Doa-doa Majlis Rasmi Sekolah Spim Jps Murni

  • Uploaded by: Mohd Izwan bin Idris
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa-doa Majlis Rasmi Sekolah Spim Jps Murni as PDF for free.

More details

  • Words: 5,150
  • Pages: 15
Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1) ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ َ ْ‫جمَعِي‬ ‫ن‬ ْ ‫حمّدٍ وَعَلَى آ ِلهِ َوأَصْحَا ِب ِه َأ‬ َ ‫لمُ عَلَى سَيّدِنَا ُم‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬,َ‫حمْدُ لِّ رَبّ الْعَا َلمِيْن‬ َ ‫اَ ْل‬ ‫غلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا‬ ِ ‫ج َعلْ فِيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫خوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَ ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِل‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِ ْيم‬ ‫يا ال يا رحمن يا رحيم‬ Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah kepada kami . ‫يا ال يا عليم‬ Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. ‫يا ذا الجلل والكرام‬ Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. ، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّقَـَنَا ِمنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫جمْعًا َم ْر‬ َ ‫ج ْمعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫ج َعل‬ ْ ‫اَلّل ُهمّ ا‬ . ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َمحْ ُر ْومًا‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ مَنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬

Panitia PI.SKKD/06

1

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2) ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ َ‫جمَعِيْن‬ ْ ‫حمّدٍ وَعَلَى آ ِلهِ َوأَصْحَا ِب ِه َأ‬ َ ‫لمُ عَلَى سَيّدِنَا ُم‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬,َ‫حمْدُ لِّ رَبّ الْعَا َلمِيْن‬ َ ‫اَ ْل‬ ‫ج َعلْ فِيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫خوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَ ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِل‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غِلّ ِللّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ َر ُءوْفٌ َرحِ ْيم‬ Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Engkau kurniakan. ‫يا ال يا رحمن يا رحيم‬ Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi. Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari dan menimba ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kami untuk beramal dengan penuh keikhlasan ‫يا ذا الجلل والكرام‬ Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami terus berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti membangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama. Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman. ، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّقَـَنَا ِمنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫جمْعًا َم ْر‬ َ ‫ج ْمعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫ج َعل‬ ْ ‫اَلّل ُهمّ ا‬ . ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َمحْ ُر ْومًا‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ مَنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ DOA SEMPENA Panitia PI.SKKD/06

2

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1) ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ُ‫لم‬ َ ّ‫ وَالعَاقِبَة لِ ْلمُ ّتقِيْنَ َالصّلَة ُوَالس‬, َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْ ُد لِ ر‬ َ ‫اَ ْل‬ َ‫جمَعِيْن‬ ْ ‫حمّدٍ وَعَلَى آ ِلهِ َوأَصْحَا ِب ِه َأ‬ َ ‫علَى سَيّدِنَا ُم‬ َ ‫ج َعلْ ِفيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِلخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَ َب ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِيْم‬ ِ ‫اللهم انت العزيز الجليل‬ Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. ‫اللهم يارافع الدرجات وياقاضي الحاجات‬ Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua. Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan. ‫يا ال يا رحمن يا رحيم‬ Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara. ، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّ َقـَنَا مِنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫ج ْمعًا مَ ْر‬ َ ‫جمْعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫اَلّل ُه ّم اجْ َعل‬ . ‫ح ُر ْومًا‬ ْ ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َم‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ َمنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬

Panitia PI.SKKD/06

3

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2) ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ َ‫جمَعِيْن‬ ْ ‫حمّدٍ وَعَلَى آ ِلهِ َوأَصْحَا ِب ِه َأ‬ َ ‫لمُ عَلَى سَيّدِنَا ُم‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬,َ‫حمْدُ لِّ رَبّ الْعَا َلمِيْن‬ َ ‫اَ ْل‬ ‫يا ال يا رحمن يا رحيم‬ Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya Matahari selama-lamanya ‫يا ال يا حكيم يا حليم‬ Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami ketika kami memerlukannya dan janganlah Engkau biarkan kami melupainya. ‫يا ال يا غفار‬ Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guruguru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami. ‫يا ال يا رحمن يا رحيم‬ Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan permohonan kami Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar, ً‫سهْل‬ َ َ‫ن إِنْ شِئْت‬ َ ْ‫ج َعلُ ا ْلحُز‬ ْ ‫سهْلً َوأَنْتَ َت‬ َ ُ‫جعَلْ َته‬ َ ‫س ْهلَ ِإلّ مَا‬ َ َ‫الّل ُهمّ ل‬ ِ‫حسَ َنةً وَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَ َنةً وَِفي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا‬ ‫وصلى ال على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬ ‫حمْدُ ِلِ رَبّ ا ْلعَالَـمِيْن‬ َ ‫وَا ْل‬

