Doa Bulan Kemerdekaan

  • Uploaded by: Zamzam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa Bulan Kemerdekaan as PDF for free.

More details

  • Words: 377
  • Pages: 3
c ‫ والصلة والسلم على رسولنا‬، ‫المد ل الذي بنعمته تتم الصالات‬ . ‫المي وعلى آله وأصحابه أجعي‬ Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di dalam Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah 2003 pada hari ini . Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan kepada tanah air kami , juga kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang kemerdekaan dan barisan pemimpin negara yang telah , yang sedang dan yang akan mempertahankan erti kemerdekaan ini sehingga ke titisan darah terakhir . Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya . Oleh itu berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan sumbangan bermakna. Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan , maka Engkau cucurilah rahmat ke atas roh pejuangpejuang kemerdekaan . Moga-moga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam menjadi titik tolak untuk kami bersatupadu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru . Jadikanlah juga Semangat Patriotisme ini sebagai usaha murni kami untuk memartabatkan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia . Bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung . Amin Ya Rabbal’alamin . Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2000 . Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا ف الدنيا حسنة وف الخرة حسنة وقنا عذاب النار والمد ل‬ ‫رب العالـمي‬

Related Documents


More Documents from "fahmie halim"