c والصلة والسلم على رسولنا، المد ل الذي بنعمته تتم الصالات . المي وعلى آله وأصحابه أجعي Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di dalam Program ………………………………………………………… pada hari ini . Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan kepada tanah air kami , juga kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang pernah berjasa kepada kami . Sesungguhnya hanya Engkaulah yang akan membalas jasa-jasa mereka . Jadikanlah anak-anak kami generasi yang berbakti kepada agama , bangsa dan negara serta umat Islam seluruhnya . Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami ketaatan yang sebenarnya kepada-Mu ya Allah agar kami tidak akan menghambakan diri kami kepada makhluk-Mu yang lemah semoga kami dapat mengecapi erti kemerdakaan yang hakiki dalam kehidupan di dunia . Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru. Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
اللهم بارك لنا ف رجب ،اللهم بارك لنا ف شعبان ،اللهم بارك لنا ف رمضان . ربنا آتنا ف الدنيا حسنة وف الخرة حسنة وقنا عذاب النار والمد ل رب العالـمي