Panitia PI.SKKD/06

4

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA MESYUARAT ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ُ‫لم‬ َ ّ‫ وَالعَاقِبَة لِ ْلمُ ّتقِيْنَ َالصّلَة ُوَالس‬,َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْ ُد لِ ر‬ َ ‫اَ ْل‬ َ‫جمَعِيْن‬ ْ ‫حمّدٍ وَعَلَى آ ِلهِ َوأَصْحَا ِب ِه َأ‬ َ ‫عَلَى سَيّدِنَا ُم‬ ِ‫خوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَ ُقوْنَا بِالِ ْيمَان‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِل‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫َولَ َتجْ َعلْ فِيْ قـُُلوْبِنَا غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِيْم‬ ‫اللهم انت العزيز الجليل‬ Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. ‫اللهم يا حكيم ياعظيم‬ Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. ‫اللهم يا عليم ياخبير‬ Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat. ، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّ َقـَنَا مِنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫ج ْمعًا مَ ْر‬ َ ‫جمْعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫اَلّل ُه ّم اجْ َعل‬ . ‫ح ُر ْومًا‬ ْ ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َم‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ َمنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ‫حسَ َنةً وَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَ َنةً وَِفي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ Panitia PI.SKKD/06

5

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ‫ وَالعَاقِبَة لِ ْلمُ ّتقِيْنَ َالصّلَة‬, َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْ ُد لِ ر‬ َ ‫اَ ْل‬ َ‫جمَعِيْن‬ ْ ‫صحَا ِب ِه َأ‬ ْ َ‫حمّدٍ وَعَلَى آلِه ِ َوأ‬ َ ‫علَى سَيّدِنَا ُم‬ َ ُ‫لم‬ َ ّ‫ُوَالس‬ ْ‫ج َعل‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِلخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَ َب ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِ ْيم‬ ِ ‫فِيْ قـُُلوْبِنَا‬ ‫يا ال ياكريم‬ Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi keredhaanMu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami . ‫يا ال يا منزل البركة‬ Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usahausaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. ‫يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين‬ Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah ini. ‫يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام‬ Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan yang sempurna. ، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّ َقـَنَا مِنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫ج ْمعًا مَ ْر‬ َ ‫جمْعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫اَلّل ُه ّم اجْ َعل‬ . ‫ح ُر ْومًا‬ ْ ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َم‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ َمنْ يَتْ َبعُنَا‬ ‫حسَ َنةً وَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَ َنةً وَِفي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬

Panitia PI.SKKD/06

6

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA HARI GURU ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ُ‫لم‬ َ ّ‫ وَالعَاقِبَة لِ ْلمُ ّتقِيْنَ َالصّلَة ُوَالس‬, َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْ ُد لِ ر‬ َ ‫اَ ْل‬ َ‫ج َمعِيْن‬ ْ ‫صحَا ِبهِ َأ‬ ْ َ‫علَى آ ِلهِ َوأ‬ َ َ‫حمّدٍ و‬ َ ‫عَلَى سَيّدِنَا ُم‬ Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa bersyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (Tema Hari Guru)

‫يا ال ياعزيز يا ستارفعال لما يريد‬ Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu semata-mata . Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

‫يا اال يا مكوراليل والنهار‬ Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya Allah kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudahmudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan Negara yang tercinta .

، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّ َقـَنَا مِنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫ج ْمعًا مَ ْر‬ َ ‫جمْعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫اَلّل ُه ّم اجْ َعل‬ . ‫ح ُر ْومًا‬ ْ ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َم‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ َمنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ Panitia PI.SKKD/06

7

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ُ‫لم‬ َ ّ‫ وَالعَاقِبَة لِ ْلمُ ّتقِيْنَ َالصّلَة ُوَالس‬, َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْ ُد لِ ر‬ َ ‫اَ ْل‬ َ‫ج َمعِيْن‬ ْ ‫صحَا ِبهِ َأ‬ ْ َ‫علَى آ ِلهِ َوأ‬ َ َ‫حمّدٍ و‬ َ ‫عَلَى سَيّدِنَا ُم‬ ‫ج َعلْ ِفيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِلخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَ َب ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غِلّ ِللّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ َر ُءوْفٌ َرحِ ْيم‬ ‫يا ال يا كريم يا ودود‬ Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (Nama Sekolah)

‫يا ال يا فعال لما يريد‬ Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat , menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini . Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

