan Ruy de Brito, hubungan dua hala ini dilihat dari segi kepentingan dan keperluan bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh Melaka dari Siam. Dianggarkan terdapat kira-kira 30 buah jong besar dari Siam yang datang ke pelabuhan Melaka dengan membawa beras, ikan, kering, garam dan sayur-sayuran tiap-tiap tahun.2 Siam merupakan salah satu pembekal beras kepada Melaka. Sumber beras adalah penting bagi menampung jumlah pedagang yang datang singgah ke Melaka. Dengan itu, mengukuhkan lagi Melaka sebagai satu pusat perdagangan yang terpenting ketika itu.3 Melaka juga menjalinkan hubungan dengan kerajaan Majapahit melalui perkahwinan. Pemerintah Melaka ada berkahwin dengan puteri Majapahit iaitu antara Sultan Mansur Syah dengan Raden Galah Cendera Kirana.4 Melaka berhubungan dengan Majapahit untuk menjadikan Majapahit sebagai penampung pembekal beras, sekiranya siam cuba tidak bekerjasama dengan Melaka. Selain itu, terdapat juga saudagar dari kepulauan Liu Kiu. Tom Pires menyebut mereka sebagai ‘Gores’, yang kemudiannya ditafsirkan oleh Boxer sebagai Jepun. Barangan yang mereka bawa dari Jepun seperti kain, sutera.5 Jiran serantau lain yang terhampir dan yang memainkan peranan penting dalam kegiatan perdagangan dengan Melaka ialah Pulau Jawa. Seperti Siam, Pulau Jawa menjadi pembekal utama bahan makanan seperti beras, gula, berbagai-bagai-bagai jenis rempah dan juga kayu-kayan ke Melaka. Hubungan perdagangan antara Melaka dengan Pulau Jawa juga bertambah erat apabila munculnya pelabuhan-pelabuhan baru di utara Pulau Jawa seperti Demak, Japara, Ceribon, Grisik dan Tubak,6 Melaka juga mengadakan hubungan perdagangan secara langsung dan tidak langsung dengan pelabuhan yang terletak di selatan. Saudagar Palembang contohnya, membawa anatara sepuluh hingga dua belas jong tiap-tiap tahu yang penuh dengan 1

Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989, hlm. 246. 2 Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989, hlm. 248. 3

Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia sa-pintas lalu, hlm. 27-28. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, hlm. 110. 5 Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989, hlm. 6 Ibid, hlm. 249. 4

bahan makanan seperti beras, halia, bawang, daging dan madu lebah. Di Melaka, bahanbahan ini ditukar dengan lain belacu yang didapati dari India,7

.8 P. Wheatley menyatakan : Kewibawaan Melaka ke atas Selat Melaka dipastikan apabila Iskandar Shah (Parameswara) menghantar sepasukan perahu peronda yang dikendalikan oleh Celates. (Orang Laut ) untuk memaksa kapal-kapal singgah di Melaka. Seperti dalam zaman Srivijaya.

Wang Gungwu turut merujuk hal ini pada kepintaran Parameswara yang menyedari hakikat dan tuntutan tradisi bahawa Melaka adalah tradisi kepada Srivijaya. Gibson-Hill telah membuat kesimpulan bahawa perubahan dan perkembangan Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa adalah berkat pengetahuan dan pengalaman raja-raja awal Melaka tentang kegiatan sosioekonomi Srivijaya dahulu bukan secara kebetulan. Kenyataan ini selari dengan laporan Ma Huan dan Fei Hsin yang telah menyebut perancangan ekonomi mestilah terlebih dahulu dilengkapkan dengan perancangan pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun.9

Kerap dikatakan bahawa tradisi Melaka adalah penerusan atau warisan tradisi Srivijaya. Ini berlaku secara kebetulan. Parameswara, iaitu pemerintahan Melaka yang pertama adalah daripada keturunan kerabat diraja Palambang. Beliau diusir dari keraton Palembang akibat desakan pengaruh Jawa di Sana. Mungkin pengalaman politik dan proses ekonomi yang dialami oleh Parameswara semasa berada di Palambang dan Jambi telah membantu beliau untuk menyusun strategi memaju serta menjadikan Melaka sebagai ‘emporium’ Melayu pada abad ke-15.10

7

Ibid, hlm. 249. Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006, hlm. 23. 9 Muhammad Yusof Hashim , Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pusaka, 1989, hlm 242. 10 Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989, hlm. 239. 8

Related Documents

Bahagian A.docx
May 2020 19
Bahagian B
May 2020 25
Bahagian Bulasan.pdf
June 2020 14
Bahagian A
April 2020 16
Bahagian Folder
April 2020 11

More Documents from "siti aeshah"

Doc2.docx
May 2020 6
1123.docx
May 2020 8
Docx (3).docx
April 2020 9
Perlis.docx
May 2020 4