BAHASA INGGERIS BAHASA KEDUA: MASALAH DAN CABARAN SK1/2006 Nor Hashimah Jalaluddin (KP), Fauziah Ahmad, Rozmel Abdul Latiff, Kalthum Ibrahim, Zalina Mohd. Lazim, Noraini Ibrahim, Radha Nambiar, Norsimah Mat Awal, Kesumawati Abu Bakar, Nor Zakiah Abdul Hamid, Suziana Mat Saad, Masera Shabudin, Hayati Lateh, Marlyna Maros, Pramela Krish, Nadzrah Abu Bakar, Siti Hamin Stapa, Fadzeli Jaafar, Mohd. Azlan Mis ABSTRAK Sejak kebelakangan ini penguasaan BI pelajar dikatakan semakin lemah meskipun telah lama terdedah dengan bahasa kedua ini. Satu kajian penguasaan BI telah dilakukan di selatan tanah air yang melibatkan sekolah kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Kajian ini telah mengenal pasti banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan BI ini. Antaranya faktor kekerabatan bahasa yang terasing antara dua bahasa ini. Baahsa Melayu (BM) berasal dari rumpun Austronesia sementara BI dari rumpun Indo-Aryan. Secara tidak langsung struktur bahasanya memang berbeza. Pelajar gagal membezakan struktur kedua bahasa melalui ujian kloz karangan dan soal selidik yang diberikan. Faktor sosiolinguistik dan persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Rata-ratanya pelajar malu untuk bertutur, tidak melihat kepentingan bahasa kedua ini, tidak merasakan perlu menggunakan BI kerana BM masih merupakan bahasa komunikasi utama antara kaum di sekeliling mereka. Selain faktor linguistik, faktor pembelajaran seperti strategi pembelajaran dan pemilihan teks kesusasteraan Inggeris juga
mempengaruhi minat
pelajar. Jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas menyebabkan guru gagal memanfaatkan strategi yang berkesan dalam pengajaran. Ditambah lagi dengan penggunaan sesetengah teks kesusasteraan Inggeris oleh penulis barat menyebabkan mereka gagal menghayati bahasa dan mesej yang hendak disampaikan. Guru BI yang mahir dalam ilmu linguistik, kreatif dalam pedagogi dan dilengkapi dengan strategi
pembelajaran yang mapan mampu menarik minat pelajar terhadap BI memandangkan majoriti pelajar mengatakan mereka suka dengan subjek ini.