‫يا ال يا غنى يا حميد‬ Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain, supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ Panitia PI.SKKD/06

8

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ُ‫لم‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬، ُ‫حمْدُ لِ ال ِذيْ بِ ِن ْعمَ ِتهِ تَ ِتمّ ُالصّالِـحَات‬ َ ‫الْـ‬ َ‫صحَابهِ أجْـ َمعِيْن‬ ْ ‫سوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَأ ِلهِ وَأ‬ ُ ‫عَلَى َر‬ ْ‫ج َعل‬ ْ ‫خوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَ ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِل‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِيْم‬ ِ ‫فِيْ قـُُلوْبِنَا‬ Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul keranaMu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup dengan keredhaanMu. Sesungguhnya ketentuan dan takdirMu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga dapat melawan hawa nafsu kami, dan penolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurniaanMu sehingga kami merasai kenikmatan yang Engkau berikan.

‫يا ال يا كريم يا ودود‬ Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

‫يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين‬ Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar,

‫يا ال انت الغنى ونحن الفقراء‬ Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّقَـَنَا ِمنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫جمْعًا َم ْر‬ َ ‫ج ْمعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫ج َعل‬ ْ ‫اَلّل ُهمّ ا‬ . ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َمحْ ُر ْومًا‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ مَنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ‫حسَ َنةً وَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَ َنةً وَِفي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬

Panitia PI.SKKD/06

9

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA HARI SUKAN ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ُ‫لم‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬، ُ‫حمْدُ لِ ال ِذيْ بِ ِن ْعمَ ِتهِ تَ ِتمّ ُالصّالِـحَات‬ َ ‫الْـ‬ َ‫صحَابهِ أجْـ َمعِيْن‬ ْ ‫سوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَأ ِلهِ وَأ‬ ُ ‫عَلَى َر‬ ‫ج َعلْ ِفيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِلخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَ َب ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِ ْيم‬ ‫يا ال يا رحمن يا رحيم‬ Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan firmanMu yang mulia :

. َ‫ل رَبّ العَاَل ِميْن‬ ِ ِ ِ‫ل ِتيْ َو ُنسُكيِ َو َمحْيَايَ َو َممَاتي‬ َ َ‫ن ص‬ ّ ِ‫قُلْ إ‬ Yang mafhumnya “Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untukMu ya Allah”.

‫يا ال يا مهيمن يا عزيز يا جبار‬ Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang kecederaan dan bahaya.

‫يا ال يا حى يا قيوم‬ Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

‫يا ال يا فارج الهم ويا كاشف الغم‬ Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia dan di akhirat .

، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّ َقـَنَا مِنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫ج ْمعًا مَ ْر‬ َ ‫جمْعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫اَلّل ُه ّم اجْ َعل‬ . ‫ح ُر ْومًا‬ ْ ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َم‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ َمنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ Panitia PI.SKKD/06

10

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ َ‫سوْلِنَا المِيْن‬ ُ ‫لمُ عَلَى َر‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬، ُ‫حمْدُ لِ ال ِذيْ بِ ِن ْعمَ ِتهِ تَ ِتمّ ُالصّالِـحَات‬ َ ‫الْـ‬ َ‫صحَابهِ أجْـ َمعِيْن‬ ْ ‫وَعَلَى ءَأ ِلهِ وَأ‬ Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini . Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya kami berkumpul pada hari ini keranaMu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu ,kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .

‫يا ال يا وهب يا رزاق‬ Ya Allah Tuhan yang memberikan rezeki kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi berkat hasil dari usaha – usaha kami. Jadikan ia sebagai titik permulaan untuk kami menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

‫يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين‬ Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan .

‫يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام‬ Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

‫يا ال ياعزيز يا ستارفعال لمايريد‬ Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬

Panitia PI.SKKD/06

11

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ‫َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى‬، ُ‫حمْ ُد لِ ال ِذيْ بِ ِن ْعمَ ِتهِ تَ ِتمّ ُالصّالِـحَات‬ َ ‫الْـ‬ َ‫صحَابهِ أجْـ َمعِيْن‬ ْ ‫سوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَأ ِلهِ وَأ‬ ُ ‫َر‬ ‫ج َعلْ ِفيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِلخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَ َب ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِيْم‬ ِ Ya Allah Ya Tuhan Kami Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

‫يا ال يا رؤف يا ودود‬ Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.

‫يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين‬ Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

‫يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام‬ Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan .

‫يا ال يا فارج الهم ويا كاشف الغم‬ Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah . Berkatilah usahausaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun dalam semua bidang .

، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّ َقـَنَا مِنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫ج ْمعًا مَ ْر‬ َ ‫جمْعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫اَلّل ُه ّم اجْ َعل‬ . ‫ح ُر ْومًا‬ ْ ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َم‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ َمنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ Panitia PI.SKKD/06

12

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ‫ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى‬، ُ‫حمْ ُد لِ ال ِذيْ بِ ِن ْعمَ ِتهِ تَ ِتمّ ُالصّالِـحَات‬ َ ‫الْـ‬ َ‫سوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَأ ِلهِ وَأصْحَابهِ أجْـ َمعِيْن‬ ُ ‫َر‬ ‫ج َعلْ ِفيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِلخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَ َب ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِ ْيم‬ ‫يا ال يا رؤف الرحيم‬ Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini . Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

‫ياال يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين‬ Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah anak didik kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

‫يا منزل البركة وياكاشف الغم‬ Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ Panitia PI.SKKD/06

13

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ‫لمُ عَلَى‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬، ُ‫حمْدُ لِ ال ِذيْ بِ ِن ْعمَ ِتهِ تَ ِتمّ ُالصّالِـحَات‬ َ ‫الْـ‬ َ‫صحَابهِ أجْـ َمعِيْن‬ ْ ‫سوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَأ ِلهِ وَأ‬ ُ ‫َر‬ ‫ج َعلْ ِفيْ قـُُلوْبِنَا‬ ْ ‫غفِرْلَنَا ذُ ُنوْبَنَا َو ِلخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَ َب ُقوْنَا بِالِ ْيمَانِ َولَ َت‬ ْ ‫الّل ُهمّ ا‬ ٌ‫غلّ لِلّذِيْنَ ءَامَ ُنوْا رَبّنَاإنّكَ رَ ُءوْفٌ َرحِيْم‬ ِ Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

‫يا ال يا حفيظ يا شافع‬ Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sebagai sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran pengurusan dan disiplin di sekolah ini .

‫يا ال يا فالق الحب والنوى‬ Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .

‫يا عزيز يا لطيف‬ Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّقَـَنَا ِمنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫جمْعًا َم ْر‬ َ ‫ج ْمعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫ج َعل‬ ْ ‫اَلّل ُهمّ ا‬ . ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َمحْ ُر ْومًا‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ مَنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬

Panitia PI.SKKD/06

14

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi

Sekolah

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL ِ‫حمَنِ ال ّرحِ ْيم‬ ْ ‫سمِ الِ ال ّر‬ ْ ‫ِب‬ ‫لمُ عَلَى‬ َ ّ‫ َالصّلَة ُوَالس‬، ُ‫حمْدُ لِ ال ِذيْ بِ ِن ْعمَ ِتهِ تَ ِتمّ ُالصّالِـحَات‬ َ ‫الْـ‬ َ‫صحَابهِ أجْـ َمعِيْن‬ ْ ‫سوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَأ ِلهِ وَأ‬ ُ ‫َر‬ Ya Allah Engkaulah Penguasa langit dan bumi Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri sehingga dapat menyempurnakan kursus/bengkel ini dengan jayanya . Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian, Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu.

‫يا منزل الرحمة ويافاتح البركة‬ Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

‫يا ال يا قاضى الحاجة‬ Pada ketika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta menadah tangan penuh dengan pengharapan ,Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosadosa kami .Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dengan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi .Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian .Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

، ‫ص ْومًا‬ ُ ْ‫ وَ َتفَرّ َقـَنَا مِنْ َبعْدِهِ َتفَرّقاً َمع‬، ‫ح ْومًا‬ ُ ‫ج ْمعًا مَ ْر‬ َ ‫جمْعَنَا هَذَا‬ َ ْ‫اَلّل ُه ّم اجْ َعل‬ . ‫ح ُر ْومًا‬ ْ ‫شقِيّا َولَ َمطْ ُروْدًا َولَ َم‬ َ ‫َولَ َتجْ َعلِ الّل ُهمّ فِيْنَا َولَ َمعَنَا َولَ َمنْ يَتْ َبعُنَا‬ ِ ‫حسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النّار‬ َ ِ‫حسَنَة ً َوفِي الخِرَة‬ َ ‫رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا‬ ، َ‫صحْ ِبهِ َوسَّلم‬ َ َ‫حمّدٍ وَعَلَى ءَا ِلهِ و‬ َ ‫وَصَلّى الُ عَلَى ُم‬ َ‫ب العَا َلمِيْن‬ ّ َ‫حمْدُلِّ ر‬ َ ‫وَا ْل‬ Panitia PI.SKKD/06

15

Related Documents


More Documents from "Diao Zheng"